iklan

February 28, 2011

Setiap Peristiwa Pasti Ada Kemanisannya..!

Hari ni Gua mulakan hari dengan senyuman, Gua pun tak tahu kenapa gua senyum dengan gembira, dan senyuman itu bukannya PLASTIK.. gua harap senyuman ni akan terus berlanjutan hendaknya.. ramai yang dah bertaya kenapa gua tak hapdate blog dah beberapa hari, gua tak sakit, line internet pun ada, gua just pergi bercuti buat beberapa hari.. kat mana..? etu rahsia lah..
Pastu ada yang marah kenapa gua botak kan kepala gua yg dah memang ensem tahap gaban tu..! hahahha ada la sebab gua wat demikian, gua pun tanak sebenarnya botakkan kepala, tapi dah banyak sangat masalah dalam kepala gua, so gua harap dengan botakkan kepala dapat meringankan sket beban yg gua tanggung selama ni, nak share dengan org, tak semua orang sudi dengar ape kita merepek meraban ni, skadar hurm...hurm.. hurm... je derang ni.. kih kih kih kih.. tapi ada gak yg sudi tadah telinga dengar masalah gua. Thanx pada insan tersebut.

meh gua share citer kenapa gua botak kan kepala
Klik gambor untok tumbesaran

Gua jenis yang nekad. gua akan buat apa sahaja yg gua cakap. Sebab gua ni memang keras kepala. Sebab bila gua bercakap sahaja, orang mudah memperlekehkan gua, orang bajet gua tak mampoo nak kota kan ape yang gua cakap. sory la, kalo gua cakap arini nak balik kampong, macam mana pun gua akan balik, kalo gua cakap nak beli selipar, tak kira hujan panas ke gua mesti nak benda tu, gua pun tak suka ada perangai cam ni, tapi tu la hakikat gua.. orang nak terima ke tak terserah.

Tapi sebelom gua wat sesuatu perkara, gua tak buat membabi buta, cam keling lompat pagar.. gua akan pikir akibat atas perbuatan tu.. yang penting apa yg gua nak gua dapat. Pasni gua cadang nak bukak kedai makan ala-ala kopitiam gitew.. kedai yang ada free-WIFI bleh lepak2, pastu dalam kedai tu gua nak selitkan dengan bakery stall sebab gua memang suka kek, and then bleh cuci gambar, bleh sewa photographer, sebab gua suka amik gambar. DSLR coming soon gua akan beli. agak2 cemana la kedai gua tu kan..? korang tayah nak pening2 pikir sebab gua dah lama pikir menda ni. antara nyata dan realiti jeh. (giler babi berangan budak ni)

Cakap jer kalo takder duit tak guna kan, so gua da setat saving dah, siket2 jer sambil menimba pengalaman baru sesikit. terai segala kerja yang orang lain buat, rasa cemana penat mereka, kalo sebelom ni gua dok kedia gua oder jer, kalo lambat gua maki jer runner dia, skang ni bila da rasa cemana baru gua tahu mulianya kerja walaupun sebagai seorang cleaner.. Bila kita kerja dengan hati yang ikhlas, tak berkira, sanggup ganti kerja member, tolak tepi ape org main kutok2 belakang, homaigod indah betol hidop ni.

Seandainya gua tak mampo nak ada kedai sendiri, gua rela kerja dengan orang sampai bebila, selagi tulang empat kerat ni mampo berbakti.selagi rezeki tu halal, kenapa tidak. Sebab tu gua cakap setiap peristiwa pasti ada kemanisannya.. And mummy gua pesan setiap kejadian yang berlaku semua tuhan dah rancangkan.. hanya kita yang kena banyak bersabar, sebab tuhan tak kan uji umatnya sebegini rupa kalo dia tahu kita tak mampoo nak menghadapinya..sebab gua keras kepala, tuhan uji gua dengan pelbagai cabaran, dan gua tak kan berada di sini, tempat baru ini, hari ni, jika malam tu gua tak pergi.

