iklan

May 20, 2013

Kisah Seram Di McDonal's

Dear Bloggy

Kebelakangan ni asyik wat entry pasal hal peribadi je manjang, mesti korang pun dah bosan nak baca yer dak... Lagipun blog ni just for fun, dan memang penulisan dia banyak mengenai hal peribadi... bukannya nak suruh semua manusia tahu ape yang kita buat, lagi sekali just for fun, dan nama blog pun aku dan realiti, so kenalah dengan tema penulisan yer dak...

Dah lama tak wat entry pasal menda lain,
kadang takde idea nak menulis, kepala otak asik di bebani masalah jer
tapi ada sesetengah pihak telah salah anggap dengan cara penulisan gua dekat sini
dia siap pesan lagi, kau nak tulis blog tu tolong tapis sikit boleh, habis semua benda kau nak tulis.
then, kalau berbulu mata nak baca tu hah butang (X) ada kat sebelah atas tu
tak suruh pun baca, so tayah nak rasa berbulu mata sangat hokay

Ni pasal kes gua pergi makan kat Mekdi beberapa hari lepas
time tu gua lepak dengan member comolot gua
gua oder 2 Double beef Mc Pepper
Lokasi dia di Alamanda yer kawan-kawan

 Double Beef McPepper

Gua oder set large, tapi dapat set kecik, Sebab belom blah dari counter tu gua pun panggil budak yang serve gua tu, bagi tahu tadi oder set large kenapa bagi set kecik...? Then lepas dia tarik muka tak puas hati dia tukar set burger tu.... and more member gua oder coke dan gua oder coffee...

Lepas dapat ape yang di oder gua duduk, baca bismillah, buka lid coffee nak letak gula sama creamer, boleh tak kalau gua nak sumpah seranah budak yang serve gua tu, sebab dia bagi gua teh... memang celaka yang agak tak patuut lah... Gua oder coffee, dalam resit tu pun tulis coffee... gua nak pergi tukar air tu nampak que yang beratur ramai sangat, nak tanak terpaksa jugak gegeh beratur sebab gua tak minum sangat teh tu... Dekat sepulohminit jugak la que macam orang bodoh sebab nak tukar air, nak cut que yang jaga counter hari tu 2 orang jer, karang marah pulak yang berator lama tu...

Ingat nak jer direct kat manager dia, tapi fikir kesian pulak, memandangkan runner pun tak ramai hari tu, mebey diorang penat kot.. tak leh salahkan diorang jugak, mana boleh gua give and take tu kira tutup mata lah, gua bukan kejam sangat..

Then semalam gua pergi lagi ke Mcd yang sama, tapi menu yang berbeza, sebab gua sorang so gua takeaway je lah, gua oder set Large Double Spicy Chicken McDeluxe.. Ni hah bill pun ada lagi ni.

Double Spicy Chicken McDeluxe
Sila click untuk tumbesaran hakiki

Sebab time tu promosi lunch hour yang biasa tak silap Rm6 ++ kot kalau double dekat Rm16 ++ gua bukan jenis nak bagi tahu gua ni makan berkira, Kalau yang biasa keluar dengan gua mesti tahu kalau bab makan ni gua cemana.. 

Sampai rumah bukak kotak, dapat burger biasa, takdenya double-double bagai tu, dah la bagi french fry supposes ada serbuk shaker, dapat paper bag untuk shaker je, serbuk dia tak letak sekali... Siyes rasa nak patah balik jer pergi mekdi tu cakap direct kat manager dia... Dah la gua bayar harga burger untuk harga double salah bagi, french fry pulak takde shaker... duit tak kisah, tapi tekak aku ni kisah sebab oder lain dapat lain.

Double Spicy Chicken lah sangat

Gua faham meybe diorang penat kena serve ramai costumer, sebab gua pun kerja dalam FNB jugak, tapi kalau dah banyak kali gua kena dan tempat pulak tempat sama, memang kohajor la kan.. Sedih bettei rasa.


