iklan

December 22, 2012

Ehh Brader Bila Kawen..?

ehh brader bila kawen..?

tu lah ayat yang kuar dari mulut sorang mamat yang sedang tunggu bas dengan uncle..

uncle membidas :kawen..? kawen celah mana...????
alah bro last week saya nampak bro jalan denga isteri bro tengah tengok oven dekat booth ELBA

ahh cilaka... tu bini member gua (hati gua berbisik)

aku tak kawen lagi lah...
asal tengok muka cam dah kawen ke..?
(dah tua ke aku ni..? getus hati kecik aku)
muka bro ni dah macam 27 saya rasa..
aku baru 22 lah wei.. kawen lambat lagi

sini I/C bro nak tengok..?
nah aku bagi dia..
ehh betol la umur 22, ehh orang kelantan ke..?
ya..ya..ya.. dah tu kenapa..?
saya memati ingat bro orang sabah
Lahai... jauh pergi kesabah kau
takde lah, saya tengok muka bro takde iras-iras melayu pun
itu pasal ingat orang sabah

pastu dia tanya lagi
bro tinggal dengan keluarga ke rumah bujang..?
rumah adik aku, kat precint 9.. sekali dengan bini dia kenapa..?
habis yang perempuan mengandung dengan bro tu bukan bini bro ke..?
hish budak ni, karang aku silambam buah pinggang dia baru tahu
tak..tak.. tu bini adik aku lah, saje bawak jenjalan last week

dah tu bro bila nak kawen..?
uncle jawab lepas cristmas ni..!
jangan lupa datang plak..
hahahahahaha... uncle gelak jer sampai bus sampai
dia cam benggang jer...

besok uncle nak ke 7E beli cekelat sugus mana tahu jumpe budak tu besok nak bagi dia
peramah bettei...
agaknya satu putrajaya ni dah kenal aku ke..?
pergi JPN pun ada ahkak tegur arini tak kerja dik..?
pergi beli barang kat COSWAY pun ada orang tanya cuti sorang ke..?
tu belom uncle citer  budak parkson, budak carefour yang tegur lagi.
meh uncle nak bagi tahu.. uncle ni SINGLE lagi
belom kawen
belom ada anak
belom ada awek
so sape nak ngorat uncle boleh la.. hahahahaha kemaruk orang tua ni nak berbini

Jangan salah anggap yer.. ni BFF uncle cik cinta.


December 20, 2012

Bila Mulut Manusia Mula Bercerita

Hye bloggy..

Reader uncle sihat..?
harap kengkorang sumer sihat la hendaknya..
Semalam uncle dapat text dari seorang member uncle kat kampung
nama patut di rahsiakan
menceritakan bahawa uncle balik kampung dah macam takde rupa melayu dah
dah rupa kafir-kafir murtad
nak ikot sangat jejak mat saleh nun
dengan pakaian ntah pape
ngan rambut kuning
pastu terkinjer-kinjer dengar lagu masuk dalam kedai makan
kesian mak kau lahirkan anak cam tu..

yang cakap tu sekor makcik yang mulut dia tu puaka tak patut
karang aku tampar tujak jugak makcik tu sedas atas belakang
mau dia kena strok berbulan-bulan
karang ada jugak yang nak kencing berak dalam pampers
tapi pikirkan yang uncle ni masih waras
masih boleh kira matematik congak pakai tangan
uncle takde la sampai nak balik kampung besok
pergi rumah makcik tu bakar selipar stiletto depan tangga dia
paling uncle simbah dia dengan cuka getah
#eeeehhhhhh...!!

ape pun biar tuhan saje membalas jasa dan budi baik makcik tu menyedarkan uncle bahawa uncle ni jauh terbabas dari rupa bentuk asal
makcik sama-sama ada anak kan
ape kata makcik didik anak tu dulu biar jadi manusia berguna kelak
dengar citer anak makcik yang laki tu baik giler
tak tinggal sembahyang
rokok pun tak pernah pegang
tapi tetiap kali sembahyang jumaat anak makcik la yang ajak saya ponteng sembahyang
ajak saya isap rokok belakang masjid time pak imam azan
makcik tau tak..? tak tahu kan..?
depan makcik anak tu pijak semut pun tak mati
depan makcik masuk azan jer terus sembahyang
tapi belakang makcik..?
pernah makcik tanya bulan puasa anak makcik puasa berapa hari jer..?
pernah makcik tanya dia beli bihoon goreng masa bulan puasa dia makan kat mana..?

