iklan

December 24, 2013

Christmas | Aku Dan 3 Sahabat

Dear bloggy....

Bersawang blog uncle..
Rasanya memang lama gila tak menulis.
Tak ada masa kaedahnya.

Besok dah christmas dah.
This year tak buat pape pun for Christmas
Dan tadi ada seorang budak text uncle at wechat. Dia cakap...

Abang nak tanya sikit boleh.
Abang ni Christian ke islam.
Sebab saya baca moment abang pasal christmas tadi.
Sorry sebab tanya.

So aku nak jawab apa.
Hahahaha.... senyum je kat budak tu.
Bukan dia tak pernah baca uncle bagi salam dalam moment wechat tu.

Tahun ni uncle terlupa nak hantar
Surat kat pakcik santa.
Mesti takde hadiah best tahun ni.
Dear santa I wish u read my blog.
Kakakakakakakaka...

Minggu ni last uncle kat terengganu.
So after this when back to KL and continue my life as usual... waah kemain cakap omputes uncle.
Biasalah khen dah nak habis study.
Tapi rindu tu tetap ada.
Yang paling terasa bila kena berpisah dengan hadek-hadek uncle yang paling uncle sayang...
Hope panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.



Lagi 6 hari je lagi dibumi pantai timur ni
Lepasni tak tahu bila lagi akan jumpa.
harap korang semua akan berjaya.
Ok lah.. malas nak menaip panjang
Sebab nak gi beli barang dapur ni
Esok kan christmas.  So nak kena masak.
Cari ayam belanda tak ada.
Mak ayam pun jadi lah. Asalakan besar banyak isi... her her her..

"Sahabat itu tidak semestinya yang sentiasa ada didepan mata kita. Tapi mereka yang tetap setia di hati kita"

November 6, 2013

Adik Umur 18 Tahun Ke..?

dear bloggy....

hye salam manis beserta madu buat semua reader uncle... korang sihat tak ni...?
agak lama jugak la uncle tak hapdate blog kan.... rasanya ada la jugak 2 bulan uncle tak menulis...
bukan takde masa, cuma takde idea nak menaip..
kadang tulis, kadang delete..
hehehehe...



hari ni uncle terasa nak menulis.....
sedar tak tido tak lama lagi uncle nak habis dah belajar kart sini.
dengar rasa nak habis tu memanglah terasa macam nak meloncat-loncat empat puloh kali,
tapi bila teringatkan kita jugak akan berpisah dengan member yang baru uncle uncle kenal beberapa sems kat sini rasa sedih jugak....

tapi hidup kena diteruskan jugak kan walaupun kita tak suka....
sebab kat dunia luar sekarang ni semakin kejam kan...
kejam ke... kakaka.. kau rasa.....?



beberapa minggu lagi uncle nak kawen..
ehh, kazen uncle nak kawen
so terpaksalah uncle mengelinjit jadi fotographer dia..
dah lama tak main camera ni...
jangan aku nak shoot pengantin
pergi shoot menda lain lak...

ni nak share menda lucu sikit....
semalam uncle ada pergi sekolah lama uncle.
sebab kena pickup kazen uncle balik kelas tambahan..
masa tu uncle tunggu la dia depan kedai makcik jual cendol tu..
pastu makcik tu tanya uncle..
kau tak gi sekolah ke...? semua orang ada kelas tambahan.

uncle syak makcik ni dah rabun ke apa..
uncle yang dah berusia ni dia kacak   cakap budak sekolah.
nampak gayanya muda lagi la uncle tiga tahun dari usia sebenar.. kakakakaka
cam celaka tak cerita dia..?
nak muda jer kerja dia,...


acaner.. ada gaya umur lapan belas tahun tak..?


sorry la blog ni agak bosan dah sikit.
nanti lah uncle ada cerita best uncle share ngan korang...
sebenarnya banyak dalam draff..
malas nak publish....

memaafkan orang tidak bermakna kita mengalah dan kita salah, tetapi kerana kita layak untuk mendapatkan ketenangan dari kita terus memikirkan dia... 

k bye.......


September 23, 2013

Sebulan Tanpa Suara

dear bloggy.............

hye salam manis berserta madu buat semua...
korang rundu rindoo uncle tak....?
huhuhu... genap sebulan uncle tak sentoh blog ni...
bukan tanak bukak sebab takde masa nak menaip...
sekarang ada la masa sikit... sebab skip kelas petang ni..

dah lama tak menaip ni cam keras pulak jari jemari kakak nak menaip. haiish...
sebulan dua ni memacam yang berlaku pada uncle
nak cerita sakit hati tu banyak lah,
biasa lah cerita bab hati ni bukan senang
uncle sorang nak kena jaga 1000 hati member uncle
tapi korang ada nak jaga hati aku..?
hahahahaha....

tak lama lagi dah nak raya haji,
korang buat ape raya ni..?
huhuhu.. awal sangat uncle tanya pasal raya ni....
uncle memang agak bizi raya ni..
belom balik lagi dah dapat tempahan macam-macam benda
tapi rasa cam malas nak amik sebab cuti pun tak lama..

so pada yang gigih nak menempah tu mintak mahap lah
takde masa noks nak amik oder
uncle pun tak menang tangan raya ni
then pada yang biat buat majlis kawen tu
insyallah uncle kalau takde aral yang melintang pukang..
gittew kau. uncle datang hokay...

then perancangan selepas tamat belajar ni
ingat uncle nak ke Bandung bercuti
kalau bajet nipis mungkin ke Lego Land aja.
lepas tu terpaksa kena praktikal selama 3 bulan
habis tu barulah boleh ikut haluan memasing

memandangkan pihak penaja dah janji nak payung modal
uncle ingat nak continue dalam bidang F&B ni
dok ushar jugak kedai kosong area KL
tapi perancang tu lama lagi, by now sattlekan dulu masalah kat sini
insyallah.. kekorang doakan uncle berjaya ya..





sekarang ni musim lagu sandiwara cinta by republic
dalam kelas bebudak ni dok menyanyi lagu ni jer
so dengan uncle sekali turut menyanyi
sape yang tak pernah dengar tu boleh la google dengar ya..

