iklan

April 7, 2015

Jangan Lemas Dalam Usaha

hye bloggy..

Salam manis berserta madu buat semua.. harini tetiba uncle meroyan nak tulis blog. Actually banyak dah uncle tulis cuma tak publish sebab rasa tak sesuai untuk dikongsi.

Ramai yang tanya uncle ni kerja apa sebenarnya. Kejap-kejap post gambar kek. Kejap-kejap post pasal editing. Kadang ambik tempahan design. Kadang buat wedding photoshoot. Ohh yang terbaru mengajar personal class "baking"

Bunting minggu lepas

Macam mana uncle ada masa buat semua kerja tu. And ada masuk any school ke belajar so many thing about graphics ni.

 
Business card murah dan higher quality

Uncle ni same je macam semua orang. Lahir bukan terus pandai.. uncle banyak belajar. Banyak tanya orang. and uncle banyak habiskan masa dengan on9 dan Explorer many things. Kat youtube tu dari goreng telur. jerang air. Sampai video beranak pun diorang ajar. So semua terletak kat tangan kita.

Uncle ni jenis manusia yang nekad. Kalau rasa benda tu mampu buat. Uncle akan cuba buat walaupunn hasil dia tak sehebat mana. Atlease we try.  

Uncle pernah belajar menjahit. Pernah jahit baju melayu sendiri. Baju kurung moden untuk mama. Jahit langsir raya. Alas meja. Alter kaki seluar. Jahit cadar sendiri. Tapi ramai yang cakap uncle ni lebih kepada feminine and buat kerja kearah keperempuanan.. like i said who's care.. selagi kita tidak menyerupai wanita. Tidak menukar jantina kenapa kita nak malu... orang yang malu adalah orang yang langsung tak tahu buat kerja.

And apa yang penting. Kau kawen besok mak mentua akan puji kau lebih dari menantu lain. Sebab kau boleh buat semua. Hahahahahaha.... 

Kadang uncle tulis macam ni sebab nak sedapkan hati sendiri. Bilamana keluar pergi kedai orang selalu panggil uncle anak dara sebab tak keluar rumah. Tak naik motor kehulu hilir. Tak lepak warung macam budak laki lain. Aku bukan tanak campur dengan masyarakat cuma aku rasa tak elok diri aku yang virgin ni dicemari nakotin nakotin serta umpat umpatan pada orang..  hahahaha.. korang mesti anggap aku ni seorang yang sangat membosankan..

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Hahahaha... uncle sangat friendly kalau kawan tu 1 kepala dengan kita...

Semoga tahun baru ni. Rezeki pun lagi murah dari sebelumnya... tak nak ada musuh dan dimusuhi. Hatters semua dah boleh beli kain kapan and pergi mati. 

Cukuplah sini dulu entries serious dari uncle.. 

"Kita tidak akan berjaya dalam hidup, sekiranya disepanjang perjalanan, kita asyik membaling batu pada anjing yang sedang menyalak"

April 6, 2015

kisah 20 Sen

Hai korang semua.. harap sihat lah hendaknya.. ni merupakan 1st entry untuk tahun 2015 setelah sekian lama uncle tinggalkan dunia blogging ni.. actually takde masa sebenarnya nak menulis. Hihihi.

Ok back to the tittle
semua orang kenal kan dengan duit 20sen.
bentuk bulat, nilai pun kecik kan.
kalau jatuh celah kusyen kereta tentunya tak kutip kan. Tapi kalau kena kat parking bermeter mesti kita korek balik cari 20sen tadi.. walaupun nilai dia kecik. Sampai masa 20sen tu tetap besar nilainya.

20 sen

Ceritanya macam ni. Dulu uncle dapat PLKN dekat Gunung Semanggol Perak. uncle dapat kem jiwa murni.. masa 1st dapat tahu kena pergi PLKN tu rasa macam nak gantung diri je sebab memang tak suka PLKN. Hahahaha...

so uncle pendek kan cerita. 1 malam tu uncle pergi beli burger. Faiq kawan uncle kirim suruh beli. Sebab dia dah penat kawad so tak larat nak ikut. Gerai burger tu kat cafe dalam kem tu jugak. So dia bagi la rm2 untuk beli burger. Burger tu rm1.80sen jer. Dah siap tapau ape semua terus balik dorm delta makan burger dengan Faiq. But i forgot to gave him back ballance 20sen tu. Memang tak ingat langsung.

So di pendekkan cerita lagi. Lepas peristiwa beli burger tu. My mom call cakap dapat tawaran sambung belajar n kena lapor diri immediately. So my mom fax kan surat tawaran tu ke kem jiwa murni dan uncle dapat pelepasan dari cikgu untuk balik awal dan terima sijil tamat latihan. See that untung kan uncle that time ada lagi balance sebulan tapi boleh balik awal.

And masa syok kemas barang-barang nak balik. Uncle lupa nak pulangkan balance duit faiq tu. Sampailah hari nak balik uncle cari dia nak bagi balance tapi semua group dia kena buat jungle tracking outside kem. So dengan perasaan berat hati uncle pun balik sampai kampung. Tiba je hari minggu uncle call aYie sebab faiq takde enset time tu nak call dia sendiri... hari minggu kami dapat enset tau. Uncle nak cakap dengan faiq pasal duit dia. Tapi faiq keluar pergi makan. So uncle minta jasa baik Ayie mintak alamat rumah faiq n number talifon. Tapi entah macam Mana masing-masing lupa. Dan uncle pendek kan lagi cerita sampai sekarang uncle tak dapat cari faiq tu.

Tadi uncle pegang duit 20sen tetiba rasa tak sedap hati. Rupanya duit balance faiq 20sen yang 9 tahun dulu uncle tak dapat pulangkan lagi. Duit tu masih uncle simpan sampai sekarang. Uncle tak tahu macam mana cara nak cari faiq ni. walaupun nanti dia akan cakap alah 20sen tu aku halal je. Atlease keluar dari mulut dia kan.

So uncle harap sangat dapat jumpa dengan
Mohd Faiq Mahfuz Bin Zakria
asal kota bharu kelantan
bekas pelatih PLKN kem jiwa murni
company DELTA.

Mana tahu kalau dia tergoogle nama sendiri dan baca entry uncle ni boleh tak bagi alamat or number phone supaya uncle boleh contact dia. Sebelum uncle balik dia ada conteng buku nota uncle macam-macam dia tulis ucapan tapi dia tak letak pun alamat or anything else that i can find him back after camp.. walaupun 20sen tu nilai dia kecik. Walau bagi balik dia tak akan jadi millionaire tapi kita kena jujur. 20sen tu hak dia bukan duit kita.


Zaman dulu ini lah instagram
inilah facebook
inilah twitter
kerana kenangan itu kita boleh rasa dengan setiap pancaindera kita.. walaupun jauh ketinggalan zaman tapi inilah yang sebenarnya kenangan.

So uncle harap sangat allah beri peluang untuk jumpa dengan dia. Dan bagi balik balance beli burger ni.. uncle sangat sangat berharap boleh jumpa dia.

Ingatlah
"Hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut"


more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...