iklan

December 31, 2011

Yeah... Esok New Year

Dear Bloggy

Besok dah new year
rasa cam nak melompat tinggi-tinggi je
(kejadah kau ni josh..?)
ape kaitan kau nak melompat dengan new year..?

Sebab nya.. sebabnya..
besop kazen gua nak datang jempot
pakai kereta hokay (jakun kejap)
sebabnya gua dah lama tak keluar malam
felling konon nak jadik anak gadis la
tamao keluar malam.
tau la malam ni berbisa (say what..???)

Sebab dah lama otak gua beku
beku sebab lupa defrost..
asik keja je manjang
kadang otak kita pun kena di belai belai

Besok kalau kazen gua tak datang tau la dia
tau la cemana gua nak ngajar dia
sebab gua terpaksa kansel sumer apoiment
sebab dah janji nak celeb nuyer sesamer
tak datang kau,
lebam telur kau gua rejam pakai selipar fipper

Kepada member comolot gua
Naim (scott)
Aremean Olswen
Ieda Claypot
Khai Puspakom
Ayu Dessert
Manager Masria
dan adik kesayangan gua Saiful Josh Olswen

yang mana takde dalam senarai tu jangan berduka jangan bersedih, nanti gua list nama kerang dalam ucapan tahun baru cina pula yer

Thanx gegila pada kerang semer sebab penah hadir dalam idop gua dan menjadi sebahagian dari sejarah tahun ini... sebab korang lah idop gua penuh dengan kenangan yang tak dapat di sangka.. Sebab kerang semer la gua belajar untuk mengenali diri gua sendiri dengan lebih mendalam. Dan gua juga sentiasa berusaha Dalam menjadi manusia yang lebih cekal di masa akan datang (wah felling cam menaip karangan SPM jer) har har har

Dalam hidop gua ni cuma #3 perkara jer yang gua sayang
# Agama gua (Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w)
# Mummy dan Daddy
# Kawan-kawan gua

Tanpa mereka life gua nothing, kosong, zero

Ahakz.. tertaching plak taip entry memalam cenggini
Dan lastly gua nak say million of thanx kepada saudara Ujang @ Azfar Roslan sebab kerana beliau blog gua sekarang ni dah ramai reader.. Gua bukan nak kipas otai ke haper, tak perlu just nak kasi terima kasih sebab orang dah berbudi kepada kita.. supaya orang tahu  gua ni jenis yang kenang jasa.. har har har..

December 28, 2011

Mak Cik Tadi Nyaris Kena Rogol

Lokasi : Sebuah kedai makan
waktu : 07:19pm
Situasi :

Gua : Selamat datang kak (gua menyapa dengan manja) heh..!!

Ahkak : Hermmmm................

Gua : Oder kak, semua sedap..

Ahkak : Dik bagi Ahkak Mee Udang 1 (makan)

Gua : So sory kak mee udang takde

Ahkak : Ok, kalo cenggitu bagi ahkak Wantan Mee Dry

Gua : Kak yang tu pun takder.....

Ahkak : Dah habis ke.. ok lah bagi mee bandung 1 bakso daging 1

Gua : Kak tu pun takde, yang kita jual yang ada dalam menu tu jer...

Ahkak : Kejadah aku datang kedai ni.. semua takde.. Wei budak baik ko bungkus jer kedai kau ni. itu tak de ini takde... tak payah nak niaga, aku pun tak hadap nak datang lagi

Dengan berbekalkan senyuman manis gua pun membidas

Hakak, dulu ahkak sekolah tak...? ni pun ada label ALA THAI memey la takde ape yang ahkak oder tu, kalo nak makan mee oder la kedai mee kak, ni masakan ala thai... dan sepanjang idop saya kat kedai ni ahkak sorang jer datang kedai ala thai oder mee segala bagai.. minta maaf la kalo saya berkasar, saya just nak mention ahkak jer, sini semua orang layan diri, oder amik depan kaunter, dan kami tak buat service menghantar..

Dengan muka selebet ahkak tu blah... malu lettew... nak lahar orang tak kena tempat..



Selang limabelas minit datang lagi dia.. lagi sekali dia maki hamun gua..