makcik tau tak anak makcik tu jual pil kuda
makcik tau tak anak makcik tu simpan pill tu kat mana..?
makcik tau tak anak perempuan makcik tu semalam keluar dengan sape..?
makcik tau tak anak perempuan makcik tu kat sekolah dia buat ape..?
semua persoalan tu saya boleh jawab kalau makcik nak tahu
jangan gajah depan mata makcik tak nampak sedangkan kuman seberang laut makcik tau dia buat ape

sebelom kita nak mengata kat anak orang sila pastikan anak kita terdidik rapi
sejahat saya la makcik
saya tak pernah berzinar dengan anak orang lagi
tak pernah balik kampung bawak perempuan
jangan la sebab balik kampung tak pakai seluar panjang dah kena label kafir murtad
makcik ooooo makcik...

next time balik kampung kena pakai purdah la aku gamaknya

kena pakai cenggini ke makcik baru kata islam..?

kadang makcik-makcik kat kampung ni macam pukiemak pun ada
jenis manusia yang bercakap macam talam dua muka
jenis manusia yang mulut manis jubur masam
depan baik belakang macam haram
kalau baca hadis-hadis nabi kitab-kitab suci
mulut manusia ni paling tajam dari pedang
dan sebab setitik nila habis rosak susu sebelangga

sebab terlalu banyak kata cacian dan umpatan yang diberikan
aku seakan sudah lali dengan mulut mereka
kalau nak diturutkan tak sudah
ape yang dibuat diam sahaja
bagi yang tak buta dia boleh nilai uncle ni macam mana
kalau tak kenal uncle jangan suka buat cerita
biar dosa aku dengan tuhan sebab jarang sembahyang jer
jangan ada dosa mengumpat dan menipu orang

mummy pernah pesan kalau nak berkat hidup jangan suka menipu orang
ambik barang orang, mencuri duit orang
sebab setitik darah dalam diri kita yang mengalir dari duit tak berkat
maka segala isi tubuh kita juga berdosa
makcik siti juga ada pesan
seposen kita ambik duit orang sepuluh ringgit allah ambik balik dari kita
kita mungkin tidak sedar bila masa allah ambil
dan senario ini telah berlaku depan mata uncle
dan uncle anggap ia sebagai satu pengajaran buat diri sendiri

 kat sini saya ada sertakan doa taubat jika makcik suka boleh baca

Pada makcik tu sila la ingat
umur tu dah makin meningkat
liang lahad tu sudah dekat
cecepat la bertaubat
agar tidak terlambat
dah la hidup kau kat dunia ni dah susah
tambah lagi nanti kat akhirat
taubat makcik..taubat....



#ahh... penulisan yang penuh berimosi kali ini
rasa macam tak sedap dalam hati
bila dah di luahkan kat sini
rasa lapang dunia ni
gua harap makcik baca.
makcik jangan lupa drop comment yer



December 19, 2012

Uncle dan 25 december

hye bloggy..

25 December....

ape kena dengan tarikh ni..?
memang banyak kena mengena dengan hidup uncle
pada hari tersebut rutin harian uncle seperti biasa
bagun pagi mandi segala bagai yang perlu lah
tapi menjelang tengahari uncle dapat satu text dari cik kekasih

tit...tit..tit....
1 new massage
(Open)

Dear, im so sorry actually B nak bagi tahu benda ni dah lama, before kita kenal, B dah couple dengan Hafizi dah lama, then breakup baru kenal dengan dear.. but today Hafizi datang bawak rombongan meminang, then nak tanak B kena terima dia sebab family kita orang saling kenal each other, Then sorry again sebab tak bagi tahu benda ni awal-awal sebab B takut dear marah dan taleh terima, Harini B nak ajak dear datang la at rumah sebab rombongan meminang nak datang lepas zohor. Sekali lagi maaf kan B ye dear.. mebey jodoh B bukan dengan dear.. jangan lupa datang tau..!