February 27, 2011

Gua agak kekeringan idea this week nak hapdate belog

Gua takde story nak citer minggu ni, sebab banyak sangat menda mengarot2 menimpa gua, so gua harap besok , lusa ada la idea nak menghapdate belog ni.. doa-doa kan yer..

kah kah kah, giler sawan meraban

February 21, 2011

Ingatlah Sahabatku Semua..!

Orang yang baik amal dan tidak berbuat kemungkaran kemungkinan besar akan selesa di hari kiamat kelak. Bergantung kepada kita sama ada hendak berpeluh atau tidak.di akhirat kelak: bila berpeluh di dunia pun kita sudah tidak tahan, inikan pula di hari akhirat.

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

"Janganlah kamu putus-memutuskan hubungan , belakang-membelakangi, benci-membenci, Hasut-menghasut. Hendaklah kamu menjadi Hamba Allah yang bersaudara satu sama lain (yang muslim) dan tidaklah halal bagi setiap muslim mendiamkan saudaranya lebih dari 3 hari"

(Riwayat al-bukhari dan muslim)

Gua tak mampo nak jadi yg terbaik untok sumer orang, gua hanya insan biasa seperti anda, Gua juga punya sekeping hati yg perlu anda jaga. Gua juga sudah sedaya upaya menjaga hati anda, Namun susu yg gua bagi Cuka yang anda balas. Gua tak perlu nak menagih belas kasihan dari anda semua. Sebab setiap manusia pasti akan berubah, pasti akan lupa diri bila dah senang, Gua juga tak terkecuali.

Anda tak perlulah nak berasa terhutang budi dengan gua, kerana keluarkan anda dari bukit. bagi anda mata untuk melihat, bagi anda kaki untuk berjalan.Budi gua kecil sangat. Anda juga amat baik dengan semua orang, tidak menyakitkan hati. pandai jaga hati orang tua. gua tidak. gua  amat jahil, makcik2 gua benci gua. Kawan-kawan benci gua. Semua orang pun benci gua. tidak kiralah banyak mana gua buat baik, natijahnya yang burok akan berpunca dari gua.. Gua buat baik skali pun gua tetap nampak hina, orang juga tak pernah nampak kebaikan gua. OK lah. gua merendah diri. tak baik riak nak bgtau org yg gua ni bagus.


P/S: Pada reader gua, Gua nak stopkan menulis buat sementara waktu, sebab gua nak tenangkan fikiran. Gua mungkin kembali lagi tapi tak pasti. MAAFsemua..

February 20, 2011

Oh Mama Ku

Semalam Enset yg gua post kat mummy gua da sampai dengan jayanya. Gua pos kat Umah makcik Ani, sepupu kepada my mom.Sebabkan mummy gua kerja balik petang takot ta sempat dengan Mr.Postmen so gua terpaksa poskan kat umah Makcik Ani. Gua nak puji la sket yg makcik Ani ni bagus yer kengkawan, barang sampai dia segera pergi ke umah gua dengan kepantasan cahaya, sebab dia juga curious na tau pebenda isi dalam yg gua poskan. Nak tahu makcik Ani ni antara penduduk KG gua yg paling kaya. dia ada kedai runcit 3 bijik, dia ada keta 4 bijik, moto 4 bijik.dan rumahnya mempunyai pintu pagar automatic. kelas kan Yu'oll.. Yu'oll sumer mampoo tak...? sure tak mampoo kan, tapi gua nak puji lagi makcik Ani baik tau, walaupom dia kaya, dia tak sombong.Dia slalo ajak gua datang umah dia, dia slalo mintak gua bagi idea pasal kedai dia. dalam erti kata lain gua ni cam Interior designer la bagi beliau.

Segala bagai benda dalam kedai dia, dia yg suroh gua susunkan, Taman Mini halaman umah beliau gua yg designkan. gegeh tau gua siapkan air pancut laman beliau, Makcik Ani ni slalo bagi gua semangat, bg gua dorongan, Supaya gua tak lupe diri bila da senang. OK STOP citer pasal makcik Ani. skang ni gua nak citerkan pasal Mummy gua yg baru dapat tepon baru.

