iklan

November 20, 2014

menu musim hujan

Dear bloggy...

Now dah masuk musim tengkujuh kan..?? Haruslah hujan kemain lebat lagi.

Dan musim musim hujan cenggini rajinlah aku kedapur. Dah kat luar hujan. Nak but apa lagi kan.. masak je lah...

Adik aku pulak. Apa nak makan main oder jer lah.. so masa ni la nak gunakan abang dia..

So ini lah beberapa menu untuk hari ini...

baked macaroni with cheese

Pastu adik aku siap tambah order lagi nak makan benda lain....

potato fritters

So ni je lah dulu.. jemput makan semua..


September 25, 2014

Akibat Food Tester

hi chu'olls... fefiling macam bapok tegur kawan dia..
curlass kakak.....

hahaha... matiler kalau ada geng2 dia baca..

buat sekian lama.. akhirnya uncle bukak jugak blog bersawang hari ni...
tatau nak hapdate apa.. otak dah beku lupa nak defrost kah...


korang penah pergi supermarket hari minggu tak..?
mesti pernah yer dak..? korang mesti perasan kan akak-akak promoter dok bagi food tester kat orang yang lalu-lalang tu kan...



benda ni paling uncle suka... hahaha...
memula dulu rasa enoying jer nak baut  buat tapi bila dah try rasa seronot pulak... kah
lalu dekat akak-akak food tester tu 
sambil lalu ambik satu...pastu lalu lagi sekali.. ambik lagi..
dah bosan lalu kat tempat lain pulak...
makan lagi.. her her her..
maggi, nuget, eskrim, susu dutchlady, air kotak, kokokeras
sampai kenyang kat dalam tu jer...
ni semua idea si Fad yang ajar...
kau banyak dosa dengan aku Fad.. hahahaha
cepat tobat wei.... 
sape penah buat kita GENG...!!


bila kita ingat balik benda-benda lucu cenggini
terus ingat at kawan kita yang  selalu buat kita ketawa kan,
bila duduk dekat bajet macho tanak rerindu
bila dah jauh baru terasa yer dak..??


benda yang paling  terkesan bila geng-geng Thai cuisine mesej uncle..
"abang kat mana..? kami rindu abang..?"
"abang bila nak datang sini.? nanti boleh lepak"
uncle ingat bila dah tak kerja sana takde lah orang rindu uncle
rupanya masih ada.. hehe... rindu korang jugak lah


ehh... nak hujan dah,
uncle out dulu lah
tadi sidai kain takut basah pulak


"kita berkawan bukan sebab bangsa, agama mahupun warna kulit, tapi kita berkawan kerana hati dia, yang sudi menerima  kita sebagai sahabat dia"

  

May 11, 2014

Ehhh... Korang Tahu Tak..??

hye salam manis buat semua...

hari ni rasa santai sikit, sebab kerja half day jer...
so balik rumah tadi ternampak seorang epal red delicious dalam peti ais, so apa lagi, capai blender terus kisar bebuah tersebut jadi air.. berangan sangat nak minum air buah pak san gelas besar dekat terengganu sana... hurm...... rindu kedai tu... khen..... rindu dekat hadek rambot panjang angkat air tu sebenarnya, kah..kah..


korang ada tabiat atau hobe hobi pepelik tak..?



uncle ada lah juga selalu buat benda pelik bagi orang lain tidak bagi uncle.. kadang buat benda pelik ni akan jadikan kita special...

biar betik uncle

1- suka membaca dari belakang, terutama suratkabar, majalah ujang, buku resipi dan sebagainya.. gitoh.. haha... kalau buku sekolah takdenya aku nak baca rair dari belakang..

2- suka makan tembikai letak garam.

3- duit mesti kena susun cecantik dalam wallet, dari kecik ke besar dan selaras mengikut nilai matawang.

4- suka pakai cap walau rambot dah cantek macam maya karing.. haha

5- suka buat orang rasa kagum dengan uncle... contohnya kat kedai enset, uncle akan cerita satu2 enset tu dengan detail sambil borak dengan tuan kedai, sampai tuan kedai cakap, you banyak tahu you niaga juga ka..?? makcik pet shop pun penah jadi mangsa uncle... uncle cerita setiap spesis sugar glider pada dia sampai dia clueless nak bercakap. hahaha....

