iklan

April 9, 2014

Rezeki Itu Milik Allah

hye salam manis beserta madu buat semua...

sape rindu uncle angkat tangan...!!!!

kakakaka... celaka jer intro kau

erm.............. cemana uncle nak mula cerita ni yer.
ok 1st nak bersyukur sangat pada allah sebab di kurniakan kesihatan yang tidak ternilai harganya ni dan di dekatkan dengan friend-friend yang gila happening and always sporting...
diam tak sedar dah masuk tahun baru yer dak..? hahahaha.... open your eyes la uncle ni dah nak masuk bulan 5 dah ni.. well biasa lah orang tua.... gitchew kau...

and sekali lagi nak memohon jutaan maaf kat my bff sebab selalu skip dan mengelat nak keluar dengan dia... like seriously uncle bizi sesangat... bizi sesangat... sebab hari rabu jer uncle free hari lain uncle sibuk berniaga. dorang pulak hari jumaat cuti..  then rasa bersalah menyelinap kedalam jiwa. hahahaha...

dont worry la genk... ada masa nanti kita jumpa yer, bukan uncle dok oversea, 
business sekarang ni ok lah, bertambah maju, cuma element-element jahat tu sentiasa ada kalau kita senang ni, dari yang zahir sampai ke element mistik aku kena hadapi... tepis kiri tepis kanan sifat iri hati orang tu tetap jua uncle kena telan.... gluuurrrrppppp................

ada 1 lagi benda yang menjadi tanda tanya dalam diri uncle..
uncle ni apa pada mereka.... ya mereka...
takpe uncle tanak mention, just let's this save in my heart.
githew kau cakap omputeh.........

selfie itu petanda sakit mental

mental tak mental. aku pedulu haper.
yaa.... uncle memang jenis yang tak kisah sebenarnya... kadang orang buat apa pun uncle cakap takpe, sebab uncle cuba belajar untuk bersabar... orang yang rapat dengan uncle especially my bff tahu yang uncle ni garang... level mana garang dia hanya orang yang pernah kerja dengan uncle jer tahu.. hanya member yang tinggal serumah dengan uncle jer tahu... sebab dalam bersabar tu uncle cuba jadi happy go lucky person, sebab tanak stress....  uncle memang susah nak marah orang, but jangan bagi uncle marah... sebab aku seorang orang yang akan bertindak ikut kata hati bila marah.. hahhahahaha.... 

macam karangan jer kan... 

boleh buat sinopsis untuk bahasa melayu tingkatan tiga ni..
layan kan jer lah uncle ni kemaruk sebenarnya dah lama tak menulis...
itu yang gigih nak cerita semua.... 

uncle niatnya this year nak beli kereta sendiri...
but apakan daya tak tercapai jugak hasratnya...
impian tu jauh kelangit....
nak tukar screen blackberry yang rosak tu pun tak tertukar lagi..
dah la kat kota bharu ni susah cari kedai blackberry.
rindu nak macam dulu-dulu bawak 5 bijik phone sekali dalam bag
tapi gunanya satu jer. empat lagi jarang guna.
kah kah kah....

tak mengapalah bukan rezeki lagi, orang lain ada 1 enset jer dah syukur.
tunggu nak pow duit gaji adik lah nak suruh dia beli leather wallet nanti
kat kota bharu ni susah cari yyang cantik...

ok lah... lain kali cerita, boss dah mesej tu suruh datang kedai buat kek. alhamdulillah this week banyak sangat tempahan kek... semoga allah melimpahkan lagi rezeki aku dan boss.

nah... saje nak tayang.... sebab uncle baru jer dapat biss card ni.
sendiri design, biarlah tak chantek asal sendiri buat. weerrrk.......
kah kah kah


ibu saya mengajar saya supaya hidup dalam bersederhana, buangkan sikap riak bila bercakap dengan orang, jangan sesekali terlintas didalam hati untuk mengkritik hasil kerja orang, kerana belum tentu hasil kerja kita adalah yang terbaik. setiap orang telah tertulis rezeki mereka sebanyak mana, jika kita mahu lebih kita kenalah berusaha, bukannya cuba untuk menjatuhkan orang lain disebabkan kita iri hati pada mereka. saya juga tidak terlepas dari dosa. jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri dan dekatkan hati kita dengan illahi...... insyallah...

No comments :

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...