iklan

February 14, 2013

14 February | Valentine | Cara Kita Berbeza

Gua pasti ramai gadis-gadis nano yang menunggu saat ini kan,
saat dimana boyfie kengkorang datang dengan sejambak bunga dan cakap
"Happy Valentine Sayang"
Suwet giler babi

Pada yang takde kerja tu, cuba korang call mak ayah korang dan cakap, 
"happy valentine mummy dan daddy"
terima kasih sebab telah membesarkan saya menjadi seorang manusia yang berakhlak.
gittew baru orang panggil anak.

gua nak tanya berapa ramai diantara korang yang call mak ayah paling rare pun sekali dalam seminggu tanya khabar dia..?
Gua pasti tentunya reader-reader gua ni adalah anak yang soleh/solehah gitu dak..?
gua call mummy @ daddy gua setiap hari sebelum pergi kerja, 
Kadang kalau tak sempat gua akan text diorang sebelum masuk kerja.
tapi dengan mummy lah gua selalo gayot lama siket sebab orang perempuan ni ada je cerita dia.
dulu gua jarang tanya tanya khabar orang tua gua,
pada satu hari gua sedang sembang dengan kak Lieza tetibe kami cerita pasal kedua orang tua kami.
dan kata kak Lieza maka berdosalah seorang anak kalau mak @ ayah dia tetibe berkata
"Apa lah anak aku ni buat kat sana, tanya khabar pun tidak, inikan pula nak balik kampung tengok kita"

dan gua tak mau jadi seorang anak yang derhaka,
 mungkin ada reader lelaki yang baca ni akan cakap malunya nak call mak@ayah sebab tak tahu nak cerita apa. biar malu dari satu hari kamu berkata, kalau lah mak ngan abah masih ada aku pasti akan jaga dia, aku pasti akan call dia tanya khabar, aku pasti nak dengar suara dia setiap hari.
kalau korang nak tahu, mak ayah kita ni walau sedang sakit, bila dengar jer suara anak dia secara automatik dia akan sihat semula. korang tanak percaya tak apa.

Gua bahagia masih ada mummy dengan daddy,
walau hidup kami tak kaya
kami tak ada harta
tapi alhamdulillah kami bahagia

Pada member yang mana family dia dah berpisah,
mak ayah dia sosial
keluarga asyik bergaduh je,  
inilah masa korang nak ambil berat pasal diorang.
orang lain tak akan boleh mengubah kita 
jika kita sendiri tak mahu mengubahnya.

 
"Dunia Selalu Berputar Dan Hari Terus Berganti, Keadaan yang sama tidak akan berlaku selamannya, Dan jika kita inginkan yang terbaik berusahalah, Dan allah sentiasa berada dengan kita disetiap saat kita memerlukannya.. Jadi kenapa bersedih.....?"


February 12, 2013

Mama Kenapa Orang Selalu Jahat Pada Abang.

aku text dengan mama tadi

Abang: Mama abang rasa bulan ni last abang kerja
Mama: Kenapa, abang bergaduh ke..?
Abang: Tak lah, cuma dah bosan kena fitnah
Mama: Sape yang fitnah abang..?
Abang: Adalah diorang dekat tempat kerja tu.
Mama: Diorang cakap ape..?
Abang: Macam-macam la Ma, kadang bila abang dengar jadi sakit hati. baik abang berhenti.
Mama: Cuba cerita diorang cakap apa.
Abang: Cakap abang ambik duit cashier lah, suka mengular lah, suka keluar kedai lah.
Mama: Jadi abang ada buat ke semua tu..? Mama rasa tak kan..?
Abang: Memang lah takde Ma, Abang selalu ingat pesan mama kalau ada dekat tempat orang.

Mama: Jadi apa reason abang nak berhenti..? Mama tak suka anak mama selalu lari dari masalah, Mama tak ajar anak mama lari dari kenyataan, kenapa abang nak takut kalau abang tak buat..? abang kena ingat yang kita kena takut hanya pada allah bukan pada orang, kita jadi malaikat sekali pun orang tetap nak cari salah kita. sebab itu hidup kita allah datangkan dengan ujian.