Click gambor untok tumbesaran

Sebalom ni gua da belikan dia enset ntah baper bijik dah, tapi kali ni gua belikan dengan call free skali. kalo dulu mummy akan call gua 2 hari skali, tak pom gua yg call dia. Bergantung pada bill bulanan lah. yer la mummy pakai bill gua yg pakai kedit.Tapi lepas beli DIGI easy Prepaid hari-hari gua leh call free. sampaikan mummy gua call every 2 hour.Hebatkan. Adalah lah citer kami anak beranak yg hendak di bualkan.har har har..

Tapi yg yg tak syok adik gua lah. dia study sambil dok kat umah.So mummy gua akan call dia every 1 hour roger dia kat mana.. hahahaha padan ngan muka ko kan adik.. Dady gua plak asik dok menyindir mummy yg sentiasa tak lekang dengan enset 24 jam jer. sampaikan dady terabai.. sabar yer dady sebab abang tengah kempunan lagi nak bercakap. kah kah kah kah.. kejadah takde kerja.. nati lama-lama boring lah. alah dady ngan mummy pn sama gak kan, memula berchenta opkos la kan pos-pos surat segala macam kemain lagik. Dalam surat siap letak bedak, letak bunga kering. Tacing tau yu'oll orang dedulu berchenta. tapi bila da kawen takmao nye nak mesra-mesra depan kami ye dak..? gua tau mummy mesra ngan dady tempat laen kan..

Banyak tak banyak ni je la enset yg Gua da belikan. sebelom di rabakkan oleh adik gua..
 
Nota Kaki: gua sebenarnya belom menyiapkan lagi Tag Logo untuk butiQ Anita Fashion And Design. yg dia request 3 hari lepas via email. Ala tag logo yg kita beli baju derang jahit kat kolar tu. takde idea lagi nak mengdesignkan. Gua tak amik upah pon just nak tolong dia je. Ok lah.selamat beramal.

2 ekor chimpanzee datang umah gua






February 16, 2011

My Bestfriend

Dulu time gua zaman muda remaja, best sangat. Kenapa gua cakap best sangat..! sebab gua ada ramai sangat bestfriend, Fadzli, Shahrain, Amin, Yunie, Pija, wadie, fendi, eyo.. derang ni sumer rakan sepertadika gua, sampai lah sekolah rendah, Namun sumer berpindah sorang demi sorang, time tu budak lagi stakat kawan pindah sekolah ape la sangat.  Namun gua selalu berdoa agar dapat berjumpe derang balik. paling rare memory lah, kami mandi-mandi sungai, main dalam paya, kutip siput dalam parit ketika air kering dan banyak lah..
At pengkalan Mamat
(click gambor untok tumbesaran)

Dekat umah gua adalah sebatang sungai, air dia tenang sangat, jernih lak tue, kalo member mandi bogel leh nampak kote lam air. ukeh ukeh ukeh.. tapi mummy gua hanya benarkan gua mandi sekali sekala jer, tak macam dak2  lain ari2 mandi sungai. Gua hanya mampo tengok jer dari batas tebing.. Dekat sungai tu ada bot penambang.kepunya uncle Mamat. Bot dia lah kami selalo rabakkan time mandi. kadang2 sampai melimpah air masok lam bot, nasib jer tak karam bot uncle Mamat. 

Yang selalo teman kan gua mandi adalah shahrain, fadzli, amin, pija, sapiQ. derang ni memang kaki mandi sungai..kadang2 balik sekolah belom cabut lagi baju sekolah terus ke sungaii nak mandi.. gigih gieler.. tapi kebahagian tak lama, sorang- sorang dari mereka berhijrah ke tempat len, yg tinggal hanya lah shahrain, amin dan fadzli. dan kami berjanji akan kawan selamanya sehingga lah lepas sekolah sekalipun.

