iklan

February 25, 2012

Selamat Hari Lahir Farhan Al-Jitrawi

Last year lu wish gua dalam blog lu
so hari ni gua pulak nak wish lu dalam blog gua.
"sanah helwah ya akhi Paan"
entah betol salah gua eja
but yang penting niat tu dah ada

layan dulu video ni



Nama dia Mohamad Farhan bin Shamsur
berasal dari Jitra Kedah
Ni blog dia Tinta Penaku
muka ensem boleh tahan (^^!)
gadis-gadis nano sila la follow blog dia
peramah orang nya

Kenapa gua buat entry pasal dia
sebab dia adalah sebahagian dari diri gua
sebab kebanyakan perilaku kami adalah sama
tabiat, perangai, perasaan, marah, semua sama
macam mana tahu sama.
huhu.. nak ke gua citer satu-satu..
geng-geng BCR pasti tahu

Nak wish ni.... Semoga adik (gua menaik menaip dengan kedaan loya nak muntah) sentiasa bahagia di samping mummy daddy terchinta.. semoga lulus ijazah, idop tanak taching2 kay, semoga adik dapat jodoh kawin dulu dari abang.. semoga tak kena tepung malam ni, semoga hari tua adik tahun ni lagi best dari last year.. nak claim hadiah tunggu abang gaji... (jap nak gi sinki muntah) 

jap yer aku google gambo kau

Muka cam da kawen walaupun dia masih lagi anak dara sunti.. ekekeke

ni jer aku mampo bagi kau..
walau tak seberapa



ok lah enjoy your meal



Multi Human Skill ( Ya Itu Gua )

Hye Bloggy

Ada yang tanya gua, kenapa tak bagi salam jer.
asik hye bloggy, hye bloggy
kita kan islam, wajib bagi salam..

Dik.... meh sini gua jawab soklan yang dah lama terbuka terbuku di hati kau tu, blog ni universal, ntah cina, matsaleh, bangla mana yang baca, takan la dorang nak jawab salam kot, lain lah kau bagi dorang hidayah.. yer dak...??? yes, gua admit follower gua tak sampai pun sepetanak nasik, tapi doesn't mean gua takde reader.. kadang blogger yang ramai follower belom tentu blog dia ada orang baca.. tiru jer amalan hidup gua, biar sedikit, biar tak populer, biar takder komen, janji hasil tulisan kau ada orang nak baca... Bukan nak belagak, dan gua bukan seorang blogger yang sombomg.. dalam kamus idop gua, takpenah wujud istilah "i follow you, u follow i pulak" mintak maaf yer memey takder.. Gua hanya follow blog yang boleh bagi gua hiburan, manfaat, info, yang penting isi yang nak di sampaikan.. so that why la gua tanak follow blog kau walau kau merayu dan cakap gua sombong.. Gua takan baca blog yang kosong walaupun follower dia 8978654 juta orang...

so pada adik hidayah, harap kau faham yer erti salam dalam blog gua...and million of thanx sebab gigih kau hantar email,

OK. balik ke tajuk asal
jauh pulak gua menyasar ke dasar laut
haisssh.. nak jer gua siku-siku buah pinggang sebelah kanan hadek hidayah tu
Korang paham ape tu multi human skill..???
dalam bahasa gua
seorang manusia yang boleh buat pelbagai kerja@ benda
magic tak..?
magic tak...???
kalo korang rasa bosan nak habiskan baca ni
mohon tekan (X) dengan izin 

tak ramai orang di anugerahkan dengan bakat cenggitu
antara contoh yang gua kenal (AMAR)
meh gua kenalkan dia

Dengar lah sendiri

Kalau kita tak banggakan diri kita sendiri sape lagi nak puji kan..?
gua bangga gua ada multi human skill
anugerah dari allah
tapi jangan kita salah guna untuk menunjuk-nunjuk
berbangga-bangga
itu manusia riak..

Bagi gua selagi gua boleh buat sendiri
gua takan menyusahkan orang lain
ape yang gua ada..?
hahaha....
malas la nak cerita



ok. la. gua nak sidai baju jap.

