iklan

June 17, 2011

Kisah si pengemis dan isteri yang cantik



Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :



"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya".

June 12, 2011

Jujur Itu pintu Kejayaan




Alangkah best kalau cerita Pinocchio tu wujud didalam dunia nyata ni.. Setiap kali dia berbohong hidungnya akan panjang, Nanti dapatlah kita lihat segelintir manusia yang kehidupannya dipenuhi kebohongan, Hidungnya akan panjang setiap kali dia berdusta.. Jadi ambillah ikhtibar darinya..! BERKATALAH SEJUJURNYA WALAUPUN IANYA PAHIT UNTUK DITELAN.

June 10, 2011

Ya Allah Terimalah Taubatku

Hye All..!

Dear Bloggy :-

Rasanya dah seminggu blog picisan ni tak berhapdate.. Gua sedikit membizikan diri dengan rutin idop yang kian hanyut selaras dengan arus kemodenan yang kian pesat membangun.. Gahahahaha.. Diam tak diam dah genap 3 bulan gua bekerja di tempat baru.. memang memacam kerenah kehidupan manusia gua jumpe, dari yang jenis talam dua muka, kaki gebang, kaki kelentong, spisis UP diri sendirik, spesisi tacing deep inside my ass, jenis royal friend, backstabbing, jenis kedekut, jenis murah hati, dan lain-lain lagi sejajar dengan kenyataan yang anda anggap betul untok di tambah..



Gua..! rutin harian cam biasa, bagun pagi kerja, malam baru balik. nak mengadap muka member-member memang susah, memasing sangat letih, memasing balik umah keja tido.. tapi kekadang ada gak masa kitaorang lepak kat warung mamak, sambil hirup secawan teh tarik dan sepam rokok tatkala menunggu tibanya malam..

Hidop gua ni sanak saudara, ipai duai semua tak suka dengan gua, ya gua tahu.. Disebalik senyuman sinis sanak saudara terpancar sinar kebencian dan kejeleousan terhadap family gua. Gua memang giler menderita tatkala gua lihat mereka-mereka yang punyai sanak saudara bergurau senda, riuh hilai tawa.. gua dengan adik dah tak punya sesiapa.. Bila member gua ajak gua lepak, sembang kencang sana sini, gua jadi gembira, sebab gua anggap merekalah sanak saudara, dengan member-member jer gua mampu menumpang kasih sayang... nak harapkan saudara memang takder..

Walaupun member tu terkadang melukakan hati gua, gua  kadang tak kisah, sebab member pun punya life dia sendiri, member pun punya masalah sendiri. Gua jenis sangat sayang gileer kat member, skali dia dah buat gua suka dengan dia, gua akan jaga dia macam mana gua jaga mummy gua.. (ye kenyataan agak berbau LADIES) tapi itu kenyataan wat pe nak sorok yer dak..


Selama 3 bulan gua dekat tempat kerja baru, memacam musibah menimpa gua, tapi gua anggap tu sebagai tiang kehidupan.. tahun ni juga Gua clash dengan girlfriend gua dimana kasih kita terbina 7 tahun sudah.. Tahun ni juga gua menolak tawaran sambung belajar ke **** ...  tahun ni juga sudah beberapa kali gua rasa nak bunuh diri..  Gua rasa sekarang gua dah semakin jauh dengan tuhan, tikar sembahyang dah lama tidak dibentang... tubuh ini dah lama tidak dibasahi air sembahyang.. Lidah ini sudah kelu hendak mengalunkan ayat suci Al-Quran.. hidop gua dah jauh melayang.. seakan-akan terbang tanpa impian..

Gua rindu diri gua 3 tahun lalu, Yang wajib 5 waktu tak pernah terlewat, dalam bilik sentiasa berjemaah, gua tak pernah baran dengan orang, stakat kecik-kecik gua tolak tepi.. Sekarang pun gua masih lagi baik dengan orang. tapi sifat jahat dalam diri tu tetap ada, (prinsip idop gua, lu kerek gua langsi... lu start gebang gua pun akan temberang.. Lu baik.. gua pun layan lu baik macam malaikat)

Gua sekarang perlahan-lahan untuk berubah, tak salah kan jadi humble.. tapi jangan la kasik orang pijak kepala, cari nahas lah.. harini gua sakit gigi.. giler berdenyut.. kata membe gua si pian sakit gigi itu ibarat sakit kedua selain kematian, ada gak yang cakap sakit gigi tu sama level dengan orang yang tengah meneran nak beranak.. gahahaha.. gua tak pernah beranak so tatau la cemana sakit dia.. 


