iklan

April 28, 2011

selkom berukbanned

Morning..huhuhu sepatuynya enrty ni gua tulis pagi tadi..d sebabkan selkom berukbenned gua taleh on9 Maka skang ni gua buat entry pakai enset jer.. Mood nak menaip  terus hanyut kelaut.. Ntah mengapa giler meroyan talek konek pagi ni..terus terminate. Gua pnya bill last 30hb ni..

Ingat na call jer operator pagi tadi nak lahar jer dia..tapi sebab belas kesian dan perasaan tanak menyakitkan hati insan yg bergelar manusia gua tak jadi call..gua cakap dalam ati takde rezeki arini nak on9..

Petang ni try konek skali lagi, kalo terminate gak rela terpaksa la pujuk hati ni tunggu 3 hari lagi..sebab elaun berokbanned dah abis..kih kih kih.

Tak sabar nk byar bill berobanned.nk jumpe akhak selkom yg puteh gebu bak beruang salji.

Ok lah yu'oll, talarat nk naip pkai enset. Xstim nk wat entry.emosi pun dah tergangu.. Jgn rindu2. Gua ilang tak lama. Kahkahkahak.

April 27, 2011

Adakah Kita Jujur dengan ibu Bapa..?

Nama = Lumut
Umur = Dewasa
Jantina = Lelaki/wanita

Dulu Lumut seorang anak yang baik, Lumut suka sangat belajar, Lumut selalu mengaji setiap kali habis solat, walaupun Lumut tak berapa mengenal butir-butir alquran, Lumut cuba belajar dengan bonda tatkala habis solat, Lumut sekarang dah belajar disekolah, sekolah rendah, semua suka berkawan dengan Lumut, Lumut ramai kawan, cikgu pun semua sayang Lumut, sebab Lumut pelajar pintar.. setiap kali ujian Lumut selalu dapat tempat pertama, sekarang Lumut menjadi sebutan ramai cikgu di sekolah,

Kini lumut dah besar masa ujian UPSR Lumut dapat result cantik, Lumut dapat tawaran belajar asrama penuh, tapi Lumut tak nak tinggalkan Bonda dengan Ayahda Lumut rela tolak tawaran itu dan bersekolah di kampung bersama kawa-kawan yang lain..Disekolah Lumut masih macam biasa berkawan dan belajar seperti normal, masa tu Lumut pergi sekolah naik bas jer. pukul 6.30am bonda setia menunggu bas depan rumah dengan Lumut,

Sekarang Lumut dah masuk tingkatan 2..Semua kawan pergi sekolah naik basikal, Dalam hati kecil ni ingin sangat ada sebuah basikal, namun Lumut tak nak membebankan bonda dengan ayahda. Lumut diam sahaja. Tapi naluri seorang ibu lebih tahu kehendak hati anaknya, pada penggal kedua Lumut di beri hadiah basikal. Sekarang Lumut dah tak naik bas, Lumut naik basikal, tiap-tiap hari bonda bekalkan air dalam bag Lumut sebab bonda tahu Lumut pasti dahaga bila kayuh basikal. Terima kasih bonda..

Lepas dapat result PMR Lumut sekali lagi dapat keputusan yang bagus.. Lumut dapat tawaran sekali lagi bersekolah di asrama penuh, namun Lumut tak sanggup nak meninggalkan Bonda dan Ayahda keseorangan. sebab Lumut hanya satu-satunya anak yang mereka ada. Jadi lumut tolak tawaran tu..walaupun Lumut agak kecewa namun Lumut yakin rezeki ada dimana-mana..

Naik tingkatan 4 semua kawan-kawan ada motor, Lumut saja yang pergi sekolah naik basikal, bila berada di alam remaja, naluri Lumut hanya suka memberontak jer, Lumut tahu permintaan Lumut untuk ada sebuah Motosikal agak besar, namun Lumut tetap berkeras nak pergi sekolah dengan Motosikal.Kasih sayang bonda dan ayahda terhadap anaknya sangatlah mendalam, pada hari lahir Lumut bonda menghadiahkan sebuah motosikal bewarna biru, bila dah motor baru, Lumut menjadi perhatian di sekolah, Bila dah ada motor Lumut kian lupa tanggungjawab Lumut untuk belajar sehingga berjaya. Lumut kini dah jauh berubah, Lumut selalo menipu bonda cakap dah solat tatkala ditanya, Lumut dah pandai keluar malam, Lumut dah pandai balik lewat. Tapi bonda dan ayahda diam sahaja sebab takot Lumut merajuk bila ditanya.

Lumut dah jarang mengaji Al-Quran selepas sembahyang, kebebasan yang bonda dan ayahda bagi lumut salah gunakan..Lumut juga dah jarang Siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi, alasanya "baik aku buat esok, datang sekolah pagi-pagi tiru kawan" nanti nak ujian aku ulangkaji lah balik.. balik sekolah Lumut dah tak tahu nak gantung baju di tempat asal, bag sekolah Lumut campakkan tepi dingding, buku memang Lumut dah tak sentuh langsung..Nasi yang bonda masak Lumut langsung dah tak jamah walaupun semulut. Yang Lumut tahu tiap kali Lumut minta duit pasti bonda bagi.

Sekarang tibalah SPM, Lumut langsung tak bersedia Dalam dewan Lumut langsung tak tahu ape-ape. Kadang-kadang Lumut jeling-jeling member sebelah. Kini tiba sudah hari keputusan SPM, Lumut hanya dapat keputusan 3A sahaja, memang cukup-cukup makan, Lumut isi semua tawaran sambung belajar, tapi semua gagal, Dengan berbekalkan bapa saudara yang bekerja sebagai dekan di UITM terkemuka, Lumut di sogok masuk dari pintu belakang, Kini Lumut juga sudah bergelar seorang pelajar Universiti. Dalam hati Lumut berjanji dengan diri sendiri juga dengan bonda dan ayahda yang Lumut akan belajar bersungguh-sungguh dan tak nak mengulangi kesilapan lepas. Semester pertama Lumut berjaya, Lumut juga dapat anugerah Dekan pada semester pertama, namun kawan mengatasi segalanya. semester kedua Lumut dah mula hanyut, duit pinjaman PTPTN habis Lumut belanjakan, Kini Lumut sudah mempunyai teman istimewa, Lumut selalu habiskan duit dengan teman istimewa, makan bersama, membeli-belah bersama, Duit pinjaman Lumut habiskan membeli talifon canggih, dalam kelas talifon Lumut yang paling cangih berbanding yang lain. Lumut juga beli laptop baru, Dalam kelas laptop Lumut yang paling canggih. yang paling mahal, bonda di kampung bergadai sawah ladang semata-mata nak ikut apa sahaja kehendak Lumut, supaya bila Lumut dah berjaya Lumut boleh membantu mereka tatkala tua. SEMESTER seterusnya Lumut juga macam biasa berjoli sana sini dengan Duit pinjaman, Lumut beli kamera paling canggih masa tu Nikon DSLR RM4000 semata-mata nak berlagak kaya depan kawan-kawan juga serta nak keluar outing dengan teman istimewa bergambar dengan camera baru.. Bonda dan ayahda di kampung berhempas pulas cari duit semata-mata nak tengok Lumut berjaya..