Ni pesen ape kalau korang dapat mesej sebegini rupa..?
dem...dem..dem...
rasa nak carut jer betina murah tu..
dia ingat uncle ni ape..?
ya mebey bukan jodoh uncle dengan dia
but im not suppose to hurt this way
kalau still sayangkan dia why u accept my love before..
shit..memang shit..
begitu murah cinta uncle pada dia

lepas peristiwa tu uncle hilang pertimbangan
uncle mula start tak percayakan perempuan
uncle start nak game perempuan
seminggu uncle takde mood..
rasa kecewa dan rasa takde harga diri
nak kerja pun dah terasa cam mayat hidup..
cinta kami 3 tahun bukan sekejap
tapi hancur camtu jer dek penangan member baik sendiri

Fizi kalau kau baca ni aku nak kau tahu
member-member jugak jangan sampai sanggup nak makan daging saudara sendiri
kalau kau sanggup buat cenggini kat aku
jangan terkejot kalau satu hari orang lain buat menda yang sama pada kau nanti..
aku pn dah tak kisah sangat kalau kau nak kan perempuan tu
sebab kalau perempuan tu jenis setia dia takan jilat kau fizi..
sebab dia bekas aku..

ahh penulisan uncle yang penuh berimosi pulak
ni akibat terbawak-bawak kisah semalam la ni..
actually tu la serba sedikit uncle nak kongsi pasal 25 december ni
ikotkan malas nak di kenang lagi
cuma bila tiba jer 25hb mesti ingat dia
boleh tak uncle nak reques dekat  Najib suruh buang tarikh 25hb tu
hahahahahaha.....
ni tak lama dah ni besok lusa dah 25..
uncle nak mintak hari tu uncle jadi manusia paling gembira sekali
sebab tanak terkenangkan dia..

next year umur dah cecah 23,
harap dapat la jodoh cecepat
bukan ketegaq nak kawen
cuma nak menghindar dari buat maksiat lama-lama

"aku tak nak lah terus berkhayal dalam pelukan dosa" 




December 16, 2012

Musang Mata Empat Dan Ayam Serama

malam ni sunyi sangat
kedengaran anjeng menyalak jelas sekali
tiada seekor pun kucing berkeliaran
uncle pelik, mana pergi semua binatang ni..?
uncle merenung di luar jendela
nampak samar-samar bunga api yang sedang marak membakar menyinar malam
dalam hati uncle "pesta ape kat situ..?"

Ahh, abaikan sekejap tingkah manusia
uncle cuba merenung nasib sendiri
uncle oder "Mat Tiara" dah 5 hari
sampai sekarang tak dapat lagi
adakah uncle kena tipu lagi..?

uncle capai enset uncle text shafiQ
"Woi barang aku mana..? dah lama ni..!"
kata shafiQ 'kejak lagi sampai, kejak lagi sampai'
kejak kau tu sampai bila..?
uncle dah kemaruk nak "Mat Tiara" ni
kalao uncle tahu nak lambat cenggini
uncle setat keta uncle gi collect sendiri
miahahahahahaha.....
senin ni tak sampai awas kau ya shafiQ..

Sedar tak tido
besok lusa dah new year,
umur uncle pun dah cecah 23
calon isteri sorang pun takde lagi
uncle bizi, sibuk cari rezeki
bukan nak memilih sangat calon isteri
suppose umur 23 ni uncle dah ada bisness sendiri
dah ada anak bini
dah bawak mummy dan daddy gi haji
tapi tu semua tak tertunai lagi
adakah uncle ni bukan anak mithali..?

banyak benda yang bersarang dikepala sekarang ni..
tahun 2012 yang sia-sia sebab takde ape-ape
bukan uncle tak dapat kerja gomen
banyak offer kerja gomen
tapi uncle tolak sebab tak suka terikat dengan waktu
idop dengan kerja yang tak bebas
walaupun idop uncle sekarang ni takde la perfect sangat
tapi ok lah so far sebab ape yang uncle nak beli tertunai
barang-barang yang ada sekarang semua beli tunai bukan hutang..