Ubat sakit gigi | From Naim & Ayu

Please jangan buat gua menitiskan air mata... Selama gua hidop kalau kawan gua sakit, gua yang selalu carikan ubat bagi dorang makan, carikan bubur kalo dorang demam.. Tapi kali ni 1st time dalam hidop gua seorang kawan belikan gua UBAT.. Tanya gua kau sakit lagi ke..? Gua terasa disayangi giler, terasa macam mummy yang jaga... Lepas makan tadi sebak giler rasa.. (ya mebey antara korang,  member belikan ubat tu perkara biasa lah, member sakit kita tolong yer dak ) bagi gua walaupun seteguk air sekalipun selagi member tu bagi dengan ekhlas, gua akan appreciate every single things that his|her do in my life.. sebelom ni pun cik kekasih ada belikan gua ubat tatkala gua sakit.. tapi feling lain macam tu tak sama hokay,
 
Prinsip manusia ni memang pelik, bila dah terhantuk, baru nak ingat tuhan, masa tu baru la gegeh nak baca Quran, nak sembahyang, nak doa tacing-tacing meleleh air mata, bila kita senang, kita lalai dengan kesenangan yang allah berikan.. Sejauh mana hubungan kita dengan tuhan..? dengan ibu bapa..? dengan kawan-kawan..? (walaupun gua jahat, gua sentiasa berdoa agar dibukakan pintu hati dan menjadi sebaik-baik umat ciptaan tuhan.) Ingat lah wahai sahabat, sejauh mana hebat pun kita, setiap orang tak kan terlepas dari kematian..
.
Ya Allah ya tuhan ku, kau terimalah taubatku..!
.
.
Selagi gua termampu mengukir senyuman di bibir kawan-kawan, gua akan cuba asalkan kawan-kawan gua happy sama. sebab gua dah takde sesape selain adik dan mummy kat dalam dunia ni..

June 3, 2011

Terkenang Seketika

hye All..!

Dear bloggy :-

This week gua memecahkan rekod peribadi dimana hari cuti gua tak gi ke alamanda tengok wayang tapi pergi ke umah kazent gua dekat precint 14.. Hahahaha.. ape kejadah statement ko sky..

Pak Ngah datang pick up gua jam 11pm hari selasa.. Gila kan gua, dok Putrajaya dah lama mana baru 2x gi umah pak ngah.. Sebenarnya alang2 gi umah pak ngah ajak si amin Olswen.. carikan enset baru sejibik sebijik lagi.. Ehem.. tak abis-abis gua nak beli enset..

Sampai umah pak ngah dah malam pun. so takde menda nak buat, gua bukak lappy just on9 dan mengendownload software-software yang rare.. hebatkan gua..? ya gua tahu gua hebat.. har har har..

Ingat nak ajak derang semer gi uptown kejap nak carikan selipar nak wat koleksi.. alah jadah selipar kaler warna warni yang jual sekitar uptown tu.. (gua kaya, banyak duit tapi gua pakai selipar rm25 hengget jer) hahahaha.. sila abaikan statement syial.. sekarang dah ada 4 kaler dah. nak cari kaler pepel putih plak.. nak matching dengan sweater baru kaler pepel.. sebab badan tersangat lah lesu tahap ulat gonggok.. terus tido..

Bangun pepagi, bukak twiter, say good morning to tweet people.. tetibe kena lahar.. sebab time tu dah kupul pukul 1pm. jadah la nak good morning bagai. mmg stock kena lahar lah kekdahnya.. (nampak bebenor suboh tak sembahyang) bangun jer nenek dah siap masak penuh pinggan atas dapur..