August 23, 2013

Abang Ni Perempuan Ke..?

hye bloggy..
salam manis beswer berserta madu buat semua semua..

kali ni uncle just nak kongsi cerita lama,
time tu uncle tolong member uncle niaga dekat cyber cafe,
sebab family dia nak balik kampung,
so takde orang nak tinggalkan kedai dia, nak tutup sayang katanya,
jadi si Mona ni mintak tolong uncle tengokkan kedai dia tu,
lepas sembang pung pang sepatah dua kira jadi lah...

seminggu jugak lah uncle jaga kedai dia tu,
nak,nak citer pasal pengalaman tu memang lah banyak,
benda yang paling uncle ingat sampai sekarang ni pasal seorang budak,
abang dia datang print assignment,
so budak laki tu duduk la dekat kerusi depan uncle sambil tunggu abang dia
lama jugak dia tenung uncle...
tetibe abang dia bangun cakap nak balik kejak sebab tertinggal pendrive,
so suruh adik dia tunggu kat situ sekejap..

Dah nama budak khen, terus dia tanya satu soalan yang agak rare..
awak, awak, nak tanya boleh, awak ni lelaki ke perempuan...?
abang lelaki la dik, kan sama macam abang adik tu...
tapi mak cakap perempuan je rambut panjang..
abang saje je nak simpan rambut dik...
awak ni perempuan kan..? tapi pakai baju macam abang saya..
abang lelaki lah dik.. kan suara abang kasar ni..
suara makcik kita pun macam lelaki, tapi dia perempuan yang pakai tudung..
yer lah dik abang ni perempuan, suara abang kasar macam lelaki..
kalau awak perempuan kenapa tak pakai tudung, aurat kan dosa..
abang baru je jadi perempuan dik, jadi tak payah pakai tudung..
kenapa perempuan ada bulu kat muka..?
sebab abang malas cukur dik... 

tetibe dia panggil uncle kakak...

kakak, kakak, mak cakap warna rambut tu haram,
dik warna ni kalau mandi dia hitam balik dik..
tapi rambut kakak lawa,
kakak rebonding ke kakak..?
tak lah, pakai syampu je dik..

selang beberapa minit abang dia datang semula..

abang....abang..... orang tu cakap kan dia perempuan
dia cakap rambut dia guna syampu je,
dia cakap dia baru jadi perempuan..
tapi kenapa dia pakai baju macam abang...?
tapi rambut dia panjang..



alamak budak ni... dah buat malu uncle jer, habis semua manusia pandang uncle slack jer..
sakai ini budak.... tebal kemaluan uncle.
abang budak tu pandang aku senyum jer...
hahahaha.....

lepas siap print diorang pun datang ke meja nak bayar
budak tu tanya lagi soalan rare ni
awak..awak.. awak ni lelaki ke perempuan..?
hah.. sudah... dia buat lagi dah budak ni..
aku senyum jer... malas nak kata ape-ape..
rm6.40 semua sekali... nak binding terus ke..?

sebelom melangkah keluar dari kedai abang budak tu cakap,
Herry brother tu lelaki lah,
kan dia ada misai tu, pakai baju sama macam abang kan
cuma rambut dia jer panjang, dia bukan perempuan...
ooooo.. tadi brother ni cakap dia perempuan..

sebelum keluar budak tu jerit..
bye..bye.. kakak rambut cantik.

nak jer aku carut budak ni..
ko jangan kohajor ehh....
karang aku sunat konek kau tu
nasib la baru tiga tahun umurnya...


mummy cakap nak simpan rambut panjang tak salah, asalkan jangan menyerupai perempuan..

tetibe rindu kat cinta.... 
apa agaknya khabar mu disana,
ku disini sedang dibelenggu rindu

ecewah.... dafi pulak keluar lagunya..

ni gambor lame sebelom uncle excident dulu, katang dop badan aku...? kakakakaka... celaka

August 17, 2013

Tiada Guna Kalau Cemburu kan...??

dear bloggy....

harini uncle ikot housemate uncle gi function..
memula ingat tanak pergi sebab macam tak berbaloi jer..
then sebab dah janji dengan mummy nak cuba belajar hidup susah,
so uncle pun nak rasa cemana orang lain rasa..
memang terasa la penat dia..
tapi dapat upah dari hasil titik peluh sendiri terasa nikmat dia..


nak ikutkan like before pun uncle dah kerja dah
cuma duit yang kita dapat waktu study ni felling dia lain macam siket.
walau mummy dan daddy bagi duit tetiap bulan,
walaupun dapat elaunt dari pihak penaja,
duit yang sedikit tu la paling bermakna....
mummy tak tahu pun uncle gi kerja tadi,
kalau dia tahu mesti dia tak bagi..
pastu mesti mummy akan bank in duit pada uncle..
just nak rasa je cemana orang lain raSa
seronot kot.. hehehe

sorry mummy sebab tak bagi tahu....

malam ni kena request dari classmate untuk masak mee kari,
lahai kena masak plak,
uncle ni dah lama tak masak ni,
tapi ok ok la sebab orang dah request kan
sedap tak sedap belakang kira la khen
janji dah jadi kari, makan dengan mee hahaha..

mee kari

cerita pasal mee ni, rasanya dah lama uncle tak makan meggi..
dah dua tiga tahu dah kot tak kena meggi..
pernah makan sekali meggi goreng at mamak stall tu pun bulan lepas,
bukan meggi sangat, sebab dia tak pakai meggi punya perencah,
rasanya dia beli vits instant mee tu kot..
sebab meggi ni product yang diharamkan mummy kat rumah,
kalau nak makan pun kena sorok-sorok
plastik buang jauh-jauh..
periuk tu kalo boleh lepas guna terus basuh..
masa kat hostel pun mummy tak bagi uncle makan meggi
siap tanya lagi "tak cukup ke duit mummy bagi"
bukan tak cukup, cuma seronot makan meggi reramai ni mummy..

