iklan

December 22, 2012

Ehh Brader Bila Kawen..?

ehh brader bila kawen..?

tu lah ayat yang kuar dari mulut sorang mamat yang sedang tunggu bas dengan uncle..

uncle membidas :kawen..? kawen celah mana...????
alah bro last week saya nampak bro jalan denga isteri bro tengah tengok oven dekat booth ELBA

ahh cilaka... tu bini member gua (hati gua berbisik)

aku tak kawen lagi lah...
asal tengok muka cam dah kawen ke..?
(dah tua ke aku ni..? getus hati kecik aku)
muka bro ni dah macam 27 saya rasa..
aku baru 22 lah wei.. kawen lambat lagi

sini I/C bro nak tengok..?
nah aku bagi dia..
ehh betol la umur 22, ehh orang kelantan ke..?
ya..ya..ya.. dah tu kenapa..?
saya memati ingat bro orang sabah
Lahai... jauh pergi kesabah kau
takde lah, saya tengok muka bro takde iras-iras melayu pun
itu pasal ingat orang sabah

pastu dia tanya lagi
bro tinggal dengan keluarga ke rumah bujang..?
rumah adik aku, kat precint 9.. sekali dengan bini dia kenapa..?
habis yang perempuan mengandung dengan bro tu bukan bini bro ke..?
hish budak ni, karang aku silambam buah pinggang dia baru tahu
tak..tak.. tu bini adik aku lah, saje bawak jenjalan last week

dah tu bro bila nak kawen..?
uncle jawab lepas cristmas ni..!
jangan lupa datang plak..
hahahahahaha... uncle gelak jer sampai bus sampai
dia cam benggang jer...

besok uncle nak ke 7E beli cekelat sugus mana tahu jumpe budak tu besok nak bagi dia
peramah bettei...
agaknya satu putrajaya ni dah kenal aku ke..?
pergi JPN pun ada ahkak tegur arini tak kerja dik..?
pergi beli barang kat COSWAY pun ada orang tanya cuti sorang ke..?
tu belom uncle citer  budak parkson, budak carefour yang tegur lagi.
meh uncle nak bagi tahu.. uncle ni SINGLE lagi
belom kawen
belom ada anak
belom ada awek
so sape nak ngorat uncle boleh la.. hahahahaha kemaruk orang tua ni nak berbini

Jangan salah anggap yer.. ni BFF uncle cik cinta.


December 20, 2012

Bila Mulut Manusia Mula Bercerita

Hye bloggy..

Reader uncle sihat..?
harap kengkorang sumer sihat la hendaknya..
Semalam uncle dapat text dari seorang member uncle kat kampung
nama patut di rahsiakan
menceritakan bahawa uncle balik kampung dah macam takde rupa melayu dah
dah rupa kafir-kafir murtad
nak ikot sangat jejak mat saleh nun
dengan pakaian ntah pape
ngan rambut kuning
pastu terkinjer-kinjer dengar lagu masuk dalam kedai makan
kesian mak kau lahirkan anak cam tu..

yang cakap tu sekor makcik yang mulut dia tu puaka tak patut
karang aku tampar tujak jugak makcik tu sedas atas belakang
mau dia kena strok berbulan-bulan
karang ada jugak yang nak kencing berak dalam pampers
tapi pikirkan yang uncle ni masih waras
masih boleh kira matematik congak pakai tangan
uncle takde la sampai nak balik kampung besok
pergi rumah makcik tu bakar selipar stiletto depan tangga dia
paling uncle simbah dia dengan cuka getah
#eeeehhhhhh...!!

ape pun biar tuhan saje membalas jasa dan budi baik makcik tu menyedarkan uncle bahawa uncle ni jauh terbabas dari rupa bentuk asal
makcik sama-sama ada anak kan
ape kata makcik didik anak tu dulu biar jadi manusia berguna kelak
dengar citer anak makcik yang laki tu baik giler
tak tinggal sembahyang
rokok pun tak pernah pegang
tapi tetiap kali sembahyang jumaat anak makcik la yang ajak saya ponteng sembahyang
ajak saya isap rokok belakang masjid time pak imam azan
makcik tau tak..? tak tahu kan..?
depan makcik anak tu pijak semut pun tak mati
depan makcik masuk azan jer terus sembahyang
tapi belakang makcik..?
pernah makcik tanya bulan puasa anak makcik puasa berapa hari jer..?
pernah makcik tanya dia beli bihoon goreng masa bulan puasa dia makan kat mana..?

makcik tau tak anak makcik tu jual pil kuda
makcik tau tak anak makcik tu simpan pill tu kat mana..?
makcik tau tak anak perempuan makcik tu semalam keluar dengan sape..?
makcik tau tak anak perempuan makcik tu kat sekolah dia buat ape..?
semua persoalan tu saya boleh jawab kalau makcik nak tahu
jangan gajah depan mata makcik tak nampak sedangkan kuman seberang laut makcik tau dia buat ape

sebelom kita nak mengata kat anak orang sila pastikan anak kita terdidik rapi
sejahat saya la makcik
saya tak pernah berzinar dengan anak orang lagi
tak pernah balik kampung bawak perempuan
jangan la sebab balik kampung tak pakai seluar panjang dah kena label kafir murtad
makcik ooooo makcik...

next time balik kampung kena pakai purdah la aku gamaknya

kena pakai cenggini ke makcik baru kata islam..?

