iklan

December 31, 2011

Yeah... Esok New Year

Dear Bloggy

Besok dah new year
rasa cam nak melompat tinggi-tinggi je
(kejadah kau ni josh..?)
ape kaitan kau nak melompat dengan new year..?

Sebab nya.. sebabnya..
besop kazen gua nak datang jempot
pakai kereta hokay (jakun kejap)
sebabnya gua dah lama tak keluar malam
felling konon nak jadik anak gadis la
tamao keluar malam.
tau la malam ni berbisa (say what..???)

Sebab dah lama otak gua beku
beku sebab lupa defrost..
asik keja je manjang
kadang otak kita pun kena di belai belai

Besok kalau kazen gua tak datang tau la dia
tau la cemana gua nak ngajar dia
sebab gua terpaksa kansel sumer apoiment
sebab dah janji nak celeb nuyer sesamer
tak datang kau,
lebam telur kau gua rejam pakai selipar fipper

Kepada member comolot gua
Naim (scott)
Aremean Olswen
Ieda Claypot
Khai Puspakom
Ayu Dessert
Manager Masria
dan adik kesayangan gua Saiful Josh Olswen

yang mana takde dalam senarai tu jangan berduka jangan bersedih, nanti gua list nama kerang dalam ucapan tahun baru cina pula yer

Thanx gegila pada kerang semer sebab penah hadir dalam idop gua dan menjadi sebahagian dari sejarah tahun ini... sebab korang lah idop gua penuh dengan kenangan yang tak dapat di sangka.. Sebab kerang semer la gua belajar untuk mengenali diri gua sendiri dengan lebih mendalam. Dan gua juga sentiasa berusaha Dalam menjadi manusia yang lebih cekal di masa akan datang (wah felling cam menaip karangan SPM jer) har har har

Dalam hidop gua ni cuma #3 perkara jer yang gua sayang
# Agama gua (Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w)
# Mummy dan Daddy
# Kawan-kawan gua

Tanpa mereka life gua nothing, kosong, zero

Ahakz.. tertaching plak taip entry memalam cenggini
Dan lastly gua nak say million of thanx kepada saudara Ujang @ Azfar Roslan sebab kerana beliau blog gua sekarang ni dah ramai reader.. Gua bukan nak kipas otai ke haper, tak perlu just nak kasi terima kasih sebab orang dah berbudi kepada kita.. supaya orang tahu  gua ni jenis yang kenang jasa.. har har har..

December 28, 2011

Mak Cik Tadi Nyaris Kena Rogol

Lokasi : Sebuah kedai makan
waktu : 07:19pm
Situasi :

Gua : Selamat datang kak (gua menyapa dengan manja) heh..!!

Ahkak : Hermmmm................

Gua : Oder kak, semua sedap..

Ahkak : Dik bagi Ahkak Mee Udang 1 (makan)

Gua : So sory kak mee udang takde

Ahkak : Ok, kalo cenggitu bagi ahkak Wantan Mee Dry

Gua : Kak yang tu pun takder.....

Ahkak : Dah habis ke.. ok lah bagi mee bandung 1 bakso daging 1

Gua : Kak tu pun takde, yang kita jual yang ada dalam menu tu jer...

Ahkak : Kejadah aku datang kedai ni.. semua takde.. Wei budak baik ko bungkus jer kedai kau ni. itu tak de ini takde... tak payah nak niaga, aku pun tak hadap nak datang lagi

Dengan berbekalkan senyuman manis gua pun membidas

Hakak, dulu ahkak sekolah tak...? ni pun ada label ALA THAI memey la takde ape yang ahkak oder tu, kalo nak makan mee oder la kedai mee kak, ni masakan ala thai... dan sepanjang idop saya kat kedai ni ahkak sorang jer datang kedai ala thai oder mee segala bagai.. minta maaf la kalo saya berkasar, saya just nak mention ahkak jer, sini semua orang layan diri, oder amik depan kaunter, dan kami tak buat service menghantar..

Dengan muka selebet ahkak tu blah... malu lettew... nak lahar orang tak kena tempat..



Selang limabelas minit datang lagi dia.. lagi sekali dia maki hamun gua..

Korang ni niaga ape, sudu takde garfu takde, cemana orang nak makan, menyusahkan orang nak kena cari.. sambil melontarkan bekas sudu biru di hadapan gua yang tak bersalah.. awak tahu tak laki saya kerja ape...??? kalo saya nak arini jugak saya buat  kedai ni bankrap

dah la kau oder kedai lain, datang nak maki insan mulia cam gua ni memey carik nahas la..

monolog dalaman (menatam vavie ni memey tak reti bahasa)

Sekali lagi gua senyum, dan membidas dengan nada ajak beromen
(ahkak gua tukar jadi mak cik dah)

Makcik, ni 1st time ke Makcik datang tempat cenggini, Kalo orang dengar pun malu jer, saya manusia makcik pun manusia, cakap elok takleh ke..??? sudu garfu takde bukan kerja kami nak kutip pastu basuh semata-mata nak bagi makcik.. sebelah ni pun bekas sudu, kenapa tak ambik jer, jangan la main baling-baling barang.. saya ni bukan jenis orang yang tahan sabar.. kalo makcik marah saya sebab tak jual mee udang, wantan mee dry, mee bandung, bakso daging jangan la sudu habis pun makcik nak datang lahar saya.. Makcik ni nama je cikgu (sebab ada name tag dekat baju dia tulis cikgu) tapi bercakap dengan orang tak pikir pakai otak.. jangan fikir kita ada duit kita boleh nak hamun orang sesuki sesuka hati..

dan gua wat muka cenggini.. nah hameek kau..

Dan laki dia datang mintak maaf dengan gua.. tapi gua tak pandang pun laki dia (sebab laki dia tahu bini dia yang salah) mengelabah puyuh tak bertempat.. kalo tak fikir panjang tadi nyaris dah dia kena rogol secara berjemaah.. har har har..

Moral of the story:
Walau kita kaya, harta berjuta-juta, ada pangkat tinggi melangit, jangan sesekali kita terlupa mana asal usul kita.. budi bicara kita, bersopan taboleh ke..? orang yang kerja manusia macam kita juga, cuma nasib tak menyebelah mereka pakai keta mewah2 cam makcik tadi.. kita hormat orang, orang pun akan hormat kita. yer dak..??? Ingatlah makcik. senang di dunia jer, mati esok yang makcik bawak kain kapan jer masuk kubur.. harta benda tu orang tak timbus sekali.. jadi tak rugi kita bersopan walaupun orang tu kerja sebagai penjaga pintu tandas sekali pun..


