iklan

May 20, 2013

Kisah Seram Di McDonal's

Dear Bloggy

Kebelakangan ni asyik wat entry pasal hal peribadi je manjang, mesti korang pun dah bosan nak baca yer dak... Lagipun blog ni just for fun, dan memang penulisan dia banyak mengenai hal peribadi... bukannya nak suruh semua manusia tahu ape yang kita buat, lagi sekali just for fun, dan nama blog pun aku dan realiti, so kenalah dengan tema penulisan yer dak...

Dah lama tak wat entry pasal menda lain,
kadang takde idea nak menulis, kepala otak asik di bebani masalah jer
tapi ada sesetengah pihak telah salah anggap dengan cara penulisan gua dekat sini
dia siap pesan lagi, kau nak tulis blog tu tolong tapis sikit boleh, habis semua benda kau nak tulis.
then, kalau berbulu mata nak baca tu hah butang (X) ada kat sebelah atas tu
tak suruh pun baca, so tayah nak rasa berbulu mata sangat hokay

Ni pasal kes gua pergi makan kat Mekdi beberapa hari lepas
time tu gua lepak dengan member comolot gua
gua oder 2 Double beef Mc Pepper
Lokasi dia di Alamanda yer kawan-kawan

 Double Beef McPepper

Gua oder set large, tapi dapat set kecik, Sebab belom blah dari counter tu gua pun panggil budak yang serve gua tu, bagi tahu tadi oder set large kenapa bagi set kecik...? Then lepas dia tarik muka tak puas hati dia tukar set burger tu.... and more member gua oder coke dan gua oder coffee...

Lepas dapat ape yang di oder gua duduk, baca bismillah, buka lid coffee nak letak gula sama creamer, boleh tak kalau gua nak sumpah seranah budak yang serve gua tu, sebab dia bagi gua teh... memang celaka yang agak tak patuut lah... Gua oder coffee, dalam resit tu pun tulis coffee... gua nak pergi tukar air tu nampak que yang beratur ramai sangat, nak tanak terpaksa jugak gegeh beratur sebab gua tak minum sangat teh tu... Dekat sepulohminit jugak la que macam orang bodoh sebab nak tukar air, nak cut que yang jaga counter hari tu 2 orang jer, karang marah pulak yang berator lama tu...

Ingat nak jer direct kat manager dia, tapi fikir kesian pulak, memandangkan runner pun tak ramai hari tu, mebey diorang penat kot.. tak leh salahkan diorang jugak, mana boleh gua give and take tu kira tutup mata lah, gua bukan kejam sangat..

Then semalam gua pergi lagi ke Mcd yang sama, tapi menu yang berbeza, sebab gua sorang so gua takeaway je lah, gua oder set Large Double Spicy Chicken McDeluxe.. Ni hah bill pun ada lagi ni.

Double Spicy Chicken McDeluxe
Sila click untuk tumbesaran hakiki

Sebab time tu promosi lunch hour yang biasa tak silap Rm6 ++ kot kalau double dekat Rm16 ++ gua bukan jenis nak bagi tahu gua ni makan berkira, Kalau yang biasa keluar dengan gua mesti tahu kalau bab makan ni gua cemana.. 

Sampai rumah bukak kotak, dapat burger biasa, takdenya double-double bagai tu, dah la bagi french fry supposes ada serbuk shaker, dapat paper bag untuk shaker je, serbuk dia tak letak sekali... Siyes rasa nak patah balik jer pergi mekdi tu cakap direct kat manager dia... Dah la gua bayar harga burger untuk harga double salah bagi, french fry pulak takde shaker... duit tak kisah, tapi tekak aku ni kisah sebab oder lain dapat lain.

Double Spicy Chicken lah sangat

Gua faham meybe diorang penat kena serve ramai costumer, sebab gua pun kerja dalam FNB jugak, tapi kalau dah banyak kali gua kena dan tempat pulak tempat sama, memang kohajor la kan.. Sedih bettei rasa.


Dan beberapa bulan lalu gua makan dekat McD Metro kajang, serve pun macam fap...fap...fap.. jugak, sorry carut sikit... Gua oder set Big Mac tapi air gua tukar Coffee... Lepas diorang dah cash, tetibe kat belakang jerit coffee dah habis, gua dok perati teko coffee dari tadi lagi, memang dah habis, tinggal teh jer. Tapi gua tahu stock mesti ada, sebab ni time lunch hour tak mungkin habis, cuma staff diorang malas nak bergerak topup baru... 

Gua cakap takpe lah, coffee takde gua amik burger je lah, duit air tu simpanlah gua sedekah, sambil niat nak menyindir... bukan dorang takleh bancuh lain paling pun 10min je kan, gua sajer je nak tengok respon staff kat situ.. Gua nampak manager dia lalu sebab gua dok tepi tangga nak menghala ke tingkat atas, Gua amil amik Sugar dengan creamer banyak2 pastu letak kasi bersepah dalam tray depan gua, 

Kebetulan manager dia lalu dan ternampak, siap berhenti lagi dekat gua, Dia tanya sedap ke minum coke campur creamer..? gua ape lagi mengayat la kerja gua.

McDonals premium roasted coffee

Takde lah, tadi oder coffee, tapi your staff cakap coffee habis, so i ingat nak makan jer lah creamer ni campur dalam burger, i tak minum air lain, coffee takde takpe lah kan... Memang proppa sangat budak isaac ni kalau nak kenakan orang khen..

Manager dia amik bill atas tray tu, pastu terus masuk dalam counter... tak tahu lah ape terjadi kat dalam tu, tetibe keluar segelas air coffee yang gua nanti-nanti.. hahahaha... bravo-bravo..

pastu sebagai tanda dia mintak maaf dia kasi satu lagi set Big Mac dengan Coffee take away.. kenyang gua hari tu.... Rasanya manager mekdi tu dah tukar kot sekarang, sebab gua pergi tengok orang lain dah take over..  

Nak cerita memang banyak lagi, tunggu jer lah kisah seram di McDonal's siri 2 pulak. hahahaha...

4 comments :

Unknown said...

haha..ingatkan ada hantu ka tumpang makan sekali..huh..
boikot2..uhuhu

agaknya diaorang dah pening kepala..customer ramai sangat..tapi itu bukan masalahnya..kerja kena fokus meh..

[k]o{q}i[n] said...

is, xmo memarah ye...

farrahjuna said...

hahaha..
1st time singgah sini,terus gelak bca entri nie..
klau kne dkat farra mmg mkn hati le jwabnye...

farrahjuna said...

haha.. :D
1st time singgah sini,terus gelak bc entri nie..
Kalau kene kat farra,tak tau lh apa yg jd..

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...