6- suka bau rumput lepas hujan, sebab dia sangad freshness.. maigad..

7- time nak keluar rumah, paling kurang 4 helai baju uncle akan mix and match before keluar. haha.. macam pompuan jer kan..

8- suka masak tapi tak suka makan.

9- suka duduk sorang-sorang... sebab tak ramai kawan.

10- sangat teliti... kadang time nak keluar rumah mesti cek banyak kali gas, tivi, aircond dah tutup ke belom, sedangkan time nak keluar dah tutup. pernah sekali dah travel separuh jalan u-turn balik sebab nak chek plug tivi, sedangkan dah tutup. hahaha..

11- kalau study mesti kena suasana bising, kalau tak study tak masyuk.. atlease ear phone kat telinga..

12- benda paling uncle takut kalau ada someone cakap macam ni... "saya nak tanya sikit boleh" or "aku nak tanya sikit, but jangan marah yer" time tu terus uncle teringat pada dosa-dosa dan salah silap yang uncle dah buat pada dia.. hahaha.. padahal dia just nak tanya " kau beli beg cantik tu kat mana, berkenanlah" dan time tu rasa nak caruts orang jer.. hahaha.. mesti korang pernah rasa cam ni kan...



hurm... rasa cukup sini jer lah dulu... kalau nak tahu lelebih kenalah berkawan dengan uncle ni..
jujur uncle cakap orang yang tak kenal uncle, mesti cakap uncle ni sombong, berlagak mampoos, bajet good-good jer... unfriendly... dah kenal baru tahu kan uncle ni cemana... uncle ni memang gegiler sorry lah yer. hahahaha......



"sekiranya kita sudah hidup senang, berpangkat, berduit janganlah pula kita bangga berjalan menongkah arus, mendongak ke langit sedangkan kita semua berasal dari butiran pasir yang sama." 

Sanah Helwah Ya Akhi

Assalamualaikum...

hye salam manis buat semua...

reader uncle apa hkabar..? hope korang semua sihatlah.. yang mana sedang sakit tu, makan lah ubat biar cepat sembuh...

bulan mei ni ramai juga yang berkongsi bulan kelahiran yang sama kan...

ehh cam novel melayu pulak kalau menulis cenggini, cam tak best jer menaip.. kah..kah

actually birthday uncle baru je lepas beberapa hari yang lalu, dan tak celebrate sangat pun, sebab uncle tetiba sakit on my birthday, ni jer baru sembuh siket.. pada uncle sambutan tu tak penting sangat pun, cuma ingatan kita pada tarikh penting seseorang tu yang sangad bermakna dan membuatkan dia rasa dihargai..
hari ni uncle bukan nak cerita pasal birthday uncle yang dah lepas tu, tapi birthday abang uncle yang sorang ni... 10 mei semalam birthday dia, tengok semua orang dah wish dekat dia tadi, tinggal uncle sorang jer belom lagi, memula ingat nak tulis jer dekat wall facebook dia, tapi cam biasa sangat dah orang buat, so uncle wish kat dalam blog ni, jadi semua manusia kat atas muka bumi ni tahu  semalam birthday dia, kah..kah..kah.. gittew kau.....

so dikesempatan ini "cam hari raya pulak kan" haha uncle nak ucapkan selamat hari lahir buat brotherhood uncle Anas Hilmi semoga terus berjaya in your life, with your wife and son... jadi anak yang soleh pada maa dan abah. jadi suami yang bertanggungjawab  dan lain-lain lagi... (macam karangan bahasa melayu) keh keh keh

sini uncle belanja gambar dia setepek kasi semua orang kenal.


i hope your married till jannah ya bro



nak kek kena balik KB lah yer... tu pun kalau nak makan hokkaido cheese tu.. 



before uncle end up my story, nak cakap terima kasih sebab selalu bagi pendapat, nasihat, pada uncle yang nakal ni... kalau tak uncle ni mesti dah terbabas jauh, keep calm and always support me

"Hadiah hari jadi ni nilai dia bukan terletak pada mahalnya hadiah yang kita dapat, tapi terletak pada ingatan yang kita semat"