next year uncle nak step up sket dengan bisness kecik-kecik
bisness ape rahsia dulu kejak
kalo dah jadi nanti baru uncle citer..
pakcik-pakcik uncle banyak buka kedai makan
ajak uncle kerja dengan dorang
tapi uncle tolak sebab dorang bukak kedai bukan area KL
so tanak la lagi stay at kampung
bila dah bosan kat KL ni baru uncle terima tawaran dorang..

harap besok dapat lalui satu lagi hari yang best tanpa dapat tekanan di tempat kerja
tanpa perlu bersemuka dengan talam dua muka
dengan musang mata empat
dengan ayam serama
ikotkan nak tulis banyak lagi ni

ni musang

ni plak ayam serama

tapi kalau musang berbulu ayam bagaimana..?

dunia sekarang takde yang pelik

aku akan cuba jadi yang baik walaupun orang anggap aku ni jahat.
biar kita hipokrik dengan orang asalkan kita tidak hipokrik dengan tuhan.

sekian...

December 14, 2012

Dayang Noor Faezah Masuk Islam

hye bloggy...............

gayanya 2,3 hari ni uncle kemain gigih ber belog 

mesti ramai yang terpedaya dengan tajuk ni..
jangan la korang sumpah seranah uncle dah la yer..
hae..har..har..har..
senarnya uncle takde idea nak letak tajuk ape..


 
gaya macam idea tu mencucurah jer,
kadang uncle update blog tanpa hala tuju jugak,
tulis main hentam jer asalkan selagi ada yang nak membacanya..
uncle ada reader ke..? hahahahahahaha....!!
belog uncle ni nampak jer kusam tak bermaya
silance reader uncle ramai jugak,
UV leh cecah 1k sehari-hari
ok la bagi biginer cam uncle ni
tak perlu reader ramai sangat, nanti pemes shushah fulak.

har..har..har...
ramai yang tanya kenapa pakai nama uncle dalam blog
tak nampak tua sesangat ker nanti..
uncle rasa tu identiti uncle sebab dah ramai pakai nama pepelik at luar sana tu..


harini uncle nak citer pasal christmas senarnya
uncle dah hantar surat kat santa request tv LED 62 inchi.
gittew kau.... mampo cik santa nak menghantarnya nanti
salji kat kawasan umah uncle ni dah semakin lebat
besok nak planing dengan cik jelita nak main snow man...
ya main snow man...main dengan cik jelita
hahahaha.... berangan uncle ni

Gaji uncle tak dapat lagi untuk bulan ni
so tak bershooping christmas mana lah gayanya.
tak dapat uncle nak beli snowhat
nak beli pokok christmas
nak beli lampu lip lap lip lap
nak beli ginger bread cookies
nak beli stokon nak gantung kat serombong asap tu
nak beli ayam belanda saiz raksaksa nak masak dipagi christmas
pendek kata kalo tak de duit semua benda taleh buat..

tu jer lah dulu uncle nak update
biji mata ni dah guling-guling macam guli
kalo rajin besok uncle update pasal sorang kastemer gila datang kekedai uncle
tak pepasal hari ni kastemer tu dapat ceramah free.

December 12, 2012

Mana Mat Tiara Ni....???

morning....................

Rasa tipikal  bagun tetengah hari cenggini dan ucap good morning
rasa songsang sangat.. koh koh koh..
nak citer yang hari ni uncle cuti.
cuti dari kepincangan dunia yang tak henti-henti menyalak
sambil bertemabak bertemankan sepapan cadbury
1 liter fresh milk dengan sekotak kokokeras
uncle menghabiskan hari cuti depan lappy

tapi kejak lagi rasa cam nak keluar
keluar meninton menonton wayang
cerita ape tatau lagi... nak recommendation dari ahkak kerja tiketing la kejak lagi
nak cari ahkak yang jaga tiket yang chun....
kalo tak chun tanak beli... koh koh koh
uncle ni senornya gatal nak kawen
cuma tak jumpa jodoh lagi
ada calon cekgu cuma tak serasi
ada calon manager mekdi cuma tawar hati
ada calon misi (nurse) takot nanti bizi
ke uncle nak tunggu anak cik gayah depan rumah
tahun ni amek SPM tahun depan boleh la aku minang
siyes ni uncle cakak.

