iklan

July 29, 2013

Dialah Housemate Kesayangan Saya

Dear bloggy...

harini uncle nak kenalkan dengan roomate uncle,
actually uncle duduk sebilik 4 orang,
meh uncle kenalkan sorang-sorang housemate uncle.

Raaid

Raaid:
Dia ni jenis happy go lucky person, sepanjang kenal dia tak pernah uncle nampak dia ni ada masalah, maybe dia ada masalah tapi tanak tunjuk kat member dia kot... uncle panggil dia human siren.. nak tahu kenapa nama dia human siren datang la kebilik uncle baru korang tahu kenapa... budak ni baik jer, masa uncle memula masuk bilik ni, dia la yang paling banyak cakap kot... kira budak ni friendly la... budak raaid ni terror berbahasa inggeris serta bermain gitar... suara dia sedap beb.... sape nak ngorat dia boleh lah, sebab budak ni solo lagi... hahahaha

Ayier

Ayier:
ayier ni boleh dikatakan bahan untuk uncle berhibur dekat bilik, sebab budak ni selalu jer bagi uncle gelak sampai pecah perut.... dia ni memang jenis happy go lucky jugak, daan amat susah untuk bangun pagi... kalau korang bagi dia gelak, mesti susah nak beza dia gelak ke nangis... hehehehe.... tapi dia memang sangat sweet la uncle rasa, kadang uncle boleh gelak sampai mengalir air mata.... Ayier ni selalu akan tanya kalau time uncle takde mood dekat bilik.... dia ni terror beb menyanyi dan main giter..... thanx buddy for always carring about me..

Shaar 

Shaar:
budak ni agak pendiam masa memula uncle masuk dalam rumah ni... maybe dia takde modal kot nak sembang dengan uncle.. pastu lepas kenal lama, rupanya dia ni talk active juga, cuma dia takde modal kalau kita tak start dulu.... dia ni kaki (OTP) tetiap hari mesti menjadi kewajian on the phone dengan makwe dia... sehari dia tak call boleh histeria kot uncle rasa... hehehehe.... shaar ni terror main gitar.... dengar citer dia nak tubuhkan band sendiri nanti... good luck beb, baru uncle perasan roomate uncle ni semuanya pandai main gitar dan menyanyi... hehehehe...... semoga persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun kita dah tak belajar sama-sama lagi..

Eddy

Eddy:
Hot stuff kat kolej kami.. hehehehe..... gurau je beb jangan marah..... dia ni antara yang baik dengan uncle, dia ni boleh la di bawak berjenaka, sebab uncle suka bahan budak ni..... pastu mula lah dia nak buat muka cute... budak melaka... pandai main gitar dan merdu giler suara dia kalau dia bawak lagu teratai layu di tasik madu... bahahahahaha...... Eddy ni dah berpunya, so jangan nak kacau dia.. kih kih kih... dia ni memang kelakar tak patot, uncle pun tak faham nak cerita cemana... 

 Timun

Kazimun:
Budak mentimun ni memang kelakar tahap dewa punya... dia ni memang penghibur uncle kat bilik ni....  kalau dia cuti balik kampung, memang sunyi rumah kita orang.. mereka semua ni adik-adik uncle lagi.... umur lapanbelas tahun pun ada, walaupun adik-adik mereka semua cukup respect uncle, tu yang paling buat uncle terharu.... bila dah habis kat sini uncle mesti akan rindoo kat korang semua..... 

masa berlalu kejap jer, pejam celik pejam celik dah nak habis, harap persahabatan kita bukan setakat kat sini jer, uncle doakan korang semua berjaya dalam ape bidang yang korang ceburi.. nanti kalau korang nak datang kerja kat kedai uncle pun boleh, dialu-alukan semua... hehehe.... tu pun kalau uncle jadi nak buka new outlet lah khen...

yang mana uncle tersalah conteng pasal korang tu uncle minta maaf la yer... bukan ape sekadar nak bergurau dengan adik-adik jer...

selamat bersahur semua,

"friendship is like seeking a diamond in the sand, once u found it grab it tightly, because once u let it go, u will never find the same diamond again"

July 27, 2013

Orang Melayu Memang Macam Ni Ke...??

hye bloggy............

hah............ tepi-tepi uncle nak update blog ni hah,
2,3 hari ni mood uncle banyak yang hanyut kelaut dah
memandangkan banyak benda bersarang di dalam kepala sekarang....