Abang: Tapi abang sakit hati Ma, bila dengar orang cakap sale takde sebab abang jaga cashier. Niat abang datang sini nak kerja bukan nak cari gaduh, kadang abang tak kacau orang pun, orang lain masih nak kacau abang.

Mama: Sebab orang lain tu jealous hidup abang senang, Enset abang jer ada 4 mana orang tak tanya mana dapat duit.

Abang: Mama tau kan abang beli pun sebab kumpul duit gaji, mama tau kan sebelum beli apa-apa abang akan minta restu mama dulu, kalau mama kata jangan beli memang abang tak beli kan.

Mama: Ye, ma tahu abang tak nak derhaka dengan Ma, biarlah orang nak kata apa, asalkan abang kerja dengan jujur tak ambil barang orang, tak menipu orang buat apa nak takut. Walaupun mama kat sini tak nampak apa yang abang buat, tapi allah sentiasa melihat abang dari pihak mama.

Abang: :-(

Mama: Dah tak payah nak wat muka sedih. cuma nasihat mama, bersabarlah dulu, ini semua ujian allah, kalau abang lari bermakna abang gagal jadi manusia yang sentiasa redha dengan jalan allah. kalau abang tak buat kenapa nak takut, kalau semua orang dalam dunia ni tak percaya pada abang, mama lah satunya manusia yang percayakan abang.

Abang: Thank Ma, rasa lega sikit sekarang. Tapi kalau dah tak tahan dapat gaji nanti abang berhenti je boleh..?

Mama: Ma tak kisah, kedai Kak Tie pun nak pakai orang, boleh kerja kat sana, Tapi kalau boleh cubalah hadapi setiap masalah tu sebagai anak lelaki. Sebab anak mama ni kan kuat :)

Abang: Ye lah ma, abang ingat tu pesan mama, ehh.. sory pagi tadi lupa nak call sebab gi kerja tumpang epol, sampai kedai baru ingat, ni pun text mama curi-curi je sambil takde costumer.

Mama: Kerja elok-elok, nanti kalau balik kerja awal, call lah mama tak tido lagi sebab teman daddy tengok TV.

Abang: Ok mama, muuahh... assalamualaikum.
Mama: Wassalam.

Ni text dengan My Mom, sikit pun aku tak edit.

"Mama terima kasih kerana sentiasa menjadi lampu dalam hidup abang, sentiasa menyinar setiap kali masalah datang, Dan abang akan jaga mama dengan deddy sampailah kehujung nyawa abang, ini janji abang pada Deddy dan  Mama"


February 11, 2013

Aku Ni Garang Ke..?

Saya ingat abang ni garang sindir budak Baskin Robin,

Dan perkataan garang ni sering sangat dikaitkan dengan gua.
gua tak garang sebenarnya,
kalau kengkorang tak kenal gua memang akan cakap gua ni nampak garang.

Semalam gua sapa budak Watson
"Dik lewat balik kerja"
dan tetibe dorang macam terkejut gua tegur dia,
dan tadi masa gua ke Watson beli barang siket budak yang gua tegur semalam tegur gua balik
"sory lah abang, saya ingat abang ni garang, kalau nampak abang lalu kat area sini macam nak tegur, tapi takut abang tak layan jer"
gua mana ada garang, herherher (gelak pesen Ida Claypot)

 Ni lah kak Ida Clay Pot.

Gua tanya balik kenapa cakap gua garang..?
Mana tak garangnya, abang kalau jalan straight jer manjang sambil dok scroll blackberry kat tangan, muka memang tak senyum dah, sebab susah nak nampak abang senyum.. so kita orang ingat abang ni tak peramah, sekali kenal baru tahu sebenarnya abang ni peramah.