Dan beberapa bulan lalu gua makan dekat McD Metro kajang, serve pun macam fap...fap...fap.. jugak, sorry carut sikit... Gua oder set Big Mac tapi air gua tukar Coffee... Lepas diorang dah cash, tetibe kat belakang jerit coffee dah habis, gua dok perati teko coffee dari tadi lagi, memang dah habis, tinggal teh jer. Tapi gua tahu stock mesti ada, sebab ni time lunch hour tak mungkin habis, cuma staff diorang malas nak bergerak topup baru... 

Gua cakap takpe lah, coffee takde gua amik burger je lah, duit air tu simpanlah gua sedekah, sambil niat nak menyindir... bukan dorang takleh bancuh lain paling pun 10min je kan, gua sajer je nak tengok respon staff kat situ.. Gua nampak manager dia lalu sebab gua dok tepi tangga nak menghala ke tingkat atas, Gua amil amik Sugar dengan creamer banyak2 pastu letak kasi bersepah dalam tray depan gua, 

Kebetulan manager dia lalu dan ternampak, siap berhenti lagi dekat gua, Dia tanya sedap ke minum coke campur creamer..? gua ape lagi mengayat la kerja gua.

McDonals premium roasted coffee

Takde lah, tadi oder coffee, tapi your staff cakap coffee habis, so i ingat nak makan jer lah creamer ni campur dalam burger, i tak minum air lain, coffee takde takpe lah kan... Memang proppa sangat budak isaac ni kalau nak kenakan orang khen..

Manager dia amik bill atas tray tu, pastu terus masuk dalam counter... tak tahu lah ape terjadi kat dalam tu, tetibe keluar segelas air coffee yang gua nanti-nanti.. hahahaha... bravo-bravo..

pastu sebagai tanda dia mintak maaf dia kasi satu lagi set Big Mac dengan Coffee take away.. kenyang gua hari tu.... Rasanya manager mekdi tu dah tukar kot sekarang, sebab gua pergi tengok orang lain dah take over..  

Nak cerita memang banyak lagi, tunggu jer lah kisah seram di McDonal's siri 2 pulak. hahahaha...

May 10, 2013

Tabiat Pelik | Korang Ada..?

Hello korang...

well kali ni gua nak cerita sikit pasal tabiat pelik.
semua orang ada tabiat pelik yer dak..?
ada yang jenis suka cium barang pastu baru beli
ada yang jenis besok nak exam malam ni baru gegeh nak membaca, ni kira tabiat juga ya,
kadang ada juga yang suka tiru orang pun ada,
aku beli tivi nak beli tivi
aku beli lemari kau nak beli lemari
ape kau takde hobi lain ke wei...?
hahahahahaha..... macam tenggiling jer perangai.

Ada member gua yang sorang ni suka hins-hins seluar dalam yang dah kering dibasuh, pelik kadang gua nengoknya,
dekat sekolah dulu member gua si hadi tu suka korek hidung pastu calit bawah meja,
pernah sekali terjumpa khazanah dia bawah meja sebab masa exam gua kena tukar dengan meja hadi,
dan time tu memang gua carut dia tahap dewa lah, celaka tak patut punt punya kawan wei.



Tapi ini kali gua nak cerita gua punya tabiat pelik,
pelik la kot bagi manusia normal macam gua ni,
Sejak bila aku normal ni, hahaha selalu gila je.

1- Wajib tukar atlease 2x baju atau seluar sebelom keluar rumah.

2- Pantang jumpa cermin.

3- Akan susun duit dalam wallet ikut turutan dan kepala agong.

4- Kalau beli barang suka ambil yang paling belakang, sebab orang tak usik lagi.

5- Sukar memilih. Sape pernah shopping ngan gua dia tahu.

6- Sanggup tak beli kalau barang yang dikehendaki takde warna pilihan hati.