December 26, 2011

My Dear Santa Claus

Dear Santa,

Tahun ini genaplah 12 tahun gua tulis surat kepada santa.. Dan gua syak santa ni banyak menipu.. sebabnya semua surat-surat gua santa tamau balas.. heh... Tahun ni gua tanpa rasa putus asa menghantar lagi sekali surat kepada santa dan meminta agar menghadiahkan gua sebuah Samsung Galaxy Note sebagai ganjaran sebab hadiah tahun lepas gua tak dapat.. Malam ni Gua tak tido sebab overnite semata-mata nak jumpa dengan pakcik gemok baju merah tu.. Tadi gua ada menyediakan stokin kosong dan di gantung dekat serombong asap agar santa tak tercicir hadiah gua..


Gua yakin kali ni gua mesti jumpa santa.. sambil gua menaip blog, mata gua memerhati jer kiri kanan mana tahu santa datang.... Gua juga ada menyimpan guni beras bersaiz gergasi agar senang gua nak bungkus santan santa dan jadikan tebusan agar santa hadiahkan gua dengan sebuah talifon pintar bernama samsung galaxy note..

kejam tak idea gua...??? memandangkan Keadaan di rumah sejuk sekali,,,, sekali sekala gua ada menguis-nguis bara api supaya hangat.. dan santa tak juga muncul kan diri.. mungkin santa dah letak gua dalam senarai budak kekanak nakal.. dem.. dem...



Tetibe bunyyi berdentum, semacam benda besar jatoh di atas bumbung.. gua syak itu mesti santa.. gua pandang ke luar rumah.. rupanya burung gagak tengah beromen atas bumbung.. dan gua sangat terasa kecewa dengan santa..

dan tahun ini gua kecewa lagi sebab santa tak datang.. mungkin lain kali gua nak sediakan satu sangkar besar dan letak keju di dalam.. untung-untung santa masuk nak makan keju, gua terus tutup sangkar tu.. har.. har.. har.. pastu gua bercakap dengan dia pasal gua tak puas hati sampai santa pitam..

ok..

sincerely

isaac josh olswen
...............................

December 18, 2011

Jangan Pandang Kerek Gua Ni Berdaulat.

Tatkala matahari memancar
menyinar ufuk pagi
gua sebagai seorang budak yang agak chomel
membuka mata dan mandi seawal subuh pagi.

Tengok jam di dinding masih awal
tanpa merasa mengelabah puyuh gua menghayunkan kaki satu persatu menuju ke kereta
pintu kereta dibuka
gua letak limaposen
kereta berjalan
gua pun duduk.
(berangan naik kereta) 


sesampainya gua ke office
ada jumpe ahkak cleaner
abam-abam kental dispatch
dan seorang hamba allah yang tak diketahui namanya

Mukanya hagak la lawa juga
nak compare dengan kerbau kat sawah
haruslah chomel perempuan tu
rambot kuning pesen gaya minah salleh
pakai high heel pepel
baju pesen kain guni baja
konon nak bertudung
tapi selendang bersidai di bahu sahaja

dari jauh gua senyum
tetibe dia jelir gua cam ni

haha.. siyes gua tipu
Dia jelir pesen tapir berbuih mulot kena racun tikus
burok bebenor muka dia
konon la dia pikir gua nak ngowat dia
sowie siket...
gua cuba google muka tapir berbuih mulot
tapi tadak jumpe.. muehehehe

Sebenarnya gua nak bagi tahu pintu sliding door tu rosak
sila guna pintu sebelah
sebab label pintu rosak gua dah cabut..
hehe jahat kan..
gegula getah dalam mulot gua kunyah laju
tanpa sempat di telan
dengan izin tuhan perempuan tu dah setepek di pintu cermin
alahai.. dah tak chomel daaaaa...
kesan lipstick sebesar punggung kera tercoret di cermin
haruslah gua nak gelak guling-guling macam tenggiling

len kali tapayah la belagak chomel
orang nak bagi tau jer
ni kau jelir aku..
haruslah padah kejadah menimpa
nak ikotkan nenek i kart kmpong
lagi lawa dari kau nok..
kalo nenek pakai kebaya NYOYA
haruslah KALAH itik serati di sawah

Perampuan tu berasa malu
terus bangun berlalu gaya catwalk.
ahkan cleaner 2 orang
sedang berusaha menghilangkan kesan bibir di cermin
dengan menggunakan surat khabar kering
GIGIH

Gua hanya senyum tak perlu kata apa-apa

December 10, 2011

KAWAN : Kerana kau adalah sahabat aku

Hye bloggy...
Hari ni gua rasa nak buat entry sedih sket
mebey tak kelakar kot
or mebey kelakar kot bg orang cam gua ni
sebab nak wat entry tacing bagai ni..
eh.. sat cam keling plak gua taip..
sebab gua malas nak delete so gua biar je orang baca..

Gua ni sejenis manusia yang agak caring jugak
once seseorang tu da jadik member gua
gua sure caring dia cam adik bedarik beradik

ok rilek jap..
sob sob sob 
sambil lap air mata atas keboard...
ekselly tak nangews pown,
tengah nolong mak motong bawang
muehehehe..