Uncle ada oder buku Mat Tiara ni
tapi lambat pulak sampai, kalo kekorang tak tahu sape mat tiara tu pergi la google
buku dia best juga, nanti kalao dah sampai uncle nak tayang kat kekorang semua
kasi jeles siket... har har har..



ok lah, uncle nak mandi ni..
cik jelita dah mesej nak keluar pukul berapa
nak cabut bulu ketiak
nak cukur bulu-bulu lain lambat juga

orang ganung cakak
"Body katang, Kulit itang, Rambut cacang, Baru oghang Puang Kenang"



December 10, 2012

Berakhirnya Kisah kita 2012.

tepi..... tepi........... uncle nak update blog ni...
baru tanam azam nak giat berbelog balik
haiyooo..tanam azam ke..? nasib azam ta mati..
fuh..fuh..fuh.. tiup azam kasi nyawa balik...
bhahahahaha

lastweek kemain uncle balik kampung
kononnya nak makan derian
last2 balik demam kat kampung 3 hari
jadi kampung kemana durian pun ntah kemana

tapi dapat la jugak menjamah duku langsat
manggis barang sebijik dua
lepaslah rasa teliur dimata

nak cerita ni... kazen-kazen uncle ni subur sungguh
yang mana dah kawen awal tahun ni semua dah dapat baby
fak....fak... carot dalam hati
uncle jer takde baby lagi
kenapalah korang gatal kawen awal.
tetibe orang tua ni nak salahkan orang..
bhahahahahaha..

adoi........ ni la pesen orang tua
tadi kemain banyak idea nak carut dalam wall ni
sekarang bila dah start tekan menatam keyboard ni
idea semua dah hanyut kelaut..

environment kat tempat kerja sekarang sungguh lah tak selesa
manager pergi letak semua junior yang tak tahu bahasa dalam kedai
yang dah tahu bahasa kena pindah ke tempat lain
hari-hari uncle nak kena BAHASA kan bebudak tu
nak tunjuk itu dan ini
arrrggghhh.... fak..fak..fak... carot dalam hati

nak tanak tu kena terima, dah tu risiko kerja kita
lain lah uncle ni manager, wah kemain berangan...
uncle taleh berangan tempat manager tu tempat madam besar..
hahaha..gelak siket... hahahahahaha.. madam besar.... hahahahaha
gluuuuupp...! tertelan gigi palsu.. hahahahaha, sambung gelak balik

tahun ni uncle asyik dapat mimpi main salji kat korea jer
asal lelap mata jer pergi korea
wah.... gitu kau mimpi aku..
haruslah kena berjimat dari sekarang
sebab nak beli baju sejuk ala2 K-Pop tu
alang-alang sampai korea nanti boleh jumpe pakcik Gannam style
uncle nak menari zapin ulik mayang depan dia nanti.
kau mampo....???

Christmas dah dekat ni
uncle masih tercari-cari menu untuk makan pagi
samada nak buat turkey or spaghetty..
wah gittew kau mat salleh sangat..
surat dekat Santa aku dah hantar..
request banglo 3 tingkat tepi rumah Yussof Haslam
dekat siket aku nak tengok kalo ada orang shooting...
har..har..har..har..

Start tahun depan uncle ada nak bukak bisness baru
hope sangat dapat sambutan dan berjaya dunia akhirat
korang dedoa la kat uncle moga berjaya
tak kaya kerja dengan orang selamanya
nak jugak merasa duit dari bisness kita sendiri
Nak terima kasih jugak kepada Mummy dan Daddy yang selalo dok doa uncle siang malam

Harap mummy dan daddy sudi terima hadiah Anniversary yang tak seberapa dari uncle tu
Set meja makan kayu jati kerusi lapan, kabinet TV,washing machine baru, TV LED baru, set home theater jer tak sempat nak beli lagi.. walaupun hadiah tu tak mahal harap dapatlah tengok-tengok hasil dari duit gaji kerja sebagai kuli batak orang jer selama ni.

Aunty Dan Uncle: Biarlah aku kerja jadi kuli asalkan aku tak mintak sedekah dan mencuri.

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...