dulu masa uncle study medic,
pernah kita orang beli meggi masak dalam jug 2.5 litter
makan 4 orang dalam bilik....
seronoknya ya allah, terasa ikatan persahabatan tu
tetibe terus uncle rindu pada housemate uncle
bukhari si mulut puaka...
memang puaka mulut dia tahap lagenda yu'olls
roomate uncle si farid tu dah jadi pakar x-ray
si bukhari puaka dah jadi doctor
emmie dah jadi ahli fisio
uncle isaac je tak jadi pape..



tapi alhamdulillah walau tak jadi doctor
jadi tukang masak pun jadi lah
cuma kadang cam segan la kan,
jumpa member masa renuion diorang tanya uncle buat ape..
rasa nak nyorok dalam baju jer wei soalan kau tu...
takpe la uncle wei, kerja ape pun tak kisah janji HALAL
tu jer yang penting...



kadang kita cuba untuk mengejar apa yang orang lain ada, kadang kita cemburu dengan apa yang orang lain dapat, sebenarnya kita tak tahu yang allah dah sediakan rezeki untuk kita, yang penting kita usaha, tak guna kita cemburu apa yang orang lain ada, sedangkan kita hanya duduk dan goyang kaki sahaja, yang penting kena ada usaha.


August 15, 2013

Kerana Setitik Nila

dear bloggy.....

mungkin agak terlewat kalau  nak cerita pasal raya yer dak....?
so uncle macam kekeringan idea nak menaip ni actually...
ok... base on cerita dalam kepala otak uncle ni nak cerita pasal raya jugak senarnya
ehh, cam keling pulak tulis ayat ni..

raya tahun ni tak la semeriah beberapa tahun sudah
sebabnya uncle kan sambung study
so income tak masyuk sangat la
nak harapkan kedai yang kat seremban tu
boleh la cukup-cukup makan jer untung dia hah
lepas tolak sewa tu, sewa ni
bayar PTPTN lagi
bayar sijil simpanan premium BSN lagi
bayar takaful, bayar motor bayar kereta
bla..bla..bla.... tolak tambah ada la beberapa sen je balance..
hahahahaha...... boleh migraine dibuatnya.
tapi insyallah lepas ni akan bertapak dibawah nama sendiri
nama bakery uncle nanti pun akan ditukar jugak...

nanti cerita pasal bakery tu akan uncle hapdate untok hadek-hadek...
by now uncle nak habiskan belajar kat tempat yang entah haper-haper entah ni
lepas tu nak mulakan carrier baru...
pasal kerja uncle yang lama tu.. uncle tak decide lagi nak continue lagi ke tidak
mungkin kalau dah ada pendapatan sendiri tu liat sikit nak kerja balik
tapi selagi boleh cari duit why not yer dak...?

jom iklan jap... hahahaha

dimana ada cermin disitu ada aku tema dia...

migraine wei... migraine wei....
hahahahahaa.......
banyak masalah bersarang dikepala..
uncle ni sebenarnya menaip dari pukul 1 pagi sampai lah pukul 5am
tak sesiap juga... ni pun merangkak menaip sambil sembang dengan roomate uncle

ramai yang tak tahu uncle pernah 2x gagal dalam kerjaya uncle
1st masa uncle cuba buka bakery kena tikam dengan member sendiri
2nd time rumah kena pecah masuk habis semua paperwork uncle dalam lappy..
tapi orang kata kegagalan tu bukannya pengakhiran jalan kita
so teruskan berjuang selagi ada semangat dalam hati tu..


walaupun pedih tetap jua ditelan.....

alhamdulillah dengan apa yang uncle ada sekarang bersyukur sangat....
harap lepas ni lagi murah rezeki uncle
dapat hantar parent pergi mekah....

ehh.... mata uncle dah rabak terok dah ni..
uncle perlukan tidur yang berkualiti ni..
memang mood uncle kalau tak cukup tidur mesti cepat naik angin..
karang besok aku berangin kesian pulak kat housemate nanti...
bye.... assalamualaikum
tak jawab dosa, kalau jawab sayang.

August 6, 2013

Mekdonal Dah Naik Harga

Dear Bloggy..........

hye salam manis beserta madu buat reader uncle sekalian umat semua..
amacam puasa...? cukup ke tidak ni...?
tengok muka selebet lain macam jer tu..
hari ni agak happy siket sebab dapat iftar bersama orang yang uncle sayam..

harini uncle beriftar dekat outside..
biasa lah kalau mummy malas masak kena makan outside stall
tapi today mummy tak ikot, so uncle beriftar dengan En Beloved Friend comolot ketat-ketat.
memula cari port makan yang best.
tapi semua tempat dah kena reserve awal-awal lagi
so uncle decide makan kat Mekdi jer pun.
tadi uncle oder Samurai buger...



total semua rm19.90 baki seposen keep the change, wakakakaa
baru perasan mekdi dah naik harga
dulu makan menu sama takde la sampai cam ni harga dia
actually bab harga ke bab makan ke uncle jenis tak berkira
cuma nak cerita Mekdi dah naik harga
maybe sebab tambah mc flurry kot



kemain uncle beratur panjang last sekali nak makan takde table
so nak tanak aku berbuka sambil berjalan,
nasib la Mekdi ada bagi buah kurma,
melantak yang tu la dulu sebelom dapat table
cari punya cari semua table dah penoh
so kau hagak aku nak berbuka nak makan kat mana..?
uncle menggelinjit ke kedai cina jual nasi hayam
kau bayang la senah cemana hazab dia tadi..
perot jangan cerita la, dah berzapin ulik mayang dah
last sekali masuk kedai cina oder neslo sama teh ais..
kemaruk la uncle dengan En Beloved Friend Forever menterkedarah.
pakcik cina tu usha je uncle makan



"nah pakcik kau nak ke buger Samurai aku"
sambil angkat kening.
senyum jer cina tu macam penyu tua nak bertelor.

malam ni gayanya uncle kena tidur awal...
sebab besok ada appointment dengan dentis
uncle pasrah jer ni u'olls
kalau dentis cakap gigi ni boleh tanam lagi
bersyukur la sebab tak kena cabut
kalau dia cakap gigi dah rosak terpaksa la cabut
sebulan la aku rongak sebelom dapat gigi palsu baru.

uncle paasrah je ni... tahu tak pasrah..

ehh.. tadi uncle ada ternampak adik rambut rambutan
wahh... kelas kakak pergi rebonding
rambut raya ehh dik....
kakakakakakaa....

