iklan

February 2, 2011

25 Fakta Tentang Skyboy

Excelly gua dapat tag ni dari blog Apih El nino .. so gua rasa nak wat kot tag ni. Ni berdasarkan ape yg org sekeliling mention lah. tentang gua. 

1- Gua ni easy going with anyone at the 1st go.

2- Gua sangat sayang Mummy dan Daddy gua dunia akhirat. And nak anta derang berdua ke mekah. insyallah,

3- Gua ada sorang adik, sangat besar dan tinggi, kekadang member adik gua datang umah siap tanya "bro budak tu adik lu ke..?" dem..dem..

4- Gua senang mengelabah, tp kejap je setelah gua dapat mengawal keadaan. Gua akan OK balik.

5- Gua suka membaca. Gua boleh hadap Lappy 24 jam semata-mata nak baca encyclopedia. Sebab dengan membaca gua dapat tahu banyak perkara.

6- Tak dinafikan gua sangat lah giler GADGET. gua sangat suka explore benda baru, segala gadget baru mesti gua usha, gua wat research pasal advantage and disadvantage. gua akan review dalam youtube. gua akan post dalam yahoo answer.sampailah gua dapat jawapan dan gua paham.

7- Gua tak suka di paksa. kalo gua kata tanak. memang gua tanak. memang gua tanak.

8- Kazen gua kata gua adalah budak paling keras hati kat dalam dunia ni.

9- Gua paling benci kena marah..tambah2 kalo gua tak salah. Nak suruh gua sila lah guna nada yg rendah. Bukan gua nak cakap gua bagos. Sebab gua pun tak pernah marah orang naik kan suara. Bila gua nak marah gua akan diam je.

10- Gua benci hypocrite... berpura-pura. pada gua lebih selesa jadi diri sendiri. Gua tak perlu nak mention pada orang yg gua bagos. Sebab orang lain lebih tahu menilai kita

11- Gua ni jenis tak kisah.. orang nak wat baik ke, wat jahat ke.. nak menipu gua ke.. nak amik kesempatan atas gua ke.. nak gunakan gua time susah ke.. gua tak kisah.. memang jenis tak kisah sebab gua percaya pada "HUKUM KARMA" what come around goes around. soon or later allah will paid you with cash.

12- Tak suka menyesal dengan benda yang dah lepas sebab banyak lagi benda menarik di masa akan datang. enjoy your life while u still can make it..

13- Gua ni kadang-kadang mudah tacing. walaupom dengan perkara kecik. kadang orang tarik muka pom gua fikir kenapa dia tanak senyum pd gua.. gua ada salah ke..? sebab hati gua ni senipis kertas tisu je.. bila gua dah bengang gua tak suka bercakap dengan sesape, nak senyum lagi la.

14- Gua tak suka orang nak aturkan kehidupan gua, ape gua nak pakai, ape gua nak makan, kemana gua nak belajar. sebab gua da besar, takperlu nak di atorkan. gua ada otak gua leh pikir.

15-Sebelom tido, bangun tido, lepas makan, atau setiap 1jam skali gua mesti tengok cermin. manalah tau ada cabai ke celah gigi. haha..

16- Gua ni tersangatlah suka main game. tersangatlah taksub dengan game. tp bukan sumer game. gua main game taken 6, king of fighter, street fighter, dragon ball evo, Naruto Shipuden, and all game berkaitan dengan tumbuk-tumbuk dan bleh kuarkan power.

17- Dah 3 tahun gua berhenti merokok, dan sekarang gua rasa sihat.

18- Gua sangat lah panas baran..Tp gua susah nak marah orang, selagi gua mampo bersabar gua akan sabar. sebab gua ni sejenis manusia yang PENDENDAM..Tapi jangan bg gua meletup. "teringat gua time dok ostel dulu. dak farid main gurau bodo tarik seluar gua.nasib pakai boxer.kali kedua dia tarik, gua layang penyepak sedas dekat buah pinggang sebelah kiri. teros tarik muka monyet. seminggu tak datang bilik"

19- Gua juga seorang budak YANG SANGAT TAK BEST UNTUK DI BUAT KAWAN.

20- Gua kalo cakap nak somthing tu, gua akan make sure dapat. tak kisah la cepat atau lambat. gua akan usaha apa cara sekalipon untuk dapatkan nya.

21- Gua suka buat design, melukis, snap picture, adobe photoshop, design kad kawin, edit pic orang kawen, design banner utk even, making logo, and sumer benda berkaitan dengan seni gua suka.

22- gua benci MATH.. siyesly gua tak suka math.


23- Gua pernah excident skali. langgar pakcik baru balik masjid. dengan lampu tak pasang, lintas tak bg signal, tak tengok kiri kanan. terus kecepuuuk.. moto gua hancur bahagian depan, pakcik tu patah tulang punggung. terbaring tengah jalan raya. tp gua tak pape. mmg pelik sangat sampai skang. Calar pom takder, luka pom takder. tp gua jatoh time tu.. Cam halusinasi je. tp gua bersyukur gua masih idop.

24- Gua pernah skali rasa nak bunuh diri, sebab gua rasa sunyi kat dunia ni.rasa cam tak best sangat, rasa cam kena pulau ngan org, rasa cam takder kasih sayang, mungkin bila gua dah takde baru org perasan kot. Tp gua masih sayangkan mummy and daddy. nati sape nak jaga dorang bila dorang dah tue. So gua kuatkan semangat untok teros idop walaupom.... ntah..

25- Tiap-tiap hari sebelom tido, gua maafkan semua orang, gua halalkan sape yg terhutang terambil, Sebab gua tanak org yg terambil tu kena azab tuhan kerana gua tak maafkan dia. walaupom gua ni takde la kuat imam, sembahyang pom tunggang langgang, atlease gua dah lakukan yg termampo untuk diri gua dan juga orang lain.

4 comments :

faizahfyn said...

best2 :)

faizahfyn said...

best2 :)

faizahfyn said...

best2 :)

Anonymous said...

[url=http://seoservicemarket.com]seo service[/url]

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...