iklan

November 19, 2011

Bersendirian Lebih Baik Dari Ada Seribu Kawan

hye all,
Dear Bloggy.
kadang kita tengah enak bergembira
mesti ada yang tak best akan berlaku
tak cepat pasti lambat
Bagi gua hidop sensorang jauh lagi best
tapayah nak pikir pasal perasaan orang lain
nak makan ke
nak minum ke
tapayah nak kena tunggu orang pelawa
rasa lapar makan'
rasa dahaga minum
nak kemana-mana tapayah nak tunggu orang
selagi boleh berjalan pergi je sendiri

Kadang kan ada kawan cam takder
dorang cari gua time perlu jer
time sengkek nak mampos
time dah tersepit taleh bernafas
sure korang akan ingat gua
tapi kata mama
tu lah lumrah kehidupan
bukan senang nak cari member yang boleh bertepuk bertampar
tetambah dengan manusia cam gua ni

Gua ni dah la keras kepala
ape gua cakap pasti gua dapat
kadang cepat sentap walau menda tu kecik jer
gua juga jenis nekad
kalau gua kata harini jadi
gua akan buat sampai benda tu terjadi
so kalau gua cakap pada mama besok nak beli lappy baru
lambat atau cepat gua akan beli juga

Kadang sebab sifat itu lah mama gua agak bimbang
sebab dia takut gua akan niat nak buat yang bebukan
sebab sifat tu jugak ramai memember gua tak suka gua
satu lagi sifat buruk gua
cepat naik angin tak kira tempat
kalau gua rasa benda tu tak kena
gua tak kira depan orang ke
depan menteri ke
depan dato datin ke
selagi gua rasa gua ni betol
gua akan mempertahankan ia sampai mampoos
gua akan mengaku salah kalau benda tu
memey kecuaian diri gua

Gua juga jenis manusia yang tak suka kalah
selagi fakta gua tu betol,
buat cemana pun kau takan menang
paling tidak bunuh diri jer member tu
disebabkan sakit hati
tapi kalau fakta gua tak betol
gua akan dok diam dan dengar je.

Emosi gua boleh berubah dalam satu saat je kalau gua nak marah..
bila gua start marah satu badan gua mengeletar
sory la kalau ada yang kena se'pak
pinggan mangkuk melayang-layang
tu dah perkara biasa
time tu gua dah tak kisah mati pun takpe
asal hati gua bahagia.

mebey sebab tu tak ramai yang berani dekat dengan gua
tak berani nak bergurau senda
gua kadang dah tak kisah kalau takde member
sebab ada ke takde sama sahaja
kadang tak tolong serba salah
kalau tolong kan in the end gua yang akan sakit hati
so baik berkawan dengan orang dalam web jer
just kenal kat situ jer
takde nye orang nak sentap dengan gua
tapi kalau orang yang bebetol kenal gua je yang tahu gua ni cemana





November 15, 2011

Dosa Semalam

Hye bloggy....
lama betol tak menulis kan..
tadak idea nak ngarang
balik kampung minggu lepas
dapat plak berita yang agak tidak selesa
moto gua kena curi
depan rumah plak tu
cam vavie jer kan
tapi haruslah tanak sumpah budak tu
bimbang terkena badi beruk lepas ni
biasa la kalo mulot berdaulat cam gua ni
mintak ape sumer akan jadi

Mummy nak report polis
gua cakap tayah la
yang ngambik bukan orang lain
wat report pun moto tu dah kena barai
lapanbelas kerat
tadak guna dah..
makan hati jer nengok bangkai moto
cuma gua cakap at mummy
kali ni bukan rezeki kita
nak nunggang moto tu lagi
mebey ada rezeki yang lain......

Atau mebey ni balasan atas dosa gua yang semalam
ya kan siapa tahu,
kadang kita tak sedar ape kita buat
bila dah shedap terlanjur
baru kita nak terngadah
ikot kan banyak sangat dosa lalu gua
sampai tak terhitung dengan jari jemari ni
gua harap dengan berlalunya musibah ni
Allah akan meringankan balasan dosa gua semalam
tak tertanggung gua dengan siksa nerakanya
biar suci jiwa gua
dari segala prasangka..
semoga tuhan mengampunkan dosa gua semalam
dan memberi gua peluang untuk bernafas semula
dan kembali hidup menjadi manusia yang baru.

November 5, 2011

Gua Nak Balik Kampung..!!

