iklan

August 17, 2013

Tiada Guna Kalau Cemburu kan...??

dear bloggy....

harini uncle ikot housemate uncle gi function..
memula ingat tanak pergi sebab macam tak berbaloi jer..
then sebab dah janji dengan mummy nak cuba belajar hidup susah,
so uncle pun nak rasa cemana orang lain rasa..
memang terasa la penat dia..
tapi dapat upah dari hasil titik peluh sendiri terasa nikmat dia..


nak ikutkan like before pun uncle dah kerja dah
cuma duit yang kita dapat waktu study ni felling dia lain macam siket.
walau mummy dan daddy bagi duit tetiap bulan,
walaupun dapat elaunt dari pihak penaja,
duit yang sedikit tu la paling bermakna....
mummy tak tahu pun uncle gi kerja tadi,
kalau dia tahu mesti dia tak bagi..
pastu mesti mummy akan bank in duit pada uncle..
just nak rasa je cemana orang lain raSa
seronot kot.. hehehe

sorry mummy sebab tak bagi tahu....

malam ni kena request dari classmate untuk masak mee kari,
lahai kena masak plak,
uncle ni dah lama tak masak ni,
tapi ok ok la sebab orang dah request kan
sedap tak sedap belakang kira la khen
janji dah jadi kari, makan dengan mee hahaha..

mee kari

cerita pasal mee ni, rasanya dah lama uncle tak makan meggi..
dah dua tiga tahu dah kot tak kena meggi..
pernah makan sekali meggi goreng at mamak stall tu pun bulan lepas,
bukan meggi sangat, sebab dia tak pakai meggi punya perencah,
rasanya dia beli vits instant mee tu kot..
sebab meggi ni product yang diharamkan mummy kat rumah,
kalau nak makan pun kena sorok-sorok
plastik buang jauh-jauh..
periuk tu kalo boleh lepas guna terus basuh..
masa kat hostel pun mummy tak bagi uncle makan meggi
siap tanya lagi "tak cukup ke duit mummy bagi"
bukan tak cukup, cuma seronot makan meggi reramai ni mummy..

dulu masa uncle study medic,
pernah kita orang beli meggi masak dalam jug 2.5 litter
makan 4 orang dalam bilik....
seronoknya ya allah, terasa ikatan persahabatan tu
tetibe terus uncle rindu pada housemate uncle
bukhari si mulut puaka...
memang puaka mulut dia tahap lagenda yu'olls
roomate uncle si farid tu dah jadi pakar x-ray
si bukhari puaka dah jadi doctor
emmie dah jadi ahli fisio
uncle isaac je tak jadi pape..



tapi alhamdulillah walau tak jadi doctor
jadi tukang masak pun jadi lah
cuma kadang cam segan la kan,
jumpa member masa renuion diorang tanya uncle buat ape..
rasa nak nyorok dalam baju jer wei soalan kau tu...
takpe la uncle wei, kerja ape pun tak kisah janji HALAL
tu jer yang penting...



kadang kita cuba untuk mengejar apa yang orang lain ada, kadang kita cemburu dengan apa yang orang lain dapat, sebenarnya kita tak tahu yang allah dah sediakan rezeki untuk kita, yang penting kita usaha, tak guna kita cemburu apa yang orang lain ada, sedangkan kita hanya duduk dan goyang kaki sahaja, yang penting kena ada usaha.


No comments :

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...