iklan

Showing posts with label mata duitan. Show all posts
Showing posts with label mata duitan. Show all posts

June 25, 2011

Terhapusnya Dosa Semalam

Hye all..

Dear Bloggy :-

Entry kali ni sangat panjang, kalau tak larat nak baca sila tekan butang X terima kasih

Minggu lepas demam yang agak teruk. sampaikan dekat tempat kerja pun gua duduk dan tido jer. Last2 dapat MC sehari, lepas pegy klinik dapat antibiotic bagai barulah demam tu kurang. tapi sakit gigi pulak menyerang. sakit dia memang tuhan jer tahu.. mengelupor gua sesorang dekat umah tanpa di temani orang tersayang.



Gua ingat lagi pesan kak Masyitah, bila mana Allah turunkan kita dengan ujian sebab dia nak tengok sejauh mana keredhaan kita mengharungi setiap dugaan yang allah uji. Lagi kalau kita jauh sangat dengan dia (allah) dia datangkan kita dengan sedikit musibah, sebab allah rindu nak dengar suara kita. (doa kita ) pesan kak Masyitah lagi "adik kena ingat setiap ujian dari allah tu sebagai petanda allah masih sayangkan adik, kalau allah dah tak sayangkan adik, dia biarkan saja adik hanyut dengan dunia adik, Allah takkan Uji adik kalau dia tahu adik tak mampu mengharunginya."



Pesan kak siti pula, 10sen kita ambil duit orang, tuhan akan ambil rm10 duit kita. Ya mebey kita tak sedar bilamasa tuhan tu tarik duit kita, contohnya kita demam, pegy klinik dah dekat rm70 beli ubat, besok tayar kereta kita pancit/pecah nak kena ganti baru mahu cecah rm100 + +.... lusanya tetibe wallet kita jatoh dekat pasar ke, nak kena ganti I/C baru, lesen baru dah cecah beberapa puluh hengget. tak pun tetibe TV kat umah rosak, mesen basuh wat hal, sumer nak kena repair pakai duit. so dari situ lah tuhan tarik balik duit kita siket2.. sebagai ganti kita ambil duit atau hak orang yang bukan sepatot hak kita.. Ya mebey ada yang kata kebetulan nak jadi, malang tak berbau (manusia memang pintar mengulas alasan) tapi gua percaya setiap yang terjadi adalah suratan tuhan bukanya kebetulan.

Ape yang gua nak elaborate dari pesanan dedua kakak yang gua sayang ni adalah the same things happen to me... Ya mebey sebelom ni gua ada terambil hak orang ke, tak kisah la ubat gigi dia ke guna tanpa diminta, Pakai sabun basuh kain tak mintak izin dengan tuan tanah, tak pun gua ada terambil duit member2 dan lupa bayar, (gua tersentap seketika memikirkan ape dosa yang gua dah buat sampaikan gua menerima musibah yang menimpa-nimpa)

bulan ni jer kos beli ubat dekat farmasi Rm60, selipar kena curi ntah dah berapa pasang dah, plug meletop dalam bilik, Topup dalam enset ilang ntah kemana, Sakit gigi yang menimpa-nimpa sampai beberapa hari.. Gua bukan nya jenis nak berkira, tapi bila pikir balik logik gak dengan ape yang kak masyitah dengan kak siti cakap tue.. kekadang kita terambil hak orang kita tak sedar, walaupun niat kita nak pinjam, lupa hantar or ambik tanpa pengetahuan tuan rumah memang lah berdosa. Gua redha dengan setiap ujian yang allah berikan.



Minggu ni jugak gua dah mengecewakan ramai orang yang harapkan gua boleh bagi yang terbaik dalam kerja.. gua sedar kebelakangan ni gua dah hilang motivated dalam kerja gua, rasa malas giler. Gua dah tak sama macam mana bulan-bulan sudah.. mebey gua dah rasa selesa sampaikan gua jadi besar kepala. gua tanak sakitkan hati sesaper. So gua nak mintak maaf kalo gua dah kecewakan orang yang selama ni harapkan gua. gua juga manusia yang kekadang lalai dengan kebebasan yang diberi.. Izinkan gua tebus kembali dosa dan kesilapan semalam..



Gua dah jarang solat 5 waktu. Waktu banyak dihabiskan dengan bersembang dengan kawan2, enjoy sana sini sampai tengah malam, Gua dah jarang bersedekah, dah jarang wat amal sesama manusia, mungkin ini peringatan dari tuhan supaya gua kembali kejalan yang benar.. TAUBATLAH...!!

Lepasni harap semuanya kembali normal, dan gua tanak ada masalah lagi. Gua rindukan kehidupan gua yang dulu.. satu jer nak pesan kat sesaper di luar sana, Bagaimana susahnya idop gua, gua tak pernah nak mencuri atau amik hak orang lain untuk kepentingan diri gua sendiri. Biar kebulor tak makan asalkan hati gua kenyang dengan kejujuran dan keikhlasan...




Nota Kaki = Dalam2 tader mo0d nak menghapdate blog. agak panjang gak cerita gua malam ni.. huhuhu... Kita tak mampu nak buat semua orang suka pada kita, janganlah orang terima kita sebab kita kaya. Terimalah kita seadanya.. OKbai..!

April 21, 2011

Best Ke Makan Duit Haram..?