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

August 4, 2013

Indahnya DOSA... Kenapa...?

dear bloggy.......

tepi-tepi uncle nak menaip ni...
hurrm.............
cemana nak mulakan ni yer...
tapi mummy selalu pesan jangan cerita kat orang ape musibah kita
sebabnya nampak macam kita tak boleh terima ape ujian allah...

kita cerita secara rawak je la yer...
ujian allah pada uncle dibulan ramadhan ni amat menyentuh jiwa
paling uncle tak boleh terima adalah
uncle terpaksa lepaskan benda yang uncle sayang.
masuk ni dah 4 hari uncle hilang arah tuju
tadi pun uncle kena uji lagi
tapi tak apelah, uncle cuba belajar untuk redha

like before, uncle suka berpesan kepada kawan-kawan supaya sabar
tapi bila kena kat uncle sendiri memang susah nak sabar sebenarnya..
tapi uncle tetap sabar...
cuma sedikit terpinggir nak lalui hari esok dan seterusnya
tapi uncle kena kuat...

mensyukuri dengan apa yang allah bagi adalah satu pahala.
kita mungkin rasa terhina,
kita mungkin rasa terluka,
tapi ketahuilah ada orang lain yang jauh lebih malang dari kita.

BERSYUKURLAH uncle, kerana kau dilahirkan masih ada mata, ada tangan ada telinga, tuhan ambil sedikit nikmat dunia agar kau sedar betapa perihnya orang lain yang dilahirkan didunia dengan tiada apa-apa.


hurrrrm.......

bukan senang nak bagun bila kita sudah jatuh...
tapi uncle bersyukur masih ada kawan-kawan yang bAGi uncle semangat
terima kasih korang....

sob.... sob.... sob.........
lap air mata atas keyboard...

ada member uncle pernah cakap..
before uncle selalu tanya dia kenapa allah selalu uji uncle
sedangkan uncle tak pernah buat jahat pada orang.


kadang awak tak perlu cari dimana salah dan silap awak,
tuhan nak uji umatnya dia tak pilih siapa,
tuhan uji kita bermakna dia masih lagi sayangkan kita,
dan tuhan mahu kita lebih beriman kepadanya,
kalau tidak, tuhan biarkan sahaja awak bergelumang dengan dosa,
dan biarkan awak hanyut dalam dunia nyata.





August 2, 2013

Kantoi Ponteng Puasa

hye.................. bloggy

salam manis beserta madu buat semua....
sedar tak tidur kita dah nak dekat bulan syawal dah kan...
wahahahaa......

uncle nak cerita pasal bulan puasa beberapa tahun lepas la ni
time tu member uncle baru datang dari kedah
kimmy nama dia...
so kita orang planing nak ponteng puasa la khen
so mengigih la kami ke mid velley time tu...
memandangkan  rumah dekat dengan mid velley
jalan kaki jer hari-hari kalau nak menjala awek-awek nano
rindoo lak rumah dekat Sri Angkasa tu...

time tu nak buat projeck mengular puasa
so menyongket la kami berdua nak berbuka puasa
usha kiri kanan tengok semua cina jer tengah makan
macam takde port yang sesuai nak memonteng
mekdi, kepsi, buger king semua takde orang dalam tu
cam segan lak uncle nak masuk..

last sekali kami masuk Starbuck
dalam tu ada la beberapa ekor mat salleh dengan cina
uncle syak kalau uncle makan kat sini selamat kot
so beli lah air dalam tu..
member uncle pergi kedai roti kat bawah tu beli apple pie
time sedap kami menterkedarah masuk orang majlis agama islam chek orang tak puasa
yang mana melayu semua dia mintak ic..
yang ramai perempuan la khen
laki melayu langsung takde...
yang ada melayu kami dua ekor ni la jer..
samapi sampai table uncle, uncle senyum je kat dia
lepas tu diorang blah, tak check pun ic kitaorang..
uncle terus garu kepala yang tak gatal ni...
why....? kenapakah..? shen ma...?
hahahaha...

kalau member uncle tu komperm muka dia macam cina kafir
dah la mata dia sepet, putih melepak
tapi kenapa diorang tak check uncle..
kompius wei... check la wei.. check la wei...
mesti dia ingat uncle ni pelancong Eropah mana

#ok sila rebah..
hahahaha.........



lepas kenyang makan, kami teruskan dengan niat murni nak cari baju raya
dalam hati terus gelak sakan, nasib tak kena dengan orang agama islam tadi

shopping kejap

giler kelakar wei......
ingat balik terus tergelak guling-guling sambil lap air mata atas keyboard
tapi uncle dah ganti hokeh.....
huwaaaaa... huwaaaaaa....
korang jangan la tiru tabiat tak sihat uncle ni yer...
dah nama islam tu, buatlah cara islam
uncle nak share cerita ni sebab nak bagi korang pengajaran
jangan terlalu ikutkan sangat perangai sosial tu
yang mana pernah terlanjur tak puasa tu
ganti lah, ramadhan setahun sekali jer,
so why not kita hargai bulan yang mulia ni yer dak...??

P/S: 
Setiap orang memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, dan tidak bermakna mereka tidak layak untuk diberi peluang kedua untuk berubah... dan jangan kita menghukum seseorang itu dari perbuatan masa silam dia, kerana orang yang baik tidak semestinya akan terlepas dari  melakukan DOSA.




July 29, 2013

Dialah Housemate Kesayangan Saya

Dear bloggy...

harini uncle nak kenalkan dengan roomate uncle,
actually uncle duduk sebilik 4 orang,
meh uncle kenalkan sorang-sorang housemate uncle.