10min later


tapi gua dah tekan butang publish
sebenarnya nak tekan save..

February 24, 2012

Bertemu Wild Boar Di Putrajaya

Hye Bloggy.........

tengok tajuk nak panas jer kan..?
harus sumer gigih clik nak baca
yer betol gua jumpe babi,
mungkin sepasang gua rasa
nak kata sesat pun iyer juger.....

Citernya gua dengan my kazen amin nak lepak mamak stall
lepas senak berkaroke,
teringin nak manjakan anak tekak dengan jus segelas dua
ajak bonboi  boboy chubby lepak sekali
naik kereta si ikan kata ahkak geli
mohon yer kak guna istilah kau

tengah eksaited drive ni
tetibe boboy chubby berhenti
what der............ kejadah dia berhenti
tetibe dia jerit,
weii...weii..weii... aku nampak babi
aku nampak babi....
seronok boboy chubby dapat bertemu babi
yer la, 1time jumpe eksaited tak terkira

kami dua beranak kat belakang ni biasa-biasa ajer
maklong lah kau orang kaya
selalo tengok astro
chanel Nat Geo
selalu tayang pasal babi..

yang buat kami lagi eksaited tu,
tetengah bandar raya Putrayaja
tempat pulak dekat dengan komplek kerajaan
mungkin babi kerajaan gua tak pasti
kalo tak paham ape tu babi kerajaan
sila la buka google translator...
gua sure anda pasti terujer...

dok cakap sajer tak share dengan korang reader tak best juga
nak sini gua upload video babi
si gedik amin siap cakap babi tu cute lagi
nasib la besar..
kalo kecik nak jer gua bela dalam sangkar hamster...

jangan la taching sampai keluar air mata yer

kalao kalau korang teringin nak jumpe jugak
sila email kan harapan anda ke
Digitie.minimie@gmail.com
gua bagi GPS area code yg eklusif

itu saje gua nak share kali ni..

February 23, 2012

Please Jangan Bagi Gua Sentap

Hye bloggy..

Tahun ni gua pindah tempat kerja
Bak kata orang nak menambah pengalaman yang cetek ni
selagi hidop dan mampo belajar benda baru
why not we take it as a big opportunity 
that teacher dont teach you at school..
wah kau tetibe gua nak speking
yer lah semenjak kerja dalam aircond ni
lidah pun kemain nak felling cam orang puteh gittew..

OK, refer pada tajuk puhlis...................
semenjak dua menjak ni gua cuba berbaik semula dengan kekasih hati
dia call gua layan
dia mesej gua reply
konon la nak jadi pasangan bahagia
orang puteh kata
saling give and take each other
to make it love come real........
kotang  korang tak paham pakai la google translator..

tapi kadang dia tak faham...
ke, gua ni tak pandai nak bergurau dengan dia
kejadian nye cenggini,
gua gi mancing
haruslah tinggal enset at rumah
gigih bawah enset dalam sungai
kalao water prove takpe la...
perempuan tu pulak meroyan dok call
bukan nye gua tak alert sebelom keluar

"makcik, i tak bawak enset ni, so tapayah la text or call, nak gi mancing dengan alip"

lepas gua balik rumah, tengok ada 13x misscall..
gua text dia cakap

"Banyak nye makcik buat panggilan rindo" (misscall)

nak tahu dia text ape..???

"ehh jantan siyal, kau ingat aku hadap nak rindo-rindo kau, pegy mati la.. baling jer phone dalam sungai tu bagi makan buaya.. "

perempuan ni nak gua translate pakai bahasa korea gamaknya..

gua membidas

"ehh makcik, sory la tadi silap sent.. maklong la banyak sangat number betina dalam phone. tersalah pulak hantar mesej. biasalah manusia kadang buat silap tu perkara biasa.. ni alang-alang salah sent, i nak ajak u datang kenduri, i tunang next week, dengan pilihan mummy.. tapayah sesusah bawak hadiah bagai, i tengok muka u datang pun dah cukup puas hati tengok u makan hati...!!"