Gua memang suka memancing
(click gambor tok tumbesaran)

Dalam banyak2 derang, gua paling close ngan fadzli, sebab gua suka melukis, dia juga suka melukis, stakat acara2 lukis orang lidi anjuran sekolah mesti di monopoli oleh kami.. sape tak bangga dow lukisan kita cikgu tepek dekat  papan kenyataan, femes gua satu sekolah kejap. 

Ari-ari lepas balik sekolah fadzli mesti lepak umah gua dulu dan kami melukis sebelom dia balik rumah. Dalam buku latihan kaler cekelat tu tayah citer la memacam dah kami conteng, tak suka cikgu tu kami lukis muka dia, pastu kami wat la stori seperti cikgu zainodin kena bakar dengan sabut kelapa ke, kena lastik telor ke.. memang syok.. 

Tapi saat gua takutkan sudah tiba, fadzli pun nak berpindah juga, pindah ke kuala lumpur, bandar yg penuh metropolitan.... kali terakhir jumpe fadzli datang nak ucap selamat tinggal, tapi gua tak tengok pn muka dia. Dia hadiahkan gua sebatang pensel tekan silver dengan pemadam stabilo. dia kata (Manusia jadikan pensil berpasangan dengan pemadam kerana pemadam boleh memadam kesalahan yg pensil tulis)
Memang hari tu gua tak boleh langsung nak pandang muka dia sebab gua sedih.. kami dah janji memacam lepas abis sekolah.

Start haritu gua dah berhenti melukis, Gua jadi pendiam, Gua mudah tacing, Gua rasa sunyi. Gua agak rapat dengan bebudak pompuan jer. sebab derang pandai pujuk gua. sampai skang gua tatau fadzli kat mana. sebab gua dengar citer dia dah tak duk KL lagi. dia pindah JB.. gua dah Facebook tapi gagal. so sampai skang gua gunakan nickname SkyBoy supaya kalo dia gugel dapat cari gua..

Gua teringin nak jumpe dia lagi. sebab gua nak mintak maaf sebab gua koyak buku lukisan dia sebab gua marah dia nak pindah. buku lukisan tu kami lukis bersama. banyak kenangan menarik kami lukis, Kalo ada sape2 kenal budak nama zulfadzli bin abd rahman sila lah BUZZZ gua yer,

SEKIAN...................

Janji Kita

Dulu awak takde tangan, saya bagi awak tangan, sekarang awak boleh berpegang.
Dulu awak takder kaki, saya kesian kan awak, saya bagi awak kaki, kini saya gembira awak mampo berjalan.
Sekarang awak bukan sahaja mampu berjalan, awak juga boleh berlari, saya happy tengok awak boleh berlari. awak lari laju sangat, Pastu awak cakap kat saya yang awak nak terbang tinnggi-tinggi.. saya tak larang awak, tapi dalam hati saya, saya takut bila awak dah terbang tinggi awak akan jatuh.. bila awak jatuh awak dah sakit, apa saya nak jawab dengan mak awak..?

awak ada sebelah sayap je.. mampu ke awak terbang..?
tapi saya salah, awak mampo ada dua sayap, sekarang awak dah mampoo terbang tinggi-tinggi dengan sayap baru awak tue. awak dah ada sepasang sayap dah, tangan dan kaki yg saya hadiahkan dulu dah tak berguna dah bagi awak.

Tapi kan awak, saya hari-hari kena tipu mak saya yang saya jaga awak semua, saya tipu mak saya yg saya ok, mak awak selalu tanya mak saya bagaimana awak, saya selalu tipu mak saya yg awak semua ok, walaupom saya tak jaga amanah mak awak dengan baik suruh jaga awak. Mak awak cakap kalo awak dengan saya dia percaya, kalo dengan org lain mak awak tak bagi datang. tapi saya dah tipu mak saya dengan mak awak sekali..sebab saya tak mampo nak jaga awk lagi.. MAAF.