kadang makcik-makcik kat kampung ni macam pukiemak pun ada
jenis manusia yang bercakap macam talam dua muka
jenis manusia yang mulut manis jubur masam
depan baik belakang macam haram
kalau baca hadis-hadis nabi kitab-kitab suci
mulut manusia ni paling tajam dari pedang
dan sebab setitik nila habis rosak susu sebelangga

sebab terlalu banyak kata cacian dan umpatan yang diberikan
aku seakan sudah lali dengan mulut mereka
kalau nak diturutkan tak sudah
ape yang dibuat diam sahaja
bagi yang tak buta dia boleh nilai uncle ni macam mana
kalau tak kenal uncle jangan suka buat cerita
biar dosa aku dengan tuhan sebab jarang sembahyang jer
jangan ada dosa mengumpat dan menipu orang

mummy pernah pesan kalau nak berkat hidup jangan suka menipu orang
ambik barang orang, mencuri duit orang
sebab setitik darah dalam diri kita yang mengalir dari duit tak berkat
maka segala isi tubuh kita juga berdosa
makcik siti juga ada pesan
seposen kita ambik duit orang sepuluh ringgit allah ambik balik dari kita
kita mungkin tidak sedar bila masa allah ambil
dan senario ini telah berlaku depan mata uncle
dan uncle anggap ia sebagai satu pengajaran buat diri sendiri

 kat sini saya ada sertakan doa taubat jika makcik suka boleh baca

Pada makcik tu sila la ingat
umur tu dah makin meningkat
liang lahad tu sudah dekat
cecepat la bertaubat
agar tidak terlambat
dah la hidup kau kat dunia ni dah susah
tambah lagi nanti kat akhirat
taubat makcik..taubat....



#ahh... penulisan yang penuh berimosi kali ini
rasa macam tak sedap dalam hati
bila dah di luahkan kat sini
rasa lapang dunia ni
gua harap makcik baca.
makcik jangan lupa drop comment yer



December 19, 2012

Uncle dan 25 december

hye bloggy..

25 December....

ape kena dengan tarikh ni..?
memang banyak kena mengena dengan hidup uncle
pada hari tersebut rutin harian uncle seperti biasa
bagun pagi mandi segala bagai yang perlu lah
tapi menjelang tengahari uncle dapat satu text dari cik kekasih

tit...tit..tit....
1 new massage
(Open)

Dear, im so sorry actually B nak bagi tahu benda ni dah lama, before kita kenal, B dah couple dengan Hafizi dah lama, then breakup baru kenal dengan dear.. but today Hafizi datang bawak rombongan meminang, then nak tanak B kena terima dia sebab family kita orang saling kenal each other, Then sorry again sebab tak bagi tahu benda ni awal-awal sebab B takut dear marah dan taleh terima, Harini B nak ajak dear datang la at rumah sebab rombongan meminang nak datang lepas zohor. Sekali lagi maaf kan B ye dear.. mebey jodoh B bukan dengan dear.. jangan lupa datang tau..!


Ni pesen ape kalau korang dapat mesej sebegini rupa..?
dem...dem..dem...
rasa nak carut jer betina murah tu..
dia ingat uncle ni ape..?
ya mebey bukan jodoh uncle dengan dia
but im not suppose to hurt this way
kalau still sayangkan dia why u accept my love before..
shit..memang shit..
begitu murah cinta uncle pada dia

lepas peristiwa tu uncle hilang pertimbangan
uncle mula start tak percayakan perempuan
uncle start nak game perempuan
seminggu uncle takde mood..
rasa kecewa dan rasa takde harga diri
nak kerja pun dah terasa cam mayat hidup..
cinta kami 3 tahun bukan sekejap
tapi hancur camtu jer dek penangan member baik sendiri

Fizi kalau kau baca ni aku nak kau tahu
member-member jugak jangan sampai sanggup nak makan daging saudara sendiri
kalau kau sanggup buat cenggini kat aku
jangan terkejot kalau satu hari orang lain buat menda yang sama pada kau nanti..
aku pn dah tak kisah sangat kalau kau nak kan perempuan tu
sebab kalau perempuan tu jenis setia dia takan jilat kau fizi..
sebab dia bekas aku..

ahh penulisan uncle yang penuh berimosi pulak
ni akibat terbawak-bawak kisah semalam la ni..
actually tu la serba sedikit uncle nak kongsi pasal 25 december ni
ikotkan malas nak di kenang lagi
cuma bila tiba jer 25hb mesti ingat dia
boleh tak uncle nak reques dekat  Najib suruh buang tarikh 25hb tu
hahahahahaha.....
ni tak lama dah ni besok lusa dah 25..
uncle nak mintak hari tu uncle jadi manusia paling gembira sekali
sebab tanak terkenangkan dia..

next year umur dah cecah 23,
harap dapat la jodoh cecepat
bukan ketegaq nak kawen
cuma nak menghindar dari buat maksiat lama-lama

"aku tak nak lah terus berkhayal dalam pelukan dosa" 




December 16, 2012

Musang Mata Empat Dan Ayam Serama

malam ni sunyi sangat
kedengaran anjeng menyalak jelas sekali
tiada seekor pun kucing berkeliaran
uncle pelik, mana pergi semua binatang ni..?
uncle merenung di luar jendela
nampak samar-samar bunga api yang sedang marak membakar menyinar malam
dalam hati uncle "pesta ape kat situ..?"

Ahh, abaikan sekejap tingkah manusia
uncle cuba merenung nasib sendiri
uncle oder "Mat Tiara" dah 5 hari
sampai sekarang tak dapat lagi
adakah uncle kena tipu lagi..?

uncle capai enset uncle text shafiQ
"Woi barang aku mana..? dah lama ni..!"
kata shafiQ 'kejak lagi sampai, kejak lagi sampai'
kejak kau tu sampai bila..?
uncle dah kemaruk nak "Mat Tiara" ni
kalao uncle tahu nak lambat cenggini
uncle setat keta uncle gi collect sendiri
miahahahahahaha.....
senin ni tak sampai awas kau ya shafiQ..