Akhirnya Lumut berjaya memegang segulung ijazah.. Lumut juga dah memegang jawatan tinggi di sektor kerajaan, Tapi lumut lupa tanggungjawab dan janji pada bonda dan ayahda nak membantu mereka tatkala tua. Lumut dah pandai clubing, Lumut dah pandai mabuk-mabuk. Solat 5 waktu dah lama Lumut tak kerjakan, Duit gaji tak pernah satu sen Lumut hantar pada bonda dan ayahda.. Lumut dah mula lupa segala-galanya.Duit gaji Lumut habiskan untuk diri sendiri.Lumut dah ada kereta sendiri, dah ada rumah sendiri, tapi Lumut lupa nak bawak bonda dan ayahda naik kereta Lumut, datang rumah Lumut.Rumah usang di kampung menjadi tempat mereka berteduh.Entah makan entah tidak Lumut tak pernah tanya.

Satu hari Lumut menerima sepucuk surat dari kampung. Surat dari bonda.

Anak bonda yang tercinta:-

Dah lama bonda menantikan kepulangan anakda, walaupun Lumut sibuk, balik lah jengok kami yang dh tua ni walaupun sekejap sahaja. Bonda sedih sebab bonda gagal mendidik Lumut menjadi manusia berguna, Jika ditakdirkan bonda dah tiada bonda pinta Lumut carilah guru dan belajarlah mengaji. nanti pahala dia sampai akhirat, Bonda pun tak sempat nak mengajar Lumut mengaji, Lumut carilah ilmu akhirat agar hidup Lumut bertambah berkat.Nanti bila bonda dah mati siapa nak bacakan bonda yasin..? Bonda dan ayahda yang berdosa sebab dah gagal mendidik Lumut sehinggakan yasin pun Lumut dah tak tahu nak baca.Sebelum bonda menghembuskan nafas terakhir bonda pinta Lumut kembalilah semula menjadi diri Lumut yang bonda kenal dulu..

Jika semua amalan Lumut dihisab kelak, bonda sendiri pun tak mampu nak tolong Lumut lagi, sebab kita mati berbekalkan pahala masing-masing, Tapi jika bonda mampu tolong bonda rela berikan semua pahala bonda pada Lumut agar Lumut mati masuk syurga.Lumut satu-satunya anak yang bonda ada. Bonda pinta Lumut ajarlah anak cucu bonda ilmu dunia dan juga ilmu akhirat supaya cucu-cucu bonda tak melakukan dosa yang sama seperti mana lumut buat pada bonda..Lumut didiklah cucu bonda supaya menjadi manusia yang berguna, 

Bonda mu yang tercinta

Lumut terpaku seketika, tatkala air mata mengalir berlinangan membasahi pipi.Masihkah ada peluang untuk Lumut mengubahnya kembali...? Adakah tuhan masih lagi membuka pintu taubat buat Lumut.!!


Ku Menatap Dalam Gelap Tiada Yang Bisa Ku Lihat Selain Hanya Nama Mu Ya ALLAH Esok Atau Nanti Ampuni Semua Salah Ku Lindungi Aku Dari Segala Fitnah Kau Tempat Ku Meminta Kau Beriku Bahagia Jadikan Aku Selamanya Hamba Mu Yang Selalu Bertaubat AMPUNI KU YA ALLAH Yang Sering Melupakan Mu Saat Kau Limpahkan Karuniamu Dalam Sunyi Aku Bersujud Padamu
Siwiyes berlinang air mata gua nak siapkan cerpen kisah hidop lumot ni. Actully lumut ni takder kaitan pun dengan sape2 yg idop mahupun meninggal dunia. Macam terpanggil nak menaip malam ni.so tayah la ada nak sentap ke terguris hati lepas ni..!!

Kau Boleh Cakap Elok Siket Tak..?

kejadian ini di rakam tat kala subuh menyingsing, tatkala mentari ingin mengintai tirai pagi,



Kring..Kring.. (sebenarnya bunyi lagu born this way by lady gaga)

Gua- Hello
XX- weh hello, bagun la gilo..!
Gua- Eh kao ni memang jenis tak beradap ehh call orang pepagi morning nak hamun-hamun bagai..?
XX- wah garangnya, okbai..

tutt..tutt..tut..!!!

Lancau betol, dah la time tu gua tengah syedap mimpi jumpe lisa surihadi dekat tasek putrajaya (siyes gua tipu hak hak hak) kan nama pun pepagi morning, kalo call gua bagi salam, baca kan doa bagun tido pun hokay gak, ni nak memaki gilo ape semer.. hangin la member ni yer dak..?
sape setuju sila angkat tangan macam saya..!!

Ok.sambung..felling tengah climack ni.. kih kih kih.. ekselly gua pun tatau la sape call, sebab gua ta penah tengok num tu..Last dapat meset dari dia..

"Ko ni kan asal garang sangat angkat telipon..? sebabtu kami takot nak call ko..!"

Motif..motif..Motif..!!

meh gua pelangkung kepala lu pakai gayong..Gua tak kenal lu lah, so tayah gegeh lagi nak call mesra2 bagai, gua kan tak pandai berkawan.. gua kan garang..

OK lah lepas ni gua tak cakap dah vavi ke hanjeng ke..! nati kalo gua marah orang gua akan praktikkan dengan perkataan ayam atau kambing atau itik pula..



Contoh yer: gila ayam betol la awak ni, tayah la nak marah melalak cam itik.. Ok tak Ok tak....???

Nota Siku: Oleh sebab gua bengang gua pun pergi kerja dengan memakai baju yang hejeo, (motif...?) takder motif pun, slalo lah kalo gua tengah bengang, bad mood ke, rasa nak bunoh orang ke.. gua suka dengan benda hejeo, gua suka warna rumput, gua suka bau rumput lepas hujan, bau rumput lepas kena mesen, sebab bau dia segar, mungkin orang akan kata gua gila, takpe, sebab setiap orang ada cara sendiri untok release tension kan, lagipun warna hejeo kan kesukaan Rasullulah SAW. Dan juga warna kesukaan gua selain warna Biru.


April 26, 2011

SELONGKAR -Ape Ada Dalam Beg Skyboy-

Hye salam manis buat semua, for those who doesn't know me yet, hye im sky.. kih kih kih kih..

Tadi member gua tanya, ko datang kerja selalo jer bawak bag, ape benda dalam beg ko..? meh sini nak selongkar.. Giler ke hape tanya gua hari2 bawak beg, sure la kan ada barang, hengat pompuan jer nak jalan bawak henbeg, laki pun ada stail tau.. kih kih kih.. mengelabah jer nak selongkar beg gua, pook paler baru tahu.. ok lah sebab semer curious tahap tapir nak tahu kan gua sudi selongkar kan untok tatapan semua bloger.. cam retis jer kekdahnya.. Ni picture gua snap before pegi kerja..masa nak masok kan bebarang didalam beg.
Hahahaha | giler beselerak
Huhuhu.. kalo takder menda ni leh tersentap kejap. kih kih kih.. tayah la nak zoom-zoom gua tak simpan condom lam beg lah.. -sarcastic- 

Meh sini gua detailkan ape yang gua bawak.
  1. Nokia N8
  2. Ngage_QD (khazanah lama, dah 7 tahun dengan gua,)
  3. Nokia 1616
  4. Sony Ericsson W580i
  5. Sony MP4
  6. Deodorant (rexona)
  7. Listerine
  8. Losyen (garnier)
  9. Wallet
  10. Charge Enset
  11. Stokin (tatau motif dalam beg)
  12. Kunci rumah
  13. kopiah
  14. Baju spare
  15. Laptop
  16. lens casing
Felling kata artis kan, haruslah bawak benda cenggini, kih kih kih.. siyes cam pompuan..siyes..hahaha persetankan ape orang kata janji idop gua tak dicemari bau badan.Enset tu memang wajib la bawak setiap masa untok berhubung degan orang yang tersayang. Mp4 tu untok halwa telinga masa gua otw ke tempat kerja, wallet memang kena ada, sure banyak duit lam tu, hahahahaha..