April 24, 2014

Perginya Seorang Teman

hye salam manis berserta madu buat semua..

ahh, rasa kembang tengkuk  pulak bagi intro macam ni selalu... rasa nak tukar lah sikit. kasi nampak macho dan gagah perkhasa...

ehermm.. ehermm.. setting suara sikit.

rasanya dah lama aku tak ubah gaya penulisan blog ni.. kalau yang mana follow aku, mesti tahu kan, kejap macam ni. kejap macam tu gaya menulis dia... hidup kena macam ni lah bro.. kalau asyik buat benda sama jer, nanti orang bosan...

kah..kah..kah... "aku belajar gelak macam ni dekat instagram member aku.... cara gelak dia macam ni... sebut "kah" sekali tunggu 3 saat. dan sebut lagi sekali "kah" dan tunggu lagi 3 saat... ok dah faham kan... so after this  kalau korang nak baca blog aku, kalau ada sentence yang kena gelak "kah..kah..kah.." korang kena gelak ikut cara cenggini yer... baru terasa duduk di tahun 2014 bila mana orang berSELFIE pakai monopod.. (ok takde kaitan)


malam ni entah kenapa aku terasa nak menulis.... ehh lupa nak cakap kat korang.. hari ni aku telah hilang seekor kawan yang aku sayang.... kawan yang teman aku tidur, teman aku tengok tivi, teman aku dikala bosan... tadi arwah kena langgar dengan kereta... ada berlaku pendarahan dikepala.. dan mangsa tidak sempat dibawa ke hospital... lalu mati ditempat kejadian...

aku amat terasa kehilangan dia.. aku tak nangis tadi.. sebab aku taknak arwah sedeh.. aku pangku je mayat dia tadi... sejuk badan dia... aku harap arwah tenang di sana... sob... sob.. sob.... sedeh ni wei.. sambil nulis sambil lap air mata atas keyboard.. hari ini, esok, serta hari seterusnya rumah kami mesti sunyi sebab arwah dah takde.. kita yang hidup ni kenalah teruskan amalan dan sentiasa bersyukur dengan yang maha esa.. aku mungkin tak akan maaf pada orang yang langgar arwah..

Kami akan sentiasa merindui mu Ochek
tenanglah kamu disana
sob.. sob..sob...

terasa macam baru semalam aku bagi kau makan, pangku kau atas peha, main bola dengan kau, kacau kau tidur, mandikan kau... harini kau telah kembali ke sisi yang maha pencipta.. walaupun kucing, dia lebih baik dari seorang kawan yang mana hanya baik depan.

ok mohon kau terasa.. hahahaha....

ok lah.... aku nak offline dah ni... besok kerja morning woooi.... buatnya aku terbabas. lewat masok kerja... 

"hari ini tiada mutiara kata sebab abang writer buntu"

kah... kah... kah.. (gelak dengan kiraan selang 3 saat)

April 13, 2014

Ragam Pelanggan Saya

hye, salam manis beserta madu buat semua...

 firstly.... hamboih kau intro cakap omputih dia..
uncle nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua costumer uncle yang tidak henti order kek dengan uncle.. yang sudi layan kerenah uncle...

minggu ni selesai sudah beberapa bijon kek yang orang order, tinggal kek cik donat dengan sis suria rizal jer belom buat... itu mungkin esok uncle siapkan...

bila uncle buat delivery, ramai yang tak sangka orang yang buat kek ni lelaki, pastu budak mentah macam uncle ni... maybe diorang ingat perempuan jer yang tahu buat kek... hehehe.... uncle ni multilevel human..

tapi entry kali ni uncle nak cerita pasal benda lain... sesuatu yang buat uncle sebak, yang buat bola mata uncle berkaca bila mendengarnya..

tadi ada seorang hambal allah inbox uncle dekat fb.. dia nak order kek.. tapi bukan untuk dia, dia minta uncle delivery ke rumah anak yatim wadi sofea dekat kota bharu.. hamba allah ni dari tawau... jujur uncle cakap rasa macam nak nangis jer bila dengar orang nak buat amal ni, dia tak kenal uncle, jumpa pun tak pernah, tapi dia berani nak bank in duit suruh uncle buat kek dan sedekahkan ke rumah anak yatim.. kalaulah uncle ni jahat dan makan duit dia, dia mana tahu... tapi sangat syukur pada allah sebab masih ada lagi hamba allah yang percayakan uncle..

