iklan

August 7, 2012

Uncle, Carrefour Dan Duit Haram

Dear bloggy..

Harini uncle mengelenjit ke carefour
biasa lah rutin harian uncle membeli barangan kedai
tetiap hari uncle akan masuk melalui pintu masuk dari atas
sebab pintu bawah sering kehabisan troli.
trololololo..


Sejak kebelakangan ni kan,
ada sorang mamat tu asik tok tengok uncle jer
promoter baru agaknya
sebab sebelom ni uncle tak pernah nampak.
asal uncle lalu jer mesti dia tengok
pastu sesengih jer..
uncle ni sebagai seorang yang peramah senyum lah balik
meeesraaaaa katanya.. kan.!!


tapi semalam masa uncle lalu dia dok tetengok jer manjang..
mamat ni gila ke ape...?
masa tu uncle nak cari transparent wrapping
lama jugak la uncle dok mengusha segenap rak tu
macam tak jumpe jer..
tetibe mamat tu datang..

"Bro...!! pesen tegur macam dah sebulan kenal"
cari ape bro..?
siap tangan dia parking atas bahu uncle..
uncle ok lah kan, orang datang nak berkawan..
siap tepuk-tepuk bahu uncle tanda dah lama kenal..
chooooiii....!!


uncle balas balik.
"aku cari wrapping ni"
yang transparent tu..
dulu kat sini, ntah mana dah dorang pindah rak.
lepas dok sok..sek..sok..sek..
jumpe lah...

Sebagai yang peramah uncle ucap la terima kasih pada dia.
tetibe dia tanya nama uncle
ohh "aku isaac kau nak panggil ape pun aku tak kisah"
lepas tu uncle terus blah...
masa tolak troli tu dia tanya uncle
"esok bro datang shooping sini lagi tak..?

uncle terus membidas.
maklong la dah la panas, puasa lagi kan, dia pulak nak beramas mesrah.
"aku datang ke tak datang ke kau dah kenapa..?
sory la aku bukannya gay, aku dah tunang tahun depan nak kawen.

terus dia tarik muka selebet...

pesen ayam kentaki kena salut serbuk roti.



bhahahaha..
ker korang rasa uncle ni kejam..?
mana la tahu mamat tu saje jenis mesra alam,
jenis nak berkawan,
uncle pulak salah faham..

"Dik buka ape yer, uncle ni jenis rimas orang main pegang-pegang"
tambah orang yang tak kenal.
pastu nak tanya nama bagai.
ker kau ni polis dik..?

sory lah buat masa sekarang ni uncle belom lagi ada niat nak mencuri.
duit orang kau, 
makan duit orang ni tak kemana jer
lambat atau cepat allah pasti bagi kau balasan.
walaupun kau amik duit orang tu 5sen sekali pun
kalau tuan dia tak halal.
sampai liang lahad la kau makan duit haram...
so korang semua faham kan..?


tengok la besok.
kalao mamat tu ada lagi
pesen dok usha senyum-senyum uncle lagi
uncle nak silambam tengkuk dia

buat tart nenas,
untung aku raya ni tak banyak buat kuweh..


haha
.
.haha.
.
haha.
.
haha

August 2, 2012

Kembalikan Syiling 20sen Saya

Hye bloggy
rasanya dah lama uncle tak update story lucu kat blog ni kan..?
hahaha... ntoh ler sebab takde benda lucu kot yang berlaku
tadi uncle gigih la nak menimbang berat badan
konon la dah 12 hari puasa 
bercampur dengan diet yang sihat
nak jer tahu berat badan uncle sekarang berapa..??

lepas balik kerja bergegas uncle ke mesen penimbang yang berdekatan dengan watson.

pesen cenggini la kekdah mesen penimbang dia

uncle naik atas mesen tu
uncle masuk kan 20 sen
uncle tunggu
uncle tunggu
.
.
.
.
.

apepasal mesen ni
ahh dah telah dah duit
uncle masuk kan lagi
20 sen
skali lagi mesen tu telan duit
selalu uncle guna elok jer
pastu uncle bagi la serangkap penendang 2 das kat mesen tu
pastu mesen tu tetibe bercakap
"sila berdiri tegak kami akan menimbang berat badan anda"
chooi.. uncle tak sempat lagi nak naik.
pastu uncle naik atas mesen tu,
masuk kan 20 sen
tetibe tak jadi pape.
ehh, benda alah ni saje nak mainkan perasaan uncle kan
sebelom pulang uncle silambam tengkuk mesen tu sekali

nah kau..nah kau

terguris tau hati uncle gara-gara mesen tu

pastu uncle terus ke watson
"Dik ada jual mesen timbang tak..?"

pastu dah dapat
uncle try la timbang
pastu cakap kat promoter tu jap yer
"i test dulu ok"
ehh, dik penimbang pesen nombor-nombor tu takde ke..?

"i ingat nak cari yang macam tu"
yang pakai jarum ni susah la.

memang dalam watson tu takde pesen penimbang pakai nombor-nombor
khan...!! bijak tak idea uncle
dah selesai balik la..

sambil keluar dari watson tu,
uncle kecik kan biji mata pandang sleck kat mesen penimbang pentipu tu


"mesen, wa pandang lu kecik..besar..kecik..besar..." JER

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...