Listerine tu spare la kot skandel ajak comolot takut bau semacam berkumor dulu. Charge memang kena bawak sentiasa kot urgent batery flat tetengah jalan. losen tangan tu gua bawak tat kala kulit kering gua lulurkan dan manjakan kulit gua yg mmg dah chamtek ni. baju sama stokin tu gua tatau sebab ape terbawak pagi tadi. Kopiah sentiasa ada, walau jarang sangat cukop 5 waktu, tapi gua usahakan juga.. atlease gua bawak kopiah nak solat. (jangan cemueh gua yer)

lappy tu sentiasa lah bersama kemana sahaja, rakam saat romantis dengan camera hapload dalam FB via lappy. huhuhu.. cam anjelina joli dah..kemain yu'oll.. tapi kekadang tinggal gak lappy kat umah, kejadah nak usung hari2 seberat 2kg. bekas simpan contet lens pun gua bawak, kot urgent nak bukak lens bleh simpan dalam bekas terus. haruslah mata gua biru hejeo sentiasa.

Ni snap lepas balik kerja | ada lappy kat tepi

Sebab harini gua tak bawak lappy, so balik kerja baru snap balik pic bersama lappy, takot lappy majok jer.. har har har.. ok lah tu sahaja segmen SELONGKAR bersama skyboy.. so gua nak cabar sape ada BRAN sila lah selongkar beg korang sendiri dan hapload dalam belog, dan ceritakan apa dalam beg pada kitaorang semua.. tapi haruslah jujor.. walau ada chewing gum melekat dalam beg wajib tayang sama.. kih kih kih.. ok mangsa-mangsa teranaiya gua adalah Farhan AJ dan seterusnya Adamxis dan juga mangsa lain Cil ladies dan Ainina jelani dan Cik Geli2 dan sesape jer lah yang terasa nak memberanikan diri menyelongkarkan barang sendiri dalam beg.. saper yang gua tak tag tu mintak ampun mintak maaf yer. gua rawak2 jer, nak tag semua komperm terpeleot jari ngetag satu-satu..

Nota siku: gua syak dalam beg farhan AJ pasti ada buah jambu. (motif sesangat)

April 25, 2011

Siapa Rasa Dia Perempuan..? Best Tak Jadi Kakak..?

Salam manis buat semua... wah terkesima sekejap dak sky ni stating entry dengan salam.. (tetibe suhu bilik bertukar sejuk seketika) bha ha ha ha... Selama gua hidop kat muka bumi tuhan ni, gua teringin gegila nak kan sorang kakak perempuan, Sebab gua jeles dengan orang lain yang ada kakak dan bercerita akan keistimewaan kakak beliau pada gua..
Untung dapat main buai dengan kakak

Mungkin segelintir akan cakap ada kakak cam celaka, sumer benda kakak aku dapat, aku tak dapat ape... dady selalo rotan aku, tapi kakak tak penah, mummy selalo suruh aku gi kedai, tapi kakak tak penah, time raya kakak selalo dapat baju banyak, aku selai je.. 

Tu bagi manusia yang berkakak lah, kebanyakan akan cakap benda sama, gua just nak hailite menda best jer tentang ada kakak..Gua balik sekolah, nak makan masak sendiri, semua dah ada lam peti, just guna kreativiti kata mummy..hari minggu gua kena tolong mummy kemas rumah, sidai baju, pegi pasar beli ayam, time raya kena wat biskut sendiri, pasang langsir sendiri, masak rendang, masak ketupat, wat kerja sekolah sendiri-sendiri sebab takde kakak nak ajar. so kalo ada kakak kan best, mesti gua dok umah goyang kaki jer.. hahaha.. kejam gileer..

Dulu masa kekecik, time gua form1, form2 ramai giler kakak angkat, gua pun tatau sebab ape derang nak amik gua jadik adik angkat dia. gua syak sebab gua comel kot, kiut plak tu 
giler lah.. sekarang gua dah tak kiut cam dedulu dah, gua dah burok, so kakak pun dah takder.. huhuhu sedih.. gua pun tatau sesangat cemana perasaan ada kakak, yg best kalo orang tanya, lu ada kakak..? gua nak jawab ada.. orang tanya kakak lu lawa tak..? gua nak jawab lawa..! lagi ape yer..? 

Gua kat dalam dunia ni 2 beradik jer, gua ada sorang adik lelaki.. yang sangat ganas dan buas tahap gaban. umur pun beza setahun jer dari gua... haha sape ada adik lelaki tahu lah cemana, siyesly gua ngan adik gua jarang sangat bergaduh, sebab daddy gua bagi ape benda sumer sama adil.. walau kekadang adik gua terlebih, gua sebagai abang tak berkira sangat.. just yg ketara kalo member adik gua datang umah dia akan tanya adik gua.. budak tu saper adik ko ke.? ahaha, gua abang dia la bongok.. gua sedar wajah gua tak di mamah usia, sebab adik gua lagi besar dan lagi tinggi dari gua. 

eh..sape ada cerita pasal kakak dia meh la share dengan gua. sebab gua sedih gua takde kakak. sebab tu gua suka berkawan dengan perempuan yang lebih berusia dari gua sebab gua nak sangat rasa kasih sayang sorang kakak.. mungkin orang lain takan paham dan akan cakap menyesal ada kakak.. tapi gua tak..!!! pasni gua wat entry pasal best ke ada abang plak. huhu, gua dah jauh mengarut.

April 24, 2011

TQ geng BCR

Dulu tempat ni aku just masok untok berkenalan dengan sesaper jer dalam dunia bloger ni.. tapi tatau lak dah cam family dah.. dulunya folower gua hanya lah 50 sahaja, sejak joint geng bloger ni, ada la jugak insan yg sudi nak mengfollow kan diri di blog picisan gua ni.. terharu weh..


1st masok gua wat hal, besalah baru kenal, wat perangai supaya orang senang nak ingat kita, gua letak nama orang dengan pelbagai gelaran, sampai sekarang lekat nama tu kat dorang.. sampaikan gua kena banned sebab bahan nama bloger lain,, haha.. mau gua ngamuk satu blog rentetan gua kena banned.. pastu, dah lama joint derang, rasa dah cam satu family dah, setiap orang pasti ada jer topic nak di ceritakan. dorang banyak share nasihat, walau dorang sering bunuh-membunuh sesama insan dalam BCR tp pakai icon lah, tapi dorang rapat. gua tanak la sesebot nama dorang, nati kan banyak lak trafic blog derang.. hahaha giler kejam kan..