Sedar tak tido
besok lusa dah new year,
umur uncle pun dah cecah 23
calon isteri sorang pun takde lagi
uncle bizi, sibuk cari rezeki
bukan nak memilih sangat calon isteri
suppose umur 23 ni uncle dah ada bisness sendiri
dah ada anak bini
dah bawak mummy dan daddy gi haji
tapi tu semua tak tertunai lagi
adakah uncle ni bukan anak mithali..?

banyak benda yang bersarang dikepala sekarang ni..
tahun 2012 yang sia-sia sebab takde ape-ape
bukan uncle tak dapat kerja gomen
banyak offer kerja gomen
tapi uncle tolak sebab tak suka terikat dengan waktu
idop dengan kerja yang tak bebas
walaupun idop uncle sekarang ni takde la perfect sangat
tapi ok lah so far sebab ape yang uncle nak beli tertunai
barang-barang yang ada sekarang semua beli tunai bukan hutang..

next year uncle nak step up sket dengan bisness kecik-kecik
bisness ape rahsia dulu kejak
kalo dah jadi nanti baru uncle citer..
pakcik-pakcik uncle banyak buka kedai makan
ajak uncle kerja dengan dorang
tapi uncle tolak sebab dorang bukak kedai bukan area KL
so tanak la lagi stay at kampung
bila dah bosan kat KL ni baru uncle terima tawaran dorang..

harap besok dapat lalui satu lagi hari yang best tanpa dapat tekanan di tempat kerja
tanpa perlu bersemuka dengan talam dua muka
dengan musang mata empat
dengan ayam serama
ikotkan nak tulis banyak lagi ni

ni musang

ni plak ayam serama

tapi kalau musang berbulu ayam bagaimana..?

dunia sekarang takde yang pelik

aku akan cuba jadi yang baik walaupun orang anggap aku ni jahat.
biar kita hipokrik dengan orang asalkan kita tidak hipokrik dengan tuhan.

sekian...

December 14, 2012

Dayang Noor Faezah Masuk Islam

hye bloggy...............

gayanya 2,3 hari ni uncle kemain gigih ber belog 

mesti ramai yang terpedaya dengan tajuk ni..
jangan la korang sumpah seranah uncle dah la yer..
hae..har..har..har..
senarnya uncle takde idea nak letak tajuk ape..


 
gaya macam idea tu mencucurah jer,
kadang uncle update blog tanpa hala tuju jugak,
tulis main hentam jer asalkan selagi ada yang nak membacanya..
uncle ada reader ke..? hahahahahahaha....!!
belog uncle ni nampak jer kusam tak bermaya
silance reader uncle ramai jugak,
UV leh cecah 1k sehari-hari
ok la bagi biginer cam uncle ni
tak perlu reader ramai sangat, nanti pemes shushah fulak.

har..har..har...
ramai yang tanya kenapa pakai nama uncle dalam blog
tak nampak tua sesangat ker nanti..
uncle rasa tu identiti uncle sebab dah ramai pakai nama pepelik at luar sana tu..


harini uncle nak citer pasal christmas senarnya
uncle dah hantar surat kat santa request tv LED 62 inchi.
gittew kau.... mampo cik santa nak menghantarnya nanti
salji kat kawasan umah uncle ni dah semakin lebat
besok nak planing dengan cik jelita nak main snow man...
ya main snow man...main dengan cik jelita
hahahaha.... berangan uncle ni

Gaji uncle tak dapat lagi untuk bulan ni
so tak bershooping christmas mana lah gayanya.
tak dapat uncle nak beli snowhat
nak beli pokok christmas
nak beli lampu lip lap lip lap
nak beli ginger bread cookies
nak beli stokon nak gantung kat serombong asap tu
nak beli ayam belanda saiz raksaksa nak masak dipagi christmas
pendek kata kalo tak de duit semua benda taleh buat..

tu jer lah dulu uncle nak update
biji mata ni dah guling-guling macam guli
kalo rajin besok uncle update pasal sorang kastemer gila datang kekedai uncle
tak pepasal hari ni kastemer tu dapat ceramah free.

December 12, 2012

Mana Mat Tiara Ni....???

morning....................

Rasa tipikal  bagun tetengah hari cenggini dan ucap good morning
rasa songsang sangat.. koh koh koh..
nak citer yang hari ni uncle cuti.
cuti dari kepincangan dunia yang tak henti-henti menyalak
sambil bertemabak bertemankan sepapan cadbury
1 liter fresh milk dengan sekotak kokokeras
uncle menghabiskan hari cuti depan lappy

tapi kejak lagi rasa cam nak keluar
keluar meninton menonton wayang
cerita ape tatau lagi... nak recommendation dari ahkak kerja tiketing la kejak lagi
nak cari ahkak yang jaga tiket yang chun....
kalo tak chun tanak beli... koh koh koh
uncle ni senornya gatal nak kawen
cuma tak jumpa jodoh lagi
ada calon cekgu cuma tak serasi
ada calon manager mekdi cuma tawar hati
ada calon misi (nurse) takot nanti bizi
ke uncle nak tunggu anak cik gayah depan rumah
tahun ni amek SPM tahun depan boleh la aku minang
siyes ni uncle cakak.

Uncle ada oder buku Mat Tiara ni
tapi lambat pulak sampai, kalo kekorang tak tahu sape mat tiara tu pergi la google
buku dia best juga, nanti kalao dah sampai uncle nak tayang kat kekorang semua
kasi jeles siket... har har har..



ok lah, uncle nak mandi ni..
cik jelita dah mesej nak keluar pukul berapa
nak cabut bulu ketiak
nak cukur bulu-bulu lain lambat juga

orang ganung cakak
"Body katang, Kulit itang, Rambut cacang, Baru oghang Puang Kenang"



December 10, 2012

Berakhirnya Kisah kita 2012.

tepi..... tepi........... uncle nak update blog ni...
baru tanam azam nak giat berbelog balik
haiyooo..tanam azam ke..? nasib azam ta mati..
fuh..fuh..fuh.. tiup azam kasi nyawa balik...
bhahahahaha

lastweek kemain uncle balik kampung
kononnya nak makan derian
last2 balik demam kat kampung 3 hari
jadi kampung kemana durian pun ntah kemana

tapi dapat la jugak menjamah duku langsat
manggis barang sebijik dua
lepaslah rasa teliur dimata

nak cerita ni... kazen-kazen uncle ni subur sungguh
yang mana dah kawen awal tahun ni semua dah dapat baby
fak....fak... carot dalam hati
uncle jer takde baby lagi
kenapalah korang gatal kawen awal.
tetibe orang tua ni nak salahkan orang..
bhahahahahaha..