7- Gua kidal, tapi menulis tangan kanan.

8- Kadang time packing barang mesti check sampai 4-5 kali walau dah tahu barang tu tidak tertinggal.

9- Gua baca surat kabar atau majalah mesti dari belakang dulu. Kecuali Novel atau buku sekolah je.

10- Suka baca encyclopedia yang tulisan dia panjang-panjang.

11- Suka bercakap dengan kucing, suka kat binatang yang berbulu

12- Pantang nampak logo PERCUMA mesti nak beli

13- Tak suka duit syiling. kadang balance seposen gua sedekah je kat makcik kedai tu.

Gua juga di gemari dikalangan anty-anty serta perempuan yang berusia. Diorang kata gua ni pandai amik hati, ni nak kira tabiat pelik ke buang tebiat ni..?

eheeerrm.... cough...cough.. uhuks... gimme-gimme  batuk jap.
tersedak beskot cipsemore.
ni tabiat jugak suka mengunyah sebelom tido.
so kalau korang ada tabiat atau tebiat nak share boleh la share ngan kekitew ni.

ok la wei, dah tengah malam ni, sebabnya malam jer ada masa nak ber blogwalking belog orang, siang mak kerja. OOH ya, lupa nak update pasal majlis hari jadi tempih tempoh hari ada dalam draft.. nantilah kalau ingat besok,

Gua nak mention pada kengkorang semua :
Masria
Aremin Olswen
Sepol

Rafi
Azue ( Cik Cinta )
Abang Adam
Ingat nak buat Birthday party lagi sekali, nak sambut birthday korang yang dah lepas tu kan, ye la takde kek kan hari tu.. so do keep in SENTOH all. Nanti kita main tukar-tukar hadiah ok.

April 17, 2013

Ibu Maafkan Aku

Salam semua...

Dear bloggy...... korang semua sehat..?

Minggu ni gayannya macam selow sangat penglibatan gua dalam menulis-menulis ni.. paling pun gua curah je dekat facebook, Ramai yang tanya kenaka kenapa aku tak tulis blog, takde idea ke..? bukan takde idea yu'olls memandangkan minggu ni agak bizi sikit, balik kerja pun lewat malam je, so masa nak menulis tu takde... so gua habiskan masa dengan membaca blog orang jer, blogwalking dan jadi silance reader... so korang jangan ingat gua tak baca ape yang kengkorang tulis tu..

Semalam ada member gua tanya,
aku tengok kau ni asal nak pergi kerja mesti bergayut dulu,
memula kau call pakai enset samsung, tapi kejap je..
lepastu kau call pulak pakai bllackberre blackberry yang tu pasti lama..
nak kata kau call awek kau, tak mungkinlah..
cakap kemain lemah gemalai


pastu OTW nak balik kerja mesti kau gayut lagi..
Bro... awek ni jangan dok manjakan sesangat,
nanti berlemak, karang bila dah berlemak nak didik susah..

Gua cakak kat dia, gua cakak kat dia...
kalau kita nak beli buku jangan tengok pada kulitnya sahaja,
jangan baca pada sinopsisnya sahaja
kerana jalan cerita mungkin berbeza walaupun begitu yang kita nampak.

Pagi sebelum gua call mak gua, gua akan call daddy dulu
"Assalamualaikum ayah, ayah sihat..? ayah tengah kerja ke..? "
kadang dengan daddy gua tak banyak benda nak sembang,
cukuplah gua bagi salam dapat dengar suara dia, tahu dia sihat,
lepastu baru gua call mummy..

Sebab tu kau nampak gua pakai 2 enset buat call, sebab daddy pakai number maxis,
kata nak berjimat cermat kan..? gittew kau...
dekat blackberry gua pakai digi call mummy sebab mummy pakai digi
so berlaku la penjimatan disitu...
engko paham tak ni aku dok cherita...?



