iklan

December 20, 2012

Bila Mulut Manusia Mula Bercerita

Hye bloggy..

Reader uncle sihat..?
harap kengkorang sumer sihat la hendaknya..
Semalam uncle dapat text dari seorang member uncle kat kampung
nama patut di rahsiakan
menceritakan bahawa uncle balik kampung dah macam takde rupa melayu dah
dah rupa kafir-kafir murtad
nak ikot sangat jejak mat saleh nun
dengan pakaian ntah pape
ngan rambut kuning
pastu terkinjer-kinjer dengar lagu masuk dalam kedai makan
kesian mak kau lahirkan anak cam tu..

yang cakap tu sekor makcik yang mulut dia tu puaka tak patut
karang aku tampar tujak jugak makcik tu sedas atas belakang
mau dia kena strok berbulan-bulan
karang ada jugak yang nak kencing berak dalam pampers
tapi pikirkan yang uncle ni masih waras
masih boleh kira matematik congak pakai tangan
uncle takde la sampai nak balik kampung besok
pergi rumah makcik tu bakar selipar stiletto depan tangga dia
paling uncle simbah dia dengan cuka getah
#eeeehhhhhh...!!

ape pun biar tuhan saje membalas jasa dan budi baik makcik tu menyedarkan uncle bahawa uncle ni jauh terbabas dari rupa bentuk asal
makcik sama-sama ada anak kan
ape kata makcik didik anak tu dulu biar jadi manusia berguna kelak
dengar citer anak makcik yang laki tu baik giler
tak tinggal sembahyang
rokok pun tak pernah pegang
tapi tetiap kali sembahyang jumaat anak makcik la yang ajak saya ponteng sembahyang
ajak saya isap rokok belakang masjid time pak imam azan
makcik tau tak..? tak tahu kan..?
depan makcik anak tu pijak semut pun tak mati
depan makcik masuk azan jer terus sembahyang
tapi belakang makcik..?
pernah makcik tanya bulan puasa anak makcik puasa berapa hari jer..?
pernah makcik tanya dia beli bihoon goreng masa bulan puasa dia makan kat mana..?

makcik tau tak anak makcik tu jual pil kuda
makcik tau tak anak makcik tu simpan pill tu kat mana..?
makcik tau tak anak perempuan makcik tu semalam keluar dengan sape..?
makcik tau tak anak perempuan makcik tu kat sekolah dia buat ape..?
semua persoalan tu saya boleh jawab kalau makcik nak tahu
jangan gajah depan mata makcik tak nampak sedangkan kuman seberang laut makcik tau dia buat ape

sebelom kita nak mengata kat anak orang sila pastikan anak kita terdidik rapi
sejahat saya la makcik
saya tak pernah berzinar dengan anak orang lagi
tak pernah balik kampung bawak perempuan
jangan la sebab balik kampung tak pakai seluar panjang dah kena label kafir murtad
makcik ooooo makcik...

next time balik kampung kena pakai purdah la aku gamaknya

kena pakai cenggini ke makcik baru kata islam..?

kadang makcik-makcik kat kampung ni macam pukiemak pun ada
jenis manusia yang bercakap macam talam dua muka
jenis manusia yang mulut manis jubur masam
depan baik belakang macam haram
kalau baca hadis-hadis nabi kitab-kitab suci
mulut manusia ni paling tajam dari pedang
dan sebab setitik nila habis rosak susu sebelangga

sebab terlalu banyak kata cacian dan umpatan yang diberikan
aku seakan sudah lali dengan mulut mereka
kalau nak diturutkan tak sudah
ape yang dibuat diam sahaja
bagi yang tak buta dia boleh nilai uncle ni macam mana
kalau tak kenal uncle jangan suka buat cerita
biar dosa aku dengan tuhan sebab jarang sembahyang jer
jangan ada dosa mengumpat dan menipu orang

mummy pernah pesan kalau nak berkat hidup jangan suka menipu orang
ambik barang orang, mencuri duit orang
sebab setitik darah dalam diri kita yang mengalir dari duit tak berkat
maka segala isi tubuh kita juga berdosa
makcik siti juga ada pesan
seposen kita ambik duit orang sepuluh ringgit allah ambik balik dari kita
kita mungkin tidak sedar bila masa allah ambil
dan senario ini telah berlaku depan mata uncle
dan uncle anggap ia sebagai satu pengajaran buat diri sendiri

 kat sini saya ada sertakan doa taubat jika makcik suka boleh baca

Pada makcik tu sila la ingat
umur tu dah makin meningkat
liang lahad tu sudah dekat
cecepat la bertaubat
agar tidak terlambat
dah la hidup kau kat dunia ni dah susah
tambah lagi nanti kat akhirat
taubat makcik..taubat....



#ahh... penulisan yang penuh berimosi kali ini
rasa macam tak sedap dalam hati
bila dah di luahkan kat sini
rasa lapang dunia ni
gua harap makcik baca.
makcik jangan lupa drop comment yer



1 comment :

akmal fatin said...

kih3... damn true... nampak kain orang lain terselak.. kain sendiri dah berlubang.. aigooo

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...