iklan

April 27, 2011

Adakah Kita Jujur dengan ibu Bapa..?

Nama = Lumut
Umur = Dewasa
Jantina = Lelaki/wanita

Dulu Lumut seorang anak yang baik, Lumut suka sangat belajar, Lumut selalu mengaji setiap kali habis solat, walaupun Lumut tak berapa mengenal butir-butir alquran, Lumut cuba belajar dengan bonda tatkala habis solat, Lumut sekarang dah belajar disekolah, sekolah rendah, semua suka berkawan dengan Lumut, Lumut ramai kawan, cikgu pun semua sayang Lumut, sebab Lumut pelajar pintar.. setiap kali ujian Lumut selalu dapat tempat pertama, sekarang Lumut menjadi sebutan ramai cikgu di sekolah,

Kini lumut dah besar masa ujian UPSR Lumut dapat result cantik, Lumut dapat tawaran belajar asrama penuh, tapi Lumut tak nak tinggalkan Bonda dengan Ayahda Lumut rela tolak tawaran itu dan bersekolah di kampung bersama kawa-kawan yang lain..Disekolah Lumut masih macam biasa berkawan dan belajar seperti normal, masa tu Lumut pergi sekolah naik bas jer. pukul 6.30am bonda setia menunggu bas depan rumah dengan Lumut,

Sekarang Lumut dah masuk tingkatan 2..Semua kawan pergi sekolah naik basikal, Dalam hati kecil ni ingin sangat ada sebuah basikal, namun Lumut tak nak membebankan bonda dengan ayahda. Lumut diam sahaja. Tapi naluri seorang ibu lebih tahu kehendak hati anaknya, pada penggal kedua Lumut di beri hadiah basikal. Sekarang Lumut dah tak naik bas, Lumut naik basikal, tiap-tiap hari bonda bekalkan air dalam bag Lumut sebab bonda tahu Lumut pasti dahaga bila kayuh basikal. Terima kasih bonda..

Lepas dapat result PMR Lumut sekali lagi dapat keputusan yang bagus.. Lumut dapat tawaran sekali lagi bersekolah di asrama penuh, namun Lumut tak sanggup nak meninggalkan Bonda dan Ayahda keseorangan. sebab Lumut hanya satu-satunya anak yang mereka ada. Jadi lumut tolak tawaran tu..walaupun Lumut agak kecewa namun Lumut yakin rezeki ada dimana-mana..

Naik tingkatan 4 semua kawan-kawan ada motor, Lumut saja yang pergi sekolah naik basikal, bila berada di alam remaja, naluri Lumut hanya suka memberontak jer, Lumut tahu permintaan Lumut untuk ada sebuah Motosikal agak besar, namun Lumut tetap berkeras nak pergi sekolah dengan Motosikal.Kasih sayang bonda dan ayahda terhadap anaknya sangatlah mendalam, pada hari lahir Lumut bonda menghadiahkan sebuah motosikal bewarna biru, bila dah motor baru, Lumut menjadi perhatian di sekolah, Bila dah ada motor Lumut kian lupa tanggungjawab Lumut untuk belajar sehingga berjaya. Lumut kini dah jauh berubah, Lumut selalo menipu bonda cakap dah solat tatkala ditanya, Lumut dah pandai keluar malam, Lumut dah pandai balik lewat. Tapi bonda dan ayahda diam sahaja sebab takot Lumut merajuk bila ditanya.

Lumut dah jarang mengaji Al-Quran selepas sembahyang, kebebasan yang bonda dan ayahda bagi lumut salah gunakan..Lumut juga dah jarang Siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi, alasanya "baik aku buat esok, datang sekolah pagi-pagi tiru kawan" nanti nak ujian aku ulangkaji lah balik.. balik sekolah Lumut dah tak tahu nak gantung baju di tempat asal, bag sekolah Lumut campakkan tepi dingding, buku memang Lumut dah tak sentuh langsung..Nasi yang bonda masak Lumut langsung dah tak jamah walaupun semulut. Yang Lumut tahu tiap kali Lumut minta duit pasti bonda bagi.

Sekarang tibalah SPM, Lumut langsung tak bersedia Dalam dewan Lumut langsung tak tahu ape-ape. Kadang-kadang Lumut jeling-jeling member sebelah. Kini tiba sudah hari keputusan SPM, Lumut hanya dapat keputusan 3A sahaja, memang cukup-cukup makan, Lumut isi semua tawaran sambung belajar, tapi semua gagal, Dengan berbekalkan bapa saudara yang bekerja sebagai dekan di UITM terkemuka, Lumut di sogok masuk dari pintu belakang, Kini Lumut juga sudah bergelar seorang pelajar Universiti. Dalam hati Lumut berjanji dengan diri sendiri juga dengan bonda dan ayahda yang Lumut akan belajar bersungguh-sungguh dan tak nak mengulangi kesilapan lepas. Semester pertama Lumut berjaya, Lumut juga dapat anugerah Dekan pada semester pertama, namun kawan mengatasi segalanya. semester kedua Lumut dah mula hanyut, duit pinjaman PTPTN habis Lumut belanjakan, Kini Lumut sudah mempunyai teman istimewa, Lumut selalu habiskan duit dengan teman istimewa, makan bersama, membeli-belah bersama, Duit pinjaman Lumut habiskan membeli talifon canggih, dalam kelas talifon Lumut yang paling cangih berbanding yang lain. Lumut juga beli laptop baru, Dalam kelas laptop Lumut yang paling canggih. yang paling mahal, bonda di kampung bergadai sawah ladang semata-mata nak ikut apa sahaja kehendak Lumut, supaya bila Lumut dah berjaya Lumut boleh membantu mereka tatkala tua. SEMESTER seterusnya Lumut juga macam biasa berjoli sana sini dengan Duit pinjaman, Lumut beli kamera paling canggih masa tu Nikon DSLR RM4000 semata-mata nak berlagak kaya depan kawan-kawan juga serta nak keluar outing dengan teman istimewa bergambar dengan camera baru.. Bonda dan ayahda di kampung berhempas pulas cari duit semata-mata nak tengok Lumut berjaya..