tapi nak tanak terpaksa tempuh jugak...
semalam uncle ada berbahas dengan seorang perempuan lahanat ni
pasal dia memaki hamun kawan uncle yang sorang ni
mulanya pasal kawan uncle update citer pasal politik kat wall facebook dia
tapi perempuan lahanat ni drop komen pastu terus bambu kawan uncle

so, uncle sebagai seorang manusia yang pernah sekolah darjah satu
yang mahir mengira menggunakan sempua
backup balik kawan uncle tu....

uncle sebenarnya tak suka dalam kalangan kita sering merendahkan taraf pendidikan seseorang itu
walaupun dia kurang menyerlah dalam pelajaran
tidak semestinya hidup dia akan susah selamanya yer dak.....?
dan tidak semestinya yang pandai ni hidup dia senang selamanya..
ehh... cam keling pulak ayat aku ni...


ok.. sila klik untuk tumbesaran hakiki

nasib baik jer uncle tidak mengenali diri dia dengan intim
kalau tak memang rabak aku kerjakan
bukan nak rogol dia, just nak bahasakan dia jer
cam kurang jahar hajar sangat kot
baru study ambik diploma dah cakap kerek
belom habis pun lagi study....

I can kill two bird with one stone

uncle lah kan, walaupun dah habis diploma
takde la nak cakap kerek dengan orang
apetah lagi nak merendahkan orang..
hidup ni ibarat roda, sentiasa berpusing
sekali kita buat orang hilang respect pada kita
selama itu juga kita dibenci... ingat ya.. 

uncle tanak bahas panjang pasal perempuan ni
sebab semalam uncle basuh dia bersih-bersih
cuma nak share dengan reader uncle
walaupun sepandai mana kita dalam hidup ni
ada lagi orang yang jauh lebih pandai dari kita

P/S:
Dalam hidup ni jangan kita terlalu bangga berjalan menongkah arus mendonggak kelangit, sedangkan kita semua berasal dari butiran pasir yang sama..

July 25, 2013

Secebis Kasih Ramadhan

Dear bloggy.............

hye salam manis beserta madu buat reader uncle yang tersayang......
korang puasa tak ni...?
cam tak puasa jer,
tu hah nampak sambal kat gigi tu
hahahaa, kantoi dah.....

hari ni uncle balik awal siket
sebab lecture tak buat banyak kelas sangat
kadang bosan gak hadap kelas lama-lama

ingat hari ni uncle nak ke bazar ramadhan,
tapi tatau lagi nak beli ape,
dalam perut mengidam nak makan fettuccine Cabonara
gittew kau aku punya mengidam nak makan
tapi haruslah sana tak jual khen
so terpaksa lah tunggu uncle balik ke rumah dulu

minggu ni costumer uncle ada dah yang call nak tempah cake
tapi uncle rasa tak sempat kot
memandangkan uncle lil bit busy
hahaha bizi la sangat

ok lah, uncle nak berjoging petang ni
takde mood nak menaip

byeeeeee

July 23, 2013

Kenapa Orang Lain Boleh Berjaya

Dear Bloggy......

Hye salam manis beserta madu buat semua,
Korang rindu uncle sky tak...?
Hehehe... jangan nak rindoo sangat,
Uncle menyepi kejap je pun..
Actually uncle bizi sikit dengan study



harini macam ada masa sikit nak menaip
tapi kali ni takde  benda sangat nak cerita
just certaint thing jer...

tabiat orang melayu kita
kalau dah ada kelulusan tinggi
dah ada diloma ijazah terus nak conderm...
kenapa masih nak belajar kemahiran
kenapa masuk sini...?
sebab menganggur takde kerja ke..?
kalau orang melayu kita terus berfikiran macam ni
memang kelaut la buat selamanya

belum tentu masa kecik dia pandai
bila besar dia akan ada future life yang bagus
belum tentu orang tu masa kecik life dia teruk
in future dia takde kehidupan
mungkin ni masanya orang melayu kita kena ubah sikit perspektif

bagi reader yang sedang membaca
uncle nak pesan kat korang semua
jangan menilai orang dari rupa luarannya sahaja
sebab uncle sendiri pun masih hormat pada orang walaupun dia lagi muda dari kita.,
tidak bermakna kita tua, kita betul segalanya.



P/s:
kehiduan ibarat roda yang berputar,
hari ini kita di atas
mungkin esok kita dibawah
orang yang berjaya tidak hanya melakukan satu kerja semata-mata
selagi kita boleh menimba pengalaman
belajarlah, kerana orang lain tidak akan menolong kita.

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...