adoi........ ni la pesen orang tua
tadi kemain banyak idea nak carut dalam wall ni
sekarang bila dah start tekan menatam keyboard ni
idea semua dah hanyut kelaut..

environment kat tempat kerja sekarang sungguh lah tak selesa
manager pergi letak semua junior yang tak tahu bahasa dalam kedai
yang dah tahu bahasa kena pindah ke tempat lain
hari-hari uncle nak kena BAHASA kan bebudak tu
nak tunjuk itu dan ini
arrrggghhh.... fak..fak..fak... carot dalam hati

nak tanak tu kena terima, dah tu risiko kerja kita
lain lah uncle ni manager, wah kemain berangan...
uncle taleh berangan tempat manager tu tempat madam besar..
hahaha..gelak siket... hahahahahaha.. madam besar.... hahahahaha
gluuuuupp...! tertelan gigi palsu.. hahahahaha, sambung gelak balik

tahun ni uncle asyik dapat mimpi main salji kat korea jer
asal lelap mata jer pergi korea
wah.... gitu kau mimpi aku..
haruslah kena berjimat dari sekarang
sebab nak beli baju sejuk ala2 K-Pop tu
alang-alang sampai korea nanti boleh jumpe pakcik Gannam style
uncle nak menari zapin ulik mayang depan dia nanti.
kau mampo....???

Christmas dah dekat ni
uncle masih tercari-cari menu untuk makan pagi
samada nak buat turkey or spaghetty..
wah gittew kau mat salleh sangat..
surat dekat Santa aku dah hantar..
request banglo 3 tingkat tepi rumah Yussof Haslam
dekat siket aku nak tengok kalo ada orang shooting...
har..har..har..har..

Start tahun depan uncle ada nak bukak bisness baru
hope sangat dapat sambutan dan berjaya dunia akhirat
korang dedoa la kat uncle moga berjaya
tak kaya kerja dengan orang selamanya
nak jugak merasa duit dari bisness kita sendiri
Nak terima kasih jugak kepada Mummy dan Daddy yang selalo dok doa uncle siang malam

Harap mummy dan daddy sudi terima hadiah Anniversary yang tak seberapa dari uncle tu
Set meja makan kayu jati kerusi lapan, kabinet TV,washing machine baru, TV LED baru, set home theater jer tak sempat nak beli lagi.. walaupun hadiah tu tak mahal harap dapatlah tengok-tengok hasil dari duit gaji kerja sebagai kuli batak orang jer selama ni.

Aunty Dan Uncle: Biarlah aku kerja jadi kuli asalkan aku tak mintak sedekah dan mencuri.

August 7, 2012

Uncle, Carrefour Dan Duit Haram

Dear bloggy..

Harini uncle mengelenjit ke carefour
biasa lah rutin harian uncle membeli barangan kedai
tetiap hari uncle akan masuk melalui pintu masuk dari atas
sebab pintu bawah sering kehabisan troli.
trololololo..


Sejak kebelakangan ni kan,
ada sorang mamat tu asik tok tengok uncle jer
promoter baru agaknya
sebab sebelom ni uncle tak pernah nampak.
asal uncle lalu jer mesti dia tengok
pastu sesengih jer..
uncle ni sebagai seorang yang peramah senyum lah balik
meeesraaaaa katanya.. kan.!!


tapi semalam masa uncle lalu dia dok tetengok jer manjang..
mamat ni gila ke ape...?
masa tu uncle nak cari transparent wrapping
lama jugak la uncle dok mengusha segenap rak tu
macam tak jumpe jer..
tetibe mamat tu datang..

"Bro...!! pesen tegur macam dah sebulan kenal"
cari ape bro..?
siap tangan dia parking atas bahu uncle..
uncle ok lah kan, orang datang nak berkawan..
siap tepuk-tepuk bahu uncle tanda dah lama kenal..
chooooiii....!!


uncle balas balik.
"aku cari wrapping ni"
yang transparent tu..
dulu kat sini, ntah mana dah dorang pindah rak.
lepas dok sok..sek..sok..sek..
jumpe lah...

Sebagai yang peramah uncle ucap la terima kasih pada dia.
tetibe dia tanya nama uncle
ohh "aku isaac kau nak panggil ape pun aku tak kisah"
lepas tu uncle terus blah...
masa tolak troli tu dia tanya uncle
"esok bro datang shooping sini lagi tak..?

uncle terus membidas.
maklong la dah la panas, puasa lagi kan, dia pulak nak beramas mesrah.
"aku datang ke tak datang ke kau dah kenapa..?
sory la aku bukannya gay, aku dah tunang tahun depan nak kawen.

terus dia tarik muka selebet...

pesen ayam kentaki kena salut serbuk roti.



bhahahaha..
ker korang rasa uncle ni kejam..?
mana la tahu mamat tu saje jenis mesra alam,
jenis nak berkawan,
uncle pulak salah faham..