Seramai-ramai umat manusia
tak semua cepat serasi dengan gua
walau mulot gua ni agak bising
slalo wat orang gelak ketawa
ada member gelak sampai tercirit
tapi takde sorang pun penah buat gua gembira
cemana gua buat dia.
tapi dalam sorang dua,
ada gak member gua yang slalo caring gua
dok sememeh menggedic
call tetiap malam.
mesej pepagi morning
dia kekadang buat gua rasa happy
walaupun tidaklah sehappy sampai nak melompat menari-nari


Time cuti gua slalo lepak kedai mamak sensorang
gua amik sit paling hujung
bawak lappy
oder tembikai laici
roti bakar sepinggan dua
gua dok perati je gelagat manusia
best kan dorang ada member
boleh bertepuk tampar
gelak sampai kehujung dunia
cam takde masalah yang menimpa mereka...
dalam hati gua kadang gua sedih
Dulu gua ada gak sorang member cam tu
kenal dari zaman sekolah lagi
dari gua yang buta iT
dia ajar gua sampai gua tahu serba serbi
gua happy bila dapat lepak reramai
mengumpat orang sana sini
dia banyak idea
dia selalo buat gua gembira

masuk ni dah 2x raya puasa
dia langsung tak mau cakap dengan gua
gua hantar mesej tak balas
gua tatau ape salah gua
kadang nak jer gua gi rumah dia dan tanya
KENAPA.....???

kalo gua pernah buat salah gua nak mintak maaf
gua nak tahu satu je
kenapa tetibe dia benci gua


Wah cam panjang plak gua karang
kan tak pepasal ada orang nak adaptasi dari blog ke movie
cam"OMBAK RINDU" tu
hahaha....

Acap (Ashraf rahman)
aku siap hailite lagi name ko kaler biru
kalo ko baca blog aku sila tampil beri keterangan hokay
ke ko malu sebab ko nak ngorat sepupu aku si ayumi tu
jangan lupa farah adilah sedang menunggu
kalo ko reply mesej aku sepatah pun dah happy giler.
hahaha gila ko sky
buat statement mintak kena bakar bulu ketiak betol..
hahaha.. dulik haper aku.. mak tak goyang nyah..

gua tepek pic dia sekeping baru real yer dak...???

walaupun pic ni dah season.. zaman kau sunat tak kering kulit lagi. tapi ni la kau yang aku kenal dulu..

December 7, 2011

Bahaya Tisu Tandas

Semalam gua ada nengok wayang
citer katon jer
puss in boot

masa tengah syok-syok dok melayan movie
tetibe jer boboy nak buang air
so gua terus bangun bawak boboy gi tandas


masa kat depan cermin tu,
ada la segelintir mamat yang tak berapa ensem
dengan cobaan menarik tisu dari tempatnya
dan tisu itu tidak juga mahu keluar
gua perhati jer dari jauh

lepastu dia misscoll member dia
bawa lagi sorang member
pun cuba menarik tisu tandas
gagal juga..
mereka hampa
si member nak sangat guna tisu
sebab dia basuh muka
muka dia basah
dan dia nak lap..
(eh perlu ke gua citer...?)
last skali dia selak baju
lap muka pakai baju dia

Gua sebagai orang kolumpor
tidak la merasa jakun sangat
sebab dia dah tulis siap
"put your hand here"
siap bagi lg gambor tangan kau
pastu berderet la tisu keluar
sebab kotak tisu tu pakai sensor
takmau berlaku pembaziran tisu
maklong la kaum wanita ni suka tisu
ada jer benda nak di lapnya
jadi laki senang dah siap pancut simpan
hahahaha..


pastu berita tisu itu terlihat oleh member tadi
lantas dorang pergi ramai-ramai dekat tisu tu
lalu dok letak tangan cam jakun
gua seronok jer dari jauh
tengok mereka bermain tisu

memandangkan sinki juga pakai sensor
salah sorang member dia jerit paip ni rosak
air tanak keluar
mereka pun basuh muka dalam toilet
gua yang dari jauh dok perhati
lantas ke tempat kejadian dan membagitahu
sinki ni pun pakai sensor
letak je tangan air keluar sendiri
mereka ber-4
oooooooooooooo...!!!



gua terus masuk panggung
pakai sweater sebab boboy dah sejuk main air

ok... sekian sahaja

December 6, 2011

Wish List 2012

Open 2nd Sri.Desa.Bakery
Nak penuhkan duit Tabung Haji mummy & daddy
Nak hantar adik sambung study degree
Nak ambik Myvi
Beli samsung Galaxy
Nikon DSLR D90
New Blackberry

Yang lain mebey gua menyusul beli slow-slow... tengok bajet mampo ke tak, yg penting wish list at atas tu gua akan usahakan selagi tubuh badan ini mampu mencari rezeki..

yang penting gua cari duit bagi adik gua sambung study, kalo ada lebih gua nak hantar mymmy dengan daddy pergi haji, Gua dah takde sesaper dalam dunia ni selain dorang, 


Nak share cerita sedih, kekadang gua sentap dengan segelintir member tu, dulu kerja biasa-biasa tapi gua mampo beli ape yang gua suka, dorang cakap tak lain tak bukan bodek bos la tu, kalo dah kaki bodek haruslah bos beli... lepas gua tukar kerja, kerja at tempat lain, dorang cakap gua rembat duit cashier beli sumer barang yang gua suka.

kadang orang ni tak tahu cemana gua mengelupor kerja siang malam kumpul duit, kadang sebulan tak cuti kumpul duit buat OT semata-mata nak beli benda yang gua suka.

Kadang gua tak paham, ape yang gua nak beli mesti ada orang dengki.. gua tak penah pun mengemis duit orang nak beli itu ini, dan gua tak pernah nak mencuri untuk beli semua tu, saper yang kenal gua jer tahu perangai gua cemana, kepada bos-bos yang pernah gua kerja dengan dia, kalo gua ada terambil duit korang seringgit dua ringgit tu mintak halal la kalo gua lupa ganti, sebab gua beli itu ini pun dengan hasil titik peluh sendiri..

kepada member gua yang pernah berhutang tu, gua dah lama halalkan duit tu, tak payah la bayar balik, dengan duit seratus, dua ratus tu tak dapat gua nak bayar dengan harga persahabatan kita, Atok gua pernah pesan, "kalo ada member yang berhutang tu, halal kan sahaja, mana tahu esok dia meninggal terlupa bayar hutang azab pula dia dalam kubur" kalo kita dah halalkan sekurang-kurangnya ringan satu azab kubur dia.. sampai cam tu skali atok gua pesan kalo bab duit.

Gua bukan nak berlakon baik ke nak hipokrik ke, gua pun tak perlu nak cakap gua ni jujur supaya orang tahu, sebab manusia tu lebih bijak menilai kita macam mana..

Sebab gua dah penat menjawab, setiap kali gua beli benda baru mesti orang tanya, banyak duit ko beli ini-ini.. banyak ke duit ko simpan...? ko keja ape duit banyak...?