Malam Call mummy lagi sekali sebelum diorang tidur,
selalunya waktu malam mummy selalu bagi nasihat
selalu pesan memesan
jangan dok buat jahat kat orang tak tentu pasal,
Selalunya waktu malam banyak unsur agama kami borakkan
"mak aku dah macam Ustazah Baiyah dah ko tahu tak..!"

korang ni kalau tak kenal gua janganlah dok menilai dari ape yang korang nampak, dari ape yang korang dengar, walaupun gua tak boleh jadi baik pada kawan-kawan atlease gua masih ada mak ayah yang perku perlu gua jaga, yang perlu gua jadi baik kat mata diorang.. Hidup ni simple kita hormat mak ayah kita, pasti orang sekeliling kita hormat kat kita, "ni mak aku pesan tau"

Ni cerita dari Mama:

Seorang pemuda ni sangat taat pada kedua orang tua dia, hari-hari kalau boleh dia akan call mak @ ayah dia walaupun sekejap bagi salam cakap sepatah dua, Tapi suatu hari dia terlupa..

Pemuda ni ada sebuah restoran besar kat area KL, Tapi pada hari tersebut takde sorang pun pelanggan yang datang makan, Dari pagi sampailah ke asar, takde orang datang... Lepas tu datang seorang pengemis tua, dia datang minta air kosong sebab dahaga, pemuda itu menyuruh pakcik tu makan, tapi pakcik tu cakap dia takde duit, "Takpe saya belanja"

Lepas pakcik tu selesai makan, Pakcik tu tanya, anak ni ada terlupa sesuatu hari ni, sebabtu takde orang datang makan, cuba ingat balik apa yang anak lupa, lalu pengemis tu berlalu.. selesai solat asar baru pemuda tu teringat yang dia lupa nak call mak @ ayah dia pagi tadi.. lepas call mak dia baru dia tahu kenapa, Mak ngan ayah dia kat kampung risau kenapa anak dia tak call hari ni, mak dia risau kalau berlaku ape-ape kat anak dia.. lepas call mak dia, barulah datang pelanggan tak putus-putus..

kalau korang tak paham sinopsis gua ni baca la sampai lapanbelas kali kasi paham... hahahahaha..

Jadi gua nak simpulkan kat sini berdosa seorang anak itu kalau dia buat mak ayah kat kampung tu risau keadaan anak dia yang jauh di perantauan..call la tanya khabar walaupun hanya bagi salam... kerana doa seorang ibu mampu menggugurkan dosa kecil kita dan memurahkan rezeki kita. Gua nak cerita bab agama takde la pandai sangat.. cuma gua nak kongsi supaya kita semua dapat pahala..

Dah macam novel gua mengarang memalam buta ni, harap pada yang kemaruk nak baca blog gua ni dapat la sikit sebanyak manfaat, kita share-share la ye... her her her..

"Gua syak la kan, kalo korang tetibe call mak korang pepagi buta tanya khabar sebab selama ni tak pernah tanya mesti mak korang cakap cam ni, dah nak mati ke anak aku ni" hahahaha

April 4, 2013

Duit Cashier Hilang | Siapa Nak Ganti

Hye bloggy Uncle.......!!

semoga reader gua yang sedang membaca ni sihat semua hendaknya.

Ok sebelum gua menaip lebih panjang gua nak nyatakan disini cerita gua kali ni bukannya nak tunjuk yang gua ni baik ke, alim ke, so sweet ke. Ye mana tahu ada yang akan menyampah lepas baca, so sebelom korang menyampah gua nak persila tekan butang (X) di hujung screen computer sebelah kanan korang dengan kadar segera. Bagi yang nak terus membaca kita ambil ini sebagai ikhtibar buat diri kita sendiri..