"Dik buka ape yer, uncle ni jenis rimas orang main pegang-pegang"
tambah orang yang tak kenal.
pastu nak tanya nama bagai.
ker kau ni polis dik..?

sory lah buat masa sekarang ni uncle belom lagi ada niat nak mencuri.
duit orang kau, 
makan duit orang ni tak kemana jer
lambat atau cepat allah pasti bagi kau balasan.
walaupun kau amik duit orang tu 5sen sekali pun
kalau tuan dia tak halal.
sampai liang lahad la kau makan duit haram...
so korang semua faham kan..?


tengok la besok.
kalao mamat tu ada lagi
pesen dok usha senyum-senyum uncle lagi
uncle nak silambam tengkuk dia

buat tart nenas,
untung aku raya ni tak banyak buat kuweh..


haha
.
.haha.
.
haha.
.
haha

August 2, 2012

Kembalikan Syiling 20sen Saya

Hye bloggy
rasanya dah lama uncle tak update story lucu kat blog ni kan..?
hahaha... ntoh ler sebab takde benda lucu kot yang berlaku
tadi uncle gigih la nak menimbang berat badan
konon la dah 12 hari puasa 
bercampur dengan diet yang sihat
nak jer tahu berat badan uncle sekarang berapa..??

lepas balik kerja bergegas uncle ke mesen penimbang yang berdekatan dengan watson.

pesen cenggini la kekdah mesen penimbang dia

uncle naik atas mesen tu
uncle masuk kan 20 sen
uncle tunggu
uncle tunggu
.
.
.
.
.

apepasal mesen ni
ahh dah telah dah duit
uncle masuk kan lagi
20 sen
skali lagi mesen tu telan duit
selalu uncle guna elok jer
pastu uncle bagi la serangkap penendang 2 das kat mesen tu
pastu mesen tu tetibe bercakap
"sila berdiri tegak kami akan menimbang berat badan anda"
chooi.. uncle tak sempat lagi nak naik.
pastu uncle naik atas mesen tu,
masuk kan 20 sen
tetibe tak jadi pape.
ehh, benda alah ni saje nak mainkan perasaan uncle kan
sebelom pulang uncle silambam tengkuk mesen tu sekali

nah kau..nah kau

terguris tau hati uncle gara-gara mesen tu

pastu uncle terus ke watson
"Dik ada jual mesen timbang tak..?"

pastu dah dapat
uncle try la timbang
pastu cakap kat promoter tu jap yer
"i test dulu ok"
ehh, dik penimbang pesen nombor-nombor tu takde ke..?

"i ingat nak cari yang macam tu"
yang pakai jarum ni susah la.

memang dalam watson tu takde pesen penimbang pakai nombor-nombor
khan...!! bijak tak idea uncle
dah selesai balik la..

sambil keluar dari watson tu,
uncle kecik kan biji mata pandang sleck kat mesen penimbang pentipu tu


"mesen, wa pandang lu kecik..besar..kecik..besar..." JER

July 31, 2012

Macam Mana Raya Korang Tahun ni..?

Dear bloggy

ehh... jap nak pasang lagu raya
baru kemain felling dia datang yer dak..??

Dari balik kerja tadi uncle dok godek-godek entry lama
cam nak tergelak pun ada dok baca entry sendiri
rasa sekejap jer masa berlalu
tetengok dah puasa, tak lama lagi nak raya
tahun ni uncle beraya tak berteman je lah
nak wat cemana cik kekasih dah takde
sobsobsob
kalau tahun lepas boleh lagi belai-belai cik kekasih
tahin tahun ni memandangkan uncle sky single mingle
so beraya jer lah sensorang tanpa teman tercayang.

tapi lebih afdhal kalo pagi raya tu cium tangan mak and ayah dulu
beraya sesama keluarga dulu
pastu beraya umah member
tahun ni uncle kena la bagi duit raya
memandangkan uncle dah kerja
uncle dah ada pendapatan sendiri
tapi malangnya takde anak sedara
so bagi jer la kat bebudak yang datang bertandang beraya


Tahun ni tatau lagi nak masak ape pagi raya 1st
mebey nak wat spaghetti bolognaise, cabonara dan nepolitan jer
hidangkan bersama Macaroni bakar and spread cheese
kalau sempat nak wat fruit koktail dan vanila cheese cake

Hah...kecor mulot tu... sabar la dik sape suruh kau tengok makanan bebulan puasa ni 
2nd raya baru nak wat roti jala dan satey
cake fruit flan dan cheece tart
harap la sempat.... tak tido malam la uncle
Roti Jala memang dah macam tradisi rumah kami
3rd raya uncle wat nasi ayam hainan
blueberry black-forest cake
fruit cocktail

Ni request dari adik uncle nak makan nasi ayam

Nanti jemput la datang rumah uncle, jangan datang lambat
takot habis, selalonya tak sampai kepetang
hewhewhew...
ni uncle belom menjejak kan kaki ke kampung lagi
dah ada nak menempah kek raya
bukan tanak ambik makcik-pakcik oii
rumah uncle pun cam terbengkalai lagi dengan raya preparation
mummy cakap ada dekat ngan 15 biji kek
adoiyai.. mampoos la uncle
dah la raya tahun lepas tak tido siapkan kek orang
tahun ni ada lagi..
tak pe la dah rezeki orang cakap..
pada reader uncle, jangan salah paham plak
uncle tak buka kedai kek
cuma sedara mara, sepupu sepapat
jiran tetangga je yang oder
sebab dorang selalo makan yang uncle buat

kasut, mummy dan daddy
baju adik kesayangan uncle
henbag mummy
baju melayu daddy
semua uncle tak beli lagi...
cuti nanti nak ke KLCC.... jom ikot uncle shooping raya

ok lah.... nanti uncle sambung lagi....
#ehh tetibe nak kira GAJI.

July 21, 2012

Harapan Ramadhan

dear bloggy......
Esok dah start puasa dah
rasa kejap gila jer kan
rasa baru cam semalam kita puasa,
tahun ni Ramadhan datang lagi.

Tahun ni skali lagi berpuasa jauh dengan family
so dah jauh ni takde la orang nak kejutkan sahur
nak sediakan makanan bukak puasa
nak sediakan makanan sahur
so everything kena buat sendiri

Last year nak kata best puasa boleh la jugak
ada member-member
tapi uncle selalo makan sensorang jer time berbuka
uncle memang takde kawan
uncle harap tahun ni ada la different dia

tahun ni uncle satu family tema biru
bukan biru "UMNO" ok
biru yang lembut sket
tahun ni memacam nak beli
paling tak dapat nak beli enset baru la
SAMSUNG GALAXY NOTE
sebab asal nak beli je mesti ada musibah yang jadi
mungkin allah nak bagi yang lagi bagus untuk diri uncle

Bulan ni uncle tak bagi lagi duit gaji kat mummy dan daddy
besok kalo sempat uncle transfer lah..

isykkk.. takde mood i nak menaip.
ok lah

ku mengharap kan ramadhan kali uni penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna.
Sape bosan boley Play

July 18, 2012

Kisah Uncle Dan Isu Perkauman.

