iklan

May 11, 2014

Ehhh... Korang Tahu Tak..??

hye salam manis buat semua...

hari ni rasa santai sikit, sebab kerja half day jer...
so balik rumah tadi ternampak seorang epal red delicious dalam peti ais, so apa lagi, capai blender terus kisar bebuah tersebut jadi air.. berangan sangat nak minum air buah pak san gelas besar dekat terengganu sana... hurm...... rindu kedai tu... khen..... rindu dekat hadek rambot panjang angkat air tu sebenarnya, kah..kah..


korang ada tabiat atau hobe hobi pepelik tak..?



uncle ada lah juga selalu buat benda pelik bagi orang lain tidak bagi uncle.. kadang buat benda pelik ni akan jadikan kita special...

biar betik uncle

1- suka membaca dari belakang, terutama suratkabar, majalah ujang, buku resipi dan sebagainya.. gitoh.. haha... kalau buku sekolah takdenya aku nak baca rair dari belakang..

2- suka makan tembikai letak garam.

3- duit mesti kena susun cecantik dalam wallet, dari kecik ke besar dan selaras mengikut nilai matawang.

4- suka pakai cap walau rambot dah cantek macam maya karing.. haha

5- suka buat orang rasa kagum dengan uncle... contohnya kat kedai enset, uncle akan cerita satu2 enset tu dengan detail sambil borak dengan tuan kedai, sampai tuan kedai cakap, you banyak tahu you niaga juga ka..?? makcik pet shop pun penah jadi mangsa uncle... uncle cerita setiap spesis sugar glider pada dia sampai dia clueless nak bercakap. hahaha....

6- suka bau rumput lepas hujan, sebab dia sangad freshness.. maigad..

7- time nak keluar rumah, paling kurang 4 helai baju uncle akan mix and match before keluar. haha.. macam pompuan jer kan..

8- suka masak tapi tak suka makan.

9- suka duduk sorang-sorang... sebab tak ramai kawan.

10- sangat teliti... kadang time nak keluar rumah mesti cek banyak kali gas, tivi, aircond dah tutup ke belom, sedangkan time nak keluar dah tutup. pernah sekali dah travel separuh jalan u-turn balik sebab nak chek plug tivi, sedangkan dah tutup. hahaha..

11- kalau study mesti kena suasana bising, kalau tak study tak masyuk.. atlease ear phone kat telinga..

12- benda paling uncle takut kalau ada someone cakap macam ni... "saya nak tanya sikit boleh" or "aku nak tanya sikit, but jangan marah yer" time tu terus uncle teringat pada dosa-dosa dan salah silap yang uncle dah buat pada dia.. hahaha.. padahal dia just nak tanya " kau beli beg cantik tu kat mana, berkenanlah" dan time tu rasa nak caruts orang jer.. hahaha.. mesti korang pernah rasa cam ni kan...



hurm... rasa cukup sini jer lah dulu... kalau nak tahu lelebih kenalah berkawan dengan uncle ni..
jujur uncle cakap orang yang tak kenal uncle, mesti cakap uncle ni sombong, berlagak mampoos, bajet good-good jer... unfriendly... dah kenal baru tahu kan uncle ni cemana... uncle ni memang gegiler sorry lah yer. hahahaha......



"sekiranya kita sudah hidup senang, berpangkat, berduit janganlah pula kita bangga berjalan menongkah arus, mendongak ke langit sedangkan kita semua berasal dari butiran pasir yang sama." 

No comments :

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...