Gua jawab 
"kalau kita jujur dengan tuhan, dengan orang, nescaya tuhan tu murahkan rezeki kita, walaupun aku ni tak penah sembahyang tapi aku tak mencuri"

November 19, 2011

Bersendirian Lebih Baik Dari Ada Seribu Kawan

hye all,
Dear Bloggy.
kadang kita tengah enak bergembira
mesti ada yang tak best akan berlaku
tak cepat pasti lambat
Bagi gua hidop sensorang jauh lagi best
tapayah nak pikir pasal perasaan orang lain
nak makan ke
nak minum ke
tapayah nak kena tunggu orang pelawa
rasa lapar makan'
rasa dahaga minum
nak kemana-mana tapayah nak tunggu orang
selagi boleh berjalan pergi je sendiri

Kadang kan ada kawan cam takder
dorang cari gua time perlu jer
time sengkek nak mampos
time dah tersepit taleh bernafas
sure korang akan ingat gua
tapi kata mama
tu lah lumrah kehidupan
bukan senang nak cari member yang boleh bertepuk bertampar
tetambah dengan manusia cam gua ni

Gua ni dah la keras kepala
ape gua cakap pasti gua dapat
kadang cepat sentap walau menda tu kecik jer
gua juga jenis nekad
kalau gua kata harini jadi
gua akan buat sampai benda tu terjadi
so kalau gua cakap pada mama besok nak beli lappy baru
lambat atau cepat gua akan beli juga

Kadang sebab sifat itu lah mama gua agak bimbang
sebab dia takut gua akan niat nak buat yang bebukan
sebab sifat tu jugak ramai memember gua tak suka gua
satu lagi sifat buruk gua
cepat naik angin tak kira tempat
kalau gua rasa benda tu tak kena
gua tak kira depan orang ke
depan menteri ke
depan dato datin ke
selagi gua rasa gua ni betol
gua akan mempertahankan ia sampai mampoos
gua akan mengaku salah kalau benda tu
memey kecuaian diri gua

Gua juga jenis manusia yang tak suka kalah
selagi fakta gua tu betol,
buat cemana pun kau takan menang
paling tidak bunuh diri jer member tu
disebabkan sakit hati
tapi kalau fakta gua tak betol
gua akan dok diam dan dengar je.

Emosi gua boleh berubah dalam satu saat je kalau gua nak marah..
bila gua start marah satu badan gua mengeletar
sory la kalau ada yang kena se'pak
pinggan mangkuk melayang-layang
tu dah perkara biasa
time tu gua dah tak kisah mati pun takpe
asal hati gua bahagia.

mebey sebab tu tak ramai yang berani dekat dengan gua
tak berani nak bergurau senda
gua kadang dah tak kisah kalau takde member
sebab ada ke takde sama sahaja
kadang tak tolong serba salah
kalau tolong kan in the end gua yang akan sakit hati
so baik berkawan dengan orang dalam web jer
just kenal kat situ jer
takde nye orang nak sentap dengan gua
tapi kalau orang yang bebetol kenal gua je yang tahu gua ni cemana





November 15, 2011

Dosa Semalam

Hye bloggy....
lama betol tak menulis kan..
tadak idea nak ngarang
balik kampung minggu lepas
dapat plak berita yang agak tidak selesa
moto gua kena curi
depan rumah plak tu
cam vavie jer kan
tapi haruslah tanak sumpah budak tu
bimbang terkena badi beruk lepas ni
biasa la kalo mulot berdaulat cam gua ni
mintak ape sumer akan jadi

Mummy nak report polis
gua cakap tayah la
yang ngambik bukan orang lain
wat report pun moto tu dah kena barai
lapanbelas kerat
tadak guna dah..
makan hati jer nengok bangkai moto
cuma gua cakap at mummy
kali ni bukan rezeki kita
nak nunggang moto tu lagi
mebey ada rezeki yang lain......

Atau mebey ni balasan atas dosa gua yang semalam
ya kan siapa tahu,
kadang kita tak sedar ape kita buat
bila dah shedap terlanjur
baru kita nak terngadah
ikot kan banyak sangat dosa lalu gua
sampai tak terhitung dengan jari jemari ni
gua harap dengan berlalunya musibah ni
Allah akan meringankan balasan dosa gua semalam
tak tertanggung gua dengan siksa nerakanya
biar suci jiwa gua
dari segala prasangka..
semoga tuhan mengampunkan dosa gua semalam
dan memberi gua peluang untuk bernafas semula
dan kembali hidup menjadi manusia yang baru.

November 5, 2011

Gua Nak Balik Kampung..!!

Hye bloggy..
sehat..?
hahahahaha....
tersentap kejap gua dengan ahkak jual tiket bus,
ohkey, tetibe jer kan.
Gigih bangun pepagi morning semata-mata nak beli tiket vus bus balik kampong
sesampai jer kat stesen, 
dengan kompident gua tanya
tiket balik ke Kota Bharu ada tak..?
ahkak tiket dengan muka mesen pesen mintak senapang atas muka pun menjawab
ntah tatau, dAH HABIS KOT.
siyes nak tempeleng jer muka dia

Bhahahahaha

Best la kan jawapan kau,
pasni linkup la sumer syarikat bus kalo sumer pekerja dia
syial cam ahkak tersebut.
nak marah sebab tak dapat beromen dengan laki kau semalam pun jangan lah kau lepaskan perasaan gersang kat kastemer suci cam gua ni, sentap mak pepagi morning tau.. Nasib tadak lemah janung jantung.
cis betol.
tetibe jer spoiled mood gua yang happy,
and korang ingat gua nak lepaskan cam tu jer ahkak tu
OH no no no

Gua senyum sepintas angin lalu
lantas membidas
Kau hengat kau lawa ke..?
tak lawa pun,
dah lama ker jadi kerani kat sini..?
bak sini num telipom bos kau
nak sekolahkan dia supaya ajar kau cara beradap dengan orang
tetibe dia wat muka pesen tercirit taik sembelit
Muka selebet

kalau tak pikirkan gua dah terlewat masok kerja
memey gua tungggu jer depan kaunter tu
gua balik dengan hampa
dah la tiket tak dapat
balik dengan emosi tergangu
gua selok poket
capai enphone
call mummy
sory tak dapat balik sebab takder tiket
tetibe member gua call ajak balik dengan dia
so tersangat lah bertuah diri ini.
so besok gua dah balik kampung
hoorey..hoorey lah yeer

ok lah gua nak wish selamat hari raya lah buat semua

November 1, 2011

Jom Masuk Kelas Bakery

hye bloggy
this week gua agak menyibukkan diri
dengan kerja-kerja luar
sampaikan takde masa jengok blog
masa pun untuk tido jer balik umah
tambah dengan situasi yang giler genting skang ni
membuatkan otak gua
berpusing luar dari paksi