For those who doesn't know me yet. hye all.. just call me sky..
Hahahahaa cam gampang jer intro, akselly 2,3 hari ni agak berangin bercampor emosi sket. sebab pe..? sebab gua rasa tecabar bila orang cuba try gua. Gua paling pantang giler orang cabar batas kejujuran gua.. Yer gua sedar gua bukan berasal dari family yang kaya, ada ladang juta-juta. Tapi kalo pasal duit gua memang sensitip giler, sebab dengan duit lah mampo mengubah diri seseorang menjadi orang lain.. Sebab duit jugak nenek buang mummy dengan daddy.Sebab duit jugak anty dengan uncle gua bertukar jadi orang yang lupa diri..


And gua paling tak suka orang nak try batas keikhlasan gua. yer semua orang berhak untuk curiga, ragu-ragu dengan orang yang dia tak berapa nak kenal. tapi cukop la hanya sekali try gua. tak perlu banyak kali. Sebab gua takan amik hak orang, Gua pun bukan nya baik sangat, gua juga pernah cakap bohong, kelentong orang, maki orang, buat orang marah.. tapi gua tak pernah nak mencuri atau kata lain amik hak orang.. sebab mak gua tak pernah nak ajar gua mencuri, kata mak gua "bia kita takde duit nak makan, takde duit nak minum asalkan kita jangan hutang duit orang dan curi hak orang.." kata mak gua lagi "biar kita tak kaya dengan hasil dari titik peluh duit orang, sebab sampai mati pun allah takan suka kita" 

Ramai yang tanya, kau kerja macam ni bleh beli macam-macam, bleh pakai mahal-mahal. siap slalo belanja kami makan, mana datang duit..? so meh sini gua nak citer mana datang duit..

1st- keberkatan dari ibu bapa. duit gaji yang dapat dari hasil titik peluh sendiri walau 5sen skali pun bagi la kat orang tua kita, walau dia tak mintak, walau kita tak mampo nak bagi orang tua kita kemewahan cukop la sekadar kita bleh belikan dia hendbag ke, wallet ke ape ke.. so keberkatan dari ibu bapa tu akan membawa kita ke syurga.

2nd- Gua tak merokok, so secara tak langsung gua dah save beberapa hengget dari duit rokok.. kalo total dah dekat rm200 sebulan untok rokok..

3rd- Sentiasa lah bersedekah walaupom 1sen, dengan niat yang ikhlas. tak kira lah dengan sesiapa pun anda bersedekah janji niat ikhlas, so tuhan gandakan rezeki kita.. Tapi jangan lah bersedekah semata-mata nak dapatkan ganjaran dari allah. tu hypocrite tu..

4th- Jangan simpan cash banyak lam poket, biasakan diri gunakan visa debit card.Sebab ape setiap kali beli barang balance yang sehengget, dua hengget tu kalo cash kita dah tak tahu kemana balance tu pegi, kalo pakai visa debit card balance tu tetap kekal dalam account. Tapi jangan lah gi pasar malam pakai visa, harus kena sumpah dengan makcik jual taufu fa.. maksud gua kalo nak beli baju ke, tengok wayang ke, makan ke, biasakan guna card. supaya duit tak banyak keluar..

5th- Beli ape yang perlu, biar mahal asal tahan lama, rancang perbelanjaan seperti ubat gigi, shower bath, pencuci muka, syampo beli yang pack besar supaya duit skali habis jer tapi tahan sampai 3 bulan.

6th- Menabung at lease rm300 sebulan. so kalo urgent nak pakai duit takde lah hegeh-hegeh nak meminjam duit orang.

So pasni pada korang yang banyak tanya tu, cukop lah tanya gua banyak kali, sebab gua penat nak jawab, and gua tak mencuri duit orang untok beli semua tu..Gua rasa dah lama gua kaya, kalo hari-hari gua curi rm50 sehari.. So pasni sape nak try gua lagi silakanlah, sila lah letak rm100 ke 200 ke 300 ke mana tahu gua gelap mata nak amik semua.

Kalo gua ditakdirkan tak makan 5hari, pastu jumpe duit rm100 tepi jalan gua rela mati kelaparan dari gua makan duit haram. walaupun seposen mak gua ajar gua suroh mintak walaupun nak beli gula-gula dari amik sendiri dari hendbag mummy.. Gua bukan nak bangga gua sembahyang tunggang langgang, puasa kadang tinggal, tapi gua paling sensitif bab duit ni.. Tapi gua paling pantang orang meragui kejujuran gua. Lepas ni orang nak buat ape pun buat lah, gua nak tutop mata jer. Lambat laun kebenaran tu akan terungkai sendiri tanpa kita yang merungkainya.

Setiap orang pun bukan tak penah mencuri, amik pensel member, makan mangga kebun orang, panjat pokok rambutan jiran, beli rokok 1kotak tapi amik 2 kotak, tapi yang zaman kecik2 dulu time bodoh dedulu harap tuhan ampunkan lah, tapi bila dah besar sekarang ni, nak ker pisang bebuah dua kali..?



Nota kaki- anty dengan uncle, kalo hidop nak berkat jangan lah lupa pada opah sama tok ayah, bagi la dorang duit walau sepuloh hengget sebulan, kesian orang tua tu nak minom teh.

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...