Selama gua chating, kat BCR lah gua rapat dengan chater. walau gua selalo bahan orang masa chating, sebenarnya menda tu lah yg membuatkan derang lagi rapat dengan kita.. walau sekadar kenal dalam alam maya sahaja, gua happy sebab derang tak menyakitkan hati.. walau tak nampak di mata, takleh nak touch2, cuit2, tapi dorang semer baik. thanx all. sebab sudi layan kerenah gua yg ntah paper ni.



Dalam BCR ni gak gua jumpe sorang bloger yang perangai dia sikit pun tak beza dari gua.. Farhan AJ macam dah satu takdir kami kenal, dulu gua fuck dia, sebab dia terlalu sempurna dimata gua. bagi pandangan mata kasar lah. lepas gua stalker blog beliau, baru gua tahu di sebalik wajah jambu beliau tersirat satu kesedihan yang dia ingin kongsi tapi tak semua orang bleh memahami.. sebab gua ni unik, gua bagaikan terpanggil untuk kenal dia. lepas kenal, siyes dia juga seperti gua.. tak mudah kita nak menangkis tomahan dari orang, dan bukan senang jadi insan unik seperti kita, sebab tak semua akan suka..
Siyes tak kewl laki nangis..

April 23, 2011

Kita Bukan Sempurna

"sambil berlatarkan lagu kitaro caravansari gua mengigihkan jari jemari menaip entry kali ni"

Ekselly jiwa sekarang sedang hanyut jauh kelaut.. kalo pakai pancing pun belom tentu dapat.. ok be siyes pliz..!! Arini gua mendekatkan diri dengan memember lama dekat "muka buku" FB.. sambil mengkomplen pic member, sambil bahan dia dekat wall, ada sorang member gua yang ni agak berbulu dengan gua tatau kenapa..! setiap kali nampak gua mesti cari point nak bahan gua.. ape motif tatau.. Gua tanya lah kenapa ko siyes benci gegiler kat ako..?
"jawabnya sebab ko selalo berlagak bagos, selalo buat diri ko up dari orang lain,"

ok siyes budak ni pesen mintak penampar barang sedas dua..gua dengan feling yg kewl membidas.

"kalo aku bagos ko kenapa jeles lettew..?" 

gua tahu dia bengang.. dan cari point nak bahan gua. mesti gua syak disappointed giler budak tu sebab ayat dia terhenti disitu.. sentap lettew..!! xaxaxaxa..



meh gua citer serba sedikit tentang life gua bagi yang tatau..
gua ni jenis hati nipis dan mudah tacing.
gua agak keras kepala.
gua tak suka di tengking, nak mintak tolong ada banyak cara elok.
gua juga agak laser sket.
gua fuck orang yang buat gua berbulu.
gua bleh baca sifat orang dengan hanya kenal dalam masa 1jam je.
gua suka abdikan diri dengan buku dan laptop.
gua rela habis demi family dan kawan baik.
gua ni garang..
gua akan mintak maaf kalo gua mmg salah.
gua akan fight balik kalo tu bukan salah gua.

ok..ok..ok.. dah2 siket-siket dah la. nati kata gua cari point lak.. mak gua penah pesan kat gua, kalo kita memang tahu banyak perkara jangan lah terlalu menonjol sebab tak semua orang akan suka. benda yang sedap kalo siket semua orang nak, tapi kalo sedap dan banyak, orang pun dah muak nak makan. so pepaham sendiri lah..mak gua pesan lagi. jika terlalu peramah pun bleh buat orang meluat dengan kita. wat baik biar berpada-pada, takot orang label kita saje nak bodek orang demi kepentingan diri sendiri.. kita mengalah tak semestinya kita salah,

Arini gua rasa down giler dalam hidop. tatau kenapa. sebab gua rasakan terlalu ramai hypocrite dalam idop gua. terlalu ramai orang yang sedang bermuka-muka.. ok.. nak mention tak semua orang.. sebab masih ada lg yang baik.. kalo ditakdirkan besok gua buta, gua tempang, ada tak umat manusia yang mahu berkawan dengan gua lagi..? ditakdirkan besok gua sedar dengan keadaan gua bodoh dan tatau ape2 masih ada lagi ke orang yang mahu anggap gua kawan..? "ahh kau selalu pikir bukan-bukan" bila masa tu tiba disitulah kita bleh kenal sape kawan sape lawan.


Setiap orang pun punyai masalah berbeza-beza. Arini gua senyap jer tak banyak cakap, tapi ada yg perasan kenapa gua agak diam.. gua cuba sembunyikan senyuman plastik ni. namun ada yg perasan. walaupun gua sedang senyum, namun dalam hati gua menangis.. Thanx pada member gua yang sorang tu, sebab sudi layan kerenah gua dan tak amik hati dengan perangai gua yg ntah pape ni.. dalam dunia ni yang paling utama bagi gua adla mummy dan daddy.. lepas tu baru gua pikir pasal kengkawan.

Gua bersyukur sangat pada ALLAH sebab diberi anugerah yang tak ternilai harganya. Sebab gua mampo melakukan perkara yang orang lain buat dengan melihatnya dengan sekali pandang.. ok lebit tepat gua definasikan sebagai bakat lah.. haha cam siyal jer.. gua juga mampo ingat nama orang dengan sekali baca sahaja, ok..ok..ok.. lebih tepat gua sebut mengulangkaji lah.. tanak timbul riak disini.. yg baca tayah la rasa menyampah lak.. koh koh koh koh.. fadilah kamsah penah cakap gua amat relevant pakai otak kanan..

weh malas la nak taip.. cam nak mempromosikan diri lak.. jiwa dah sangat kacau. nak menaip pun terbantut.. nati gua wat 2nd entry rentetan dari entry yg ni.. gua nak cari diri gua semula. kata FARHAN AJ.

April 22, 2011

Tentang kita

walaupun kita ada sebilah jarum dan selembar benang,
namun bukan semua orang mampu mengaitnya menjadi sehelai pakaian..
begitu juga dengan kehidupan kita,
walaupun kita diberi banyak kesenangan, namun tak semua akan berjaya dengan selesa. Tanpa doa, sedikit pengorbanan, di susuli keberkatan dan usaha..kalau idamkan bintang yang bergemalapan, carilah sayap untuk terbang


April 21, 2011

Best Ke Makan Duit Haram..?

For those who doesn't know me yet. hye all.. just call me sky..
Hahahahaa cam gampang jer intro, akselly 2,3 hari ni agak berangin bercampor emosi sket. sebab pe..? sebab gua rasa tecabar bila orang cuba try gua. Gua paling pantang giler orang cabar batas kejujuran gua.. Yer gua sedar gua bukan berasal dari family yang kaya, ada ladang juta-juta. Tapi kalo pasal duit gua memang sensitip giler, sebab dengan duit lah mampo mengubah diri seseorang menjadi orang lain.. Sebab duit jugak nenek buang mummy dengan daddy.Sebab duit jugak anty dengan uncle gua bertukar jadi orang yang lupa diri..


