iklan

June 28, 2013

Meniti Sebuah Kehiduan Yang Baru

dear bloggy...

hye salam manis beserta madu buat semua reader uncle....
sorry lah kebelakangan ni uncle bit bizy denga program kat collage..
ramai dah yang dok mesej uncle cakap kenapa uncle tak update blog....?
bukan uncle tanak update cuma masa tak jeer..

macam uncle cakap dulu tahun ni uncle jadi orang terengganu
so far ok-ok jer la tempat ni.. nak kata seronok tu memang hanyut kelaut lah
tavi untuk masa depan kena la jugak tahan sekejap kat sini..
sape cakap uncle tak rindoo nak balik rumah putrajaya..
rindoo kot nak balik sana jumpa skendel-skendel uncle

uncle sebenarnya takde idea dah ni nak menaip..
buntunya kepala tuhan jer tahu
kalau menaip sambil takde mood cenggini a jadinya..

uncle just nak cakap best kat sini sebab ada kawan-kawan yang sporting sangat
suka buat lawak, ada yang suka menyanyi, kaki gamer
dapat jumpa awek-awek ganung yang comey lottey
buatkan uncle tinggalkan sekejap kemewahan untuk terus study kat sini

uncle just nak pesan dekat adik-adik uncle kat Putrajaya, Sungai Besi, Kajang
korang kat sana jangan nak bergaduh sangat..
uncle takde kat sana pun bukan bermakna uncle tak tahu ape yang korang buat..
jangan sampai ada orang call report kat uncle korang asyik gaduh jer kat sana
kita dah macam satu family dah walau tak sama mak ayah..
jangan nak petik nama uncle kalau dah takleh nak selesai sendiri masalah tu..

dan pada yang mencuri enset semalam tu jangan sampai uncle tahu kau sape
dapat kau memang tak kan sempat cium bau bedak la
takde duit cakap.. member boleh tolong
bukannya dengan mencuri tak tentu hala jer

"kehiduan menganjar kita untuk jadi lebih matang, untuk lebih rasa tanggungjawab, salah faham, hasad dengki, itu semua memang sikap semulajadi kita, dalam dunia ni tiada yang sempurna kecuali allah, kita datang kedunia darinnya, dan kita juga akan pulang semula kepadanya"

uncle nak logout dah ni.... nanti ada masa uncle cuba untuk menulis lagi... blogging ni sesuatu yang seronok, tapi kalau takde mood nak menaip memang hanyut kelaut la jadinya...

pape hal korang doakan uncle semoga berjaya yer.. sebab kali ni uncle nak tambah sebuah lagi kedai Sri Desa Bakery dekat kelantan.. Kedai yang dekat Negeri Sembilan tu biarkan sahaja ia menjadi titik sebuah perjalanan yang baru untuk diri uncle......

bye......

June 15, 2013

Biji Mata Bersepah

Dear Bloggy

Salam manis buat semua...
masuk ni dah 5x taip 5x padam
actually takde benda nak story untuk kebelakangan ini
so sekarang ni alang-alang dah buka balik draft sila lah gigih menulis.

krik...krik....krik...krik...
(bunyi cengkerik ni)
boleh imejin tak..?

See i told you otak kering dah ni

15 minit dah berlalu ni
baik uncle sambung balik main Candy crush Saga
ohh teringat sesuatu
tadi adik rambut rambutan bagi uncle buku yang rare punya
nanti uncle upload picture dia
biasalah dedua bizi tak sempat nak bergambar katanya.
nanti uncle buat special entry pasal adik rambut rambutan
dengan beberapa buku dia tu
so buku Kancil Man, Orang Hodoh Cantik, Cewah, Kuala Lumpur Aku Datang
dah berada di tangan
cuma uncle tak berpeluang nak mencuri masa

Ok lah wei, nak tido ni
dah pukul 4.25am
rabak pulak mata uncle nanti
karang lambat lelap ni terganggu pulak tidur uncle yang berkualiti

June 10, 2013

Happy Birthday Uncle Olswen

Hye Bloggy...............
Salam manis beserta madu buat semua...