gua syak mesti perempuan tu dah bunuh diri, 

perempuan ni kadang tak faham perasaan kita orang jantan
asik dia jer nak menang
asik kita jer kena mengalah
bagi dia menang
tak salah nak ukir kasih sayang
tapi jangan la sampai berlebih lebihan..
pastu siap tulis dekat FB 
semua lelaki adalah sial..bangsat..
cenggitu ke dik layan boyfie korang

ntah la gua tak faham...
lepasni, jangan harapla gua nak terima dia balik
cukup la 5x gua bagi peluang
kadang gua rasa takde guna kita kenal.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Mungkin buat macam ni baru kau nak faham yer dak....??

gua malas dah nak tulis... takde idea...
nanti kalau mood gua datang balik gua sambung update..

besok start kerja.. 
kulpul kumpul duit nak beli ferari..
hahaha

February 21, 2012

Kakak AM bank Yang Takde Bahasa

Hye bloggy...

tadi gua sedikit sentap
pegi AM bank nak cash-out kan chek
kalo tak gua terpaksa transfer ikot 3rd party
ingat nak cepat terus amik que dekat kaunter

Sampai que gua,
gua bangun, pergi menghampiri kaunter 3
gua hulor chek bernilai Rm****
kak saya nak cash out boleh tak..?

Jap chek.....
tit..tit..tit..tit
(jari dia menekan keyboard dengan kejam)
tak boleh la, katanya

kenapa kak..??
hairan juga ya..

Haritu kau reg account semasa ni kat mana..?
BUKA buku chek ni kat mana..?
(gua dengan nada sopan santun dan lemah lembut)
seremban kak, sebab kedai saya kat sana..
dah tu kau tahu kat seremban, kenapa datang kat bank sini
(nada masih lagi berlembut)
saya datang nak tanya jer kak, boleh cashout tak ni.
kalau tak saya clear chek macam biasa la 3 hari..

kau tunggu jer la 3 hari, kat sini takleh buat.
gua masih lagi bernada sopan.
kesian saya kak, urgent nak pakai duit ni,
jauh la nak kena balik seremban dulu..

hah........padan la ngan muka kau..
sape suruh kau buat kat sana..

hati gua yang lembut seperti sailormoon tadi terus berubah..
gua angkat tangan, tepuk front-desk tu..
ehh... aku tak gila nak datang kalau aku tahu dari awal tak leh cashout
kau dah lama ke kerja sini..?
tak teringin nak berenti..?
kau jangan layan orang cam tapak kasut kau jer
mana manner kau sebagai pegawai bank,
cam ni kau layan kastemer.
memang la aku ni budak
tapi aku ni bukan takde otak..

dia diam sekejap...
dan terus membidas.
kau nak marah2 orang dah kenapa..???

gua menyapa semula..
dah kau kurang hajar...
stakat kerja bank dok dalam aircond,
dah rasa bagus lah..??
gaji kau berapa sen jer nak berlagak dengan orang..
dah la tak lawa, bahasa pun takde.. sian jantan mana jadi laki kau..

Amir kawan gua terus menarik tangan gua keluar dari bank..  
kalo dibiar harus ada yang makan hati berulam air mata
masa nak keluar tu, sempat gua baling pamplet bank yang berada atas meja pakguard tu..
bertaburan dijalanan..
kebetulan time tu nak dekat lunch,
orang dah tak ramai..
lagipun AM bank mana ada orang..

sebab tak puas hati,
gua masok balik dalam bank, dan mintak name card pompuan tu dengan pegawai bank lelaki..
pompuan tu dah nampak cuak,..
sebelom keluar gua bagi Middle Finger dekat dia..

nah ini dia makan kau perempuan..

Lu nak main cicah celop dengan kastemer lain silalah
bukan dengan aku yer..
mintak maaf lah, salah orang kak
besok lusa kalo naik nama kau dekat HQ pegi mati la kakak..
dah submit 2 email dah..
just wait and see jer lah..

Idop ni, kita layan dan hormat orang cara elok,
orang pun hormat kat kita balik,
ni baru jadi kerani bank dah nak belagak bagai..

