iklan

April 21, 2011

Best Ke Makan Duit Haram..?

For those who doesn't know me yet. hye all.. just call me sky..
Hahahahaa cam gampang jer intro, akselly 2,3 hari ni agak berangin bercampor emosi sket. sebab pe..? sebab gua rasa tecabar bila orang cuba try gua. Gua paling pantang giler orang cabar batas kejujuran gua.. Yer gua sedar gua bukan berasal dari family yang kaya, ada ladang juta-juta. Tapi kalo pasal duit gua memang sensitip giler, sebab dengan duit lah mampo mengubah diri seseorang menjadi orang lain.. Sebab duit jugak nenek buang mummy dengan daddy.Sebab duit jugak anty dengan uncle gua bertukar jadi orang yang lupa diri..


And gua paling tak suka orang nak try batas keikhlasan gua. yer semua orang berhak untuk curiga, ragu-ragu dengan orang yang dia tak berapa nak kenal. tapi cukop la hanya sekali try gua. tak perlu banyak kali. Sebab gua takan amik hak orang, Gua pun bukan nya baik sangat, gua juga pernah cakap bohong, kelentong orang, maki orang, buat orang marah.. tapi gua tak pernah nak mencuri atau kata lain amik hak orang.. sebab mak gua tak pernah nak ajar gua mencuri, kata mak gua "bia kita takde duit nak makan, takde duit nak minum asalkan kita jangan hutang duit orang dan curi hak orang.." kata mak gua lagi "biar kita tak kaya dengan hasil dari titik peluh duit orang, sebab sampai mati pun allah takan suka kita" 

Ramai yang tanya, kau kerja macam ni bleh beli macam-macam, bleh pakai mahal-mahal. siap slalo belanja kami makan, mana datang duit..? so meh sini gua nak citer mana datang duit..

1st- keberkatan dari ibu bapa. duit gaji yang dapat dari hasil titik peluh sendiri walau 5sen skali pun bagi la kat orang tua kita, walau dia tak mintak, walau kita tak mampo nak bagi orang tua kita kemewahan cukop la sekadar kita bleh belikan dia hendbag ke, wallet ke ape ke.. so keberkatan dari ibu bapa tu akan membawa kita ke syurga.

2nd- Gua tak merokok, so secara tak langsung gua dah save beberapa hengget dari duit rokok.. kalo total dah dekat rm200 sebulan untok rokok..

3rd- Sentiasa lah bersedekah walaupom 1sen, dengan niat yang ikhlas. tak kira lah dengan sesiapa pun anda bersedekah janji niat ikhlas, so tuhan gandakan rezeki kita.. Tapi jangan lah bersedekah semata-mata nak dapatkan ganjaran dari allah. tu hypocrite tu..

4th- Jangan simpan cash banyak lam poket, biasakan diri gunakan visa debit card.Sebab ape setiap kali beli barang balance yang sehengget, dua hengget tu kalo cash kita dah tak tahu kemana balance tu pegi, kalo pakai visa debit card balance tu tetap kekal dalam account. Tapi jangan lah gi pasar malam pakai visa, harus kena sumpah dengan makcik jual taufu fa.. maksud gua kalo nak beli baju ke, tengok wayang ke, makan ke, biasakan guna card. supaya duit tak banyak keluar..

5th- Beli ape yang perlu, biar mahal asal tahan lama, rancang perbelanjaan seperti ubat gigi, shower bath, pencuci muka, syampo beli yang pack besar supaya duit skali habis jer tapi tahan sampai 3 bulan.

6th- Menabung at lease rm300 sebulan. so kalo urgent nak pakai duit takde lah hegeh-hegeh nak meminjam duit orang.

So pasni pada korang yang banyak tanya tu, cukop lah tanya gua banyak kali, sebab gua penat nak jawab, and gua tak mencuri duit orang untok beli semua tu..Gua rasa dah lama gua kaya, kalo hari-hari gua curi rm50 sehari.. So pasni sape nak try gua lagi silakanlah, sila lah letak rm100 ke 200 ke 300 ke mana tahu gua gelap mata nak amik semua.

Kalo gua ditakdirkan tak makan 5hari, pastu jumpe duit rm100 tepi jalan gua rela mati kelaparan dari gua makan duit haram. walaupun seposen mak gua ajar gua suroh mintak walaupun nak beli gula-gula dari amik sendiri dari hendbag mummy.. Gua bukan nak bangga gua sembahyang tunggang langgang, puasa kadang tinggal, tapi gua paling sensitif bab duit ni.. Tapi gua paling pantang orang meragui kejujuran gua. Lepas ni orang nak buat ape pun buat lah, gua nak tutop mata jer. Lambat laun kebenaran tu akan terungkai sendiri tanpa kita yang merungkainya.

Setiap orang pun bukan tak penah mencuri, amik pensel member, makan mangga kebun orang, panjat pokok rambutan jiran, beli rokok 1kotak tapi amik 2 kotak, tapi yang zaman kecik2 dulu time bodoh dedulu harap tuhan ampunkan lah, tapi bila dah besar sekarang ni, nak ker pisang bebuah dua kali..?



Nota kaki- anty dengan uncle, kalo hidop nak berkat jangan lah lupa pada opah sama tok ayah, bagi la dorang duit walau sepuloh hengget sebulan, kesian orang tua tu nak minom teh.

4 comments :

MamaGojes said...

mmg bagus.. 200% agreed ngan semua penerangan diatas.. harap yg baca ni dpt ambik iktibar... skarang ni yg muda mudi pandai lak pikir gini tp yg tua bangka nk mampus pandai lak makan duit org...

=o) said...

biasa lah kak.. manusia ni kalau lebih bab lain lemah bab duit.. sebab duit ni lah boleh melingkupkan sesebuah syarikat.. dengan duit jugak adik beradik boleh berantakan.. banyak cara lain nak kejar kekayaan.. tak semua kekayaan yang kita dapat dari hasil duit tak halal tu berkekalan. tuhan tarik sikit2 kita tak sedar.. hari ni kita amik duit org rm500. selang 2,3 hari keta kita pun rosak, nak repair mahu 1k.. kadang orang tak sedar yg tuhan dah bayar cash..

Cik Ladies said...

wow :hah tak sangka mat saleh boleh cakap bende2 macam niey..hahaha. :lari larikk!

=o) said...

CL= meh sini nak pook pale

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...