Mak saya pernah cakap, bila seseorang dah beli kepercayaan kita, kita kena lah bertanggungjawab. jagalah kepercayaan org tu dengan jujur, sebab kerana bila org tu dah tak percayakan kita lagi, kita dah tak mampo nak jual kepercayaan kita pada dia lagi. jadi mak awak dah beli kepercayaan saya, jadi saya kenalah jujur dan bertanggungjawab jaga awak. tapi saya tak mampoo.. dengan sayap kedua awak. awak dah terbang jauh meninggalkan saya.

Maaf kan saya mak, MAKCIK. saya dah gagal jaga amanah mak dengan makcik. Sebab saya hanya mampu berjalan je, saya tak kuat untuk berlari, saya takde sayap untuk terbang jauh, saya juga takde hati yg mulia. semangat saya mudah rapuh. harap makcik maaf kan saya sekali lagi.

Sebab bila saya dah ada sayap saya nanti saya nak terbang jauh-jauh, saya nak bina mahligai saya sendiri di puncak mega, masa tu saya nak mintak maaf lagi kalau saya dah tak kenal awak semua, kalo saya terbang laju sehingga patah saya awak berdua. kalo awak jatoh saya nak mintak maaf lagi sekali, sebab bila saya dah terbang tinggi saya dah taknak pijak bumi. sebab bumi bg saya amat memilukan. mungkin saya akan sediakan sayap untuk awak berdua lagi.. tu pun kalau awak sudi..tapi mintak maaf lagi sekali awak tak mungkin dapat terbang bersama saya lagi.

February 15, 2011

Having A Great Valuable moment At Sushi King

Today such a happy day to me, even I'm not hangout with my beloved bestfriend, Shah, ziela, meerol, aleaya.. but i'm glad to ve a wonderfull person like akak and abang (ayusz & kak Liza) both of them are my mentor, i went to KL with zero -0- knowledge. zero experience, and i dont know nuthin about real life, if before this all my allowance my mummy and daddy support me 100% and this is the time for me pay back. today me and kakak and abang went to sushi king at midvalley megamall. luckily today not crowded with people even today is public holiday.. and easier for us to find a parking. we arrived around 3pm and kakak making a suggestion to eat at sushi king because there ve been a long time they dont eat sushi..


Yakiniku set

This is what we eat, i oder Chicken Curry omelet set..and the other oder kodomo bento, shoyu ramen, , sake mayo boat, Chuka Chinmi and a few of them i already forgot. Really nice and i enjoy the meal.
This is Vanilla Shake
For the beverages i prefer to oder Vanilla Shake, the other prefer  pink Guava juice Hot green Tea and Hot Honney Lemon Tea. And not to forget a bottle of yakult drink will be include with every meal set. 

After that we go to Digital shop and looking a new gadget for kakak to replace the older camera.. After we made a survey, we decide to pick up sony DSC T99.. for me this is such a cool camera with many useful future such as wide screen touch, panorama view, HD video, Smile shutter, face detection, shake control, HDR function, light control, and with 14.1 million color build in and come with 14.1 megapixel. cool huh...??
P/S: i'm feel so tired rite now, wanna take a bath, reading some book a few pages left and wanna sleep..
BTW thanx alot to abang and kakak for make me smile again...

February 14, 2011

Adakah Itu Gua...?

-Gua-
.
.
Besar Kepala
.
Keras Hati
.
Menggelabah
.
Cerewet
.
Sombong
.
Pentingkan Diri Sendiri
.
Bercakap Bila Perlu
If You Got Any Problem With That Sila Berambus (TQVM)

P/s: kalo itu sifat ako, ape ko kisah..?
(Orang slalo mempergunakan aku bila perlu, BETOL WHAT..!! Aku Selalo terkena dengan manusia cam tue, bitch you...!!)

February 13, 2011

Tea Time At Secret Recipi..!

ntah cemana gua nak mulakan ayat.. Tadi gua jejalan kat apartment vista Angkasa. Dekat Kondo tinggi sebelah Stesen LRT stesen Universiti.. Gua turun memang tengah hari yg matahari dia bebetol atas kepala. nasib gua pakai sun block kalo tak mmg sekulit dengan paria.. hahahahahahaaaaaa....