February 20, 2012

Cerita Di Warung "Kak Ina"

Hye bloggy................

minggu ni agak best, sebab dapat bersantai di kampung, walaupun tak besar di sana, but still ada member yang pernah membesar bersama dengan gua..
tadi gua keluar tak rancang pun,
tetibe teringan teringat member comolot
kuar kan phone,
call dia say hello sepatah dua
then terus ajak dia keluar..

keluar tadi time maghrib
time dimana setan banyak cari makan
member gua yang sorang ni agak alim sket
ajak gua singgah solat kat satu masjid ni
dengan keadaan gua yang sangat tak suci ni
gua memberanikan diri masok masjid dengan dia
nasib la ada kain pelikat dan kopiah
sebab gua keluar pakai shortpant dengan T-shirt jer
rantai, gelang segala bagai terpaksa gua letak tepi
tetibe terasa hina giler diri ini
macaa tak layak pun ada pijak tempat suci itu.
tapi yang haus harus menilai tuhan bukan kita manusia yer dak..??

selesai perkara wajib,
si faiz chubby ensem ajak gua lepak warung
warung kak ina katanya
skali tengok anak tokey warung tu boleh tahan cute
dari jauh sememeh senyum kat gua
dengan selai kertas dan sebatam sebatang pen dia datang amik oder
nak minum ape bang...??
yang lain elok jer oder
sampai turn gua, gua cakap air sembahyang ada..?
hehe... merah muka dia

"abang ni elok2 la oder"
jerit dia manja sambil memandang sinis gua
sejurus lepas tu,
mak dia pulak mula pandang2 gua


ehh jap... perenggang seterusnya mengandungi unsur bangga diri tahap melampau dimana anak2 dara yang belum hamil mungkin mengalami muntah2 yang teruk...........  jadi sila tekan butang ( X ) kalau tak nak baca... terima kasih

gua tak tahu dia bisik ape kat mak dia
pastu mak dia start senyum2 kat gua..
mak cik tayah la tengok,
gua tahu gua ensem,
mata gua biru
hahahahaha..............
(hati kecil gua ketawa)

lebih kurang sejam gua lepak,
member gua ajak pulang
tanpa pikir panjang
gua bangun dari kerusi
bukak wallet hulur duit nak bayar
gua ke kaunter cashier...
bapak dia jadi tukang kira..
uncle (hehe semua orang tua gua panggil uncle)
semua berapa..........??
sekali dengan anak pakcik rm15 ribu
homak kau.............
MOTIF...???
terkejut beyut saya ok.........

mak dia di kerusi sengih-sengih cam tiram berkulat
anak dia nyorok di belakang mak dia sambil pintal2 ekor tudung
gua syak anak dia berkenan kat gua ni..
ok siyes gua perasan tahap dewa..

masa nak keluar dari kedai
sempat mak dia interview gua
dok kat mana, umur berapa, anak sape, belajar lagi ke..??
makcik ni polis ke ape..???
mak dia kata ape tau..

"alo alo comey nye budak ni"
"manis jer senyum"
"kulit putih jer, macam bukan orang melayu"

gua tersipu-sipu malu,
"yer cik...hehehehe"
itu jer gua mampu balas...
tanpa menoleh ke belakang lagi
gua blah dari warung kak ina
harap cuti balik kampung lain kali
gua nak datang lagi..
mana tahu ada rezeki
tahun depan kita kawen lari..
hahahahaha....

pada reader yang terasa loya anak tekak tu... padan muka, sape suruh kau baca... hehehee...

ni ada pantun untuk kau pak cik dan mak cik

"Anak harimau mengidam betik
betik di idam yang cantik-cantik
bungan bunga di taman belum di petik
kalau pakcik dan makcik nak petik sila la petik"

February 17, 2012

Jom Memasak Dirumah

hye bloggy...............