Gulai Lemak Ikan Masin | Sotong Sambal | Ikan masin Goreng Berlado

Dah lama gayanya gua tak makan masakan ala kampong cenggini.. dah 4 tahun gamaknya semenjak gua transfer study kat Sungai Buloh.. lagipom gua sedikit demand tak makan masakan melayu.. (ye gua kan bukan asal dari pure malay.. kah kah kah kah)



Siyes syedap nenek masak..gua bleh tukar lah dengan kentaki kalo orang bagi.. (15 minit tandas jap)
.
.
.
.
.
.
.
berak kejap tadi.. fuhh..fuhh..fuhh.. lega betol.. nasib la gua mengamalkan makan pisang sehari sebatang, akibatnya gua berak dengan lawas.. (subur rasa)

Malam tu konon la.. konon nak merewang naik moto baru dak amin olswen ni, skali pepancit tetengah jalan, gua mencuba start banyak kali, namun gagal.. jadi perasaan giler meroyan kembali, gua menggila amik gambar, snap sana sini bajet nak menang Azwan Ali lah konon.. (bagi gua setiap saat tu penuh makna dan kenangan.) so better gua manfaatkan saat motor mati tengah jalan tu dengan kenangan yang paling indah har har har har



Tu la selipar warna warni gua cuba cerita tadi.

Gua dah sangat risau tatkala motor maty tepi jalan, si amin lak wat cool jer sambil isap rokok. (kejap lagi idop la tu.. kejap lagi idop la tu..) lenyek pakai sudu baru tahu. 

Sebelom pulang ke tanah air di precint 11.. 
Snap lagi dalam bilik

Kalo kerang tengok muka 2 ekor ni yang mana paling kachak bergaya serta tampak muda..? pastinya yang baju biru tu ye dak..? kah kah kah.. jap gelak kuat2 sampai terkencing lak.. hemo3x cuba teka umor amin Olswen tu barapa tahun..? sape bijak gua belanja pisang berangan sesikat.. (nati berak boleh lawas)

gambor mamat poyo mana ntah.. nak poke je dia pakai ranting kayu.

P/S: Thanx bagi gua gelak ketawa sampai migraine.. Walaupun hidop kita semua tak seindah yang di imaginasi namun kita cuba untuk kelihatan gembira. Supaya orang lain juga turut gembira sama..!

June 1, 2011

Jom menternak Lemak Bersama Gua..!

Hye all..

Dear Bloggy :-

Hari yang agak mendamaikan gua 2.3 hari ni.. bukan ape dapat menternak lemak.. Wakakaka.. Member comolot gua ajak gua lepak at Garden The Excel Touch Cafe.. Ala yang restoran bajet ala2 ada moto harley davidson kat dalam tu.. mengelabah la yu oll nak snap2 atas moto.. meh layan gambor..

Ni la kerupa dia

Ok.. Meh nak citer makan ape kat sana..  Exselly gua lupa dah makan ape.. jap2 nak refresh memory lite2.. Gua oder nasi goreng garden special, dalam tu ada seafood dengan sos sweet sour pastu ada diced apple green dengan buah belimbing..pastu minum lak blue soda coktail dengan nestlo.. pastu hidangan sampingan gua oder kerabu mangga thai sama Chop soy yang sangat mengairahkan rasa dia.. di tambah dengan sup ekoQ yang uummmph... dengan teloQ dadar special sangatlah mengenyangkan perot chomel gua ni.. 

Ni lah yang gua cuba ceritakan tadi.

Sedap kot.. so gua nak saggest la kerang datang la makan kat sini. gua tadapat credit pom pomot tempat ni.. just nak share jep.. muehehehehe. meh gua nak tayang mee kari mabeles tahap gaban..

mee kari udang yang mabeles

hah..hah..hah.. tayah nak kecor-kecor bagai.. gua tahu ada yang leleh khen nak makan sama.. beli la nok. tak sampai sepuloh henget pom.. ok lah.. gua rasa takder dah kot nak tayang.. besok gua nak kuar makan lagi ngan member comolot gua.. papehal gua akan hapdate.. thehehehe....

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...