iklan

April 17, 2013

Ibu Maafkan Aku

Salam semua...

Dear bloggy...... korang semua sehat..?

Minggu ni gayannya macam selow sangat penglibatan gua dalam menulis-menulis ni.. paling pun gua curah je dekat facebook, Ramai yang tanya kenaka kenapa aku tak tulis blog, takde idea ke..? bukan takde idea yu'olls memandangkan minggu ni agak bizi sikit, balik kerja pun lewat malam je, so masa nak menulis tu takde... so gua habiskan masa dengan membaca blog orang jer, blogwalking dan jadi silance reader... so korang jangan ingat gua tak baca ape yang kengkorang tulis tu..

Semalam ada member gua tanya,
aku tengok kau ni asal nak pergi kerja mesti bergayut dulu,
memula kau call pakai enset samsung, tapi kejap je..
lepastu kau call pulak pakai bllackberre blackberry yang tu pasti lama..
nak kata kau call awek kau, tak mungkinlah..
cakap kemain lemah gemalai


pastu OTW nak balik kerja mesti kau gayut lagi..
Bro... awek ni jangan dok manjakan sesangat,
nanti berlemak, karang bila dah berlemak nak didik susah..

Gua cakak kat dia, gua cakak kat dia...
kalau kita nak beli buku jangan tengok pada kulitnya sahaja,
jangan baca pada sinopsisnya sahaja
kerana jalan cerita mungkin berbeza walaupun begitu yang kita nampak.

Pagi sebelum gua call mak gua, gua akan call daddy dulu
"Assalamualaikum ayah, ayah sihat..? ayah tengah kerja ke..? "
kadang dengan daddy gua tak banyak benda nak sembang,
cukuplah gua bagi salam dapat dengar suara dia, tahu dia sihat,
lepastu baru gua call mummy..

Sebab tu kau nampak gua pakai 2 enset buat call, sebab daddy pakai number maxis,
kata nak berjimat cermat kan..? gittew kau...
dekat blackberry gua pakai digi call mummy sebab mummy pakai digi
so berlaku la penjimatan disitu...
engko paham tak ni aku dok cherita...?



Malam Call mummy lagi sekali sebelum diorang tidur,
selalunya waktu malam mummy selalu bagi nasihat
selalu pesan memesan
jangan dok buat jahat kat orang tak tentu pasal,
Selalunya waktu malam banyak unsur agama kami borakkan
"mak aku dah macam Ustazah Baiyah dah ko tahu tak..!"

korang ni kalau tak kenal gua janganlah dok menilai dari ape yang korang nampak, dari ape yang korang dengar, walaupun gua tak boleh jadi baik pada kawan-kawan atlease gua masih ada mak ayah yang perku perlu gua jaga, yang perlu gua jadi baik kat mata diorang.. Hidup ni simple kita hormat mak ayah kita, pasti orang sekeliling kita hormat kat kita, "ni mak aku pesan tau"

Ni cerita dari Mama:

Seorang pemuda ni sangat taat pada kedua orang tua dia, hari-hari kalau boleh dia akan call mak @ ayah dia walaupun sekejap bagi salam cakap sepatah dua, Tapi suatu hari dia terlupa..

Pemuda ni ada sebuah restoran besar kat area KL, Tapi pada hari tersebut takde sorang pun pelanggan yang datang makan, Dari pagi sampailah ke asar, takde orang datang... Lepas tu datang seorang pengemis tua, dia datang minta air kosong sebab dahaga, pemuda itu menyuruh pakcik tu makan, tapi pakcik tu cakap dia takde duit, "Takpe saya belanja"

Lepas pakcik tu selesai makan, Pakcik tu tanya, anak ni ada terlupa sesuatu hari ni, sebabtu takde orang datang makan, cuba ingat balik apa yang anak lupa, lalu pengemis tu berlalu.. selesai solat asar baru pemuda tu teringat yang dia lupa nak call mak @ ayah dia pagi tadi.. lepas call mak dia baru dia tahu kenapa, Mak ngan ayah dia kat kampung risau kenapa anak dia tak call hari ni, mak dia risau kalau berlaku ape-ape kat anak dia.. lepas call mak dia, barulah datang pelanggan tak putus-putus..

kalau korang tak paham sinopsis gua ni baca la sampai lapanbelas kali kasi paham... hahahahaha..

Jadi gua nak simpulkan kat sini berdosa seorang anak itu kalau dia buat mak ayah kat kampung tu risau keadaan anak dia yang jauh di perantauan..call la tanya khabar walaupun hanya bagi salam... kerana doa seorang ibu mampu menggugurkan dosa kecil kita dan memurahkan rezeki kita. Gua nak cerita bab agama takde la pandai sangat.. cuma gua nak kongsi supaya kita semua dapat pahala..

Dah macam novel gua mengarang memalam buta ni, harap pada yang kemaruk nak baca blog gua ni dapat la sikit sebanyak manfaat, kita share-share la ye... her her her..

"Gua syak la kan, kalo korang tetibe call mak korang pepagi buta tanya khabar sebab selama ni tak pernah tanya mesti mak korang cakap cam ni, dah nak mati ke anak aku ni" hahahaha

No comments :

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...