Hye bloggy... 
uncle gigih betol nak menaip entry memalam cenggini
sebabnya banyak benda bersarang di kepala.
sejak sebulan yang lalu
lepas uncle tukar tempat kerja
ramai pulak yang dok menanya
uncle ni bangsa ape, keturuna ape
agama ape, asal kat mana
siyes macam sibai jer rasa..

benda ni rasanya dah lama,
since uncle melangkah ke alam universiti
mesti ramai senior-senior dok menyana menanya uncle ni keturuna mana.
hoomai....

bermula dengan Abang Pakistan Suami Isteri
Masa uncle lalu jer depan kedai dorang
pasti dorang tengok pastu senyum, pastu mengumpat
pastu dok pandang-pandang uncle
kejadah la depa nii
memang tadak keja
last skali wife dia panggil uncle dan tanya
Boy..!! come here, we both really curious to know whether u malay or what.
gua: Miss, Sir why on earth you wanna know about me..? 
dalam hati nak je aku bahan si pakistan ni..
but slow motion.. rilek dlu..
im half malay/chinese.
why...? getus hati uncle..!!!!
Miss pakistan: See i already told you before, he not pure malay
bla..bla..bla... bergaduh dia suami isteri

Pastu, masa gua nak beli donat dekat Big Apple
mostly worker dia at situ sabah/sarawak
tanay  tanya ahkak cashier tu,
dik u sabah kat mana..?
dalam hati, Sabah celah mana pulak ni...???
Kak, saya orang sini la,
Kakak Cashire: Alah dik bahasa boleh tukar, tapi keturunan tak leh tukar, kenapa malu ke orang tahu orang sabah..?
Gua: bukak wallet tunjuk IC.
owh..... orang semenanjung ke..? ahkak ingat macam orang sabah, sorry dik..

Depan kedai Boun Giour
sambil que nak beli shibuyya
tanya adik cashier tu
Abang ni asal Thai ke..?
Gua: ehh..ehh. tak la orang sini lah
la yer ke, kami kan kat sini asal abang lalu je depan kedai mesti kami gosip tanya
kawan saya cakap abang macam orang Philiphine.
Gua: abang kerja je dekat Thai, tapi asal sini
pastu dua ekor tu dok sok sek sok sek belakang cashier.

Dalam kedai tadi
ada budak baru masuk..
kira in training lagi la,
dia tanya uncle...
Abang ni orang mana..?
Aceh ke Jakarta..?
Uncle jawab la,
aceh/jakarta celah mana..?
orang sini la, malaysia
owwh... muka abang macam orang aceh..
Uncle pun dok terpikir la satu hari ni, orang aceh tu macam mana yer..?
jap lagi balik kerja nak google lah..

Kaunter tiket wayang
tetibe adik tu tak cakap melayu dengan uncle,
costumer before tu elok je dia cakap melayu...
(Saya faham la kalau awak cakap melayu pun)
eerr.. ehh sory la incik, saya ingat incik tak faham melayu.
 Adeh..... uncle garu kepala. 

Isu  perkauman ni dah sebati dalam hidup uncle
kemana jer pergi mesti orang tanya..
walaupun uncle ni tak ensem
takde rupa, but orang still tanya..
selagi benda tu tak meragut nyawa
uncle think tak ape kot
biarlah masyarakat tertanya-tanya.

Lepas ni Uncle nak keluar rumah nak pakai purdah

Kekadang idea uncle niew gilew juga

ikotkan banyak lagi story
tapi terasa malas nak menaip entry
biarkan sahaja dia terbuku didalam hati.

July 15, 2012

Cuba Teka Umur Uncle Berapa..??

Salam,
Hye bloggy...........
pada yang tengah membaca tu 
uncle nak ucapkan berbillion terima kasih sebab sudi gak datang baca 
blog usang yang bersawang ni.
blog uncle yang tak femes cam cik epal, ben , hamzahian, apih elnino dan sebagainya
tapi cukop sekadar ada silence reader,

harini uncle bukan nye nak hapdate sapal pasal derang
cuma mukadimah untuk reader-reader uncle malam ni
entry kali ni bukan pasal chenta, pasal mengumpat mengata
cuma pasal 
entoh ler,
 mesti kali ni entry merapu lagi uncle sky

semenjak 2 menjak ni,
time balik kerja mesti ditemankan gadis-gadis nano.
pastu mula la menggatal nak ngowat unlce
homakaih...
GATAL betol uncle sky ni

pastu dorang tanya umor uncle..
uncle cakap la "cer teka, cer teka"
dorang cakap kalo pandang dari sisi kemacturedtan uncle
hambooi, bersimpang lidah aku nak nyebot kau
mesti umor 25 kan, kan

saya benci hawak, yer hawak

homai... siyes ke nampak tua
saya baru jer 22 kot
yer la, uncle harus terima kenyataan walaupun ianya pahit untuk ditelan
fizikal uncle nampak tua,
yes tua..

mungkin lepas ni uncle jarang dah update blog
sebab nak gi manjakan diri di SPA
HAHAHAHA
konon nak kembali ayu dan jelita
ok uncle terimalah walau orang cakap uncle nampak tua 
asalkan dalam hati uncle sentiasa muda.

next week cuti uncle nak ke langkawi mungkin,
nak shooping barang kat idaman suri
barang-barang dapur untuk hadiah mummy
GUESS pun dah banyak buat sale.
besok nak gi usha henbeg untok mummy
dan belt untok daddy
hadiah semperna anniversary

Uncle sekarang dalam proses mencari buah hati.
jom la isi borang kalau siapa yang sudi.
Nanti uncle bagi hadiah sperma cinta untuk hawak.
.
.
.
.
.
.
.
.

abaikan background dia.

