iklan

January 17, 2013

Surat Untuk Sahabat Pena (TOMOK)

kringggg.............................!!!!
loceng rehat berdering...
kitaorang baru jer habis kelas bahasa Melayu, Cikgu Rohida ada bagi kerja rumah yang tak berapa nak rumah la sangat, dia minta kami cari seorang sahabat pena. Bab cari mencari ni la yang aku tak suka.. terus terlintas ada langgan buku KUNTUM kat rumah 3 tahun lepas. aku syak mesti ada makwe-makwe comey dalam tu nak jadi sahabat. Member aku Mek Sya lagi America, katanya nak cari sahabat pena dalam buku Mangga. Memang jenis dasar suka baca majalah gosip. Dorang ni sanggup pergi sekolah waktu rehat tak makan sebab nak kumpul duit beli majalah mangga semata-mata nak kan gambar 3R artis yang mereka suka posing separuh bogel tepi kolam dengan tagline "bersenam untuk kesihatan" katanya.. Husin dengan Fadli sibuk nak ke pekan beli komik Gempaq. katanya ada makwe-makwe anime dalam tu, boleh jadi sahabat.

Aku tinggalkan mereka sebentar, dalam kepala masih berpusing nak cari kat mana lah sahabat pena ni.. bencinya lahai....balik rumah aku ada juga belek-belek buku KUNTUM untuk mencari makwe-makwe yang berkenan di hati, sorang pun tak berkenan. Tetibe aku teringat yang aku ada seorang kawan kat Melaka, Nama dia Nur Amyliza Binti Zainal Abidin. mungkin dia adalah calon sesuai untuk AKU. ok malam ni tutup buku, kemas pencilbox, tukar jadual, iron baju (bab iron baju ni aku saje menipu sebab hari-hari mak aku yang tolong ironkan) besok aku nak datang sekolah awal sebab nak siapkan surat untuk Amy. Sebab cikgu Rohida nak baca dulu sebelun kami pos ke sahabat pena kami.



Besok dalam kelas aku sampai awal pukul 6.35am. aku bukak pencilbox keluarkan kertas kajang dan mula menulis. 7.15am siap jugak, tak sesia aku datang awal hari ni. Dari meja depan kedengaran suara budak perempuan menjerti menjerit macam kena rasuk setan. Wei Suzie tulis surat dekat Tomok. pastu ada beberapa buah majalah mangga atas meja mereka. mereka menjerit lagi bagai orang gila.

Aku bangun terus kemeja dia, aku rampas surat tu dan aku koyak dua, gila ape tulis surat nak terkinje-kinje macam orang gila. Dan Suzie MC seminggu lepas kejadian tu.

Dan besoknya aku kena panggil dengan Cikgu Rohida kerana dalam surat aku ada Bedak dan gambar 3R dimana aku tengah posing maut dan seksi.. kata cikgu ni bukan surat untuk sahabat pena tapi ni surat CINTA.

#ehh cikgu ni, semalam kata boleh tulis ape sahaja, Aku keluar dari bilik guru, ikat tali kasut dan aku pergi tanpa menoleh kebelakang sambil menjinjing sebelah kasut Bonia saiz 5 yang akan aku lontar kan ke bumbung kantin 5 min lagi.





Dan aku ada dengar juga ura-ura cikgu Rohida nak sembahyang hajat pada siapa yang baling kasut dia. memang jahat tak patut.





January 15, 2013

Gemok Salah Kurus Pun Salah

tetibe perempuan tu datang tepuk bahu aku dari belakang.
"wei........... serious wei kau dah kurus sekarang"

Aku lantas terkejut, lalu mengencilkan anak mata sambil tenung batang hidung dia dendalam.
kau ni kenapakah..? lain kali bagi la salam ok, kata islam kan..? Aku ceramah dia gaya Ustaz Don Danial.



"wei... serious wei kau kurus sekarang, bukan dulu kau gemuk ke..?"
"kau putus cinta ehh..?"
"eeeiiiii.... like seriously tak ehsem ok kau kurus"
"dulu perut kau macam peti ais 3 pintu"
"eeeiiii.... kurus sangat ok, takyah nak diet sangat lah.."

perempuan ni punya jalan penceritaan agak panjang gaya itik baru pandai bertelor semalam.
itulah orang, kalau gemuk kemain lagi kau carut aku perut berlipat bagai, dah kurus lagi cakap tak ehsem la, keding sangat lah.

"wei... aku rasa kau dulu lagi better kot dari yang sekarang"

kadang aku tak faham sangat dengan perempuan ni.. dalam hati nak jer aku tanya dia cenggini..

"Wei, kau suka aku ehh...?

pastu ada member yang tak seberapa nak sebulu tanya aku, kau ni makin kurus aku tengok. kau main dadah ke..?

pastu manager aku tanya semalam, kau ni makin kurus abang tengok, kau sakit ke..? cerita lah kat abang kalau kau sakit, try la wat medical check up, mana tahu ada HIV ke.. katanya....