Sebenarnya Gua tak plan Pon nak singgah Secret Recipi. sebab  gua dahaga gua ke 7E berdekatan untok cari Slurpee.. gua lalu depan kedai secret, baik punye adik waitress to jeling gua. dan cakap tanak singgah ke..? gua ni mmg speses kalo pompuan dah ajak gua sure singgah..
dengan kompiden "Ape yer yg best arini...?"
Budak waitress "Arini ada tiramisu, and free secawan teh"
dalam hati gua bukan ke menu ni sama je tiap2 hari.. "ok lah dik sebab lu lawa gua masok"

gua pom amik lah tiramisu yg di warwarkan sebentar tadi.. sebab mmg gua ni penggila tiramisu yg tegar.. pastu gua ader banana split dengan 3 scoop of ice-cream, dengan a cup of cappucinno coffee dengan tripple scop of fruity ice-cream.. giler la gua makan kolestrol.. takpe gua da body maintain makan haper pom tak kembang..(dengan megah)
picta banana split takder lam gambor sebab time nak abes dah baru derang bawak.

yg wat gua berbulu mata tu ada sepasang kapel dok sememeh depan gua.. tau la gua dah break kan, tacing jer.. dah la 1st date ngan GF gua dulu dalam secret recipi at KB MAll kota bharu..mmg deep inside of my heart lah.. nak jer gua ajak adik waiteress tu beromen dengan gua comolot segala bagai depan dia.. ukeh ukeh ukeh..

Ok gua nak bg 4.5 stars lah kat adik waitress tu sebab layan gua dengan baik, Arini gua keseorangan lagik, sebab nak ajak rumate derang tak makan menda alah  cenggini.skali makan sampai cecah rm35 hengget baik derang lepak at kedai mamak bleh makan sampai pecah perot.. gua lain.. gua matsalleh wanabe..  hahaha..
giler babi POYO..yer lah rumate slalo dok nyindir gua mat salleh, dari gua nafikan baik gua iyerkan je.. sumer suka. ati pom tak sakit.. okay..

Selasa ni misi mencari room for rent bermula lagik. Harap jumpe lah.. pastu nak singgah kat setarbuck layan coffee latte.. lama dah tak minom, dulu slalo gak minum sebab rumate lama penggemar setarbuck. Selera org takleh paksa.. 

Gerrrrrrhhh.. geram tengok eskerim.. gua memang gileer eskerim.. gua leh abiskan sebekas eskerim sambil cicah dengan roti sesorang jer.. tambah2 perisa stoberry.. tambah2 depan tibi.. geerrrrggghhh... pasni sesapenak makan eskerim jo  jadik awek gua.. gua offer ni weh.. dah lama gua membujang..

February 11, 2011

Lagu Raya

Giler lah.. gua gegeh bukak Mp4 player nak dengar lagu.. ntah sape la sasau layan lagu raya puasa dalam kalot org dok fell chaines nuyer neh.. mesti rumate neh.. agak2 jakun yg mana satu lah... tetibe bukak terus kuar lagu M.Nasir (satu hari di hari raya) gamaknya nak balik kampong kot rumate ni..






So gua malas lah nak tukar2 chanel ni..dengar je lah lagu raya sampai skang.. lambat lagi weh nak raya. jangan jadi giler sangat nk dengar lagu raya.. besok lusa dah valentine.. kena lak hari bufday kazen aku yg hudoh tue.. Ayumi Hamasaki che Soh.. tayah kot gua tepek gambor dia, kang rosak wall belog gua.. ukeh ukeh ukeh..

homaigod..homaigod.. gua terlupa.. tadi jerang air kat dapur nak makan Oat..