And gua paling tak suka orang nak try batas keikhlasan gua. yer semua orang berhak untuk curiga, ragu-ragu dengan orang yang dia tak berapa nak kenal. tapi cukop la hanya sekali try gua. tak perlu banyak kali. Sebab gua takan amik hak orang, Gua pun bukan nya baik sangat, gua juga pernah cakap bohong, kelentong orang, maki orang, buat orang marah.. tapi gua tak pernah nak mencuri atau kata lain amik hak orang.. sebab mak gua tak pernah nak ajar gua mencuri, kata mak gua "bia kita takde duit nak makan, takde duit nak minum asalkan kita jangan hutang duit orang dan curi hak orang.." kata mak gua lagi "biar kita tak kaya dengan hasil dari titik peluh duit orang, sebab sampai mati pun allah takan suka kita" 

Ramai yang tanya, kau kerja macam ni bleh beli macam-macam, bleh pakai mahal-mahal. siap slalo belanja kami makan, mana datang duit..? so meh sini gua nak citer mana datang duit..

1st- keberkatan dari ibu bapa. duit gaji yang dapat dari hasil titik peluh sendiri walau 5sen skali pun bagi la kat orang tua kita, walau dia tak mintak, walau kita tak mampo nak bagi orang tua kita kemewahan cukop la sekadar kita bleh belikan dia hendbag ke, wallet ke ape ke.. so keberkatan dari ibu bapa tu akan membawa kita ke syurga.

2nd- Gua tak merokok, so secara tak langsung gua dah save beberapa hengget dari duit rokok.. kalo total dah dekat rm200 sebulan untok rokok..

3rd- Sentiasa lah bersedekah walaupom 1sen, dengan niat yang ikhlas. tak kira lah dengan sesiapa pun anda bersedekah janji niat ikhlas, so tuhan gandakan rezeki kita.. Tapi jangan lah bersedekah semata-mata nak dapatkan ganjaran dari allah. tu hypocrite tu..

4th- Jangan simpan cash banyak lam poket, biasakan diri gunakan visa debit card.Sebab ape setiap kali beli barang balance yang sehengget, dua hengget tu kalo cash kita dah tak tahu kemana balance tu pegi, kalo pakai visa debit card balance tu tetap kekal dalam account. Tapi jangan lah gi pasar malam pakai visa, harus kena sumpah dengan makcik jual taufu fa.. maksud gua kalo nak beli baju ke, tengok wayang ke, makan ke, biasakan guna card. supaya duit tak banyak keluar..

5th- Beli ape yang perlu, biar mahal asal tahan lama, rancang perbelanjaan seperti ubat gigi, shower bath, pencuci muka, syampo beli yang pack besar supaya duit skali habis jer tapi tahan sampai 3 bulan.

6th- Menabung at lease rm300 sebulan. so kalo urgent nak pakai duit takde lah hegeh-hegeh nak meminjam duit orang.

So pasni pada korang yang banyak tanya tu, cukop lah tanya gua banyak kali, sebab gua penat nak jawab, and gua tak mencuri duit orang untok beli semua tu..Gua rasa dah lama gua kaya, kalo hari-hari gua curi rm50 sehari.. So pasni sape nak try gua lagi silakanlah, sila lah letak rm100 ke 200 ke 300 ke mana tahu gua gelap mata nak amik semua.

Kalo gua ditakdirkan tak makan 5hari, pastu jumpe duit rm100 tepi jalan gua rela mati kelaparan dari gua makan duit haram. walaupun seposen mak gua ajar gua suroh mintak walaupun nak beli gula-gula dari amik sendiri dari hendbag mummy.. Gua bukan nak bangga gua sembahyang tunggang langgang, puasa kadang tinggal, tapi gua paling sensitif bab duit ni.. Tapi gua paling pantang orang meragui kejujuran gua. Lepas ni orang nak buat ape pun buat lah, gua nak tutop mata jer. Lambat laun kebenaran tu akan terungkai sendiri tanpa kita yang merungkainya.

Setiap orang pun bukan tak penah mencuri, amik pensel member, makan mangga kebun orang, panjat pokok rambutan jiran, beli rokok 1kotak tapi amik 2 kotak, tapi yang zaman kecik2 dulu time bodoh dedulu harap tuhan ampunkan lah, tapi bila dah besar sekarang ni, nak ker pisang bebuah dua kali..?



Nota kaki- anty dengan uncle, kalo hidop nak berkat jangan lah lupa pada opah sama tok ayah, bagi la dorang duit walau sepuloh hengget sebulan, kesian orang tua tu nak minom teh.

April 20, 2011

Kepada Perokok Tegar

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis in.!

April 16, 2011

Gua Paling Tak Suka..!!

Kenapa benda yang gua paling tak suka selalu menghantui gua.. haha. tajuk cam gampang jer.. Dari dulu sampai skang kalo member yang gua sayang pasti tak kekal lama, maksudnya pergi belajar ker, pindah umah ke, ikot parent ke luar negara ke, kat memana jer lah janji dah jauh dari gua, sampaikan gua hanya dapat jumpe time raya or time cuti jer..kalo member yang gua tak suka ni, lama lak menetap di sekeliling gua. hehe.. Skang ni kat tempat kerja baru gua, gua dapat ramai sesangat member baru, semua nya sebulu dengan gua, takder nya nak bermuka-muka.. Tapi bila kita dah setat serasi dengan dia ada jer menda yang nak memisahkan kita. gua pun tahu semua benda yang tuhan kasi kita pinjam takkan kekal lama.. tapi izinkan lah gua merasai erti sebuah persahabatan yang orang lain selalu declare sebagai bestfriend..

Dulu gua ada sorang bestfriend nama Acap..Gua selesa giler kawan dengan dia. sebab sifat kami yang suka bahan orang ada pada diri dia. Kalo orang lalo ada jer topic yang kami nak bahan. Dulu dia jer lah kawan gua masa sekolah, kami kawan sampailah sama-sama belajar jejauh, tapi lepas dia abis study ni, kami dah makin jauh. Gua meset dia pom tak berbalas. Gua pon nak sangat tahu kenapa dia buang gua sebagai kawan dia.. Mebey sebab gua ni suka wat dia menyampah kan..

Gua juga ada sorang kazen, bleh dikatakan bestfriend comolot gak lah, Nama dia Shah-Rain.. Dedulu dudok kat umah gua, tapi skang ikot family dia pindah. so jauh la kami..shah ni jenis tak kisah, and hobi sama jugak suka bahan orang, and kalo shooping kat mana-mana kami selalo speking, bajet mat salleh gittew lah.. haha..tapi skang shah dah jauh, so aku jarang sesangat jumpe dia.. Tapi kami slalo gak keep in sentoh calling2 meset2 bagai.. Nak jumpa lagi alamat raya lah..

Are-mean salah sorang Bestfriend gua gak. Dia budak lagi, baru 18tahon.. tapi dia nye pemikiran da tahap orang tua dah.. slalo gak calling gua, time gua ngadu, slalo gak bg gua nasihat. Tapi sekarang amin gak dah pindah jauh.. Dok kat KL.. memang susah kot nak jumpe.. tapi kami slalo keep in sentoh on FB.. so terubat gak lah rasa terpisah dengan member baik gua.. Amin ni pon perangai sama cam gua, suka explore benda baru, tak suka tanya orang, suka wat sendiri, kalo tak paham baru tanya orang. Slalo sembang pasal gadget semasa, enset baru, camera baru, dan segala bagai benda canggih lah.. semenjak dia dok kat KL. sekali setahun jer dapat jumpe.. 

