iklan

October 20, 2011

Menatap Wajah Tua Yang Usang

Tiba masanya manusia berubah
selembar wajah usang pasti membalut tubuh itu
dan hatta hati kecil ini bersahut
Dialah orangtua ku.

seperjalanan hidup ini
pernah berapa kali kita buat dia tersenyum..?
pernah berapa kali kita buat dia menangis..?
dek kerana kenakalan kita
orang tua itu tersenyum sahaja

tangan tua yang berurat
sangup membanting tulang
demi kejayaan anaknya
sanggup menebalkan muka
berpanas terik
berbekalkan tulang empat kerat
mengerah keringat
demi sesuap nasi untuk anak yang dikasihi.

Namun anak yang baik hati
entah berapa kali kau balik jenguk mereka di kampung..?
berapa sen duit gaji kau hulur pada dia..?
pernah kau tahu makan minum orang tua itu..?
pernah kau tanya sakit demam dia..?
berat mata yang memandang
berat lagi hati itu memikul bebanan

Harapan si tua yang ingin menunaikan Haji
terkubur begitu sahaja
pergi tertanam bersama sekujur jasad
yang tidak lagi bernyawa.
yang masih segar berdaya
sibuk berkelahi
berebut harta dunia
yang nilainya hanyalah sekangkang kera
hasil peninggalan si tua.

entry kali ni gua garapkan khusus buat semua emak dan bapa saudara gua yang hidup mereka kian lalai dengan harta keduniaan dan masih berebutkan harta pusaka.. Buat ape menangis memeluk batu nisan arwah sedangkan masa hidup dia kamu abaikan, orang yang dah pergi tak elok kamu kenangkan, tak elok kamu tangiskan.. kalau itu sahaja yang kamu mahu sesalkan dalam doa aku panjatkan.. Selama nenek masih ada jagalah dia, rawatlah dia, jangan biarkan dia terseksa sebagaimana kamu perlakukan pada arwah atok.. sebab syurga itu dibawah telapak kaki ibu,

1 comment :

Unknown said...

tanpa ibu bapa siapalah kita T.T

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...