iklan

August 14, 2011

Jaga Hati Manusia Jaga Biawak Sekandang Lagi Senang..!!

Dear Bloggy

Idop ni kekadang cam celaka pun ada, kenapa gua cakap cam celaka..? Sebab kekadang tu apa yang kita buat semua serba tak kena, ibarat diluah mati mak di telan mati bapak..

This week atok gua MENINGGAL dan gua sorang jer antara cucu dia yang tak dapat balik kampung jumpe arwah sebelom dikebumikan.. Gua nak sesalkan tak guna gak..

Tapi ape yang gua kesalkan sikap segelintir manusia yang selalo tak puas hati dengan gua, Kenapa perlu canang hal peribadi gua kat orang lain..? supaya si pendengar akan anggap gua la manusia yang paling looser dan jahat dimata orang. mana perginya human sensitivity korang..


Orang yang suka mencanang hal orang lain kepada orang lain boleh diibaratkan seperti bercermin dengan diri sendiri, kerana setiap pantulan cermin tak boleh menipu, ape yang di ungkap akan terpantul kepada diri sendiri, kenapa perlu mencanang hal periuk nasi orang lain sedangkan periuk nasi sendiri nasinya mentah pun kita tak perasan..

Jangan kera dihutan kita nak susukan sedangkan anak sendiri dirumah mati kelaparan.. Sekarang ni gua terasa geram giler. Geram dengan kerenah manusia yang tak pernah puas dengan hasil kekayaan yang sedia ada dan berlagak kaya sedangkan dia tak punya ape-ape.. ingatlah sahabat walaupun sekaya mana pun manusia kalo hubungan dengan manusia dia tak mampu nak jalinkan dengan mesra ibarat pakai kasut tak bertali,

Gua just nak tanya satu jer soklan dekat mereka yang selalo mencanang perihal hidop gua.. JAHAT SANGAT KE GUA NI....? sila la jawab kalau anda baca blog gua..

Setiap manusia tak boleh lari dari realiti kehidupan, Tak mampo nak hadapi gelora rintangan berseorangan.. Ada kawan korang sisihkan, ada saudara korang pinggirkan, pasni kalo dah takde sesape mula la nak tacing cakap orang benci kau lah, orang tak suka kau lah, orang mandrem kau lah.. tapi hakikatnya bermula dari diri kita sendiri.. kita yang menghasilkan ilusi itu dan hidup didalamnya..


Bulan puasa ni cukop-cukop la yer.. kurangkan dosa tingkatkan pahala.. Walau kita pakai tudung labuh meleret ke tanah, pakai kopiah tak pernah bukak, kalau mulot kita terhadap orang sama seperti hanjeng yang menyalak bukit baik bertaubatlah sebelom terlambat..

3 comments :

Farhan AJ said...

salam.haha..marah nampak bro..kenapa ni.. sabar la ek..meh aku belanja roti john berbukak nanti.. :D

abang baker said...

sabar dah ni paan, lu nak belanja gua roti john ke..? nak nak nak

acikbuCUk... said...

tu lah aq ckp...mulut manusia xleh tutup...biar jer...pnt nti pndai2 lah dia diam...

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...