Semalam uncle menyambut lagi sekali ulang tahun kelahiran uncle yang entah berapa kali dah celebrate tahun ni... Kemain la nak celebrate banyak kali... ikikikiki...
memandangkan masa tarikh birthday uncle pada 4 Mei 2013
uncle tak dapat celebrate dengan Cik Geli
jadi Cik Geli sajest nak baut buat lagi sekali
tapi kali ni uncle jemput juga Diva Tersohor Tanah air
mohon sembah sujud semua pada Encik Kepam a.k.a Aremirol

Kau ingat senang aku nak possing gambar kepit bibir macam ni...?
mau 5x shoot tau...

Semalam rasa yang heaven sangat sebab diorang ada...
bagi uncle kawan adalah segalanya selepas agama kita serta ibu bapa
(ehh.. macam semanis kurma pulak)
Manis tak kurma itu...?
Cantik tak Kak Toon..?

lepas selesai acara comolot dengan diorang kini tiba pulak acara tiup lilin
ikikikiki..... rasa macam budak milo je nak tiup lilin

Kau mampoo...?

Apepun uncle nak ucapkan bebanyak terima kasih 
pada Cik Geli serta Encik Kepam kerana happykan uncle hari ni..

Pastu semalam jugak punya cerita,
uncle ikot mama pergi kenduri kawen...
(see...! kenduri kawen lagi)
cuti sekolah ni memang musim mengawan yer..?

Tanya kawan mama. ehh Nori anak kau tak ikot sekali ke
kenapa tak bawak... kita nak kenal
Nani ni pun baru je habis belajar
mana tahu boleh kenalan..
Amboooi.. ampa semua ni, kemain nak jodoh kan orang
uncle yang tengah makan bubur kacang dalam mangkuk polisterine putih terus membidas
Ehh... takpe la Cik Ani
saya ni dah berpunya.. Nanti makwe saya marah

Tapi sekali bunyi yang menjerit
"Mak tudung Fareeda Nani yang belapis-lapis tu kat mana"
uncle toleh belakang uncle pandang
demn..demn..demn... terus rasa macam ada semut-semut je dalam hati
comeynya Ya Robbi... Tu anak Cik Ani ke..?
putih melepaknya lahai

Uncle terus bisik kat telinga mama
"Ma comey la anak dia, tapi Hawat muka mak dia tak elok"
kalau ikotkan patern muka Cik Ani ni
uncle pelik sampai sekarang
pandai Cik Ani melukis
dapat anak dara kiut miut
lepasni kena belajar dengan Pakcik Ramli ni
rahsia melukis dengan handal untuk mendapatkan patern muka macam Nani
menyesal pulak aku tadi cakap dah berpunya

Ehh.. i got to go ni
tadi MakCik uncle call posmen ada hantar surat
posmen ni pun sekor dah tahu ada surat nak jugak tinggal kat rumah depan
kalau jalan sikit kat rumah belakang letak sendiri dalam peti serat surat rumah uncle dah kenapa..?
Debor ni nak gi amik surat
entah sape la hantar
jangan surat dari PTPTN dah ler.

June 9, 2013

K.A.C.I.P | Bukan Sekadar Blog

Hye Bloggy......
Sihat semua hendaknya....
uncle agak bizi sikit kebelakangan ini kerana menguruskan perihal sambung belajar
mungkin agak senja juga dengan usia uncle sekarang
tapi orang kata selagi masih berpeluang menuntut ilmu why not...kan...?
wahhh... kau cakap om puteh gittew..
actually just sambung balik yang mana uncle pospone dulu...
so lepas ni boleh la uncle bergaya depan korang dengan ijazah baru..
ikikikikikikiki.... (dapat ilham malam ni nak gelak pesen gini)


mesti nak tanya khen ape kaitan denan dengan gambar ni

sebenarnya uncle nak tayang kat korang semua pasal buku ni
wajib baca bagi yang rasa diri dia tu blogger tegar dan terasa keotaian dia
sebab buku ni best gila tersangat super nak mampos..
(see....? aku menaip pun tak tak tentu hala)

Buku ni uncle dapat dari adik rambut rambutan
kemain uncle "ayat" dia felling macam tengah sembang dengan makwe-makwe
dia punya level susah nak mengayat tu macam 
kau main game "SuperMario"
scene nak tembak lawan penyu besar tu
tapi last sekali adik rambut rambutan cair jugak dengan uncle
dan akibatnya uncle dapat buku ni sebagai halwa mata malam ni
(gittew kau susah dia barang rare ni)

sape blogger tahun 2008 angkat tangan...?
ya robbi... dah-dah turun tangan
bulu ketiak bersepah
lupa cukur ke dik...?

ikikikiki (praktik pesen gelak baru karang lupa pulak..)