July 11, 2012

Uncle Dan Kisah Cinta Zaman Silam

hye bloggy
Harini uncle sky menghabiskan sisi hidop dekat panggung wayang..
tengok citer ape jer tatau
ahkak panggung wayang belanja
untung kan uncle orang belanja

abaikan citer panggung wayang jap
ni uncle nak citer pasal cinta tak kesampaian uncle
kalo baca entry yang lelepas mesti ramai tau kan lappy uncle kena rembat
dalam lappy tu ape lancau semua ada
semua pic dengan my ex ada dalam tu
tak sempat uncle nak bekap bagai
dah kena rembat lappy uncle

lepas godek-godek uncle punya myspace
ke ada yang tatau myspace tu pebenda..?
alah laman sesawang zaman uncle ngorat kakak syarifah aini dedulu
korang ingat tak..?
uncle jumpe satu picture rare
picture ex-Gf uncle
meh sini uncle tayang picture dia setepek dua

kau lah nyawa ku

ececece... kemain uncle nak jiwang yer dak
ni lah cinta mati uncle dulu
jully huan her
citer time uncle sunat tak kering lagi la ni
tapi uncle dari dulu lagi player
hahahahaha gigih mengaku *sign
masa tu kami tak pikir pun ape agama kami
maksud uncle bukan uncle murtad lah
tak pikir dia tu agama ape, sebab cinta kan tak mengenal siapa
kami bercinta hampir setahun
and last mama dia dapat tahu
dan both of us kena marah
and forbidden to close each other anymore
felling seminggu uncle tak selera nak makan nasi
kira makan spaghetty cenggitu jer lah
hahahahaha
tapi lepas discuss dengan family dia
uncle pun lepaskan dia dengan tangan terbuka
#Free hand
Lari sambil bawak tisu #sob sob sob

kalau uncle teruskan jugak,
jully and her family akan terputus
so mak dia tanak pedulikan dia lai la lepas ni
uncle ni sebagai manusia yang ada perut pedal (bahasa kelantan)
tanak la sebab uncle dia dan family bermasam muka
so nak tanak lepas kan dia
dan uncle janji takan cari dia sampai la dia habis study
cuma kekadang mesej je la tanya khabar

tetibe background lagu #Isabella

sob..sob..sob..
lap air mata atas keyboard.
rasanya lagi ditulis makain makin panjang ni
 then i'ill stop here
take care my sweet heart.
Dalam hidup kita ni tak semua kita mampu miliki, sebab kita ni tak sempurna, walaupun kita cuba belajar untuk memperbaiki ape kekurangan kita, kita tetap manusia biasa yang tak kan mungkin dapat lari dari kesilapan. So bagi yang senasib dengan uncle tu ingat satu ni

"MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI"

July 9, 2012

Uncle Juga Ingin Bahagia (entry sentap)

hye bloggy.........
tetibe uncle mengigih update blog memalam buta
ekselly uncle terasa tak berapa nak puas hari with certain things.
tapi kadang kita taleh nak ikotkan hati sensangat
3 hari ni kerja agak penat sket
sebab staf ta cukop at kedai
tambah dengan budak junior yang tak berapa nak reti buat kerja
nak kena tunjuk sesatu at dia
bagi jaga cashier kejap dah tunggang langgang oder
tapi takpe lah, hari ngeri tu dah berakhir hari ni
besok pulak lah citer baru kita cerita.

Hari ni si uncle wan dok mesej uncle
biila katanya nak ambik samsung galaxy nota
hamboooi kau uncle wan
sesabor ler, teman tak gaji lagi ni
tambah nak tunggu orang bayar hutang sket cukop la nanti

memalam buta cenggini uncle dok try menyejukkan hati ni
melahap a bar of cadbury roasted almond dengan a glass of fresh milk
felling nak jadik omputeh gitu uncle sky
nak ikotkan tabiah tabiat mengunyah cokelat time hyper tension memey dah tabiat uncle
tak cayer tanya roomate uncle, 
bhahahaha

satu lagi cara uncle nak sejuk kan diri dengan calling mummy
kita orang sembang bercerita nak lebat
sure uncle happy sket
tapi ubat yang paling mujarab adalah tikar sejadah
siyes ni duduk atas tikar sejadah
tadah tangan citer kat allah
siyes rasa hijau jer biji mata lepas tu


tadi paling best..
uncle jumpe member lama
nak kata lama takde la lelama sensangatt
cuma lama tak nampak di mata kira lama la tu yer dak
budak yang uncle panah pulangkan wallet dia
yang jatoh atas bus dulu
nah ni citer dia kalo sudi nak baca

gua jumpe wallet dia dalam bus

ni plak story lepas gua jumpe budak tu, siap belanja gua ok

gua jumpe mangsa di Putrajaya 

tapi dia datang kejap jer tadi
uncle pun ta sempat sangat nak layan dia
siyes bizi giler tadi
sory yer bro, nanti ada masa panjang umor jumpe la lagi


ok lah yer reader-reader uncle,
uncle nak tido dulu
dah felling sengal-sengal tapak tangan dah ni
good nite semua...

June 16, 2012

Bila Lelaki Berjiwa Perempuan

Dear bloggy.