Paling seronok Bestfrend gua nama Razmi @ jet... Kami memang banyak persamaan. suka anime, citer korea, gadget, enset, camera, fasion, bahan orang, maskulin, nak dikatakan banyak giler kami share..tapi gua dengan dia kenal tak lama, sebab gua tukar tempat study, jauh gegila, satu reason lagi gua dah jauh dengan dia sebab gua tanak orang cakap yg kami kapel.. dedulu sebab kami baik sesangat sampaikan orang cakap kami kapel..kejadahnye la nak kapel2 bagai, banyak lagi makhluk allah yang cantik2 gua leh kapel.. sebab tu jugak gua jauhkan diri gua dari dia. gua tak buang dia, tapi just mengelak dari berjumpa dengan dia.. sebab gua tanak sebab gua dia kena bahan dengan kawan2 kelas dia.. so beter gua tayah dekat.. tapi gua giler appreciate ada kawan macam dia.. gua teringin nak berkawan macam dulu lagi.tapi gua tanak dia malu dapat kawan macam gua..
Last gua kenal sorang mamat jambu budak baik nama scott. kalo dedulu gua break sesorang jer, makan sorang, lepak sorang, termenung sorang, tapi lepas kenal dia, terubat gak rasa kehilangan member baik gua semua. slalo gak dia ajak gua lepak, bahan orang, window shooping, wayang.. tapi ada gak segelintir yang cakap kami ni macam kapel jer, berkepit jer dua ekor.. so gua tanak member gua yang ni gua mengelak dari dia macam mana gua buat kat jet dulu.. pelik lah, bila pompuan lepak berdua, berkepit, makan skali, gelak2 skali, tak label plak dorang kapel, tapi bila laki mesra dengan member dia mula la nak cakap gay lah, PLU lah, homosex lah.. kenapa yer..? gua hanya nak kawan jer lah, Please lah paham. Scott pun tak lama keja kat sini, sebulan lagi dia pun dah setat study dah, so pasni gua hilang lagi sorang member baik.. so gua pom kembali menjalani rutin harian gua, rehat sorang, lepak sorang, makan sorang. tak pe gua tak kisah, asal allah sentiasa ada untuk mendengar luahan hati gua..

THANX TO ALL MY BESTFRIEND.. 


April 15, 2011

Member Sebulu

Best kot gua selalo dapat cuti hari rabu, hari di mana gua dapat beli tiket wayang dengan half price.. pastu hari gua dapat rilek dengan member comolot gua.. Pagi cam biasa rutin mengemas rumah, menyapu sampah, mop lantai bagai, sidai baju gaya ibu mithali dah pun.. So masa nak berjimb-jimba jer lah.. So port yang biasa gua lepak adalah di Alamanda, dah situ jer dekat dengan panggung wayang.. 1st sampai teros gua hadap nasi, mana tak nya perut dah kebulor tayah cakap lah, berzapin dangdut dah.. Makan lah gua nasi campur berlauk kan sotong, ayam, wedges, tempe, papadom, butter prawn.. so agak kenyang lah jugak.. air lak minum lasy laici. (eh betol ker eja)

Pastu call member gua scott ajak tengok wayang.. Gua baru je kenal beberapa dekad minggu yg lalu.. Agak peramah dan suka bahan orang, memang satu team lah kalo lepak dengan dia.. So gua pom usha la tiket wayang, citer tajuk nak best jer (DILARANG MASUK) tapi bila dah layan, babik betol cam gampang pon ada..rasa nak cabut jer awal2..plot dia berterabur, jalan cerita dia agak merapu, pelakon plak dah macam kayu, jenis 100% hafal skrip jer.. felling nak di sampaikan takder.. pelakon pun 4 orang jer, besa lah filem bajet.. effeck dengan sound dia agak tak menjadi, moral off the stories yg agak membabibutakan perasaan gua  dengan berendingkan (jangan menderma organ secara haram) agak tak lojik juga, 

Kalo rasa duit banyak tatau nak wat ape, jom tengok movie ni, kasi derma biar cecah 6 juta.

Lepas selesai tengok citer yang ntah paper ni, gua pom ajak member pegi makan-makan. so acara makan bermula lagi, dia oder nasi goreng paprik dengan air tembikai laici, gua lak bajet matsalleh so oder jer nasi goreng America U.S.A... dengan air tembikai laici.. pastu dessert lak makan manggo hill with ice cream, agak heaven gak la anak tekak gua ni.. 

Pastu Lepak-lepak dengan member yang bleh di katakan agak sebulu gak, si muaz bukan mawas yer eja bebetol okay.. heaven gak budak ni. open dan leh trima member dia seadanya, and pandai bergaul dengan orang, takde lak nak perangai hangin cam member gua yg kat UM dedulu suatu ketiak ketika dulu.. so tengs alot pada korang yang buat gua happy semalam, jangan risau gua takan backstabber member yang gua sayang.. 

kalo dah ensem kan, dengan troli pom nampak kackhak bergaya yer dak..?

April 12, 2011

Dapat Disney plush Toys

Disney Plush Toys | Chip

Gua syak pasti ramai gegerl di luar sana dah tak keruan, sambil buboh tangan lam mulot pastu jerit, cute nye-cute nya. tayah la nak kiut2 la sangat, ni gua punya hokay. haha. Dah sebulan kot gua redeem mendalah ni baru arini dapat, makan masa sebulan gak lah.. Ramai lagi choice tapi gua rasa yg ni paling kiut kot lagi pom gua giler admire Chip ni.. comel kot.. lalalalaaa..

Gua dapat ni kat guardian, pasti ramai yang dah tahu kan cemana nak dapatkan menda ni secara percuma, Berbelanja sekurang-kurang rm20 kat mana2 Guardian di seluruh mesia ni pastu dia bagi satu sticker dan Sticker album, so kumpul la sebanyak mungkin, Gua pom gigih la mengumpul 2 bulan genaplah 60 sticker dalam album tu, do darap la rm20x60 sticker baper hengget kan, kan ,kan.. so tayah la nak heran sangat, sebab kalo gua cakap gua nak, gua make sure akan dapat.. 

Pasni harap ada la lagi mende cenggini, bleh gua kumpul lagi, pasni berhempas pulas lagi la gua suh my mummy beli set pencuci muka lagi nak bagi dapat banyak sticker.. 

Nota Lutut: 
Arini selipar gua kena curi ilang sepasang. Takpe lah takder rezeki.