Maaf lah Mak Esah..... carut mata letak gambar...
lahai.... besembor sireh dalam mulot...
ikikikikikikikikikiki
Buku ni banyak adik beradik dia...
yang terbaru Kancil Man yang uncle gagal membelinya lagi
yang dah lapok berhabuk cam buku "cewah"
Orang hodoh cantik, sperma cinta, Mat Tiara semua dah baca
tapi buku-buku indie cenggini susah nak dapat stock sekarANG
penjualan dia pun underground je
tapi uncle tetap bersusah payah nak beli jugak
sape yang dah baca semua buku ni kita GENG ya..

Sebenarnya uncle rindoo kat otai-otai blogger dulu
cerita mereka best, idea dia gila setan tak patut
kalau makan jajan Supering tu kompem tak pandang belakang dah
Rozita Che Wan lalu catwalk pun uncle tak heran
blogger newbie sekarang ni macam bosan nak baca
uncle buat teh secawan sambil baring depan laptop godek-godek nak baca
tengok cerita depa ala-ala cenggitu aja
terus sejuk air dalam cawan..
bukan tak menarik... tapi penulisan hadek-hadek sekarang 
macam serious bebenor pesen ambil gambar pose kepit bibir
boleh imejin tak..?

Uncle jenis manusia yang suka lepak dekat blog santai
jalan cerita dia menarik walau banyak kelaut
dan penulisan dia lite-lite aja
kira otak pun simple je
otak simple macam mana ya...?

ehtah ler

sebab tu kalau orang follow blog uncle dan asked me to follow them back
kadang malas nak layan...
follow blog kita tak minat nanti tak baca jugak
so jalan selamat follow je blog yang kita sula suka
kadang ada yang paksa uncle folloe tu. uncle buat lah sebab nak jaga hati
pastu selang beberapa hari nanti uncle unfollow la balik
bukan ape, semak temline nanti...
hahahahaha... kejam kan...?
follower bersepah pun tak guna kalau orang tak singgah baca.

ok................ selesai cerita bab blog ni
Ni uncle nak cakap pasal uncle nak sambung belajar ni
Puan Nori dah mula bising
bila kau nak habiskan silibus study yang terbengkalai tu
lagi beberapa sems je lagi haa
then... tahun ni uncle ambil jalan selamat
dengan berstatuskan anak yang soleh dan tidak pernah hisap rokok depan ibu bapa
sanggup mencemar duli menerima tawaran Puan Nori
yuyuyuyu..... dup dap dup dap...
lidah macam ada tulang nak cakap tanak... tapi..
teriam terima jer lah....
Lusa uncle dah setat belajar
wish me luck guys
#Pengurusan Hotel Dan Teknologi Makanan.
dalam banyak subjec uncle pilih yang  ni
sebabnya ni jer benda yang takde kaitan dengan matematik
kalau ada peluang uncle nak simbah je semua cikgu matematik dengan cuka getah
(see...? nampak tak dendam dia)
aku punya dendam dengan matematik dari sekolah rendah lagi
bila mana Cikgu Rosli denda uncle merangkak bawah kerusi bekas makwe uncle
sebab lambat jawab soalan 3+5= berapa...
apa punya celaka soalan gua tak tahu.

.................................................... hate you

Dah macam cerpen entri malam ni....
boleh suggest buat jilid untuk subjek sastera tingkatan 3 ni
ape pun terima kasih cikgu...

June 1, 2013

Tolong Wei | Ape Nak Masak Esok....?

Dear Bloggy...........