insyallah kak... saya akan sampaikan niat murni akak tu... saya akan tunaikan permintaan akak tu... semoga akak dan suami tercinta juga anak2 dilimpahi dengan rezeki dari allah yang melimpah ruah... ramai manusia tak tahu dengan niat ikhlas bersedekah itu lah tuhan akan menggandakan rezeki kita.. uncle ni bukanlah seorang yang alim dan kuat agama, cuma ................... benda yang wajib kita buat tu, haruslah kita laksanakan. tak akan kukuh sebuah rumah itu tanpa tiang kan..

walaupun ujian dari allah untuk uncle tak berhenti kiri dan kanan, tapi sikit-sikit allah berikan uncle kemanisan senyuman... semoga kenikmatan ini berterusan dari tuhan.. insyallah..

uncle dah ngantuk ni, esok nak bangun  pagi bukak kedai... bye.

assalamualaikum...

Uncle belanja gambar sekeping....

Apabila allah berkehendakan sesuatu pada kita maka jadilah..
semasa kita senang janganlah kita lupa pada mereka yang susah..
walaupun kita rasa hidup kita sekarang kurang senang...
ketahuilah bahawa ada lagi golongan insan yang lebih malang.


bersyukurlah dengan rezeki allah hari ni....

April 11, 2014

Mudah.My Menipu

hye salam manis beserta madu...

selamat malam chuolls.....
ada sehat...? dah dinner..? 
huih... peramahnya malam ni uncle sky.
ha ha ha ha....


kali ni uncle nak share satu cerita yang gila tak patut,
mana tak gila, lain yang di iklan lain pulak yang dijual.


tadi uncle ada lah google dekat mudah.my cari blackberry, ingat nak gantikan blackberry yang lama tu. terjumpa satu iklan brother ni... Husain JET nama dia.... kemain dia tayang blackberry nak jual, uncle pun capai enset dan mesej dia..

"salam... bro nak tanya, blackberry yang bro iklan tu ada lagi tak..? berapa harga dia, boleh COD tak..?
kemain uncle susun ayat agar nampak suci dan sopan bila berdepan dengan orang. har har har..
kau nak tahu dia jawab apa...

"blackberry takde, condom, pil tunjuk langit, dildo, rubber vagina, pil estrogen ada. nak COD kat mana..?"

ini lah benda blackberry yang uncle nak beli tu.


fuh.............. mengucap panjang uncle... terus urut dada dan berzikir....
orang macam ni pun ada, gila betul dunia ini.
ikutkan hati nak jer aku carut-carut dia, tapi bila fikir balik maybe ni orang gila, kalau uncle melayan dengan uncle sekali jadi gila.... nak jual ubat beromen laki bini tak salah, cuma jangan letak icon iklan yang tak de kaitan dengan barang yang kau nak jual tu.. huhu condom pun orang beli online dah sekarang, hahaha.. mahalnya kote kau,

uncle tak tahu lah seramai mana dah orang lain dah call/ mesej dia tanya harga....yang uncle boleh cakap kat sini jangan buat iklan kalau takde kaitan dengan barang.

then yang ni satu lagi benda lucu.... uncle jumpa satu iklan iphone 5s. uncle bukak inbox type number dia then nak tanya pasal harga, tetibe naik suggestion nama kawan uncle si HAKIM kat enset... jadah tulis number orang lain keluar suggestion nama hakim. then uncle mesej dia sepatah tanya harga..

nak tahu dia reply apa..???
"wei isaac, mana kau tahu aku nak jual enset, tayah la menyindir sampai hantar mesej tanya harga nak COD bagai"

ni sekor lagi pelik, dah kau letak iklan kat mudah.my tu jadah apa, pastu tanya aku balik mana tahu.
main dengan diorang ni nak tercirit aku gelak. kah kah kah..



ok la wei. dah lewat malam ni. karang lewat pulak uncle bagun esok. nak mengilinjit ke bandar cari makwe barang sorang dua.