Beberapa hari ni gua agak bizi dengan kelas bakery, ajar anak-anak dara serta mak dara buat kek dan segala macam makanan berasaskan tepung.. Berbekalkan dengan sedikit ilmu di dada gua semangat mengajar derang semer, kelas tak lama dalam 9 jam jer, tu pun 4 orang pelajar sahaja. Gua pun taleh la nak wat terror sesangat sebab ilmu ni belom cukup power lg stakat ajar basic tu mampoo la..

kau mampoo....????

Antara design yang sempat gua snap, sebab masa yang terlalu singkat gua tak sempat nak snap bebanyak yer la kau tangan penuh icing takan la gigih nak nangkap gamboo.. 

pelajar di ajar sapu basic icing

Wah kau kelasssssssss.... muda-muda dah jadi cikgu, tak dapat jadik cikgu sekolah jadik cikgu buat cake pun syukurlah, tu pun dah kira gua ni agak bertuah sebab di beri peluang dan kepercayaan untuk mengajar derang semer..

Berbakat, hasil dari pelajar gua yang paling muda..

Derang semer ni gua ajar sekali jer dah terror, harap lepas ni design korang makin chanteeQ la yer.. 

Iera, dengan cake blackforest..

sempat 7 jenis cake jer gua mampo and sempat ajar, nak ajar banyak lagi, tapi timing memang jelous dengan gua.. shit man.... tapi next week maybe after raya gua akan adakan 
2nd class untuk floral cake decoration and 
3rd class untuk fondant floral icing..
4th for cup cake..
segala jadual mengikut kebizian kehidupan gua..hahaha..
tapi jangan nak rekues lelebih dari gua, sebab gua pun still dalam learning proses... percaya atau tidak gua hanya belajar semua ni dari youtube sahaja.. kalo citer mebey kerang semer cakap gua tipu kan, so korang ada youtube cer korang google sendiri, segala video ada, so tepuk dada tanya semangat cemana...? kau mampoooooo...?????

Lemon cheese cake
mantoop

Cartoon cake

Semua gambar ni adalah hasil dari pelajar-pelajar gua.. Gua punya design takleh tunjuk sangat kan riak plak.. har har har har...  
Gua nak ucapkan ribuan terima kasih pada kak Ieta kerana menyediakan juadah yang sangat sedap serta bilik tidur yang sangat selesa bak istana sepanjang program class bakery tu berlangsung.. Dan terima kasih juga kepada semua pelajar gua kerana menjadi pelajar yang baik dan tekun berusaha.

Nanti kan juga class assorted biscuit raya and class unique cartoon cake decoration.

ok bai

October 23, 2011

Hidup Ini Cukup Bertuah

dear Bloggy
rasa dah seminggu kan gua tak hapdate
so dalam seminggu jer
memacam benda menarik happen dalam idop gua
tatau dah nak describe cemana..

1st syukur sesangat sebab...
sebab...sebab..sebab...
ermm.. erm..erm....
terlalu awal jer nak bagi tau
takpe la kita hold dulu
citer menarik ni

Next week dah nak raya dah
so bila tibanya raya
enset gua cam besa la
menceret tak berenti
call dari mummy
bila katanya nak balik
mummy dah rindoo nak comolot
humanghaih...
saboo la mummy
bukan ape kan
mummy ni pepandai jer terima oder
20KG roti jala
maty gua nak menjala
har har har..
kalo tak pikirkan yang oder tu regular kastemer gua
memey gua tak sanggup dah
tapi pikirkan duit
di waktu desperate
sila la gigihkan diri

sekarang ni Puan Masria dah tanya
bila gua nak balik seremban
proceed kedai kat sana
sebab semua orang tengah tunggu keputusan dari gua
uncle yang nak renovate pintu pun tunggu gua
sabar yer, jangan gelojoh sesangat
everything akan berjalan lancar
huhuhu.....

So besok gua nak ke stesen bus
usha tiket balik raya
nak balik ngan keta tak mampoo lagi dowh
insyallah pasni kalo dah kaya
merasa lah pakai keta sendirik.

ok bai..
nantok.
tido dulu.
.
.
.
.
.
Nite all

October 20, 2011

Menatap Wajah Tua Yang Usang

Tiba masanya manusia berubah
selembar wajah usang pasti membalut tubuh itu
dan hatta hati kecil ini bersahut
Dialah orangtua ku.

seperjalanan hidup ini
pernah berapa kali kita buat dia tersenyum..?
pernah berapa kali kita buat dia menangis..?
dek kerana kenakalan kita
orang tua itu tersenyum sahaja

tangan tua yang berurat
sangup membanting tulang
demi kejayaan anaknya
sanggup menebalkan muka
berpanas terik
berbekalkan tulang empat kerat
mengerah keringat
demi sesuap nasi untuk anak yang dikasihi.

Namun anak yang baik hati
entah berapa kali kau balik jenguk mereka di kampung..?
berapa sen duit gaji kau hulur pada dia..?
pernah kau tahu makan minum orang tua itu..?
pernah kau tanya sakit demam dia..?
berat mata yang memandang
berat lagi hati itu memikul bebanan

Harapan si tua yang ingin menunaikan Haji
terkubur begitu sahaja
pergi tertanam bersama sekujur jasad
yang tidak lagi bernyawa.
yang masih segar berdaya
sibuk berkelahi
berebut harta dunia
yang nilainya hanyalah sekangkang kera
hasil peninggalan si tua.

entry kali ni gua garapkan khusus buat semua emak dan bapa saudara gua yang hidup mereka kian lalai dengan harta keduniaan dan masih berebutkan harta pusaka.. Buat ape menangis memeluk batu nisan arwah sedangkan masa hidup dia kamu abaikan, orang yang dah pergi tak elok kamu kenangkan, tak elok kamu tangiskan.. kalau itu sahaja yang kamu mahu sesalkan dalam doa aku panjatkan.. Selama nenek masih ada jagalah dia, rawatlah dia, jangan biarkan dia terseksa sebagaimana kamu perlakukan pada arwah atok.. sebab syurga itu dibawah telapak kaki ibu,