February 9, 2011

Selamat pengantin Baru Buat beliau

1- Raya cina ni ramai betol yg gegeh wat kenduri kawen, renteten rumah-rumah tepi jalan sure ada khemah kawin. Gua pom paham time cuti cenggini la adik beradik and sedara mara yg jauh balik kampong. Gua raya cina tahun ni tersangatlah bizi, sehinggakan masa2 best tok manje2 ngan mummy takder.. mana tak nya mummy pom sesaje je nak membizikan diri kopek bawang, basuh ayam, lap pinggan. besalah nak dapatkan mo0d kenduri gittew..
2- Kali ni time kazen gua lak kawen, so secara tak langsung gua da di tempah oleh anty gua. (anty latifah A.K.A adik daddy gua) makcik gua yang ni baik. dia je lah yg banyak sejuk-panas-sejuk-panas dengan family gua. family len cam langsuir. 1st keja gua wat backdrop bilik pengantin, deco meja nasi pengantin dan segala bagai ape semua berkaitan seni gua kena handle.. nak tayang gambor pun sumer dalam camera Nikon DSLR D90 gua lupa nak copy.Besa lah bila gua di  lantik sebagai jurugambar, dapat camera pinjam pum pam pum pam la tangkap.. tp sumer scene yg gua snap berseni.. skali lagi berseni.. sangatlah RARE and full of sentimentel value.. hebat kan.. tp gua takde masa lagi nak edit2 pic derang, ye lah lepas kenduri gua terus blah balik KL.
3- Gua juga merupakan selaku juru mekap pengantin lelaki A.K.A mak andam.. gileer gua felling cam pondan hari tue, derang tak plan pon nak suh gua mekap kan pengantin laki, dah sumer kaum kerabat pengantin bizi dok kelebek hantaran sehingga abaikan pengantin, so gua la terpaksa jadik pak sanggup. gua tak kisah. meh layan gambor dulu..
SILA CLICK GAMBOR UNTOK TUMBESARAN
4- nak cun-cun cam artis tak reti la gua. stakat tenyeh foundation pastu layang bedak alas barang setepek dua. Larik2 minyak rambot sket..comel la dia. dah la umah orang, mana letak mekap, mana letak lipstik, mana letak celak sumer gua kena carik sendrik. last gua rembat yg adik perempuan dia tak silap jenama MAC
5- So cemana ensem tak dia lepas gua tacap. besa lah tangan berseni tanam rumput kering pom leh subur jadik padi. (babi lah puji diri sendiri)

February 2, 2011

25 Fakta Tentang Skyboy

Excelly gua dapat tag ni dari blog Apih El nino .. so gua rasa nak wat kot tag ni. Ni berdasarkan ape yg org sekeliling mention lah. tentang gua. 

1- Gua ni easy going with anyone at the 1st go.

2- Gua sangat sayang Mummy dan Daddy gua dunia akhirat. And nak anta derang berdua ke mekah. insyallah,

3- Gua ada sorang adik, sangat besar dan tinggi, kekadang member adik gua datang umah siap tanya "bro budak tu adik lu ke..?" dem..dem..

4- Gua senang mengelabah, tp kejap je setelah gua dapat mengawal keadaan. Gua akan OK balik.

5- Gua suka membaca. Gua boleh hadap Lappy 24 jam semata-mata nak baca encyclopedia. Sebab dengan membaca gua dapat tahu banyak perkara.

6- Tak dinafikan gua sangat lah giler GADGET. gua sangat suka explore benda baru, segala gadget baru mesti gua usha, gua wat research pasal advantage and disadvantage. gua akan review dalam youtube. gua akan post dalam yahoo answer.sampailah gua dapat jawapan dan gua paham.

7- Gua tak suka di paksa. kalo gua kata tanak. memang gua tanak. memang gua tanak.

8- Kazen gua kata gua adalah budak paling keras hati kat dalam dunia ni.

9- Gua paling benci kena marah..tambah2 kalo gua tak salah. Nak suruh gua sila lah guna nada yg rendah. Bukan gua nak cakap gua bagos. Sebab gua pun tak pernah marah orang naik kan suara. Bila gua nak marah gua akan diam je.