April 10, 2011

Tuhan Tak kan Uji kita Jika Dia Tahu kita Lemah..!

tidak cukup dengan amalan sahaja

Besa la kan pendapat orang ni berbeza-beza, ada sesetengah dari korang berpendapat dengan hanya meningkatkan amalan kebaikan dalam kehidupan maka darjatnya akan semakin tinggi di sisi Allah Azzawajalla... bagi gua la kan, memang banyak dari korang yang mengerjakan amalan kebaikan demi mendekatkan diri dengan tuhan yang maha pencipta sekalian makhluk. tapi dengan hanya mengerjakan amalan kebaikan sahaja.., tapi bila tuhan uji korang dengan sedikit musibah dah mula nak mengeluh.. tetibe jer rasa cam dunia ni nak kiamat, rasa cam takde sape nak caring-caring kowang lagi la, rasa cam dunia ni tak adil lah.. 
meh gua petik siket dari buku yang gua baca ni.
Sebenarnya cara lain seseorang itu dapat meningkatkan darjatnya di sisi allah adalah dengan di uji oleh Allah. hatta nabi-nabi pun di uji dengan hebatnya oleh Allah sehingga ada yang mati di bunuh.

Disini gua bukan nak citer pasal gua baca buku ke hape..! sebab buku ni lah banyak mengubah cara dan pemikiran gua. Sebab buku ni jugak gua telah menjadi seorang yang pemaaf. 
Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud ;
"Sesungguhnya Allah telah menyediakan satu darjat bagi seseorang tetapi tidak dicapai hanya dengan amalannya sahaja, sehinggakan dia diuji dengan bala yang menimpa pada jasmaninya maka barulah tercapai darjat  itu.."

Sekarang baru gua bersyukur dengan ape yang telah tuhan berikan pada gua, bukan gua nak cakap gua tak bersyukur sebelom ni, tapi gua slalo gak mengeluh bila member seusia gua dah memeliki kereta sendiri sedangkan gua tak mampo, dorang mampo continue study tinggi-tinggi sedangkan gua hanya separuh jalan sahaja. 

Gua ada gak selalo terfikir kenapa gua jer yang selalo menerima nasib malang, tak sehappy manusia lain, sedagkan gua lupa nak bersyukur dengan rezeki yang gua dah miliki sekarang, ada orang lain sampai takde makanan, takde tempat tinggal, tapi hidup gembira, gua ada semua, tapi asik mengeluh sahaja, gua mengeluh dengan ujian yang allah berikan pada gua, kata member gua, "Allah tak kan uji kao dengan dugaan yang berat jika Allah tahu kao ta kuat" aku percaya satu hari nanti kao akan datang pada aku dan berkata "ape yang kao cakap kat aku dulu semernya betol lah" (kata Amin kepada gua) 

Gua sekarang appreciate giler bila ada member sebaik Razmi @ jet, dapat member seperti Amin josh olswen yang sudi tadah telinga malam2 dengan masalah gua, dan naim @ scott yang gua anggap seperti adik gua sendiri walaupun kenal tak lama. korang jer yang wat idop ako happy lately.

P/S: pada ex gua fatin, tolong maafkan gua, saya bukan yang terbaik untuk awak.saya hanya seorang manusia yang kurang segala-galanya. Dan sayan tak akan jadi yang sempurna untok awak.

April 9, 2011

Gua Bercerai Lagi..!

Gua sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari..
Sebab gua lambat angkat tepon dia nak maki-maki.. kejadah la kan ingat gua takde kerja lain slain mengadap muka dia..
arini gua dh decide nak pisah dengan dia. walau dah lama hubungan kami, tapi gua rasa jalan terbaik kita berpisah malam ni, malam di saat gua tengah taip entry ni.. ya.. tengah taip entry ni. gua tahu besok lu mesti takleh fokus dengan study, coz next week lu ada task kan,
tapi gua rasa kita takleh kekal lama, ai terai dan cuba selamatkan hubungan kita, tapi yu buat ai sampai ai takleh buat keputusan ai sendiri... walaupun yu cinta maty ai, tapi ai rasa hubungan kita dah takleh di teruskan, ya ramai yang cakap ai kapel dengan yu sebab harta yu kan, sebab bapak yu tokey EMAS, mak yu ketua JPJ. yu ada kereta Myvi. sedangkan ai jalan kaki jer..
ok..ok..ok... dari nak memanjangkan citer..baik ai carut yu dalam hati jer, orang yang baca pun takder nye nak sakit hati sangat.. Babai tau..thanx FATIN..

kalo ai rasa teringat kat yu, nati ai watkan sepesial entry utok yu.

April 7, 2011

Lepak Di Pizza

huhoi... Arini gua nak citer pasal makan lagi.. kali ni gua lepak di Pizza, nian di hati nak lepak kat Sushi king, si kawan ni plak tanak, so gua ajak dia lepak kat pizza jer.. Jom layan gambor dulu,

Dah makan separuh baru teringat nak ambik gambar

cerita takleh belah kan, masa gua dengan Scott tengah lebat sembang sambil makan, tetibe ada budak mix belanda lalu, giler putih kot.  rasa nka nak sayang dia lebih-lebih..
Siyesly gua tatau sangat apekebenda nama dia, terlupa..

Masa nak balik bleh plak gua tertinggal baju dekat Pizza, haha giler u turn balik nasib baik ada lagi.. nak nanges kot beli baju tak dan nak pakai lagi.. nasib la derang tulon simpankan.. hari ni tak berapa nak ada mood nak menaip sangat, idea semer dah hanyut kelaut.. meh gua kenalkan dengan ahkak zura, ahkak angkat gua yg siyes gojes lagi caring terhadap gua... jom comolot kak zura, muuuuuuuuuuuuuuuaaahhhhhhhhhhhh...

layan ni jer tok hari ni.. 
Perasan tak loket dan rantai kami sama. 

April 5, 2011

Gua Enjoy Dengan Life Gua Sekarang

Harini agak cuti "motif kan agak" gua cuti hari senin sebabkan member gua ada masalah so terpaksalah gua mengreplacekan tempat dia, memula gua ingatkan cuti hari senin ni ta best, sebab cuti awal dari orang lain, tapi agak best la jugak sebab gua enjoy dengan memember gua.. pagi sebelom ke Tempat enjoy tu jadi suri rumah jap kemas rumah, sidai baju, sapu lantai, buang sampah, segala bagai kerja kaum-kaum ibu gua buat.. nak harapkan budak ni kemas alamatnya kelaut dulu lah..
With Bella  Pakli My best FRIEND
gua dah tukar gambar bella atas sebab tertentu

ok.. motif tetibe kuar pic with bella kan, tapayah nak sentap bagai. meh nak mulakan stori, arini member comolot gua ajak gua berkarok dekat sesuatu tempat yang sangat heaven best.. gua pegi ber4, gua,,  naim jambu, azura, bella... gi karok amik bilik 4 orang, adalah makanan dengan pakage dia skali tu, best la jugak layan 10,20 lagu... cute kan bella, 

Ni plak sesi memilih lagu

Sumer pakat layan lagu jiwang.. arini baru gua sedar yang suara gua tak sedap sangat nak di banding yang lain.. lepas habis karok, gua pergi cari makanan untok di isi kedalam perut ini.. Ist gua oder dessert ABC mango with double scop of ice cream, meh layan gambar cemana rupa dia..

Gua tahu ianya sedap.. makan hati lah yu'oll

dah lalu anak tekak taste dia amatlah perrgh... sedap hingga hujung nyawa. meh gua  kenalkan dengan pelayan jambu,, dia yang buat mendalah tu.. pada yang masih singgle sila la ngorat dia, ternyata dia amat jambu dan single..perlu ke gua mention dia...? haha.. haruslah la kan dia jadi bahan gua... 