anda sehat...?
gua baru je lepas masak ni...
dinner harini mummy rekues nak makan siakap 3 rasa
yu'olls mampo...?
gigih masah masak kat dapur
pung pang pung pang bagai...
pastu si adek pulak rekues nak makan telor bungkus
dan daddy nak makan bergedil ketam

haha... haruslah gua kema kena dera
jejarang balik
kira rare la dapat makan hasil air tangan gua
kira best la nak masak pabila buka jer pintyu pintu peti es
penuh dengan bahan mentah
tinggal masak jer
ni kalo buka p[eti peti nampak kobis jer tertonggeng
malas jer nak masak..
kira feel tu dah kelaut

tengok jam dah kiupul pukul 5pm
jap lagi mummy, daddy dan si hadek balik
tanpe buang karen gua prepare jer yang mana patot
pung pang pung pang
nah kau dah jadi laut... lauk....


actually nak lekat pic selai dua..
lappy problem tamau terima si gigi biru (bluetooh)
mebey entry next time gua tayang pic selai dua

February 16, 2012

Saya Dan Cinta Baru

hye bloggy.................

Selepas bergelumang,
berhempas pulas
meredah ribut badai,
akhirnya mendapat juga lappy baru sebijik
hadiah yang tak ternilai dari allah dan mummy
bagi gua kehilangan lappy
ibarat kehilangan seorang gilprend tersayang
hilangnya tempat gua nak meluah perasaan

ok....
gua syak da ada orang tekan X
sebab tak kemaruk nak baca kan....??
haruslah terkena tajuk propa..
kadang propa tu penting
nak menggalakkan umat manusia membaca
orang mesia ni nampak jer tajuk chenta
gigih la click nak baca yer dak...

ok meh sambung pasal chenta hati gua
mesti korang semer curious nak kenal kan
gua letak nama dia
Julia Davidson (haruslah hailite merah kata chenta hati)
meh layan gambar selai dua


betapa bertuahnya gua kenal julia ni
dia mendekatkan gua kembali dengan dunia blog ni..
gua jumpe balik dengan kawan-kawan lama
sebab dalam realiti gua tak punya teman
sebab dekat dunia nyata gua ni ibarat cam plastik bag
dicari bila perlu,
dibuang bila tak takde guna....
tapi di dunia maya ni
gua ada julia, ada bloggy, ada kawan dalam blog
dan terasa sedikit dihargai

dan gua hargai setiap visitor yang datang membaca
walaupun sekelumit sahaja
blog ni takde ape yang menarik
blog template dah 4 tahun tak penah tukar
haha........

ok la nak stop dulu...
takde idea nak menaip

PS: Pada yang dah jauh terlanjur tu, waktu untuk berubah masih ada, walaupun kita rasa dah takde sape yang boleh pimpin kita, tapi ingat lah selagi kita sentiasa berdoa pada yang diatas dan masih setia bergantung pada dia yang tak mati, kita akan selamat dijalannya.... setiap orang pastinya ada membuat kesilapan, Dan kita masih lagi diberi ruang dan peluang kedua untuk memperbetulkannya.. 

Salam sayang dari : Isaac Josh Olswen

February 11, 2012

salam sayang salam rindu buat rakan bloger ku

hye bloggy....
Memang agak lama gua menyepikan diri
Bukan nak lari
Tapi masalah datang menimpa diri...
Hari ni dan beberapa hari akan datang gua bercuti panjang
Kemain kau dah keja tak cuti 2 bulan
Habis sendi ni sakit2
Taapi takpe asal dapat duit

Ni pun gua baru je balik dari kampung
Pegi jengok mak dan pak mentua
Dekat nismilan
Lusa baru balik kampung halaman jenguk mummy and daddy
Tapi tiket haram gua tak beli lagi
Harapnya bukan musim cuti tiket ada lagi

Balik nismilan pagi mandi ayor terojen
Haruslah ada kawanan laki pompuan
Tengah sedap beromen dalam ayor
Nak jer gua rejam paakai batu sungai tu
Tergedik-gedik terhinjut-hinjut
Cam itik baru lepas betelor
Agak nak beromen masok la dalam hutan ke sket
Yer dak, lapik daun pisang brang selai dua
Beguling la korang kat situ
Untung ada ulat bulu
Bergaru la kau kat situ

