iklan

November 20, 2014

menu musim hujan

Dear bloggy...

Now dah masuk musim tengkujuh kan..?? Haruslah hujan kemain lebat lagi.

Dan musim musim hujan cenggini rajinlah aku kedapur. Dah kat luar hujan. Nak but apa lagi kan.. masak je lah...

Adik aku pulak. Apa nak makan main oder jer lah.. so masa ni la nak gunakan abang dia..

So ini lah beberapa menu untuk hari ini...

baked macaroni with cheese

Pastu adik aku siap tambah order lagi nak makan benda lain....

potato fritters

So ni je lah dulu.. jemput makan semua..


September 25, 2014

Akibat Food Tester

hi chu'olls... fefiling macam bapok tegur kawan dia..
curlass kakak.....

hahaha... matiler kalau ada geng2 dia baca..

buat sekian lama.. akhirnya uncle bukak jugak blog bersawang hari ni...
tatau nak hapdate apa.. otak dah beku lupa nak defrost kah...


korang penah pergi supermarket hari minggu tak..?
mesti pernah yer dak..? korang mesti perasan kan akak-akak promoter dok bagi food tester kat orang yang lalu-lalang tu kan...



benda ni paling uncle suka... hahaha...
memula dulu rasa enoying jer nak baut  buat tapi bila dah try rasa seronot pulak... kah
lalu dekat akak-akak food tester tu 
sambil lalu ambik satu...pastu lalu lagi sekali.. ambik lagi..
dah bosan lalu kat tempat lain pulak...
makan lagi.. her her her..
maggi, nuget, eskrim, susu dutchlady, air kotak, kokokeras
sampai kenyang kat dalam tu jer...
ni semua idea si Fad yang ajar...
kau banyak dosa dengan aku Fad.. hahahaha
cepat tobat wei.... 
sape penah buat kita GENG...!!


bila kita ingat balik benda-benda lucu cenggini
terus ingat at kawan kita yang  selalu buat kita ketawa kan,
bila duduk dekat bajet macho tanak rerindu
bila dah jauh baru terasa yer dak..??


benda yang paling  terkesan bila geng-geng Thai cuisine mesej uncle..
"abang kat mana..? kami rindu abang..?"
"abang bila nak datang sini.? nanti boleh lepak"
uncle ingat bila dah tak kerja sana takde lah orang rindu uncle
rupanya masih ada.. hehe... rindu korang jugak lah


ehh... nak hujan dah,
uncle out dulu lah
tadi sidai kain takut basah pulak


"kita berkawan bukan sebab bangsa, agama mahupun warna kulit, tapi kita berkawan kerana hati dia, yang sudi menerima  kita sebagai sahabat dia"

  

May 11, 2014

Ehhh... Korang Tahu Tak..??

hye salam manis buat semua...

hari ni rasa santai sikit, sebab kerja half day jer...
so balik rumah tadi ternampak seorang epal red delicious dalam peti ais, so apa lagi, capai blender terus kisar bebuah tersebut jadi air.. berangan sangat nak minum air buah pak san gelas besar dekat terengganu sana... hurm...... rindu kedai tu... khen..... rindu dekat hadek rambot panjang angkat air tu sebenarnya, kah..kah..


korang ada tabiat atau hobe hobi pepelik tak..?



uncle ada lah juga selalu buat benda pelik bagi orang lain tidak bagi uncle.. kadang buat benda pelik ni akan jadikan kita special...

biar betik uncle

1- suka membaca dari belakang, terutama suratkabar, majalah ujang, buku resipi dan sebagainya.. gitoh.. haha... kalau buku sekolah takdenya aku nak baca rair dari belakang..

2- suka makan tembikai letak garam.

3- duit mesti kena susun cecantik dalam wallet, dari kecik ke besar dan selaras mengikut nilai matawang.

4- suka pakai cap walau rambot dah cantek macam maya karing.. haha

5- suka buat orang rasa kagum dengan uncle... contohnya kat kedai enset, uncle akan cerita satu2 enset tu dengan detail sambil borak dengan tuan kedai, sampai tuan kedai cakap, you banyak tahu you niaga juga ka..?? makcik pet shop pun penah jadi mangsa uncle... uncle cerita setiap spesis sugar glider pada dia sampai dia clueless nak bercakap. hahaha....

6- suka bau rumput lepas hujan, sebab dia sangad freshness.. maigad..

7- time nak keluar rumah, paling kurang 4 helai baju uncle akan mix and match before keluar. haha.. macam pompuan jer kan..

8- suka masak tapi tak suka makan.

9- suka duduk sorang-sorang... sebab tak ramai kawan.

10- sangat teliti... kadang time nak keluar rumah mesti cek banyak kali gas, tivi, aircond dah tutup ke belom, sedangkan time nak keluar dah tutup. pernah sekali dah travel separuh jalan u-turn balik sebab nak chek plug tivi, sedangkan dah tutup. hahaha..

11- kalau study mesti kena suasana bising, kalau tak study tak masyuk.. atlease ear phone kat telinga..

12- benda paling uncle takut kalau ada someone cakap macam ni... "saya nak tanya sikit boleh" or "aku nak tanya sikit, but jangan marah yer" time tu terus uncle teringat pada dosa-dosa dan salah silap yang uncle dah buat pada dia.. hahaha.. padahal dia just nak tanya " kau beli beg cantik tu kat mana, berkenanlah" dan time tu rasa nak caruts orang jer.. hahaha.. mesti korang pernah rasa cam ni kan...



hurm... rasa cukup sini jer lah dulu... kalau nak tahu lelebih kenalah berkawan dengan uncle ni..
jujur uncle cakap orang yang tak kenal uncle, mesti cakap uncle ni sombong, berlagak mampoos, bajet good-good jer... unfriendly... dah kenal baru tahu kan uncle ni cemana... uncle ni memang gegiler sorry lah yer. hahahaha......