Korang ni niaga ape, sudu takde garfu takde, cemana orang nak makan, menyusahkan orang nak kena cari.. sambil melontarkan bekas sudu biru di hadapan gua yang tak bersalah.. awak tahu tak laki saya kerja ape...??? kalo saya nak arini jugak saya buat  kedai ni bankrap

dah la kau oder kedai lain, datang nak maki insan mulia cam gua ni memey carik nahas la..

monolog dalaman (menatam vavie ni memey tak reti bahasa)

Sekali lagi gua senyum, dan membidas dengan nada ajak beromen
(ahkak gua tukar jadi mak cik dah)

Makcik, ni 1st time ke Makcik datang tempat cenggini, Kalo orang dengar pun malu jer, saya manusia makcik pun manusia, cakap elok takleh ke..??? sudu garfu takde bukan kerja kami nak kutip pastu basuh semata-mata nak bagi makcik.. sebelah ni pun bekas sudu, kenapa tak ambik jer, jangan la main baling-baling barang.. saya ni bukan jenis orang yang tahan sabar.. kalo makcik marah saya sebab tak jual mee udang, wantan mee dry, mee bandung, bakso daging jangan la sudu habis pun makcik nak datang lahar saya.. Makcik ni nama je cikgu (sebab ada name tag dekat baju dia tulis cikgu) tapi bercakap dengan orang tak pikir pakai otak.. jangan fikir kita ada duit kita boleh nak hamun orang sesuki sesuka hati..

dan gua wat muka cenggini.. nah hameek kau..

Dan laki dia datang mintak maaf dengan gua.. tapi gua tak pandang pun laki dia (sebab laki dia tahu bini dia yang salah) mengelabah puyuh tak bertempat.. kalo tak fikir panjang tadi nyaris dah dia kena rogol secara berjemaah.. har har har..

Moral of the story:
Walau kita kaya, harta berjuta-juta, ada pangkat tinggi melangit, jangan sesekali kita terlupa mana asal usul kita.. budi bicara kita, bersopan taboleh ke..? orang yang kerja manusia macam kita juga, cuma nasib tak menyebelah mereka pakai keta mewah2 cam makcik tadi.. kita hormat orang, orang pun akan hormat kita. yer dak..??? Ingatlah makcik. senang di dunia jer, mati esok yang makcik bawak kain kapan jer masuk kubur.. harta benda tu orang tak timbus sekali.. jadi tak rugi kita bersopan walaupun orang tu kerja sebagai penjaga pintu tandas sekali pun..


December 26, 2011

My Dear Santa Claus

Dear Santa,

Tahun ini genaplah 12 tahun gua tulis surat kepada santa.. Dan gua syak santa ni banyak menipu.. sebabnya semua surat-surat gua santa tamau balas.. heh... Tahun ni gua tanpa rasa putus asa menghantar lagi sekali surat kepada santa dan meminta agar menghadiahkan gua sebuah Samsung Galaxy Note sebagai ganjaran sebab hadiah tahun lepas gua tak dapat.. Malam ni Gua tak tido sebab overnite semata-mata nak jumpa dengan pakcik gemok baju merah tu.. Tadi gua ada menyediakan stokin kosong dan di gantung dekat serombong asap agar santa tak tercicir hadiah gua..


Gua yakin kali ni gua mesti jumpa santa.. sambil gua menaip blog, mata gua memerhati jer kiri kanan mana tahu santa datang.... Gua juga ada menyimpan guni beras bersaiz gergasi agar senang gua nak bungkus santan santa dan jadikan tebusan agar santa hadiahkan gua dengan sebuah talifon pintar bernama samsung galaxy note..

kejam tak idea gua...??? memandangkan Keadaan di rumah sejuk sekali,,,, sekali sekala gua ada menguis-nguis bara api supaya hangat.. dan santa tak juga muncul kan diri.. mungkin santa dah letak gua dalam senarai budak kekanak nakal.. dem.. dem...



Tetibe bunyyi berdentum, semacam benda besar jatoh di atas bumbung.. gua syak itu mesti santa.. gua pandang ke luar rumah.. rupanya burung gagak tengah beromen atas bumbung.. dan gua sangat terasa kecewa dengan santa..

dan tahun ini gua kecewa lagi sebab santa tak datang.. mungkin lain kali gua nak sediakan satu sangkar besar dan letak keju di dalam.. untung-untung santa masuk nak makan keju, gua terus tutup sangkar tu.. har.. har.. har.. pastu gua bercakap dengan dia pasal gua tak puas hati sampai santa pitam..

ok..

sincerely

isaac josh olswen
...............................

December 18, 2011

Jangan Pandang Kerek Gua Ni Berdaulat.

Tatkala matahari memancar
menyinar ufuk pagi
gua sebagai seorang budak yang agak chomel
membuka mata dan mandi seawal subuh pagi.