Ni beromen dalam air,
Haruslah hadik-hadik nengok
Jadi teladan pulak
Kemain yu...
Tayah la kisah pasal orang nak beromen
Gua sebenar nak citer pasal best mandi jeram
Dapat main air,
Siap bawak spaghetty bolognaise lg
Hamik kau jah. orang mandi sambil  makan spaghetty
Kau hado....???
Hahahahahaha

Setelah berendam lama..
Agak-agak rahim pun dah mengecut
Cik kekasih mengajak gua balik
Otw nak balik sempat pulak cik limah ngajak mndi swiming pool katanya...
Haruslah 4 beranak meroyan ke rumah pak ucu
Kolam renang 2 tingkat cik jah..
Kau hado...??

Berenang bagai jadi duyung sejam dua
Terus capai tuala dan balik umah..
Actually air terejun dan rumah pak ucu tu dekat je ngan umah kami
Kalo jalan kaki sebatang rokok jer
Hahahahaha...

Sebelah malam wat aktiviti bewsantai cam biasa
Malam tu gak si budak kenit belanja we oll satey
Dan hari ni gua dah pun blik ke putrajaya..
Dok lam bilik
Hirup nescafe
Cucuh rokok sedut sepam dua
Sambil belek-belek buku agama
Sambil tangan gigih menaip blog
................................................

Besok or lusa nak ke sony center beli lappy baru
Nak ganti lappy yang dah kena curi tempoh hari
Alhamdulillah allah berikan sedikit rezeki
Buat hambanya yang khilaf ini
Aku bersyukur dengan rezeki pemberianmu y allah
Walaupun amal dan iman ku sekecil zarah kepadamu, namum kau masih lagi menunaikan setiap doa ku..
Dan aku juga bersyukur kerana masih lagi di beri nyawa untuk bernafas
Dan berpeluang beramal kepada mu lagi y allah..

February 8, 2012

setelah genap sebulan gua menyepi

hye bloggy.....
Anda sehat....?
Wallafiat la hendaknya yer dak...!!
Diam tak bising... dah sebulan gua tak hapdate blog..
Mebey some of korang tatau kot
Bilik gua kena pecah,
Lappy, enset,rantai, dan beberapa berangan yang bernilai lain licin kena rembat orang....
Yang rembat pun member sebantal gua jugak
Tak pe lah dah allah kata situ jer rezeki kau...
Kau nak hamun bagai pun tak datang benda alah tu...
So redha cara terbaik gua..


Yang paling menyayat hati
Sumer paperwork gua dalam lappy tu
Belom sempat print
Hilang bersama lappy..
Dan yang paling best
Kedai gua ranap musnah...
Sebab paperwork tu adalah sebahagian dari projek kedai baru gua...
3 bulan ok gua siapkan siket siket

Gua rasa nak nangis jer
Citer kat orang mungkin orang tak faham...
Kalo drama melayu dorang akan cakap cenggini
Sabar la mebey ada hikmah....

Hikmahnya sekarang...
Gua dah tak kerja
Kedai gua lingkup cenggitu jer
Dan gua malu nak jumpe member yang dah berjaya
Kalo gua ada lappy skang pun
Belom tentu siap paperwork tu

Takpe, tuhan tu baru nak uji siket
TUhan tak kejam
Tuhan tak bagi ape yang kita nak
Tapi tuhan bagi ape yang kita perlu
Gua syukur sangat gua masih ada enset
Boleh on9 taip blog
Walaupun gua terpaksa menahan titis air mata dari mengalir ke pipi..
Mungkin dapat lappy baru
Gua nak mulakan kembali
Ape yang gua dah hilang

Idop gua ni cuma satu je tujuan
Nak hantar mummy and daddy gi haji
Selesaikan tanggungjawab gua sebagai anak
Baru lah pikul tanggungjawab lain

Sekarang gua keja kumpul balik duit
Dan ganti balik ape yaang hilang...
Ok sekian
Mungkin gua jarang update blog
Sebab on9 pakai blackberry
Tak puas nak menaip
Nak lepaskan perasaan...

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...