April 9, 2014

Rezeki Itu Milik Allah

hye salam manis beserta madu buat semua...

sape rindu uncle angkat tangan...!!!!

kakakaka... celaka jer intro kau

erm.............. cemana uncle nak mula cerita ni yer.
ok 1st nak bersyukur sangat pada allah sebab di kurniakan kesihatan yang tidak ternilai harganya ni dan di dekatkan dengan friend-friend yang gila happening and always sporting...
diam tak sedar dah masuk tahun baru yer dak..? hahahaha.... open your eyes la uncle ni dah nak masuk bulan 5 dah ni.. well biasa lah orang tua.... gitchew kau...

and sekali lagi nak memohon jutaan maaf kat my bff sebab selalu skip dan mengelat nak keluar dengan dia... like seriously uncle bizi sesangat... bizi sesangat... sebab hari rabu jer uncle free hari lain uncle sibuk berniaga. dorang pulak hari jumaat cuti..  then rasa bersalah menyelinap kedalam jiwa. hahahaha...

dont worry la genk... ada masa nanti kita jumpa yer, bukan uncle dok oversea, 
business sekarang ni ok lah, bertambah maju, cuma element-element jahat tu sentiasa ada kalau kita senang ni, dari yang zahir sampai ke element mistik aku kena hadapi... tepis kiri tepis kanan sifat iri hati orang tu tetap jua uncle kena telan.... gluuurrrrppppp................

ada 1 lagi benda yang menjadi tanda tanya dalam diri uncle..
uncle ni apa pada mereka.... ya mereka...
takpe uncle tanak mention, just let's this save in my heart.
githew kau cakap omputeh.........

selfie itu petanda sakit mental

mental tak mental. aku pedulu haper.
yaa.... uncle memang jenis yang tak kisah sebenarnya... kadang orang buat apa pun uncle cakap takpe, sebab uncle cuba belajar untuk bersabar... orang yang rapat dengan uncle especially my bff tahu yang uncle ni garang... level mana garang dia hanya orang yang pernah kerja dengan uncle jer tahu.. hanya member yang tinggal serumah dengan uncle jer tahu... sebab dalam bersabar tu uncle cuba jadi happy go lucky person, sebab tanak stress....  uncle memang susah nak marah orang, but jangan bagi uncle marah... sebab aku seorang orang yang akan bertindak ikut kata hati bila marah.. hahhahahaha.... 

macam karangan jer kan... 

boleh buat sinopsis untuk bahasa melayu tingkatan tiga ni..
layan kan jer lah uncle ni kemaruk sebenarnya dah lama tak menulis...
itu yang gigih nak cerita semua.... 

uncle niatnya this year nak beli kereta sendiri...
but apakan daya tak tercapai jugak hasratnya...
impian tu jauh kelangit....
nak tukar screen blackberry yang rosak tu pun tak tertukar lagi..
dah la kat kota bharu ni susah cari kedai blackberry.
rindu nak macam dulu-dulu bawak 5 bijik phone sekali dalam bag
tapi gunanya satu jer. empat lagi jarang guna.
kah kah kah....

tak mengapalah bukan rezeki lagi, orang lain ada 1 enset jer dah syukur.
tunggu nak pow duit gaji adik lah nak suruh dia beli leather wallet nanti
kat kota bharu ni susah cari yyang cantik...

ok lah... lain kali cerita, boss dah mesej tu suruh datang kedai buat kek. alhamdulillah this week banyak sangat tempahan kek... semoga allah melimpahkan lagi rezeki aku dan boss.

nah... saje nak tayang.... sebab uncle baru jer dapat biss card ni.
sendiri design, biarlah tak chantek asal sendiri buat. weerrrk.......
kah kah kah


ibu saya mengajar saya supaya hidup dalam bersederhana, buangkan sikap riak bila bercakap dengan orang, jangan sesekali terlintas didalam hati untuk mengkritik hasil kerja orang, kerana belum tentu hasil kerja kita adalah yang terbaik. setiap orang telah tertulis rezeki mereka sebanyak mana, jika kita mahu lebih kita kenalah berusaha, bukannya cuba untuk menjatuhkan orang lain disebabkan kita iri hati pada mereka. saya juga tidak terlepas dari dosa. jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri dan dekatkan hati kita dengan illahi...... insyallah...

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...