iklan

July 18, 2011

Isteri Bos

1 - Melati baru sahaja memulakan hidup dia sebagai pekerja part time di salah sebuah kedai restoran terkemuka sebagai cashier atau erti kata lain sebagai juru wang.. Melati merupakan seorang pekerja yang teliti dan amat punctual dengan masa beliau. Tidak pernah sekali pun punch card melati merah dek kelewatan dia masuk bertugas.

2 - Pekerja di restaurant tersebut selalu bergurau senda dengan melati, mereka sudah seperti adik beradik. Kekadang ada yang datang lewat melati tolong punch card kan untuk diorang, selama dua minggu melati bekerja di restaurant tersebut melati dapat menyaksikan pelbagai telatah pekerja disitu. Ada yang kerja sambil main-main, ada yang bekerja sambil main enset, ada yang bekerja sambil dengar lagu, peralatan dapur tidak di susun dengan rapi. semua bagaikan berterabur.

3 - Bila bos datang ke kedai, Semua pekerja bertempiaran melakukan kerja masing-masing, semua pekerja patuh dengan tugas masing-masing seperti robot yang tidak ada penatnya.. Semua peralatan dapur tersusun rapi, meja dan kerusi kemas beralas. sampah di lantai bagaikan licin di sental. Tapi bila bos tiada keadaan kembali seperti biasa. Melati kerap juga menggeleng kan kepala dia tanda kesal dengan sikap kawan-kawan dia. Namun Melati juga manusia biasa.

4 - Satu hari ada panggilan kecemasan dari rumah Melati, diberitakan bahawa anak kucing Melati mati lemas dalam longkang depan rumah, Melati tanpa berfikir panjang terus mencapai kunci kereta didalam laci meja dan bergegas pulang. Melati terus melulu keluar dan memandu megah ketempat kejadian tanpa menghiraukan tas tangan dia tertinggal ditepi meja cashier.

5 - Pada ke esokan paginya, melati tiba di restaurant seperti biasa, Tapi keadaan didalam restaurant sangat luar biasa, semua pekerja disitu bekerja dengan rajin dan patuh seperti malaikat. dan tiada seorang pun cuba bergurau tawa dengan melati, Dia dah mula heran kenapa. Dia terus kemeja cashier dan didapati tas tangan beliau tertinggal, dan dalam tas itu tersimpan gambar melati suami dan anak-anak.

6 - Rupa-rupanya semua dah tahu bahawa Melati adalah isteri kepada pemilik restaurant. Oleh kerana melati tidak pernah datang bertandang  ke restaurant suaminya membuatkan semua pekerja tidak tahu menahu bahawa melati adalah isteri kepada pemilik restaurant tersebut.Dan sekarang semua orang melakukan tugas memasing dan tidak lagi bergurau senda dengan melati..

Moral of the story mory gua ni :

Kenapa kita semua perlu hipokrik dan berlaku baik ketika berada didepan bos..? Kenapa tidak melakukan perkara sama semasa ketiadaan bos..? Bagi gua la kan. Hipokrik tu kekadang penting tapi biar lah kena pada tempat yang sepatutnya. Tapi gua jenis banyak jadi diri sendiri, sebab ape dalam kamus hidop gua takde istilah "MEMBODEK BOS" kalo gua penat gua berhenti, takde sebab bos nak marah yer dak..? kalo gua salah gua mintak maaf, sebab takde sebab bos nak marah kalo kita tak wat salah.. kalo hidop saling give and take semalanya akan aman bahagia. CEWAAAAAAAAAAAH..

Setiap orang ada pendapat tersendiri dalam menegakkan pendapat memasing. so tu pendapat gua, takde sebab orang nak caras idea ni.. (gua hentam pakai cangkul baru tahu)

Semua hasil adalah hak cipta penulis sendiri.Tiada sebarang sangkut paut dengan yang hidop atau yang telah meninggal dunia.

1 comment :

SuperHamzah said...

pemikiran semua lain2.. hehe

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...