Firstly nak ajak korang yang mana nak joint group uncle di facebook tu boleh CLICK link kat bawah ni


Hah.... dah.. tepi.....tepi...tepi.....
uncle nak menulis ni.
minggu ni uncle rasa uncle lah manusia paling bizi kat dunia ni
hah.. hamek kau...
sebenarnya uncle dapat tempahan cake ni
yer lah, semenjak tak kerja ni duduk-duduk je kat rumah
ada rezeki datang melintang tu
sapu je lah... rezeki orang kena fitnah katanya...
haruskah...???

Lepas selesai semua majlis kenduri kat kampung ni uncle balik la Putrajaya semula.
harini marathon buat 5 bijik cake
kau ingat senang ke wei...?
orang tempah, ada majlis kenduri kawen
ada nak sambut harijadi
ada nak bagi hadiah kat orang
ada nak bertunang
so kemain la fura-fura bizi sikit..
hew..hew..hew..

1 Chocolate Banana Mousse Cake -Puan Anieta- 
1 Chocolate Oreo Cheese Cake -Cikgu Mahani-
1 Chocolate Mascarpone Cake -Adik Najibah- 
1 Fruit Flan Cake -Kawan Uncle oder-
1 Red Velvet Cake -Untuk Birthday Celebration-
1 Red Velvet Cake  -Untuk orang rumah uncle makan pastu uncle ada janji dengan Adik hanif nak bagi dia seslice huhuhu.... Sorry dik tak sempat lagi nak buat

Gitew la serba sebanyak kisah untuk hari ni.
Nanti dah siap uncle hapload kan gambornye
sekarang cake masih dalam peti Es belom di topping lagi
lagi besok Puan Anieta cakap nak datang rumah nak belajar buat cake katanya.
Uncle pun takde cikgu yang ajar
belajar sesendirin berhad
selalunya uncle akan jadikan blog dan youtube sebagai rujukan
dan uncle tak buka kedai cake pun.
ni semua regular costumer uncle since last 3 year ago.

Dan uncle ni jenis tak KEDERKOT ilmu.
sape nak belajar datang jer rumah
tak bayar pun, just beli barang-barang nak buat cake ape nanti uncle akan ajar
acaner...? ade berani nak datang....???

Ada bestfriend comolot uncle suggest suruh terus continue bidang bakery ni
lagipun segala basic uncle dah ada kan.
uncle bukan tanak terus continue cuma... cuma...
tak minat la dik.... 
baking a cake it just my hobbie, and want to full fill my time with something new , because im still learning a lot.
kata member uncle lagi
orang lain kalau boleh berkejar-kejar nak belajar macam mana kau pandai
orang lain kalau ada kemahiran dah lama kerja sendiri
kenapa nak kerja dengan orang lagi...?

Tapi uncle fikirkan balik ada betol juga cakap si kolestrol ni
memanglah uncle ada niat nak jadikan bakery ni sebagai kerjaya
tapi minat terhadap editing dan photography lagi mendalam.
macam wedding shoot, majlis2 formal,
yer la, beli DSLR pun tak guna sebab bersidai je kat rumah
tapi.. nanti-nanti lah fikir
perjalanan masih panjang

besok giliran uncle masak kat rumah..
Usha-usha dalam peti Es ada barang... Cun... Santek..
besok nak masak :
Sup Tulang
Kerabu Pucuk Paku
Butter Chicken
Daging Blackpepper
Ayam Coke

Tapi ni cadangan jer lah sebab tangok all the ingredient macam semua ada.
dah lama tak masak Ayam Coke.. Favorite si budak gemok tu.
 Nak tido dah ni yu'olls
besok Red velvet dengan Chocolate Mascarpone Cake  belom siap, petang tuan dia dah nak datang hamek..



Ni last year punya cake...
Sila Click gambor untuk tumbesaran hakiki

kazen uncle kawen, tak sempat nak bagi hadiah... sempat buat ni je
tu pun sebab tangan dah keras kejong lama tak pegang,
tahu.... uncle tahu tak SANTEK kan..? beginner cenggini je la.
besok dah siap uncle hapload kan ya..

Bye.... assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab sayang.

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...