October 16, 2011

Gua Dapat Roomate Baru

Hye alls...
susah betol gua nak menghapdate blog kebelakangan ini
yer lah bizi menggila
kadang tido 2 jam jer sehari
workaholic gittew kau
Yer lah kena la gigih
sebab nak dapatkan ape yang kita nak
yer dak...????
kalo stakat suam-suam taik kucing baik tayah
kena orang komplen sket dah mengelabah
kena orang saiko kau bleh bankrap dah menggelupor
so baik tayah cakap banyak
kalo takot amik cangkul
gali kubur
baik mati lagi bagos.
haha..haha..haha..!!!

ehh terpelencong plak dari tittle
besa la kan tajok kena propa
har har har...
ekselly gua beli menatam ni hah
Printer

printer ni best sebab
bleh FAX
bleh SCAN 
bleh COPY
bleh PHOTO CAPTURE
bleh CUCOK PENDRIVE
dan sebagainya
motif gua beli
untok kegunaan pejabat
humakhaih
disebabkan gua banyak print paperwork
so terpaksa la gua beli menda alah ni
supaya gua takde la nak dahap hadap cyber cafe lagi
giler siyes mahal print at sini
print sendrik mursah murah dan jimat

Pasni nak kena submit 3 paper work
pastu nak kena print itu ini
dan lagi dan lagi dan lagi..

eh..eh..eh...
stop jap
ieda claypot call gua plak..
.
.
.
.
.
.
.

duapuloh minit kemudian.
kat mana dah tadi..??
gua ngah stim menaip ieda claypot spoiled kan mo0d gua lak
kah kah kah kah
next week gua bizi giler
mebey hari bizi sedunia buat gua
nak kena pakai semat-semat
kemeja lengan panjang
bertali leher
rambot sikat tepi
kasot kilat kelip-kelip
bawak fail mengadap yang arif
cewah cam nak masok makamah dah yu oll.
sebab gua nak kena jumpe pengurus besar 
SRI DESA BAKERY
Puan Masria
nak submit file berisi surat
dan nak amik sampul berisi dokumen 
cam keling kan gua punya ayat
har har har har..


Pasni kalo ada rezeki gua akan story
apebenda dalam sampul tu

kih kih kih kih..

so comming this month
Gua nak hadiahkan diri gua dengan seutas
camera Nikon DSLR D5100
sebagai tanda congratulation
sebab...sebab...sebab...
nanti la gua citer
kan bg tau skang basi plak.
ok lah tu jer nak share.
pasni dah beli camera ni gua hapdate lagi

October 14, 2011

Sikap Orang Melayu Kita

hye bloggy...
Salam manis buat semua
wah kau tajuk nak hawt jer
gegeh cari publisiti kan
har har har har
arini gua nak citer sket pasal sikap orang melayu ni
dorang ni kekadang takleh nengok orang senang
taleh nengok orang lebih sket
taleh nengok orang senang sket
mula lah pasang gosip sana sini
fitnah seranah bagai


Dan yang menjadi mangsa opkos la kan
muka monyet jer sepanjang hari
senyum pun pesen
sengeh-sengeh kambing jer

lagi sikap segelintir melayu kita ni
suka sangat merendah-rendahkan orang
tambah member tu pulun niat nak bukak bisness
sipolan ni plak dok lemahkan semangat dia
cakap risiko la,
takot rugi la
ko takde pengalaman la
sampai kan semangat member tu hilang
terus lunyai cam baru lepas kena rogol
aooouuuhccchhh...!!!

Tapi bila member tu dah kaya,berjaya
mula la gegeh datang mengaku kawan
mengaku sedara
time kita susah dulu
takdenya demer sumer datang nak hulor tangan
gua heran la kenapa sikap
cenggini perlu wujud dalam kalangan
masyarakat melayu kita
malu dibuatnya.. hahahahaha..

satu lagi spesis melayu ni
jenis dh lupa daratan
dah lupa hujung pangkal,
jenis tak ngenang budi
bila dah kaya mula la hidong tu
kembang kempis cam lutong.
bercakap ngan orang tu cam nak tanak jer.
yer la kau dah kaya kan
mana layak cakap ngan orang kebanyakan
risau takot orang miskin ni
mintak nak hutang duit.
konon la kan..

wah gua da penat nak menaip ni.
besok jer lah gua sambung
banyak lagi idea nak tulis

P/S: sila la doakan kejayaan project baru gua.

October 10, 2011

Hina Kah Kami Golongan Tak Sekolah Ni..?

Hye sumer

rasa nye kan da bersawang da blog gua ni
agak 2 minggu gak la gua tak hapdate blog
gajah, rimau sumer ada bersarang
exselly gua bit bizi dengan project luar
wah kemain kau ada project
Malam kadang tak tido siapkan paperwork

Orang tatau
yang mereka tahu asik kondem gua jer
kerja keras gua
langsung tak de nak amik pedulik kan
bila gua submit tau nak komplen jer
kata berbagai idea yer dak
so tayah la biar gua bantai wat sensorang

ok stop bising pasal dorang
sape buat lebey dia dapat lebey yer dak..?
idop ni jangan suka sangat komplen kerja orang
cer cuba kau sendiri buat tengok..?
tak seindah yang kau sembang la yer dak,...?
berbual sembang bagai nak lebat
tapi hampeh cam pampers

hahahaha.

.
.
.
.

Terkadang cam lucu pun ada
dengan gelagat manusia ni
ada yang jenis dah ada tapi nak lagi lebih
ada yang dulunya pemurah
sekarang dah jadi kedekut
yang dulunya ramah
kini menyombong

Bagi mereka pangkat dan nama adalah syurga mereka
duit di sogok demi mendapat nama
taktik kotor menjadi permainan
kejujuran dalam diri
kini kian berkurang
semuanya kerana hasutan syaitan..
wah gaya masyitah dah gua ceramah ni
bagi gua pangkat dan umur bukannya penghadang
untuk gua di hormat

kalau kaya tapi perangai cam penyangak
wat per yer dak...?
pangkat dan nama hanyalah jendela dunia
orang menyanjung kamu demi kepentingan dirnya
andai kamu tak bernama
cuba bayangkan diri kamu di mana..?