Raaid

Raaid:
Dia ni jenis happy go lucky person, sepanjang kenal dia tak pernah uncle nampak dia ni ada masalah, maybe dia ada masalah tapi tanak tunjuk kat member dia kot... uncle panggil dia human siren.. nak tahu kenapa nama dia human siren datang la kebilik uncle baru korang tahu kenapa... budak ni baik jer, masa uncle memula masuk bilik ni, dia la yang paling banyak cakap kot... kira budak ni friendly la... budak raaid ni terror berbahasa inggeris serta bermain gitar... suara dia sedap beb.... sape nak ngorat dia boleh lah, sebab budak ni solo lagi... hahahaha

Ayier

Ayier:
ayier ni boleh dikatakan bahan untuk uncle berhibur dekat bilik, sebab budak ni selalu jer bagi uncle gelak sampai pecah perut.... dia ni memang jenis happy go lucky jugak, daan amat susah untuk bangun pagi... kalau korang bagi dia gelak, mesti susah nak beza dia gelak ke nangis... hehehehe.... tapi dia memang sangat sweet la uncle rasa, kadang uncle boleh gelak sampai mengalir air mata.... Ayier ni selalu akan tanya kalau time uncle takde mood dekat bilik.... dia ni terror beb menyanyi dan main giter..... thanx buddy for always carring about me..

Shaar 

Shaar:
budak ni agak pendiam masa memula uncle masuk dalam rumah ni... maybe dia takde modal kot nak sembang dengan uncle.. pastu lepas kenal lama, rupanya dia ni talk active juga, cuma dia takde modal kalau kita tak start dulu.... dia ni kaki (OTP) tetiap hari mesti menjadi kewajian on the phone dengan makwe dia... sehari dia tak call boleh histeria kot uncle rasa... hehehehe.... shaar ni terror main gitar.... dengar citer dia nak tubuhkan band sendiri nanti... good luck beb, baru uncle perasan roomate uncle ni semuanya pandai main gitar dan menyanyi... hehehehe...... semoga persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun kita dah tak belajar sama-sama lagi..

Eddy

Eddy:
Hot stuff kat kolej kami.. hehehehe..... gurau je beb jangan marah..... dia ni antara yang baik dengan uncle, dia ni boleh la di bawak berjenaka, sebab uncle suka bahan budak ni..... pastu mula lah dia nak buat muka cute... budak melaka... pandai main gitar dan merdu giler suara dia kalau dia bawak lagu teratai layu di tasik madu... bahahahahaha...... Eddy ni dah berpunya, so jangan nak kacau dia.. kih kih kih... dia ni memang kelakar tak patot, uncle pun tak faham nak cerita cemana... 

 Timun

Kazimun:
Budak mentimun ni memang kelakar tahap dewa punya... dia ni memang penghibur uncle kat bilik ni....  kalau dia cuti balik kampung, memang sunyi rumah kita orang.. mereka semua ni adik-adik uncle lagi.... umur lapanbelas tahun pun ada, walaupun adik-adik mereka semua cukup respect uncle, tu yang paling buat uncle terharu.... bila dah habis kat sini uncle mesti akan rindoo kat korang semua..... 

masa berlalu kejap jer, pejam celik pejam celik dah nak habis, harap persahabatan kita bukan setakat kat sini jer, uncle doakan korang semua berjaya dalam ape bidang yang korang ceburi.. nanti kalau korang nak datang kerja kat kedai uncle pun boleh, dialu-alukan semua... hehehe.... tu pun kalau uncle jadi nak buka new outlet lah khen...

yang mana uncle tersalah conteng pasal korang tu uncle minta maaf la yer... bukan ape sekadar nak bergurau dengan adik-adik jer...

selamat bersahur semua,

"friendship is like seeking a diamond in the sand, once u found it grab it tightly, because once u let it go, u will never find the same diamond again"

July 27, 2013

Orang Melayu Memang Macam Ni Ke...??

hye bloggy............

hah............ tepi-tepi uncle nak update blog ni hah,
2,3 hari ni mood uncle banyak yang hanyut kelaut dah
memandangkan banyak benda bersarang di dalam kepala sekarang....



tapi nak tanak terpaksa tempuh jugak...
semalam uncle ada berbahas dengan seorang perempuan lahanat ni
pasal dia memaki hamun kawan uncle yang sorang ni
mulanya pasal kawan uncle update citer pasal politik kat wall facebook dia
tapi perempuan lahanat ni drop komen pastu terus bambu kawan uncle

so, uncle sebagai seorang manusia yang pernah sekolah darjah satu
yang mahir mengira menggunakan sempua
backup balik kawan uncle tu....

uncle sebenarnya tak suka dalam kalangan kita sering merendahkan taraf pendidikan seseorang itu
walaupun dia kurang menyerlah dalam pelajaran
tidak semestinya hidup dia akan susah selamanya yer dak.....?
dan tidak semestinya yang pandai ni hidup dia senang selamanya..
ehh... cam keling pulak ayat aku ni...


ok.. sila klik untuk tumbesaran hakiki

nasib baik jer uncle tidak mengenali diri dia dengan intim
kalau tak memang rabak aku kerjakan
bukan nak rogol dia, just nak bahasakan dia jer
cam kurang jahar hajar sangat kot
baru study ambik diploma dah cakap kerek
belom habis pun lagi study....

I can kill two bird with one stone

uncle lah kan, walaupun dah habis diploma
takde la nak cakap kerek dengan orang
apetah lagi nak merendahkan orang..
hidup ni ibarat roda, sentiasa berpusing
sekali kita buat orang hilang respect pada kita
selama itu juga kita dibenci... ingat ya.. 

uncle tanak bahas panjang pasal perempuan ni
sebab semalam uncle basuh dia bersih-bersih
cuma nak share dengan reader uncle
walaupun sepandai mana kita dalam hidup ni
ada lagi orang yang jauh lebih pandai dari kita

P/S:
Dalam hidup ni jangan kita terlalu bangga berjalan menongkah arus mendonggak kelangit, sedangkan kita semua berasal dari butiran pasir yang sama..