Model underwear pom sesuwai kan

Ok nama dia naim (jambu) gua panggil dia junior, sebab best bahan budak ni, takde nak keep inside my ass sangat. taksama okah dengan member gua kenal kat UM dedulu, zaman memuda remaja. 1st impression gua masa jumpe budak naim ni, mamat ni kerek giler, muka langsi, poyo pun ada, unfriendly.. tapi bila dah kenal, hah heaven giler dapat member cam dia.. nati next time gua citer plak pasal azura dan bella on the next entry..
Ni seafood Fried Rice | Chicken Drumstick

Lepas seharian penat mengenjoykan diri di tempat heaven gua pon nak balik, masa nak balik sempat juga gua menapau nasi goreng. sambil otw singgah ke carrefour membeli air soya (home soy) dan juga Biscuit Oreo untuk di sentap santap di malam hari, nasi goreng ni memang sedap kot, rasa sotong dia, rasa udang dia, rasa tiram dia, rasa isi ketam dia, ok lah. malas dah nak menaip pepanjang, besok nak ke sushi king. ada sape nak ikot..? meh gua belanja.. natikan entry gua yang selanjutnya...

April 4, 2011

Hadiah Untok Diri Gua..

Motif la sangat kan.. ekselly gua da lama tak belikan prezent tok diri sendiri.. Stakat baju, seluar, underware bagai tu memang lah silih berganti tetiap bulan, tapi gua nak mention kan hadiah yang gua idam-idami selama ini.. ececece cm berpuisi lak.. Gua nak beli Nikon DSLR D90, lappy APPLE, apple IPAD, Iphone 5, Sonny PSP Latest design caming this end of april, and rantai bangle.. Mebey sangat pelik bagi gua untok memeliki benda ni, sebab gua miskin tak kaya.. ecece.. nak beli pom makan masa.. tapi gua akan beli ape gua nak.. Semalam gua hadiahkan diri gua dengan seutas rantai silver 97 karat, hahaha..sekarang dah tambah satu koleksi peribabi peribadi.. 

klick untuk tumbesaran hakiki

Hah cemana chantex tak..? ekselly yang panjang tu yang gua baru beli.. yang sekali dengan kongket loket.. Kalo gua total neh, dah cecah harga iphone 5 sejibik tau.. Bak kata member gua, ko tak sesuwai kot pakai benda cenggini, ko kan jambu..mana sesuwai untok adik2 cham ko...fakyu la statement.. kalo yu'oll tak mampo nak beli katakan saja. tayah nak nyindir bagai, jambu ke, betik ke, papaya ke.. benda dah suka.... punya suka gua la kan nak beli ke idak..giler budak tu, meh sini gua bakar testis lu..kalo emas ni kompem la kan cecah keta kancil sejibik kan..hahaha... haruslah kan....

April 3, 2011

Rezeki Makan Bertambah Tambah

Huhoi.... semestinye kerang semer ternanti-nanti khen gua hapdet entry lagi... nak menghapdet cemana kejadahnya kan, si berokbanned buat hal lak.. majok bila konek asik nak terminate jer.. suap kelapa tulut kepala lutot saiz 8 baru nak tahu.. henggat tak hangin ke gua bila nak konek asik nak terminate.. ok siyesly dah kelaut dari tajuk yg cam gojes kerang semer nak baca kan....!

KFC | Dinner Plate

Dah tengok gambar kan...? tayah nak kecor-kecor bagai.. gua da telan masok perot dah.. tadi as usual sebagai kastermer yang berpendidikan lagi menjaga tatasusila dan tanak memalukan diri sendrik gua masok kepsi dengan muka kerek giler bajet ensem pandang seterik pada ahkak kashier.. sambil angkat jari telunjuk cakap can i make an oder now...? gimme one snake pelate snack Plate + cises cheese wedges XTRA CHEESE + sunday es kerim. 

Ahkak kashier pelawa gua terai new resipi dia Egg tart pekebenda.. Gua dengan wajah yang menampakkan  kekachakan berkata, ermm, mebey next time i'll try.. tengs bitch..!! bukan tadak duet hokay.. sebab gua baru jer beli set Big Apple Donat nak nak buat stock makan dalam punggung Panggung wayang jap gi... dah dapat haper yang di oder, gua cari meja, gua letak tray, gua jalan basuh tangan, gua amik sauce plate, gua tekan thai sauce, gua capai seteraw, gua jalan kemeja, gua dudok gua makan, masuk tangan lam poket amik enset pura-pura check email pakai wifi FREE "gua jerit demm..demm.. fasha sendad tak reply twiter gua"

Buat muka kool. sambung makan.. tetibe member comolot datang tepuk belakan gua sambil jerit "ko makan sorang jer" nak je jawab tak lah makan berdua.. di sebabkan tanak SPOILE kan mood ni, gua senyum sambil pelawa dia duduk..nak jer gua sudu-sudu kepala hotak dia.. Dia keja kepsi Alamanda lalalala... tetibe dia bangun pegi depan kashier amik plate num 16 letak kat meja gua.. pastu siap cakap jap gi ada orang datang bawak somting sepesel... Rupanya dia bagi egg tart 4 pieces.. kejadah gua habis nak makan sorang dengan set dinner plate lagi, dengan sundae lagi, dengan cheese wedges lagi, dengan egg tart lagi.. oleh tanak menghampakan niat baik member comolot, gua amik, masok mulot, gua kunyah pelan-pelan sambil hirup air pepsi.. gua telan.. sedap kot.. rezeki kan. kalo beli 4 pieces dah RM4.. dah siap makan member comolot bagi gua cupon, tambah sehengget dapat dua ketul ayam or zinger beger.. dia bagi gua lapanbelas kupon, jenuh la hari-hari makan kepsi.. nati chomel perut saya..huhoi....

Egg Tart | Sundae

Ni la ke rupa dia, Nak snap banyak, dah termasok perut satu jer yang tinggal.. dah masok tekak heaven giler rasa dia, memang tukar lah dengan cempedak goreng.. komperm kalo mak mertua gua lalo gua tak pandang dah... xaxaxaxaxaxaxaaa...  sembang, gelak, bagai sepam dua, gua mintak izin lah nak balik.. Acselly bukan nak balik sangat nak gi tengok wayang sebenarnya.. nak sambung mentekedarah big Apple lak.. 

Nak gua detailkan nama makanan ni ke..?

Ok lah.. makan sudah, wayang sudah, perut dah happy tahap heaven balik rumah... sebelom balik gua singgah ke kedai Roti Boy... agak-agak la kan.. buat ape...? mesti la beli roti nak makan diseperjalanan pulang..kemain makan roti atas bus.. member sebelah dah dok hinsss...hinsss...nasib lelaki.. kalo makwe-makwe dah gua pelawa sekali.. GUA suap.. nak ke....?..?..?..?

Roti Boy

mentekedarah = MAKAN
konek = CONNECTION
kejadah = HARAMJADAH
hinsss = MENGHIDU
makwe = PEREMPUAN CHANTEX

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...