Akhirnya Lumut berjaya memegang segulung ijazah.. Lumut juga dah memegang jawatan tinggi di sektor kerajaan, Tapi lumut lupa tanggungjawab dan janji pada bonda dan ayahda nak membantu mereka tatkala tua. Lumut dah pandai clubing, Lumut dah pandai mabuk-mabuk. Solat 5 waktu dah lama Lumut tak kerjakan, Duit gaji tak pernah satu sen Lumut hantar pada bonda dan ayahda.. Lumut dah mula lupa segala-galanya.Duit gaji Lumut habiskan untuk diri sendiri.Lumut dah ada kereta sendiri, dah ada rumah sendiri, tapi Lumut lupa nak bawak bonda dan ayahda naik kereta Lumut, datang rumah Lumut.Rumah usang di kampung menjadi tempat mereka berteduh.Entah makan entah tidak Lumut tak pernah tanya.

Satu hari Lumut menerima sepucuk surat dari kampung. Surat dari bonda.

Anak bonda yang tercinta:-

Dah lama bonda menantikan kepulangan anakda, walaupun Lumut sibuk, balik lah jengok kami yang dh tua ni walaupun sekejap sahaja. Bonda sedih sebab bonda gagal mendidik Lumut menjadi manusia berguna, Jika ditakdirkan bonda dah tiada bonda pinta Lumut carilah guru dan belajarlah mengaji. nanti pahala dia sampai akhirat, Bonda pun tak sempat nak mengajar Lumut mengaji, Lumut carilah ilmu akhirat agar hidup Lumut bertambah berkat.Nanti bila bonda dah mati siapa nak bacakan bonda yasin..? Bonda dan ayahda yang berdosa sebab dah gagal mendidik Lumut sehinggakan yasin pun Lumut dah tak tahu nak baca.Sebelum bonda menghembuskan nafas terakhir bonda pinta Lumut kembalilah semula menjadi diri Lumut yang bonda kenal dulu..

Jika semua amalan Lumut dihisab kelak, bonda sendiri pun tak mampu nak tolong Lumut lagi, sebab kita mati berbekalkan pahala masing-masing, Tapi jika bonda mampu tolong bonda rela berikan semua pahala bonda pada Lumut agar Lumut mati masuk syurga.Lumut satu-satunya anak yang bonda ada. Bonda pinta Lumut ajarlah anak cucu bonda ilmu dunia dan juga ilmu akhirat supaya cucu-cucu bonda tak melakukan dosa yang sama seperti mana lumut buat pada bonda..Lumut didiklah cucu bonda supaya menjadi manusia yang berguna, 

Bonda mu yang tercinta

Lumut terpaku seketika, tatkala air mata mengalir berlinangan membasahi pipi.Masihkah ada peluang untuk Lumut mengubahnya kembali...? Adakah tuhan masih lagi membuka pintu taubat buat Lumut.!!


Ku Menatap Dalam Gelap Tiada Yang Bisa Ku Lihat Selain Hanya Nama Mu Ya ALLAH Esok Atau Nanti Ampuni Semua Salah Ku Lindungi Aku Dari Segala Fitnah Kau Tempat Ku Meminta Kau Beriku Bahagia Jadikan Aku Selamanya Hamba Mu Yang Selalu Bertaubat AMPUNI KU YA ALLAH Yang Sering Melupakan Mu Saat Kau Limpahkan Karuniamu Dalam Sunyi Aku Bersujud Padamu
Siwiyes berlinang air mata gua nak siapkan cerpen kisah hidop lumot ni. Actully lumut ni takder kaitan pun dengan sape2 yg idop mahupun meninggal dunia. Macam terpanggil nak menaip malam ni.so tayah la ada nak sentap ke terguris hati lepas ni..!!

8 comments :

akmal fatin said...

emm 2 la manusia cepat sngat berubahkan~~ emm jadikan pedoman!! terus x jd nak beli DSLR~~ HAHAHAH

abang baker said...

hehe..fatin. beli jer lah, asalkan niat kita bukan nak nunjuk2 kat orang, beli yg mana mampo

abang baker said...
This comment has been removed by the author.
Farhan AJ said...

jgn la bagi aku nanges wei !!!!

air mata ni susah nak ngalir der..tapi dah ternanges pun..hukhuk..mmg dasar Lumut betul la dia neh.. :'(

akmal fatin said...

emm baik bg kat mak je.. duwet nak beli dslr 2.. sempena hari ibu~~ wah... sngt rindukan mak!!!

abang baker said...

wah..mulia betol hati fatin, ingat gak kat mak..

akmal fatin said...

ageeagee~~ emmm fatin cm ada mak je kat dunio nie.. ayah ada pown mcm x da.. duwet x bermakna tanpa mak... apala sngt DSLR berbanding mak sy! :) emm terasa nak blik umah~

Unknown said...

terbaca entry ni pepgi buta...ala..sedih je ase..:(

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...