Tengok jam di dinding masih awal
tanpa merasa mengelabah puyuh gua menghayunkan kaki satu persatu menuju ke kereta
pintu kereta dibuka
gua letak limaposen
kereta berjalan
gua pun duduk.
(berangan naik kereta) 


sesampainya gua ke office
ada jumpe ahkak cleaner
abam-abam kental dispatch
dan seorang hamba allah yang tak diketahui namanya

Mukanya hagak la lawa juga
nak compare dengan kerbau kat sawah
haruslah chomel perempuan tu
rambot kuning pesen gaya minah salleh
pakai high heel pepel
baju pesen kain guni baja
konon nak bertudung
tapi selendang bersidai di bahu sahaja

dari jauh gua senyum
tetibe dia jelir gua cam ni

haha.. siyes gua tipu
Dia jelir pesen tapir berbuih mulot kena racun tikus
burok bebenor muka dia
konon la dia pikir gua nak ngowat dia
sowie siket...
gua cuba google muka tapir berbuih mulot
tapi tadak jumpe.. muehehehe

Sebenarnya gua nak bagi tahu pintu sliding door tu rosak
sila guna pintu sebelah
sebab label pintu rosak gua dah cabut..
hehe jahat kan..
gegula getah dalam mulot gua kunyah laju
tanpa sempat di telan
dengan izin tuhan perempuan tu dah setepek di pintu cermin
alahai.. dah tak chomel daaaaa...
kesan lipstick sebesar punggung kera tercoret di cermin
haruslah gua nak gelak guling-guling macam tenggiling

len kali tapayah la belagak chomel
orang nak bagi tau jer
ni kau jelir aku..
haruslah padah kejadah menimpa
nak ikotkan nenek i kart kmpong
lagi lawa dari kau nok..
kalo nenek pakai kebaya NYOYA
haruslah KALAH itik serati di sawah

Perampuan tu berasa malu
terus bangun berlalu gaya catwalk.
ahkan cleaner 2 orang
sedang berusaha menghilangkan kesan bibir di cermin
dengan menggunakan surat khabar kering
GIGIH

Gua hanya senyum tak perlu kata apa-apa

December 10, 2011

KAWAN : Kerana kau adalah sahabat aku

Hye bloggy...
Hari ni gua rasa nak buat entry sedih sket
mebey tak kelakar kot
or mebey kelakar kot bg orang cam gua ni
sebab nak wat entry tacing bagai ni..
eh.. sat cam keling plak gua taip..
sebab gua malas nak delete so gua biar je orang baca..

Gua ni sejenis manusia yang agak caring jugak
once seseorang tu da jadik member gua
gua sure caring dia cam adik bedarik beradik

ok rilek jap..
sob sob sob 
sambil lap air mata atas keboard...
ekselly tak nangews pown,
tengah nolong mak motong bawang
muehehehe..

Seramai-ramai umat manusia
tak semua cepat serasi dengan gua
walau mulot gua ni agak bising
slalo wat orang gelak ketawa
ada member gelak sampai tercirit
tapi takde sorang pun penah buat gua gembira
cemana gua buat dia.
tapi dalam sorang dua,
ada gak member gua yang slalo caring gua
dok sememeh menggedic
call tetiap malam.
mesej pepagi morning
dia kekadang buat gua rasa happy
walaupun tidaklah sehappy sampai nak melompat menari-nari


Time cuti gua slalo lepak kedai mamak sensorang
gua amik sit paling hujung
bawak lappy
oder tembikai laici
roti bakar sepinggan dua
gua dok perati je gelagat manusia
best kan dorang ada member
boleh bertepuk tampar
gelak sampai kehujung dunia
cam takde masalah yang menimpa mereka...
dalam hati gua kadang gua sedih
Dulu gua ada gak sorang member cam tu
kenal dari zaman sekolah lagi
dari gua yang buta iT
dia ajar gua sampai gua tahu serba serbi
gua happy bila dapat lepak reramai
mengumpat orang sana sini
dia banyak idea
dia selalo buat gua gembira

masuk ni dah 2x raya puasa
dia langsung tak mau cakap dengan gua
gua hantar mesej tak balas
gua tatau ape salah gua
kadang nak jer gua gi rumah dia dan tanya
KENAPA.....???

kalo gua pernah buat salah gua nak mintak maaf
gua nak tahu satu je
kenapa tetibe dia benci gua


Wah cam panjang plak gua karang
kan tak pepasal ada orang nak adaptasi dari blog ke movie
cam"OMBAK RINDU" tu
hahaha....

Acap (Ashraf rahman)
aku siap hailite lagi name ko kaler biru
kalo ko baca blog aku sila tampil beri keterangan hokay
ke ko malu sebab ko nak ngorat sepupu aku si ayumi tu
jangan lupa farah adilah sedang menunggu
kalo ko reply mesej aku sepatah pun dah happy giler.
hahaha gila ko sky
buat statement mintak kena bakar bulu ketiak betol..
hahaha.. dulik haper aku.. mak tak goyang nyah..

gua tepek pic dia sekeping baru real yer dak...???

walaupun pic ni dah season.. zaman kau sunat tak kering kulit lagi. tapi ni la kau yang aku kenal dulu..