Lama uncle menyepi kan diri.
banyak masalah sebenarnya
beberapa harini ada sorang kawan ucle ni tacing bagai ngan uncle
sebabkan bakal gelpren dia slalo mesej-mesej bagai ngan uncle
lepas dia tahu dia tacing
pastu nak tarik moncong bila jumpe uncle
ahahaah.... kau siapa kawan..?
kalo rasa jantan meh sini bertentang mata ngan uncle
pastu citer apepasal kau tak puas hati sensangat tu
dari ka dok mengata belakang tu wat per
tuhan bagi kau telor kan
kalo rasa ada telor jom tampil depan uncle pastu terus terang
kau tak suka uncle mesej dengan bakal gelpren kau tu

siket nak tacing-siket nak tacing
cam betina la wei.....
kadang penat nak jaga hati lelaki berjiwa wanita ni
jaga monyet sepasang lagi senang tau
kalau rasa dah anak jantan
dah rasa gagah perkasa
face to face la
tayah time jumpe uncle nak tarik moncong sampai langkawi nuu
ingat uncle heran sangat kau nak sentap bagai
chooooi....

hurrrm....
lupakan pasal lelaki berjiwa wanita tu...
meh uncle nak cerita pasal kehidupan dua tiga menjak ni
 tangan uncle dah semakin pulih dah
kerja pun dah tayah nak pakai anduh sangat dah
cuma uncle tak menyempat nak menghapdate blog
ni pun si adik sha dok esemes uncle suruh update blog
uncle syak dia dah rindoo kan hasil tulisan uncle ni

kepada adik sha,
thanx bagi uncle peluang untuk berceloteh dalam blog ni lagi skali.
ok lah, ada cerita uncle hapdate lagi malam ni.

May 15, 2012

SUSAH MINTAK TOLONG ORANG NI

dear bloggy........

lama giler uncle sky menyepi kan..
reader uncle semua sehat ker..?
uncle harap korang sehat dan baik-baik saje la yer..

wat masa sekarang ni uncle dah start kerja
walaupun badan tidak berapa nak sehat lagi..
dari bosan dok umah baik uncle kerja yer dak
kerja kebelakangan ni agak bizi gila yer..
sampaikan nak makan pun takder masa

semalam ada mesej sorang member mintak tolong dia temankan uncle pergi rumah lama dekat damansara sebab nak ambil beg baju.. sebab masa uncle exsiden tempoh hari terus ke sepital selayang then my bos bawak balik umah dia..
so baju sekarang still ada dekat rumah lama..
call sorang member mintak tolong
call sorang lagi mintak tolong
call member sorang lagi mintak tolong
dan hasil dia semua kata susah nak tolong
semua bizi dengan hal memasing
dan ada yang off enset lepas uncle mesej dia mintak tolong

uncle ni bukan jenis sorang manusia yang berkira
kadang kau call aku memalam buta mintak pinjam rm300
terus uncle meraba laptop transfer duit tanpa berkira
kadang kau bercerita nak beli ensett terus uncle bagi pinjam duit tanpa pikir panjang
kadang uncle sanggup tunggu kau tetengah panas terik beli kan kau makanan sebab kau cerita kau satu hari tak makan pape..

tapi bila time uncle mintak tolong
semua diam membabi buta
bukan uncle ajak sesaja
uncle nak isi minyak kereta
tapi dah memang dasar manusia yang berkira
fikir kita ni nak gunakan dia

takpe la, sekarang baru uncle jumpe sape lawan sape kawan
cuti nanti tambang jer teksi pegi ambik barang
susahkan abang driver takpe
betol la orang kata baik terhutang budi dengan orang yang kita tak kenal dari terhutang dengan darah daging sendiri..
kalau korang baca ni dekat blog uncle
uncle nak mintak maaf la sebab berlaku jujur dengan korang
uncle tolong kau bukan nak dapatkan balasan
cuma masa kita susah harap ada la sesapa bleh tumpang

kalau korang rasa uncle ni bagi beban pada korang
delete jer number uncle dalam phone korang
sebab uncle akan mintak tolong orang sekali jer
kalau sampai tahap desak-desak orang
nampak sangat kita ni lapar nak berkawan

ingat satu jer
hari ni orang mintak tolong kau buat payah
esok-esok orang pula buat benda sama pada kau
jangan la sampai tahap kau mati pun takde sape yang nak datang ziarah..

April 27, 2012

Tiada Cinta Secantik Bahasa

Hye bloggy
firstly uncle nak mengucapkan jutaan terima kasih pada mana yang follow uncle tanpa di paksa tu.
sering-sering la chekedout blog uncle
kalau ada gadis-gadis nano yang comel-comel tu meh la ngorat uncle
sebab uncle sky ni solo lagi..
(statement berani mati sungguh)

Sejak dua menjak ni ramai pulak hadek-hadek tampil mohon nasihat
nasihat chenta senarnya
pada adik sha, adik kila, adik wani, adik feza, adik lisa
nak bercinta di usia muda tasalah
sebab setiap orang pasti nak merasanya..
kerana cinta itu bahagia
tapi kena la berwaspada
akibat cinta badan merana

gileer cool

nasihat uncle la kan
"cinta itu perlu di hayati, bukan sekadar dirasai"

tapi uncle memilih untuk berchenta lepas kawen
sebab banyak kejutan
bak kata hater hater uncle
"Lelaki yang romantik ni penuh dengan kejutan yang tak di sangka"

hohoh...!!

mungkin jawapan uncle ni dapat menjawab pertanyaan adik adik di atas
 
harini malas giler nak reply dekat twitter
kadang orang yang baca tweet kita tu tak faham
mereka menilai kita dari ape yang mereka baca
sedangkan hakikatnya kita adalah sebaliknya.
kadang uncle malas nak hurai panjang berjela
sebab uncle ni open
suka bergurau senda
kadang ape yang kita tweet tu gurauan semata-mata
mereka pula anggap ianya nyata
 
manusia macam tu lah
menilai orang suka membabi buta
hohoi babi pula
 
pada orang yang suka menilai uncle tanpa usul periksa tu
"bagi uncle jadi diri sendiri adalah lebih baik dari jadi diri orang lain"
biarlah orang nilai kita homo ke, less ke, gay ke
selagi kita tahu sape diri kita just go on with that
enjoys life kita dengan happy dan gembira
kerana hati uncle ni keras dia macam batu
 
"dan jangan menilai seketul batu itu tiada harganya"
kerana isi dalamnya mungkin permata

ni la gua


more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...