Gua membebel ni bukan ape,
gua terkilan dengan sorang ahli syurga ni
gua jumpe dengan cara elok
bagi salam dengan penuh hormat
disebabkan gua ni budak
gua di pandang sinis sebelah mata sahaja
harapan yang gua galas
berkecemuk dalam hati
berbisa betol lidah Encik yer


Jangan ketawakan impian gua
walau gua hanya setahun terung
gua mampu buat Encik melutut menangis depan gua
bukan gua nak riak,
setiap orang tuhan bagi kelebihan memasing yer dak..?
kalau Encik tamao luluskan permohonan gua
just straight to the point
tayah sindir-sindir bagai
sakit betol hati gua.

Ok lah yer,

gua doa kan Encik cepat pegi haji
supaya hati kotor Encik tu di cuci ilahi
supaya encik tak mengherdik orang seperti gua lagi.
Demi Seri Desa Bakery
gua akan perjuangkan nya sampai mati
tak kira ape yang terjadi

...........

September 26, 2011

Jika Kau Anak Lelaki

sentap betol gua
rasa cam nak jer bakar testis dia
rasa cam nak jer rebus telor kau
cicah ngan kicap
lelaki sangat ke kau..?
keras sangat ke konek kau..?
macho sangat ke kau..?

Harus la kan gua tanya soklan ni
sebab kau pun tanya gua tadi
dok rapat-rapat ngan perempuan
kau ada konek ke..?
syial kan statement ko anjeng..?
keras tak keras
bukak seluar la kalo nak rasa bro...?

Hidop kita kat dunia ni
kalo nak bahagia mulot kena jaga
jangan pandang hina pada orang
gua manusia.
lu pun manusia
kan gua cakap lu gemok konek kecik
lu plak sakit hati
kan gua cakap lu gemok
konek pendek cam vavie
lu plak sakit hati

Bagi gua nak jadi anak lelaki sejati
tanggungjawab kat mak ayah kau tu dah buat ke..?
berapa duit kau kirim kat mak ayah kau..?
berapa kali kau balik kampung
kau salam cium tangan dorang..?
kalau kau anak lelaki
mulot tu kalau nak mengata orang
jangan mengalahkan pondan

Bagi gua nak jadi anak lelaki
semaikan sifat rendah diri
sentiasa ucap im sorry
walau bukan salah kau
sedia terima tanggungjawab yang diberi

Nak cakap kau lelaki
tak semesti konek kau keras baru lelaki
berapa kali ko romen anak orang baru lelaki
berapa kali bertumbuk baru lelaki
sifat fizikal tak menjaminkan kau lelaki

Lelaki sejati adalah lelaki yang mampu mengawal nafsu dia terhadap wanita sehingga dia sah kawin.. sentiasa merendah diri walaupun bukan salah diri sendiri.. sentiasa hormat mak bapak kau.. tak isap dadah sana sini, tak main judi, tak minum wisky, kalau kau bebas semua ni baru la gua panggil dia lelaki.. 

ko romen anak orang sampai pancut 3x kali bagi gua kau bukan lelaki, tapi babi... Nak idop sebagai lelaki sejati cermin lah diri sendiri dan tanya "ADAKAH AKU NI LELAKI SEJATI"



"KONEK YANG BESAR DAN KERAS TAK MENJAMINKAN KAU TU LELAKI"

gua bukan nak mencarut dalam entry kali ni.. just a little bit public learning. bagi semua lelaki yang menganggap diri dia adalah lelaki sejati.. !!
"TEPUK DADA KENALI DIRI"

September 21, 2011

Pelanduk Dua Serupa

hye...!!
famous betol gua 2,3 hari ni
pegi sana orang tegur
pegi sini orang tegur
cam retis je felling gua
har har har har

Tadi gi watson 
akak cashier tegur
bukan tadi da datang ke...?

Pastu gi carrefour
Makcik jaga barang tegur
muka adik cam anak makcik

Gi selkom center bayar bill
abang selkom cakap
bukan tadi u datang ke pakai baju merah

Gi kedai baju Quicksliver
akak cashier bertanya
awak ada abang ke...?
muka sama cam kawan saya

Gi kedai DVD 
Abang promoter tanya
Ko ni adik ijol ehh...?

Wah kemain ramai betol muka cam gua
cam retis jer je
tapi takde lak yang tanya
awak ni adik Hans Isaac ke...?
hahahha
nak sewel rasa

Bagos la kan kalo ramai yg sama
takde la gua rasa sunyi sangat
idop kat dunia ni

September 19, 2011

Kiri Kanan Sama Sahaja

hohooi...
penat balik kerja tak hilang lagik
terkam gua pada lappy.
rindoo betol pada lappy terchenta
besok ada misi
kena bagun pagi
demi menchari sedikir rezeki
yang halal dari ilahi...

bijik mata gua ni da berkemot
mintak tido
so gua tido dulu yer
ada masa gua update lagi
so jaga diri.

September 17, 2011

Awak Tahu Dia Kenapa...??

taip
delete
taip
delete
haish... berpusing kepala tohak hotak gua
pesen ada lesung batu je
mana nak pikir pasal kerja
mana nak pikir pasal dia
mana nak pikir benda yang gua nak beli
semua nak kena planing dengan teliti

wah sibok betol bunyi dia
gaya macam menteri je kekdanya
henpon tayah cakap la
berderetan mesej gua tak baca
konon malas pikir pasal dunia
dalam kepala banyak benda berpusing
ada satu benda yang buat gua runsing
betol ke ape gua buat 2,3 hari ni
tak cukup dengan sekali
3,4,5 kali musibah menimpa gua
mebey balasan atas perbuatan semalam.


bukan senang nak cari ketenangan
bukan senang nak mempertahankan kejujuran
kadang bila nak melakukan kejahatan
pasti tuhan akan halang
ya itulah yang gua perasan
hukum dunia yang sentiasa berputaran
membuatkan gua selalu dalam ketakutan
akan balasan yang tuhan akan berikan.