Lokasi: Restoran Thai Cuisine
Masa: 15.45 
Situasi: Salah Faham

1- Kerja gua memang 24 jam cashier kat restoran tu, satu hari yang agak damai juga bagi gua datang seorang makcik  kakak bertemankan suami terchenta.. Dik nak oder ni Nasi Goreng Pattaya Special Dengan Kway Teow Kungfu makan ya... Total semua Rm14 kak.. Nah akak tu hulur gua duit Rm24 pastu dia terus pergi beli air tanpa sempat ambil balik balance lagi Rm10.... Lepas siap makanan dia, gua panggil dia dan pulangkan balik balance Rm10 tadi.. tapi akak tu tanak ambik..dia cakap dia bagi duit tadi ngam-ngam Rm14.

2- Gua terangkan balik yang dia bagi duit lebih sebab duit Rm10 dengan Rm20 color lebih kurang sama jer.. Tapi dia cakap dia bagi tadi rm14.. ok dah la.... dia pun duduk dan makan.. Dekat 20min jugak gua perati jer dia makan dengan cik suami terchenta, Sebelom dia bangun dari kerusi gua panggil cik suami dia dan gua mintak num phone dia. Sebab bila closing nanti kalau ada duit lebih Rm10 gua nak bagi balik sebab tu memang duit dia.. Dah memang sah-sah makcik  kakak tu bagi lebih.

3- Dan lepas cloosing memang lebih pun Rm10. gua call dia mintak num account Maybank dia gua transfer balik balance duit dia... Memula tu dia tanak ambik, dia cakap Adik simpan je lah balance tu... Tapi gua tanak sebab memang sah dia bagi lebih tadi. Dan alhamdulillah tugas gua haritu sempurna sebagai cashier.

Lokasi: AEON BIG
Masa: 12.15pm
Situasi: Cashier Salah Kira Balance Duit

1- As usual pepagi lepas buat sambal belacan lepas buat cili jeruk, lepas kira stock barang, lepas check barang yang kurang gua akan ke Aeon Big beli barang kedai.. Haritu agak indah juga, suasana aircond juga sejuk sampai ketulang-temulang.. kakak-kakak yang jaga cashier juga semua cantek-cantek belaka.. Lepas gua pilih barang gua tolak trolley ke meja cashier nak bayar... cashier hati hari tu nama Ashraff atau panggilan manja kakak-kakak cashier kat sana Mabok.. hahahaha lawak der nama Ashraff panggil Mabok.

2- Lepas scan barang total semua Rm225.45sen.. Gua hulor Rm230.50sen lepastu boleh pulak dia balance gua balik Rm50.65sen dia tekan ape kat cashier tu gua tak tahu yang balance gua suppose Rm5.05sen je... gua tegur dia, dik kau balance lebih ni..... cer kira balik... boleh dia marah gua balik... dah betol lettew.. mesen ni takan nak tipu.... Nak ikotkan angin dalam badan ni memang mendidih nak marah, elok aku bagi tahu boleh dia jawab cenggitew... sentap hati mak yu'olls

3- Sebab mood tengah baik, gua pergi dekat Service counter gua panggil CC yang sedang bertugas, gua mention nanti kalau cashier No 13 ada shot duit call gua ye, gua tinggalkan num Phone dekak kakak Dewi tu. Gua siap tunjuk lagi dalam resit dia salah kira. Selang tak sampai tengah hari Kak Dewi call gua, cashier No 13 shot Rm60.. hah, gua dah cakap si budak Mabok tu memang sewel... huhuhu... Gua datang dekat counter, dari jauh gua tengok muka budak tu pesen dah gelabah puyoh. Gua kecikkan anak mata gua pandang dia... "Bang sorry ye saya tak patut marah abang tadi, betul lah saya salah kira" dia tanya balik kenapa abang nak pulangkan balik duit tu sedangkan abang boleh je diam sebab salah saya.