July 25, 2013

Secebis Kasih Ramadhan

Dear bloggy.............

hye salam manis beserta madu buat reader uncle yang tersayang......
korang puasa tak ni...?
cam tak puasa jer,
tu hah nampak sambal kat gigi tu
hahahaa, kantoi dah.....

hari ni uncle balik awal siket
sebab lecture tak buat banyak kelas sangat
kadang bosan gak hadap kelas lama-lama

ingat hari ni uncle nak ke bazar ramadhan,
tapi tatau lagi nak beli ape,
dalam perut mengidam nak makan fettuccine Cabonara
gittew kau aku punya mengidam nak makan
tapi haruslah sana tak jual khen
so terpaksa lah tunggu uncle balik ke rumah dulu

minggu ni costumer uncle ada dah yang call nak tempah cake
tapi uncle rasa tak sempat kot
memandangkan uncle lil bit busy
hahaha bizi la sangat

ok lah, uncle nak berjoging petang ni
takde mood nak menaip

byeeeeee

July 23, 2013

Kenapa Orang Lain Boleh Berjaya

Dear Bloggy......

Hye salam manis beserta madu buat semua,
Korang rindu uncle sky tak...?
Hehehe... jangan nak rindoo sangat,
Uncle menyepi kejap je pun..
Actually uncle bizi sikit dengan study



harini macam ada masa sikit nak menaip
tapi kali ni takde  benda sangat nak cerita
just certaint thing jer...

tabiat orang melayu kita
kalau dah ada kelulusan tinggi
dah ada diloma ijazah terus nak conderm...
kenapa masih nak belajar kemahiran
kenapa masuk sini...?
sebab menganggur takde kerja ke..?
kalau orang melayu kita terus berfikiran macam ni
memang kelaut la buat selamanya

belum tentu masa kecik dia pandai
bila besar dia akan ada future life yang bagus
belum tentu orang tu masa kecik life dia teruk
in future dia takde kehidupan
mungkin ni masanya orang melayu kita kena ubah sikit perspektif

bagi reader yang sedang membaca
uncle nak pesan kat korang semua
jangan menilai orang dari rupa luarannya sahaja
sebab uncle sendiri pun masih hormat pada orang walaupun dia lagi muda dari kita.,
tidak bermakna kita tua, kita betul segalanya.



P/s:
kehiduan ibarat roda yang berputar,
hari ini kita di atas
mungkin esok kita dibawah
orang yang berjaya tidak hanya melakukan satu kerja semata-mata
selagi kita boleh menimba pengalaman
belajarlah, kerana orang lain tidak akan menolong kita.

June 28, 2013

Meniti Sebuah Kehiduan Yang Baru

dear bloggy...

hye salam manis beserta madu buat semua reader uncle....
sorry lah kebelakangan ni uncle bit bizy denga program kat collage..
ramai dah yang dok mesej uncle cakap kenapa uncle tak update blog....?
bukan uncle tanak update cuma masa tak jeer..

macam uncle cakap dulu tahun ni uncle jadi orang terengganu
so far ok-ok jer la tempat ni.. nak kata seronok tu memang hanyut kelaut lah
tavi untuk masa depan kena la jugak tahan sekejap kat sini..
sape cakap uncle tak rindoo nak balik rumah putrajaya..
rindoo kot nak balik sana jumpa skendel-skendel uncle

uncle sebenarnya takde idea dah ni nak menaip..
buntunya kepala tuhan jer tahu
kalau menaip sambil takde mood cenggini a jadinya..

uncle just nak cakap best kat sini sebab ada kawan-kawan yang sporting sangat
suka buat lawak, ada yang suka menyanyi, kaki gamer
dapat jumpa awek-awek ganung yang comey lottey
buatkan uncle tinggalkan sekejap kemewahan untuk terus study kat sini

uncle just nak pesan dekat adik-adik uncle kat Putrajaya, Sungai Besi, Kajang
korang kat sana jangan nak bergaduh sangat..
uncle takde kat sana pun bukan bermakna uncle tak tahu ape yang korang buat..
jangan sampai ada orang call report kat uncle korang asyik gaduh jer kat sana
kita dah macam satu family dah walau tak sama mak ayah..
jangan nak petik nama uncle kalau dah takleh nak selesai sendiri masalah tu..

dan pada yang mencuri enset semalam tu jangan sampai uncle tahu kau sape
dapat kau memang tak kan sempat cium bau bedak la
takde duit cakap.. member boleh tolong
bukannya dengan mencuri tak tentu hala jer

"kehiduan menganjar kita untuk jadi lebih matang, untuk lebih rasa tanggungjawab, salah faham, hasad dengki, itu semua memang sikap semulajadi kita, dalam dunia ni tiada yang sempurna kecuali allah, kita datang kedunia darinnya, dan kita juga akan pulang semula kepadanya"

uncle nak logout dah ni.... nanti ada masa uncle cuba untuk menulis lagi... blogging ni sesuatu yang seronok, tapi kalau takde mood nak menaip memang hanyut kelaut la jadinya...

pape hal korang doakan uncle semoga berjaya yer.. sebab kali ni uncle nak tambah sebuah lagi kedai Sri Desa Bakery dekat kelantan.. Kedai yang dekat Negeri Sembilan tu biarkan sahaja ia menjadi titik sebuah perjalanan yang baru untuk diri uncle......

bye......

June 15, 2013

Biji Mata Bersepah

Dear Bloggy

Salam manis buat semua...
masuk ni dah 5x taip 5x padam
actually takde benda nak story untuk kebelakangan ini
so sekarang ni alang-alang dah buka balik draft sila lah gigih menulis.

krik...krik....krik...krik...
(bunyi cengkerik ni)
boleh imejin tak..?

See i told you otak kering dah ni

15 minit dah berlalu ni
baik uncle sambung balik main Candy crush Saga
ohh teringat sesuatu
tadi adik rambut rambutan bagi uncle buku yang rare punya
nanti uncle upload picture dia
biasalah dedua bizi tak sempat nak bergambar katanya.
nanti uncle buat special entry pasal adik rambut rambutan
dengan beberapa buku dia tu
so buku Kancil Man, Orang Hodoh Cantik, Cewah, Kuala Lumpur Aku Datang
dah berada di tangan
cuma uncle tak berpeluang nak mencuri masa

Ok lah wei, nak tido ni
dah pukul 4.25am
rabak pulak mata uncle nanti
karang lambat lelap ni terganggu pulak tidur uncle yang berkualiti

June 10, 2013

Happy Birthday Uncle Olswen

Hye Bloggy...............
Salam manis beserta madu buat semua...