Aku sedih sangat bila orang mula tuduh aku main dadah bagai, aku balik kerja aku  cerita dekat cik jelita, marah betul cik jelita bila dia dengar, takpe lah mulut orang nak buat macam mana, ape pun berserah sahaja pada tuhan,


karang aku gemok, cakap pulak aku ni obes, makan duit haram la, kerja makan tido la.

mulut orang biasa lah, orang macam ni elok jerang minyak panas simbah atas muka. kenapa orang suka peduli sangat perihal hidup aku tak tahu, lupakan mereka sebentar.

January 11, 2013

Kenapa Berak Dalam Seluar

Siapa berak ni..?
jerit Cikgu Rozali

Sekali lagi cikgu tanya,
siapa berak ni..? kenapa tak pergi ke tandas..?

sekalian murid terkemut diam

tanpa menghiraukan bau tahi tu, Cikgu Rozali meneruskan pengajaran, selang beberapa minit kedengaran lagi sekali bunyi yang agak tidak enak di dengar.. chroot..chroot... bhruut..
sekali lagi sekalian kelas dihujani bau tahi.

Masa ni kalau tak silap gua darjah 2, masa tu sekolah kat Gelang Patah Johor. Cikgu Rozali ni gamaknya masih kenal lagi gua ke tidak. Cikgu ni dah pencen dah kot.

Sambil menghayun pembaris kayu kaler kuning yang panjang dia agak sedepa, cikgu Rozali sekali lagi menjerit, siapa berak dalam kelas minta tolong pergi tandas dan basuh. kami semua saling melihat antara satu sama lain, bau tahi makin jelas, tapi gerangan tahi siapa yang berbau ni..?

Fawas yang berak cikgu, jerit sekor budak perempuan yang mulut agak tidak sopan juga. kau ni Suzie suka tekak kau jer nak tuduh aku, balas Fawas dengan nada marah. Ntah Suzie ni yang berak cikgu, cer cuba chek dalam kain dia.. Gua rasa kalo cikgu Rozali pegi selak kain Suzie masa tu mau keluar Harakah muka depan besok.

Dan cikgu Rozali sudah pening dengan gelagat kami dalam kelas. kata cikgu Rozali cuma ada satu cara jer nak tahu siapa berak dalam kelas ni. Jom kita keluar kelas sekarang.




Cikgu suruh kami semua melompat dekat koridor tepi kelas. Lompat..lompat..lompat..

Tetibe Fatimah jerit, Ehh Sofian kau bawak biji getah datang sekolah..?
Kau ni bodoh la Fatimah Suzie membidas.Pian la yang berak ni.. 
kelihatan beberapa ketulan tahi jatuh berselerakan dari kaki seluar Sofian.
dan segala persoalan telah terjawab.

Kenapa Pian berak dalam seluar tanya Cikgu Rozali..!
Pian terus menangis sampailah waktu balik.
kadang idea Cikgu Rozali ni bernas juga gua rasa.
Hah.. lompat..lompat..lompat.. jelas lagi suara cikgu bermain di kotak minda saya.
kah..kah..kah..
dan sampai hari ini Muhamad Abu Sofian mendapat nama Pian Shit
Lepas gua pindah sekolah ke Kelantan gua tak lagi jumpa Pian, ada juga gua cari dia dalam FB tapi keluar people not found. tak kan lah dia pakai nick Pian Shit.. her her her..

Setiap manusia pasti ada kenangan yang tidak boleh mereka lupakan. Tak kiralah kenangan manis ke pahit ker, dan kenangan itulah yang menjadi sebahagian dari kehidupan kita.

January 10, 2013

C.I.N.T.A

aku sepi dalam dakapan cinta
aku masih mencari jawapannya
kadang cinta tu tak bagi aku apa-apa

taip... delete..
taip... delete
taiiiiiip.......... deleeeete...!!

haish. tak datang pulak felling nak mencarut malam ni
kering idea uncle nak mengarang ayat cinta
biasalah bila dah lama tak bercinta ni
kalo korang nak tahu uncle ni dah 2 tahun setengah dah solo single mingle
so kalo ada kakak-kakak janda nak ngorat uncle boleh la
lepas uncle putus cinta dengan Fatin
lepas uncle putus cinta dengan Shila
sampai sekarang uncle membujang
bukannya tanak cari tapi biarlah dulu

cinta tak bagi uncle duit
bagi uncle keluar duit adalah
sekarang ni uncle cuba nak bercinta dengan ALLAH
uncle cuba nak bercinta dengan mak ayah
bila dah bahagia baru uncle nak cari cinta ketiga.

uncle ada jumpa seorang hamba allah ni
uncle suka sangat tengok perwatakan dia
walaupun luaran nampak ganas
tapi hati dia baik sangat
dan satu malam, uncle dapat text dari dia
dan text tu telah menyedarkan uncle betapa pentingnya agama
dan dari itu uncle berusaha untuk bercinta dengan agama
berusaha untuk berada lebih dekat dengan allah
dan uncle nak ucapkan terima kasih pada beliau sebab telah sedarkan uncle.

Dan uncle nak ucapkan terima kasih pada bos
terima kasih pada manager sebab sudi lagi terima uncle bekerja dengan dia
dan rezeki uncle sentiasa ada
uncle doakan bos dengan manager uncle sentiasa sihat
sentiasa dimurahkan rezeki
sentiasa dilindungi allah


penaipan uncle yang agak membosankan kebelakangan ini


more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...