4- Dik aku ni jenis tak hadap nak makan duit orang, lagi-lagi kita sedar yang cashier tu salah kira, kalau tak tahu memang aku pakai je duit tu, ni sebab kira balik balance, dan kita tahu duit ada lebih, dan tak salahkan nak bagi balik.. Dan aku tahu kalau duit shot kau kena ganti balik, bukan sikit Rm50 boleh joli tengok wayang makan kepsi 1 hari kot.. hehehe.. len kali jangan lalai yer..
Gua tepuk-tepuk bahu dia sebelom gua pergi

Lokasi: Quicksilver
Masa: 09.35pm
Situasi: Salah Balance

1- Semalam ada sale, agak murah juga lah, gua kesana usha kasut.. tu pun tak banyak sebab dah takde saiz kaki gua yang 8.5cm ni. belek-belek jumpa selai kasut yang berkenan.. warna maron. Kalau pakai kak kat kaki memang speechless la bhai.. hahahahahaha... harga lepas less 50% Rm302 jugak la...

2- Lepas terai segala bagai gua ke counter nak bayar. Gua bagi ngam-ngam duit Rm302 tapi dia balance gua balik Rm10... aiik... ke gua yang salah bagi tadi.. Sebab gua rushing nak closing kedai sebab dah lewat, gua amik balance dan terus blah.. Balik rumah gua bukak kotak kasut gua tengok balik harga, gua tengok balik item % sah.... sah... sah.... hahahah, mamat tu salah bagi balance.

Item: #FR234IP Rm***
50% less Rm302.00
Total: Rm302.00
Cash: Rm312.00
Balance: Rm10

3- Khen.... nampak tak dia memang salah kira.. Besok sebelom punch card masuk kerja gua ke Quicksilver jumpa balik mamat tu tanya dia semalam ada shot duit tak..? dia kata ada Rm10. kenapa..? mana bro tahu..? Gua hulor resit gua tanya dia ingat tak semalam gua last costumer dia. Lepastu dia tak henti-henti cakap terima kasih pada gua.. "Tak payah la nak berterima kasih bagai, gua bagi balik ape yang orang punya je"
Lokasi: Serdang
Masa: 07.15pm
Situasi: Makcik bagi duit lebih

1- Time tu kita orang Gua, Azue, Mas, Epol baru balik dari Kajang sebabkan naik public transport kami terpaksa naik 2x bus untuk balik ke Putrajaya.. Time tu tengah tunggu bus, check-check semua takde duit kecik nak wat tambang bus. last sekali gua tanya makcik yang jual kopok lekor tepi jalan tu ada duit tukar tak Rm10..

2- Ada katanya.. berapa nak tukar "Rm10 je makcik" nah dia bagi gua duit Rm1 yang kemas berlipat macam simpan celah tetek.. Time tu gua capai duit tak kira pun... lepas bagi sorang Rm2 terasa macam lebih Rm3... Cer kira balik memang makcik tu bagi lebih, mungkin dah lama berlipat dia pun tak kira tadi.. Gua hulur balik Rm3 kat makcik tu... "Cik tadi bagi lebih Rm3" ooooh ye ke..? baiknya anak ni, kalau budak lain dah pergi buat diam jer.
Gua sengeh je balik kat makcik tu
3- Gua ni bukannya orang yang buat sesuatu hanya nakkan pujian... gua tak kejar glamor pun.. kalau yang rapat dengan gua mesti tahu gua ni orang yang macam mana.. pssst... gua ni garang hokay... herherher..

Sinopsis: Gua cerita ni bukannya gua nak tunjuk yang gua ni alim ke, baik ke, jujur ke.. nak bagi satu dunia tahu yang gua pernah buat baik ke ape... takde pun niat dalam hati nak rasa cenggitu... gua cuma nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman gua menjadi cashier dan juga costumer.. bagi yang pernah kerja sebagai CASHIER dia akan faham macam mana  yang gua rasa sekarang, betapa bernilainya duit tu walaupin walaupun seposen.. sebab kalau tak cukup kita yang akan kena ganti, kalau Rm10 boleh la kita consider ganti, tapi kalau kena macam Si Mabok tu Rm50 gaji kerja satu hari tu.. tak ke kesian pada dia..