Hye bloggy..
sehat..?
hahahahaha....
tersentap kejap gua dengan ahkak jual tiket bus,
ohkey, tetibe jer kan.
Gigih bangun pepagi morning semata-mata nak beli tiket vus bus balik kampong
sesampai jer kat stesen, 
dengan kompident gua tanya
tiket balik ke Kota Bharu ada tak..?
ahkak tiket dengan muka mesen pesen mintak senapang atas muka pun menjawab
ntah tatau, dAH HABIS KOT.
siyes nak tempeleng jer muka dia

Bhahahahaha

Best la kan jawapan kau,
pasni linkup la sumer syarikat bus kalo sumer pekerja dia
syial cam ahkak tersebut.
nak marah sebab tak dapat beromen dengan laki kau semalam pun jangan lah kau lepaskan perasaan gersang kat kastemer suci cam gua ni, sentap mak pepagi morning tau.. Nasib tadak lemah janung jantung.
cis betol.
tetibe jer spoiled mood gua yang happy,
and korang ingat gua nak lepaskan cam tu jer ahkak tu
OH no no no

Gua senyum sepintas angin lalu
lantas membidas
Kau hengat kau lawa ke..?
tak lawa pun,
dah lama ker jadi kerani kat sini..?
bak sini num telipom bos kau
nak sekolahkan dia supaya ajar kau cara beradap dengan orang
tetibe dia wat muka pesen tercirit taik sembelit
Muka selebet

kalau tak pikirkan gua dah terlewat masok kerja
memey gua tungggu jer depan kaunter tu
gua balik dengan hampa
dah la tiket tak dapat
balik dengan emosi tergangu
gua selok poket
capai enphone
call mummy
sory tak dapat balik sebab takder tiket
tetibe member gua call ajak balik dengan dia
so tersangat lah bertuah diri ini.
so besok gua dah balik kampung
hoorey..hoorey lah yeer

ok lah gua nak wish selamat hari raya lah buat semua

November 1, 2011

Jom Masuk Kelas Bakery

hye bloggy
this week gua agak menyibukkan diri
dengan kerja-kerja luar
sampaikan takde masa jengok blog
masa pun untuk tido jer balik umah
tambah dengan situasi yang giler genting skang ni
membuatkan otak gua
berpusing luar dari paksi

Beberapa hari ni gua agak bizi dengan kelas bakery, ajar anak-anak dara serta mak dara buat kek dan segala macam makanan berasaskan tepung.. Berbekalkan dengan sedikit ilmu di dada gua semangat mengajar derang semer, kelas tak lama dalam 9 jam jer, tu pun 4 orang pelajar sahaja. Gua pun taleh la nak wat terror sesangat sebab ilmu ni belom cukup power lg stakat ajar basic tu mampoo la..

kau mampoo....????

Antara design yang sempat gua snap, sebab masa yang terlalu singkat gua tak sempat nak snap bebanyak yer la kau tangan penuh icing takan la gigih nak nangkap gamboo.. 

pelajar di ajar sapu basic icing

Wah kau kelasssssssss.... muda-muda dah jadi cikgu, tak dapat jadik cikgu sekolah jadik cikgu buat cake pun syukurlah, tu pun dah kira gua ni agak bertuah sebab di beri peluang dan kepercayaan untuk mengajar derang semer..

Berbakat, hasil dari pelajar gua yang paling muda..

Derang semer ni gua ajar sekali jer dah terror, harap lepas ni design korang makin chanteeQ la yer.. 

Iera, dengan cake blackforest..

sempat 7 jenis cake jer gua mampo and sempat ajar, nak ajar banyak lagi, tapi timing memang jelous dengan gua.. shit man.... tapi next week maybe after raya gua akan adakan 
2nd class untuk floral cake decoration and 
3rd class untuk fondant floral icing..
4th for cup cake..
segala jadual mengikut kebizian kehidupan gua..hahaha..
tapi jangan nak rekues lelebih dari gua, sebab gua pun still dalam learning proses... percaya atau tidak gua hanya belajar semua ni dari youtube sahaja.. kalo citer mebey kerang semer cakap gua tipu kan, so korang ada youtube cer korang google sendiri, segala video ada, so tepuk dada tanya semangat cemana...? kau mampoooooo...?????

Lemon cheese cake
mantoop

Cartoon cake

Semua gambar ni adalah hasil dari pelajar-pelajar gua.. Gua punya design takleh tunjuk sangat kan riak plak.. har har har har...  
Gua nak ucapkan ribuan terima kasih pada kak Ieta kerana menyediakan juadah yang sangat sedap serta bilik tidur yang sangat selesa bak istana sepanjang program class bakery tu berlangsung.. Dan terima kasih juga kepada semua pelajar gua kerana menjadi pelajar yang baik dan tekun berusaha.

Nanti kan juga class assorted biscuit raya and class unique cartoon cake decoration.

ok bai

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...