Dengan bekas awek gua dulu.
Sebelom kami kenal dia selalu usha gua balik sekolah, masa lepak kat kedai makan, rumah dia sebelah kedai makan tu, Memula kenal dia juga cakap gua ni nampak garang, orang dok lepak semeja sembang pung pang pung pang, awak jer diam, senyum pun susah, tapi bila saya mula kenal awak,
Lahai.. banyak cakap juga awak ni, dah la suka buat lawak bagi orang gelak sampai nak mampos..
"Gua masih ingat lagi ayat ni masa memula gua ngorat fatin dulu."

Roomate Gua masa study.
pergh... memula kau pijak kaki dalam bilik kita ni isaac, punya lah poyo nak mampos kau yer.. kadang aku tegur pun kau jawab hurmm............ jer........
masa tu aku nak pinjam potong kuku kau, fikir 3x nak mintak, muka bapak ganster kau, poyo jer wat muka ketat kau.. tapi seminggu kenal kau, tak berenti aku gelak kau tau tak.. kau ni mat bunga rupanya, muka bajet ganster
"ni lah ayat roomate gua dulu"

kau memang celaka Bukhari

Gua ni macam lalang, kadang mood gua ok, kadang mood gua down. sebab memang gua jenis pattern macam ni.. like seriously gua susah nak marah orang, kalau gua moody tu sebab gua malas nak layan kerenah orang yang buat gua marah, paling lama 3 hari jer. Gua memang cepat naik darah. kadang bila emosi tak leh kawal, terasa macam darah tu bergerak dalam badan, korang pernah tak rasa cam ni..? herherher (gelak pesen Ida Claypot) 
tapi gua tak pernah pun pukul orang, jangan risau, orang jer suka cari pasal dengan gua. harap perangai cenggini jangan la terbawak sampai ketua, karang anak cucu kita pula jadi ikutan.

Gua sebenarnya tak garang, gua jenis happy go lucky, kalau tak kenal memang lah cakap gua ni macam-macam, dah kenal nanti pasti sayang, kahkahkah gila tak patot puji diri sendiri.. 

"Kenikmatan dunia hanyalah fatamorgana. Penderitaan dan musibah adalah penghapus dosa. Kemarahan adalah api yang menghanguskan. Waktu kosong adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan"

February 2, 2013

Dialah Sahabat

Aku rindu............

Aku rindu.. rindu pada kenangan lalu..
rindu pada diri aku 6 tahun lalu..
rindu pada kehidupan yang dulu..
kehidupan baru sangat menyakitkan..

Hari ini aku belajar lagi..
walau kita ada masalah besar sekalipun janganlah suka mengadu pada orang..
kalau setakat mengadu pada member yang hanya memberi jawapan,
hurm..hurm..hurm.. aku kesian pada kau beb..
sabar lah, nak wat macam mana ujian untuk kau..
Then aku mulai sedar tak semua orang akan suka mendengar..
walau dia selalu cakap "I know you need my shoulder"
itu hanyalah alasan..

Seorang hamba allah yang aku kenal mulai bercerita..
tempat paling best mengadu hanyalah pada allah..
kadang kita bercerita dekat member..
belakang kita hanyalah jadi bahan gelak ketawa..

Ada orang lebih selesa cerita dekat bestfriend dia..
aku kadang pun macam tu juga..
kadang bestfriend pun meluat dengar cerita kita..
dalam hati dia berkata "mamat ni dah start drama air mata"

lepas ni aku tak mahu mengharap apa-apa lagi dari kawan..
tak mahu bercerita apa-apa lagi pada kawan..
aku hanya ada tuhan tempat aku meluahkan perasaan..
kawan dunia ni hanya indah dimata jika kita berharta..

Aku cuba baiki diri sendiri..
cuba untuk berdikari..
cuba untuk tidak melepaskan baran aku sana sini..
cuba jadi insan suci..

"dalam hidup kita, sahabat tu penting, tempat kita bermain, tempat kita berkomunikasi, tapi ada certain thing kita kena jadikan sesetengah hal itu peribadi dan tak elok di kongsi"

Selamat malam.....

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...