Semalam uncle menyambut lagi sekali ulang tahun kelahiran uncle yang entah berapa kali dah celebrate tahun ni... Kemain la nak celebrate banyak kali... ikikikiki...
memandangkan masa tarikh birthday uncle pada 4 Mei 2013
uncle tak dapat celebrate dengan Cik Geli
jadi Cik Geli sajest nak baut buat lagi sekali
tapi kali ni uncle jemput juga Diva Tersohor Tanah air
mohon sembah sujud semua pada Encik Kepam a.k.a Aremirol

Kau ingat senang aku nak possing gambar kepit bibir macam ni...?
mau 5x shoot tau...

Semalam rasa yang heaven sangat sebab diorang ada...
bagi uncle kawan adalah segalanya selepas agama kita serta ibu bapa
(ehh.. macam semanis kurma pulak)
Manis tak kurma itu...?
Cantik tak Kak Toon..?

lepas selesai acara comolot dengan diorang kini tiba pulak acara tiup lilin
ikikikiki..... rasa macam budak milo je nak tiup lilin

Kau mampoo...?

Apepun uncle nak ucapkan bebanyak terima kasih 
pada Cik Geli serta Encik Kepam kerana happykan uncle hari ni..

Pastu semalam jugak punya cerita,
uncle ikot mama pergi kenduri kawen...
(see...! kenduri kawen lagi)
cuti sekolah ni memang musim mengawan yer..?

Tanya kawan mama. ehh Nori anak kau tak ikot sekali ke
kenapa tak bawak... kita nak kenal
Nani ni pun baru je habis belajar
mana tahu boleh kenalan..
Amboooi.. ampa semua ni, kemain nak jodoh kan orang
uncle yang tengah makan bubur kacang dalam mangkuk polisterine putih terus membidas
Ehh... takpe la Cik Ani
saya ni dah berpunya.. Nanti makwe saya marah

Tapi sekali bunyi yang menjerit
"Mak tudung Fareeda Nani yang belapis-lapis tu kat mana"
uncle toleh belakang uncle pandang
demn..demn..demn... terus rasa macam ada semut-semut je dalam hati
comeynya Ya Robbi... Tu anak Cik Ani ke..?
putih melepaknya lahai

Uncle terus bisik kat telinga mama
"Ma comey la anak dia, tapi Hawat muka mak dia tak elok"
kalau ikotkan patern muka Cik Ani ni
uncle pelik sampai sekarang
pandai Cik Ani melukis
dapat anak dara kiut miut
lepasni kena belajar dengan Pakcik Ramli ni
rahsia melukis dengan handal untuk mendapatkan patern muka macam Nani
menyesal pulak aku tadi cakap dah berpunya

Ehh.. i got to go ni
tadi MakCik uncle call posmen ada hantar surat
posmen ni pun sekor dah tahu ada surat nak jugak tinggal kat rumah depan
kalau jalan sikit kat rumah belakang letak sendiri dalam peti serat surat rumah uncle dah kenapa..?
Debor ni nak gi amik surat
entah sape la hantar
jangan surat dari PTPTN dah ler.

June 9, 2013

K.A.C.I.P | Bukan Sekadar Blog

Hye Bloggy......
Sihat semua hendaknya....
uncle agak bizi sikit kebelakangan ini kerana menguruskan perihal sambung belajar
mungkin agak senja juga dengan usia uncle sekarang
tapi orang kata selagi masih berpeluang menuntut ilmu why not...kan...?
wahhh... kau cakap om puteh gittew..
actually just sambung balik yang mana uncle pospone dulu...
so lepas ni boleh la uncle bergaya depan korang dengan ijazah baru..
ikikikikikikiki.... (dapat ilham malam ni nak gelak pesen gini)


mesti nak tanya khen ape kaitan denan dengan gambar ni

sebenarnya uncle nak tayang kat korang semua pasal buku ni
wajib baca bagi yang rasa diri dia tu blogger tegar dan terasa keotaian dia
sebab buku ni best gila tersangat super nak mampos..
(see....? aku menaip pun tak tak tentu hala)

Buku ni uncle dapat dari adik rambut rambutan
kemain uncle "ayat" dia felling macam tengah sembang dengan makwe-makwe
dia punya level susah nak mengayat tu macam 
kau main game "SuperMario"
scene nak tembak lawan penyu besar tu
tapi last sekali adik rambut rambutan cair jugak dengan uncle
dan akibatnya uncle dapat buku ni sebagai halwa mata malam ni
(gittew kau susah dia barang rare ni)

sape blogger tahun 2008 angkat tangan...?
ya robbi... dah-dah turun tangan
bulu ketiak bersepah
lupa cukur ke dik...?

ikikikiki (praktik pesen gelak baru karang lupa pulak..)

Maaf lah Mak Esah..... carut mata letak gambar...
lahai.... besembor sireh dalam mulot...
ikikikikikikikikikiki
Buku ni banyak adik beradik dia...
yang terbaru Kancil Man yang uncle gagal membelinya lagi
yang dah lapok berhabuk cam buku "cewah"
Orang hodoh cantik, sperma cinta, Mat Tiara semua dah baca
tapi buku-buku indie cenggini susah nak dapat stock sekarANG
penjualan dia pun underground je
tapi uncle tetap bersusah payah nak beli jugak
sape yang dah baca semua buku ni kita GENG ya..

Sebenarnya uncle rindoo kat otai-otai blogger dulu
cerita mereka best, idea dia gila setan tak patut
kalau makan jajan Supering tu kompem tak pandang belakang dah
Rozita Che Wan lalu catwalk pun uncle tak heran
blogger newbie sekarang ni macam bosan nak baca
uncle buat teh secawan sambil baring depan laptop godek-godek nak baca
tengok cerita depa ala-ala cenggitu aja
terus sejuk air dalam cawan..
bukan tak menarik... tapi penulisan hadek-hadek sekarang 
macam serious bebenor pesen ambil gambar pose kepit bibir
boleh imejin tak..?