Gua rasa da banyak merepek ni
dalam otak gua da takde oksijen dah
2 minggu meredah kerja
tanpa rehat dan cuti
nasib la besok kerja tengahari
boleh gua bantai tido sebelah pagi

ok la wei, gua mengantok ni
malam je ada masa hapdate blog
siang hari gua bizi.

September 15, 2011

Sperma Cinta

hye...
wah tajuk yu'oll cam gampang jer kekdahnya
exselly takdenye sperma-sperma ni
takde sape yang tengah diranjang,
cam besa la tajuk nak kena hawt
baru ramai reader.
sebab reader malaysia ni
pantang sesebot sperma
terus menonong nak baca
yer dak...?

Gua sekarang ni kompius
kalo ku pilih di sana
disini akan merana,
kalo ku pilih disini
disana akan terluka..
wah kau siap karang lirik lagu gitew..

perlukah aku pilih keduanya
bahagi kasih seadil-adilnya
oh..no..no..no
kenot do this
kejam plak..
or beter gua tayah pilih sesaper
biar kasih itu hadir
tanpa kita paksa..
bak kata opah saya
kalo ada jodoh KAWEN la kita

ok la yu'oll
gua da ngantok tahap dewa ni
kan lambat gi kerja besop
papehal doa kan lah gua
biar cecepat kawen

September 14, 2011

Wahai Makcik Gendut..!!

hye...
Nak tahu
gua baru jer lepas pick up call makcik gendut.
Thanx makcik gendut sebab always
calling me everynite
mesej me every single time
wah kemain berfalsampah..

eehh..eehh..eehh jap..jap..!!
gua terbau Claypot hangit la..
haha.. hahaha..hahaha...
Makcik gendut bakar claypot..

Pesen makcik gendut dah sentap tu
kalo terbakar panggil bomba yer cik
bomba datang berlumba-lumba

Kenal makcik ni
bagi gua ratusan erti persahabatan
ribuan rasa kasih sayam..
dan jutaan erti kehidupan
banyak mengubah hidop gua
dari nothing to many thing..

Hobi gua ni selalo wat makcik sentap
wat makcik rasa mengelabah gila vavie
tapi makcik sabo melayan gua..
makcik ni bagi gua sangat berbeza
tak sama macam jutaan kawan gua.
makcik la super hero kami.
bubur ayam claypot makcik
wat kami semua bersemangat
wat kami rasa hangat
bubur ayam claypot makcik terbaik

hehehehe

kohajor ko eiz.......

gua tak perlu lari lelaju.
sebab nenek gendut
sure tadapat kejar punye.
tapi tengs yer makcik
bulan puasa haritu belanja gua kepsi
belanja gua kuweh
gua makan sampai habis
simpan satu wat sahur.

tengs yer makcik
sebab ajak gua jumpe salina gomez
ajak gua makan walau makcik dah kenyang
sebab tu gua cakap makcik ni
super hero kami..
pic nenek gelebeh dan makcik gendut
gua bold text kasik besau

Sebab ni mo0d hari raya lagik.. so gua nak wish selamat hari raya adilfitri mahap zahir jer, batin takde lagi kot.

this is automatic post :
Ketika awak baca entry ni saya telah pun Fly balik Paris.

September 12, 2011

Kipas Susah Mati

salam all.....
wah kemain bagi salam gaya retis gettew..
gua hari ni mood agak membabibuta sket
sebabnya ada kipas susah mati
asik mengipas orang jer kerja
pesen kalo nak bakar satey ke,
nak wat BBQ ke
orang cenggini la dicari
mengipas yang susah mati


Dalam hati gua rasa nak cepuk je
muka budak tu,
paling ringan pun
gua berhajat nak lastik biji mata dia
pakai getah urat..
gitu kau kalau nak ajar orang...

dekat sekolah kipas cikgu
balik umah kipas mak ayah
dekat kerja kipas  BOS
dalam blog kipas retis
konon la kalo kipas retis 
pesen berlari orang tu
nak hamek kau shooting yer dak...?
memey cheese lah..
Gua paling tak suka bab kipas BOS.
kipas lah bos sampai terbang..
pasni senang la kau nak mengarah orang yer dak..?
tunjuk sana sini orang ikot cakap kau.
haha..mimpi kau lah...

Dan hanya orang yang BODOH jer
yang terkena angin kipas tu..
skali kipas dah terangkat..
memey bodo la...
orang cerdik pandai
kalo panas tak pakai kipas
pakai aircond..

Sekian sajo entry makan hati hingga pedih dia terasa sampai liang lahad.

Kipas Susah Mati = KAKI BODEK/KAKI CERITA

September 10, 2011

Gua Jumpa Wallet Orang lagi # Siri 2

Hye...

pagi tadi cam biasa bangun pagi.
mandi wangi-wangi 
bergegas ke tempat kerja
gua gi kerja naik bus jer
tak mampo nak beli keta lagi

Atas bus lepas bayar tambang
gua duduk, tetibe
terasa geli-geli celah bontot
gua hulor tangan gua raba bawah bontot
cis jumpa purse kain..

Alang-alang bawah punggung
gua bukak la purse tu
duit banyak lagi
kad bank, kad pengenalan
dokumen bagai ada..
gua syak mesti baru jatuh ni

Gua masukkan dalam bag
niat lepas balik kerja
gua cari rumah dia
sebab dia tinggal pun area putrajaya gak

Nah kau serba sedikit

Malam ni gua berjaya gak cari rumah dia
walau jalan sampai berpeluh ketiak
pusing satu apartment cari lot rumah
ahkirnya jumpa gak

  
Alhamdulillah... jumpe jugak rumah budak tu..walaupun mak dia layan gua lain macam je, siap tanya "ni jer duit yang ada dalam purse" Gua happy dapat tolong dia.. Thanx makcik sebab buat gua rasa sakit hati.. tapi takpe lah niat gua tolong pulangkan tu ikhlas.. bukan nak mintak makcik bayar ganjaran pun...

walau gua dilayan agak sinis oleh tuan rumah
tapi thanx to Allah sebab memberkati niat murni gua
lepas dah serah hak milik dia
gua rasa happy giler..

ni kes sebelomnya kalo sudi nak baca
dan yang ini sambungan dia
dan yang bulan puasa lepas

Ingatlah setiap kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan tuhan akan hadiahkan kita dengan kemanisan senyuman...

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...