iklan

December 6, 2011

Wish List 2012

Open 2nd Sri.Desa.Bakery
Nak penuhkan duit Tabung Haji mummy & daddy
Nak hantar adik sambung study degree
Nak ambik Myvi
Beli samsung Galaxy
Nikon DSLR D90
New Blackberry

Yang lain mebey gua menyusul beli slow-slow... tengok bajet mampo ke tak, yg penting wish list at atas tu gua akan usahakan selagi tubuh badan ini mampu mencari rezeki..

yang penting gua cari duit bagi adik gua sambung study, kalo ada lebih gua nak hantar mymmy dengan daddy pergi haji, Gua dah takde sesaper dalam dunia ni selain dorang, 


Nak share cerita sedih, kekadang gua sentap dengan segelintir member tu, dulu kerja biasa-biasa tapi gua mampo beli ape yang gua suka, dorang cakap tak lain tak bukan bodek bos la tu, kalo dah kaki bodek haruslah bos beli... lepas gua tukar kerja, kerja at tempat lain, dorang cakap gua rembat duit cashier beli sumer barang yang gua suka.

kadang orang ni tak tahu cemana gua mengelupor kerja siang malam kumpul duit, kadang sebulan tak cuti kumpul duit buat OT semata-mata nak beli benda yang gua suka.

Kadang gua tak paham, ape yang gua nak beli mesti ada orang dengki.. gua tak penah pun mengemis duit orang nak beli itu ini, dan gua tak pernah nak mencuri untuk beli semua tu, saper yang kenal gua jer tahu perangai gua cemana, kepada bos-bos yang pernah gua kerja dengan dia, kalo gua ada terambil duit korang seringgit dua ringgit tu mintak halal la kalo gua lupa ganti, sebab gua beli itu ini pun dengan hasil titik peluh sendiri..

kepada member gua yang pernah berhutang tu, gua dah lama halalkan duit tu, tak payah la bayar balik, dengan duit seratus, dua ratus tu tak dapat gua nak bayar dengan harga persahabatan kita, Atok gua pernah pesan, "kalo ada member yang berhutang tu, halal kan sahaja, mana tahu esok dia meninggal terlupa bayar hutang azab pula dia dalam kubur" kalo kita dah halalkan sekurang-kurangnya ringan satu azab kubur dia.. sampai cam tu skali atok gua pesan kalo bab duit.

Gua bukan nak berlakon baik ke nak hipokrik ke, gua pun tak perlu nak cakap gua ni jujur supaya orang tahu, sebab manusia tu lebih bijak menilai kita macam mana..

Sebab gua dah penat menjawab, setiap kali gua beli benda baru mesti orang tanya, banyak duit ko beli ini-ini.. banyak ke duit ko simpan...? ko keja ape duit banyak...?

Gua jawab 
"kalau kita jujur dengan tuhan, dengan orang, nescaya tuhan tu murahkan rezeki kita, walaupun aku ni tak penah sembahyang tapi aku tak mencuri"

No comments :

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...