Uncle jenis manusia yang suka lepak dekat blog santai
jalan cerita dia menarik walau banyak kelaut
dan penulisan dia lite-lite aja
kira otak pun simple je
otak simple macam mana ya...?

ehtah ler

sebab tu kalau orang follow blog uncle dan asked me to follow them back
kadang malas nak layan...
follow blog kita tak minat nanti tak baca jugak
so jalan selamat follow je blog yang kita sula suka
kadang ada yang paksa uncle folloe tu. uncle buat lah sebab nak jaga hati
pastu selang beberapa hari nanti uncle unfollow la balik
bukan ape, semak temline nanti...
hahahahaha... kejam kan...?
follower bersepah pun tak guna kalau orang tak singgah baca.

ok................ selesai cerita bab blog ni
Ni uncle nak cakap pasal uncle nak sambung belajar ni
Puan Nori dah mula bising
bila kau nak habiskan silibus study yang terbengkalai tu
lagi beberapa sems je lagi haa
then... tahun ni uncle ambil jalan selamat
dengan berstatuskan anak yang soleh dan tidak pernah hisap rokok depan ibu bapa
sanggup mencemar duli menerima tawaran Puan Nori
yuyuyuyu..... dup dap dup dap...
lidah macam ada tulang nak cakap tanak... tapi..
teriam terima jer lah....
Lusa uncle dah setat belajar
wish me luck guys
#Pengurusan Hotel Dan Teknologi Makanan.
dalam banyak subjec uncle pilih yang  ni
sebabnya ni jer benda yang takde kaitan dengan matematik
kalau ada peluang uncle nak simbah je semua cikgu matematik dengan cuka getah
(see...? nampak tak dendam dia)
aku punya dendam dengan matematik dari sekolah rendah lagi
bila mana Cikgu Rosli denda uncle merangkak bawah kerusi bekas makwe uncle
sebab lambat jawab soalan 3+5= berapa...
apa punya celaka soalan gua tak tahu.

.................................................... hate you

Dah macam cerpen entri malam ni....
boleh suggest buat jilid untuk subjek sastera tingkatan 3 ni
ape pun terima kasih cikgu...

June 1, 2013

Tolong Wei | Ape Nak Masak Esok....?

Dear Bloggy...........

Firstly nak ajak korang yang mana nak joint group uncle di facebook tu boleh CLICK link kat bawah ni


Hah.... dah.. tepi.....tepi...tepi.....
uncle nak menulis ni.
minggu ni uncle rasa uncle lah manusia paling bizi kat dunia ni
hah.. hamek kau...
sebenarnya uncle dapat tempahan cake ni
yer lah, semenjak tak kerja ni duduk-duduk je kat rumah
ada rezeki datang melintang tu
sapu je lah... rezeki orang kena fitnah katanya...
haruskah...???

Lepas selesai semua majlis kenduri kat kampung ni uncle balik la Putrajaya semula.
harini marathon buat 5 bijik cake
kau ingat senang ke wei...?
orang tempah, ada majlis kenduri kawen
ada nak sambut harijadi
ada nak bagi hadiah kat orang
ada nak bertunang
so kemain la fura-fura bizi sikit..
hew..hew..hew..

1 Chocolate Banana Mousse Cake -Puan Anieta- 
1 Chocolate Oreo Cheese Cake -Cikgu Mahani-
1 Chocolate Mascarpone Cake -Adik Najibah- 
1 Fruit Flan Cake -Kawan Uncle oder-
1 Red Velvet Cake -Untuk Birthday Celebration-
1 Red Velvet Cake  -Untuk orang rumah uncle makan pastu uncle ada janji dengan Adik hanif nak bagi dia seslice huhuhu.... Sorry dik tak sempat lagi nak buat

Gitew la serba sebanyak kisah untuk hari ni.
Nanti dah siap uncle hapload kan gambornye
sekarang cake masih dalam peti Es belom di topping lagi
lagi besok Puan Anieta cakap nak datang rumah nak belajar buat cake katanya.
Uncle pun takde cikgu yang ajar
belajar sesendirin berhad
selalunya uncle akan jadikan blog dan youtube sebagai rujukan
dan uncle tak buka kedai cake pun.
ni semua regular costumer uncle since last 3 year ago.

Dan uncle ni jenis tak KEDERKOT ilmu.
sape nak belajar datang jer rumah
tak bayar pun, just beli barang-barang nak buat cake ape nanti uncle akan ajar
acaner...? ade berani nak datang....???

Ada bestfriend comolot uncle suggest suruh terus continue bidang bakery ni
lagipun segala basic uncle dah ada kan.
uncle bukan tanak terus continue cuma... cuma...
tak minat la dik.... 
baking a cake it just my hobbie, and want to full fill my time with something new , because im still learning a lot.
kata member uncle lagi
orang lain kalau boleh berkejar-kejar nak belajar macam mana kau pandai
orang lain kalau ada kemahiran dah lama kerja sendiri
kenapa nak kerja dengan orang lagi...?

Tapi uncle fikirkan balik ada betol juga cakap si kolestrol ni
memanglah uncle ada niat nak jadikan bakery ni sebagai kerjaya
tapi minat terhadap editing dan photography lagi mendalam.
macam wedding shoot, majlis2 formal,
yer la, beli DSLR pun tak guna sebab bersidai je kat rumah
tapi.. nanti-nanti lah fikir
perjalanan masih panjang

besok giliran uncle masak kat rumah..
Usha-usha dalam peti Es ada barang... Cun... Santek..
besok nak masak :
Sup Tulang
Kerabu Pucuk Paku
Butter Chicken
Daging Blackpepper
Ayam Coke

Tapi ni cadangan jer lah sebab tangok all the ingredient macam semua ada.
dah lama tak masak Ayam Coke.. Favorite si budak gemok tu.
 Nak tido dah ni yu'olls
besok Red velvet dengan Chocolate Mascarpone Cake  belom siap, petang tuan dia dah nak datang hamek..



Ni last year punya cake...
Sila Click gambor untuk tumbesaran hakiki

kazen uncle kawen, tak sempat nak bagi hadiah... sempat buat ni je
tu pun sebab tangan dah keras kejong lama tak pegang,
tahu.... uncle tahu tak SANTEK kan..? beginner cenggini je la.
besok dah siap uncle hapload kan ya..

Bye.... assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab sayang.

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...