Pada reader gua, kalau korang beli barang tu try la kira balik balance tu cukup ke lebih.. kalau tak cukup boleh mintak balik, tapi kalau terlebih elok bagi balik kan.. kadang gua pun ada pernah terbagi lebih balance dekat costumer, kadang pernah terkurang bagi balance dekat costumer.. hidup ni tak siapa pun terlepas dari melakukan kesilapan.. kadang itu juga salah satu ujian tuhan pada kita. kalau kita jujur dengan orang, insyallah allah juga akan mempertemukan kita dengan orang yang jujur dan baik-baik semua..

Sila doakan semoga saya cepat dapat jodoh ya.


#AMIN

April 3, 2013

Kenangan Cinta Lama Zaman SPM

Hye Bloggy uncle....

genap sebulan gua tak sentoh blog ni...... reader pun dah makin menurun... hehehe tadi dok belek-belek myspace lama, tetibe terjumpa satu picture rare... rare sebab dia bekas girlfriend gua dulu, picture zaman-zaman sweet kapel dulu... hehehe

Enney | Aimie

1 - Picture ni ditangkap masa tahun 2006, time kitaorang kekecik lagi zaman berhingus sapu kat tudung, ngeeeee... Tapi cerita cinta kami sedih sebab have to end up like this, maksudnya bukan dengan happy ending lah. cemburu punya passai lah. cer teka yang mana awek gua...!! kihkihkih

2 - Now diorang dah matang dan saling ada pasangan memasing, mebey sampai masa dapat surat jemputan dorang je.. hope awak bahagia lah till jannah.

3 - Gua je sampai sekarang tak bertemu jodoh lagi, bukan tanak cari, bukan gua memilih, dan gua bukannya GAY, bukan nak cari yang kaya.... cuma jodoh tak jumpa.. lepas gua breakup dengan cik kekasih pada tahun 2011 sampailah hari ni gua tak jumpa lagi pengganti, mebey gua terlampau berhati-hati nak cari teman hati sebab tanak benda sama berulang lagi..

4 - Sekarang pun ramai juga yang gua suka dan suka pada gua, cuma gua tanak tunjuk yang gua desperate sangat nak ada kekasih so gua hold on dulu, dan jalani hari seperti biasa... Dan kalau mama ada calon yang berkenan gua terima sahaja, sebab gua percaya pada pilihan orang tua.
 
5 - Fatin... 8 tahun gua bercinta dengan dia, tapi last-last dia pergi dengan pilihan hati dia.. Julie 3 tahun dengan dia, tapi breakup sebab faktor agama dan nak menjaga hati keluarga. Dan tahun ni genap 3 tahun gua single tanpa bergantung pada perempuan, boleh lah gua yes kat diri sendiri yer dak... kah kah kah..
Sebenarnya gua ada berkenan dekat seorang awek yang kerja dekat Rotiboy tu, manis betul senyuman dia, dan sorang lagi yang kerja dekat Aunty Anne sweet beb... tapi gua malu nak berterus terang... takut di anggap bertepuk sebelah tangan. Tapi tunggu dan lihat je dulu.. hehehehe... orang tua dah mula nak menggatal.. gua syak story line gua ni dah jauh terpesong dari tajuk asal tu.... huhuhu..
pape hal gua nak cakap dekat Aimie thank alot sebab pernah jadi insan yang teristimewa dalam hidup gua dan pernah buat gua gembira suatu ketika di zaman sekolah dulu.. Pada Lynie Thanx sebab selalu teman gua main tiup belon buih sabun di beranda 5 Sains Tulen bila balik sekolah... dan maaf hari last kita sekolah saya flying kiss awak.. hahahahaha....!!


more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...