10- Gua benci hypocrite... berpura-pura. pada gua lebih selesa jadi diri sendiri. Gua tak perlu nak mention pada orang yg gua bagos. Sebab orang lain lebih tahu menilai kita

11- Gua ni jenis tak kisah.. orang nak wat baik ke, wat jahat ke.. nak menipu gua ke.. nak amik kesempatan atas gua ke.. nak gunakan gua time susah ke.. gua tak kisah.. memang jenis tak kisah sebab gua percaya pada "HUKUM KARMA" what come around goes around. soon or later allah will paid you with cash.

12- Tak suka menyesal dengan benda yang dah lepas sebab banyak lagi benda menarik di masa akan datang. enjoy your life while u still can make it..

13- Gua ni kadang-kadang mudah tacing. walaupom dengan perkara kecik. kadang orang tarik muka pom gua fikir kenapa dia tanak senyum pd gua.. gua ada salah ke..? sebab hati gua ni senipis kertas tisu je.. bila gua dah bengang gua tak suka bercakap dengan sesape, nak senyum lagi la.

14- Gua tak suka orang nak aturkan kehidupan gua, ape gua nak pakai, ape gua nak makan, kemana gua nak belajar. sebab gua da besar, takperlu nak di atorkan. gua ada otak gua leh pikir.

15-Sebelom tido, bangun tido, lepas makan, atau setiap 1jam skali gua mesti tengok cermin. manalah tau ada cabai ke celah gigi. haha..

16- Gua ni tersangatlah suka main game. tersangatlah taksub dengan game. tp bukan sumer game. gua main game taken 6, king of fighter, street fighter, dragon ball evo, Naruto Shipuden, and all game berkaitan dengan tumbuk-tumbuk dan bleh kuarkan power.

17- Dah 3 tahun gua berhenti merokok, dan sekarang gua rasa sihat.

18- Gua sangat lah panas baran..Tp gua susah nak marah orang, selagi gua mampo bersabar gua akan sabar. sebab gua ni sejenis manusia yang PENDENDAM..Tapi jangan bg gua meletup. "teringat gua time dok ostel dulu. dak farid main gurau bodo tarik seluar gua.nasib pakai boxer.kali kedua dia tarik, gua layang penyepak sedas dekat buah pinggang sebelah kiri. teros tarik muka monyet. seminggu tak datang bilik"

19- Gua juga seorang budak YANG SANGAT TAK BEST UNTUK DI BUAT KAWAN.

20- Gua kalo cakap nak somthing tu, gua akan make sure dapat. tak kisah la cepat atau lambat. gua akan usaha apa cara sekalipon untuk dapatkan nya.

21- Gua suka buat design, melukis, snap picture, adobe photoshop, design kad kawin, edit pic orang kawen, design banner utk even, making logo, and sumer benda berkaitan dengan seni gua suka.

22- gua benci MATH.. siyesly gua tak suka math.


23- Gua pernah excident skali. langgar pakcik baru balik masjid. dengan lampu tak pasang, lintas tak bg signal, tak tengok kiri kanan. terus kecepuuuk.. moto gua hancur bahagian depan, pakcik tu patah tulang punggung. terbaring tengah jalan raya. tp gua tak pape. mmg pelik sangat sampai skang. Calar pom takder, luka pom takder. tp gua jatoh time tu.. Cam halusinasi je. tp gua bersyukur gua masih idop.

24- Gua pernah skali rasa nak bunuh diri, sebab gua rasa sunyi kat dunia ni.rasa cam tak best sangat, rasa cam kena pulau ngan org, rasa cam takder kasih sayang, mungkin bila gua dah takde baru org perasan kot. Tp gua masih sayangkan mummy and daddy. nati sape nak jaga dorang bila dorang dah tue. So gua kuatkan semangat untok teros idop walaupom.... ntah..

25- Tiap-tiap hari sebelom tido, gua maafkan semua orang, gua halalkan sape yg terhutang terambil, Sebab gua tanak org yg terambil tu kena azab tuhan kerana gua tak maafkan dia. walaupom gua ni takde la kuat imam, sembahyang pom tunggang langgang, atlease gua dah lakukan yg termampo untuk diri gua dan juga orang lain.

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...