iklan

December 3, 2010

Im Sorry To All Of You..!!

Di sebuah negara terdapat seorang anak raja yang sangat tampan dan kachak. Namun anak raja ni ada satu tabiat burok. kerana dia suka menyindir, menggutok, dan marah-marah orang ikot sedap anak tekak dia jer.. Lama kelamaan semua rakyat jelata memusuhi anak raja tersebut sampaikan tiada seorang pon rakan yang mahu mendekatinya. 
2. Setelah menyedari perkara tersebut anak raja itu kendian datang mengadap baginda lalu meminta nasihat agar beliau dapat menahan rasa marah pada orang, tak suka menyindir orang. dan sewaktu dengannya.Tanpa lebat berbicara raja tersebut memberinya sekarung Paku dan Penukul. Kata baginda setiap kali kamu rasa nak marah orang nak sakitkan hati orang secara tak sengaja ataupun kebetulan kamu pahatlah paku ni kat tembok papan tu. Bila kamu dah berjaya mengawal segala kekurangan kamu datang lah semula berjumpa beta.

3. Then stiap kali nak marah, nak maki hamun orang, nak menyindir orang anak raja tersebut akan memaku batang-batang paku di dinding tersebut. Hari berganti hari, maka anak raja tersebut dapat mengawal tabiat buruk beliau. Setelah itu beliau ingin mengadap raja kerana ingin tahu kesudahan kenapa baginda raja memberinya paku dan penukul.
4. Setelah mengadap raja, baginda mengajak anaknya pergi ke tembok tersebut dan mencabut kembali paku-paku yang dalam tertanam. Tanpa banyak bertanya anak raja tersebut mencabut kesemua paku tersebut sampai habis.Dan tinggal lah kesan-kesan tebukan berlubang di dinding.

5. Berkata baginda raja, kamu nampak tak kesan lubang paku di dinding tu, macam tu lah hati orang bila kamu dah sakitkan. Walaupun kamu dah minta maaf, dan orang tu dah maaf kan kamu namun parut luka tersebut tetap takkan hilang.

P/S: dari jaga hati manusia lebih baik jaga lembu sekandang lagik senang..!

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...