"sekiranya kita sudah hidup senang, berpangkat, berduit janganlah pula kita bangga berjalan menongkah arus, mendongak ke langit sedangkan kita semua berasal dari butiran pasir yang sama." 

Sanah Helwah Ya Akhi

Assalamualaikum...

hye salam manis buat semua...

reader uncle apa hkabar..? hope korang semua sihatlah.. yang mana sedang sakit tu, makan lah ubat biar cepat sembuh...

bulan mei ni ramai juga yang berkongsi bulan kelahiran yang sama kan...

ehh cam novel melayu pulak kalau menulis cenggini, cam tak best jer menaip.. kah..kah

actually birthday uncle baru je lepas beberapa hari yang lalu, dan tak celebrate sangat pun, sebab uncle tetiba sakit on my birthday, ni jer baru sembuh siket.. pada uncle sambutan tu tak penting sangat pun, cuma ingatan kita pada tarikh penting seseorang tu yang sangad bermakna dan membuatkan dia rasa dihargai..
hari ni uncle bukan nak cerita pasal birthday uncle yang dah lepas tu, tapi birthday abang uncle yang sorang ni... 10 mei semalam birthday dia, tengok semua orang dah wish dekat dia tadi, tinggal uncle sorang jer belom lagi, memula ingat nak tulis jer dekat wall facebook dia, tapi cam biasa sangat dah orang buat, so uncle wish kat dalam blog ni, jadi semua manusia kat atas muka bumi ni tahu  semalam birthday dia, kah..kah..kah.. gittew kau.....

so dikesempatan ini "cam hari raya pulak kan" haha uncle nak ucapkan selamat hari lahir buat brotherhood uncle Anas Hilmi semoga terus berjaya in your life, with your wife and son... jadi anak yang soleh pada maa dan abah. jadi suami yang bertanggungjawab  dan lain-lain lagi... (macam karangan bahasa melayu) keh keh keh

sini uncle belanja gambar dia setepek kasi semua orang kenal.


i hope your married till jannah ya bro



nak kek kena balik KB lah yer... tu pun kalau nak makan hokkaido cheese tu.. 



before uncle end up my story, nak cakap terima kasih sebab selalu bagi pendapat, nasihat, pada uncle yang nakal ni... kalau tak uncle ni mesti dah terbabas jauh, keep calm and always support me

"Hadiah hari jadi ni nilai dia bukan terletak pada mahalnya hadiah yang kita dapat, tapi terletak pada ingatan yang kita semat"

April 24, 2014

Perginya Seorang Teman

hye salam manis berserta madu buat semua..

ahh, rasa kembang tengkuk  pulak bagi intro macam ni selalu... rasa nak tukar lah sikit. kasi nampak macho dan gagah perkhasa...

ehermm.. ehermm.. setting suara sikit.

rasanya dah lama aku tak ubah gaya penulisan blog ni.. kalau yang mana follow aku, mesti tahu kan, kejap macam ni. kejap macam tu gaya menulis dia... hidup kena macam ni lah bro.. kalau asyik buat benda sama jer, nanti orang bosan...

kah..kah..kah... "aku belajar gelak macam ni dekat instagram member aku.... cara gelak dia macam ni... sebut "kah" sekali tunggu 3 saat. dan sebut lagi sekali "kah" dan tunggu lagi 3 saat... ok dah faham kan... so after this  kalau korang nak baca blog aku, kalau ada sentence yang kena gelak "kah..kah..kah.." korang kena gelak ikut cara cenggini yer... baru terasa duduk di tahun 2014 bila mana orang berSELFIE pakai monopod.. (ok takde kaitan)


malam ni entah kenapa aku terasa nak menulis.... ehh lupa nak cakap kat korang.. hari ni aku telah hilang seekor kawan yang aku sayang.... kawan yang teman aku tidur, teman aku tengok tivi, teman aku dikala bosan... tadi arwah kena langgar dengan kereta... ada berlaku pendarahan dikepala.. dan mangsa tidak sempat dibawa ke hospital... lalu mati ditempat kejadian...

aku amat terasa kehilangan dia.. aku tak nangis tadi.. sebab aku taknak arwah sedeh.. aku pangku je mayat dia tadi... sejuk badan dia... aku harap arwah tenang di sana... sob... sob.. sob.... sedeh ni wei.. sambil nulis sambil lap air mata atas keyboard.. hari ini, esok, serta hari seterusnya rumah kami mesti sunyi sebab arwah dah takde.. kita yang hidup ni kenalah teruskan amalan dan sentiasa bersyukur dengan yang maha esa.. aku mungkin tak akan maaf pada orang yang langgar arwah..

Kami akan sentiasa merindui mu Ochek
tenanglah kamu disana
sob.. sob..sob...

terasa macam baru semalam aku bagi kau makan, pangku kau atas peha, main bola dengan kau, kacau kau tidur, mandikan kau... harini kau telah kembali ke sisi yang maha pencipta.. walaupun kucing, dia lebih baik dari seorang kawan yang mana hanya baik depan.

ok mohon kau terasa.. hahahaha....

ok lah.... aku nak offline dah ni... besok kerja morning woooi.... buatnya aku terbabas. lewat masok kerja... 

"hari ini tiada mutiara kata sebab abang writer buntu"

kah... kah... kah.. (gelak dengan kiraan selang 3 saat)

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...