December 7, 2011

Bahaya Tisu Tandas

Semalam gua ada nengok wayang
citer katon jer
puss in boot

masa tengah syok-syok dok melayan movie
tetibe jer boboy nak buang air
so gua terus bangun bawak boboy gi tandas


masa kat depan cermin tu,
ada la segelintir mamat yang tak berapa ensem
dengan cobaan menarik tisu dari tempatnya
dan tisu itu tidak juga mahu keluar
gua perhati jer dari jauh

lepastu dia misscoll member dia
bawa lagi sorang member
pun cuba menarik tisu tandas
gagal juga..
mereka hampa
si member nak sangat guna tisu
sebab dia basuh muka
muka dia basah
dan dia nak lap..
(eh perlu ke gua citer...?)
last skali dia selak baju
lap muka pakai baju dia

Gua sebagai orang kolumpor
tidak la merasa jakun sangat
sebab dia dah tulis siap
"put your hand here"
siap bagi lg gambor tangan kau
pastu berderet la tisu keluar
sebab kotak tisu tu pakai sensor
takmau berlaku pembaziran tisu
maklong la kaum wanita ni suka tisu
ada jer benda nak di lapnya
jadi laki senang dah siap pancut simpan
hahahaha..


pastu berita tisu itu terlihat oleh member tadi
lantas dorang pergi ramai-ramai dekat tisu tu
lalu dok letak tangan cam jakun
gua seronok jer dari jauh
tengok mereka bermain tisu

memandangkan sinki juga pakai sensor
salah sorang member dia jerit paip ni rosak
air tanak keluar
mereka pun basuh muka dalam toilet
gua yang dari jauh dok perhati
lantas ke tempat kejadian dan membagitahu
sinki ni pun pakai sensor
letak je tangan air keluar sendiri
mereka ber-4
oooooooooooooo...!!!



gua terus masuk panggung
pakai sweater sebab boboy dah sejuk main air

ok... sekian sahaja

December 6, 2011

Wish List 2012

Open 2nd Sri.Desa.Bakery
Nak penuhkan duit Tabung Haji mummy & daddy
Nak hantar adik sambung study degree
Nak ambik Myvi
Beli samsung Galaxy
Nikon DSLR D90
New Blackberry

Yang lain mebey gua menyusul beli slow-slow... tengok bajet mampo ke tak, yg penting wish list at atas tu gua akan usahakan selagi tubuh badan ini mampu mencari rezeki..

yang penting gua cari duit bagi adik gua sambung study, kalo ada lebih gua nak hantar mymmy dengan daddy pergi haji, Gua dah takde sesaper dalam dunia ni selain dorang, 


Nak share cerita sedih, kekadang gua sentap dengan segelintir member tu, dulu kerja biasa-biasa tapi gua mampo beli ape yang gua suka, dorang cakap tak lain tak bukan bodek bos la tu, kalo dah kaki bodek haruslah bos beli... lepas gua tukar kerja, kerja at tempat lain, dorang cakap gua rembat duit cashier beli sumer barang yang gua suka.

kadang orang ni tak tahu cemana gua mengelupor kerja siang malam kumpul duit, kadang sebulan tak cuti kumpul duit buat OT semata-mata nak beli benda yang gua suka.

Kadang gua tak paham, ape yang gua nak beli mesti ada orang dengki.. gua tak penah pun mengemis duit orang nak beli itu ini, dan gua tak pernah nak mencuri untuk beli semua tu, saper yang kenal gua jer tahu perangai gua cemana, kepada bos-bos yang pernah gua kerja dengan dia, kalo gua ada terambil duit korang seringgit dua ringgit tu mintak halal la kalo gua lupa ganti, sebab gua beli itu ini pun dengan hasil titik peluh sendiri..

kepada member gua yang pernah berhutang tu, gua dah lama halalkan duit tu, tak payah la bayar balik, dengan duit seratus, dua ratus tu tak dapat gua nak bayar dengan harga persahabatan kita, Atok gua pernah pesan, "kalo ada member yang berhutang tu, halal kan sahaja, mana tahu esok dia meninggal terlupa bayar hutang azab pula dia dalam kubur" kalo kita dah halalkan sekurang-kurangnya ringan satu azab kubur dia.. sampai cam tu skali atok gua pesan kalo bab duit.

Gua bukan nak berlakon baik ke nak hipokrik ke, gua pun tak perlu nak cakap gua ni jujur supaya orang tahu, sebab manusia tu lebih bijak menilai kita macam mana..

Sebab gua dah penat menjawab, setiap kali gua beli benda baru mesti orang tanya, banyak duit ko beli ini-ini.. banyak ke duit ko simpan...? ko keja ape duit banyak...?

Gua jawab 
"kalau kita jujur dengan tuhan, dengan orang, nescaya tuhan tu murahkan rezeki kita, walaupun aku ni tak penah sembahyang tapi aku tak mencuri"

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...