iklan

August 17, 2010

Missing My Beloved Michael

Aku sampai kat umah pagi sabtu, di tangan aku tergengam 3kg freskies yg Michael slalo makan.. tiba2 terlepas dari tangan ku, jiwa aku sebak, hati aku tersentap, mata aku berkaca-kaca, niat aku balik untuk bertemu michael bagai kaca di hempas ke batu, ibarat buah pinang di pijak lori..bila mummy bagitahu michael dah tak balik 2 hari, aku kedapur, ternyata ini bukan mimpi, bekas yang selalo michael guna untuk makan tak terusik lagi, freskies yang dua hari lalo ternyata tak terusik pom. mmg benar michael tak balik, dalam hati aku terdetik kenapa michael sangup melakukan sebegini kepada aku, aku hanya tinggal kan dia 3bulan sahaja, bukan nya aku tanak balik jumpa michael, aku bizi ngan keja..mungkin michael tak faham..ataupom michael kena culik, kucing seberat 5KG + bulu berkilau-kilau amat menarik minat peminat2 haiwan ekzotix.
aku bagai orang gila, aku mahu menangis, namun kilau kilau air mata tetap tanak kuar. cuti aku terus bertukar menjadi mimpi ngeri, michael yang aku sayang selama ini telah tiada, sebelom michael hilang aku dapat tahu dari jiran sebelah yang michael ada bergaduh dengan Bobo, Petang itu Seman pom turut masuk campur, mungkin Bobo takut kehilangan Bella, namun bella tetap dengan pendirian degilnya hanya mahukan teman sekacak Mirmo sebagai teman hidop. Mungkin Michael bukan pilihan bella, Mungkin juga michael lari kerana mahu mencari teman hidop..
Namun perbuatan Michael tu amat mengguris jiwa aku, aku hanya mahukan pelukan dari michael, tidur dengan michael, mandikan michael, bagi makan Michael..
sudah 3 hari mummy ngan daddy aku mencari michael di serata kampong, ternyata usaha kami gagal, masok hari ni dah 4hari michael hilang, ntah makan ntah tidak.kepada sesiapa yang menjumpai michael sila lah kembalikan michael ke pangkuan aku, aku harap pada sesiapa yang mengambil michael tolonglah bagi kucing aku makan dengan kenyang, aku tak sanggup tengok michael kelaparan,
pagi dia makan whiskas,
tengahari dia makan frieskes,
malam dia makan ikan bakar sahaja,
late nite dia makan lagi whiskas.
tolong lah pada sesiapa yang mengenali aku secara langsung or suam2 kuku jer, tolong kembalikan michael kepada aku, aku boleh jadi gileer kehilangan dia.. aku bela dia dari baby sampai besar,sesenang bapak ko je nak curi dia..
aku teringin melihat michael menunggu ku di depan pintu di pagi raya

1 comment :

Anonymous said...

lalink...sbr ea......

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...