iklan

February 12, 2013

Mama Kenapa Orang Selalu Jahat Pada Abang.

aku text dengan mama tadi

Abang: Mama abang rasa bulan ni last abang kerja
Mama: Kenapa, abang bergaduh ke..?
Abang: Tak lah, cuma dah bosan kena fitnah
Mama: Sape yang fitnah abang..?
Abang: Adalah diorang dekat tempat kerja tu.
Mama: Diorang cakap ape..?
Abang: Macam-macam la Ma, kadang bila abang dengar jadi sakit hati. baik abang berhenti.
Mama: Cuba cerita diorang cakap apa.
Abang: Cakap abang ambik duit cashier lah, suka mengular lah, suka keluar kedai lah.
Mama: Jadi abang ada buat ke semua tu..? Mama rasa tak kan..?
Abang: Memang lah takde Ma, Abang selalu ingat pesan mama kalau ada dekat tempat orang.

Mama: Jadi apa reason abang nak berhenti..? Mama tak suka anak mama selalu lari dari masalah, Mama tak ajar anak mama lari dari kenyataan, kenapa abang nak takut kalau abang tak buat..? abang kena ingat yang kita kena takut hanya pada allah bukan pada orang, kita jadi malaikat sekali pun orang tetap nak cari salah kita. sebab itu hidup kita allah datangkan dengan ujian.

Abang: Tapi abang sakit hati Ma, bila dengar orang cakap sale takde sebab abang jaga cashier. Niat abang datang sini nak kerja bukan nak cari gaduh, kadang abang tak kacau orang pun, orang lain masih nak kacau abang.

Mama: Sebab orang lain tu jealous hidup abang senang, Enset abang jer ada 4 mana orang tak tanya mana dapat duit.

Abang: Mama tau kan abang beli pun sebab kumpul duit gaji, mama tau kan sebelum beli apa-apa abang akan minta restu mama dulu, kalau mama kata jangan beli memang abang tak beli kan.

Mama: Ye, ma tahu abang tak nak derhaka dengan Ma, biarlah orang nak kata apa, asalkan abang kerja dengan jujur tak ambil barang orang, tak menipu orang buat apa nak takut. Walaupun mama kat sini tak nampak apa yang abang buat, tapi allah sentiasa melihat abang dari pihak mama.

Abang: :-(

Mama: Dah tak payah nak wat muka sedih. cuma nasihat mama, bersabarlah dulu, ini semua ujian allah, kalau abang lari bermakna abang gagal jadi manusia yang sentiasa redha dengan jalan allah. kalau abang tak buat kenapa nak takut, kalau semua orang dalam dunia ni tak percaya pada abang, mama lah satunya manusia yang percayakan abang.

Abang: Thank Ma, rasa lega sikit sekarang. Tapi kalau dah tak tahan dapat gaji nanti abang berhenti je boleh..?

Mama: Ma tak kisah, kedai Kak Tie pun nak pakai orang, boleh kerja kat sana, Tapi kalau boleh cubalah hadapi setiap masalah tu sebagai anak lelaki. Sebab anak mama ni kan kuat :)

Abang: Ye lah ma, abang ingat tu pesan mama, ehh.. sory pagi tadi lupa nak call sebab gi kerja tumpang epol, sampai kedai baru ingat, ni pun text mama curi-curi je sambil takde costumer.

Mama: Kerja elok-elok, nanti kalau balik kerja awal, call lah mama tak tido lagi sebab teman daddy tengok TV.

Abang: Ok mama, muuahh... assalamualaikum.
Mama: Wassalam.

Ni text dengan My Mom, sikit pun aku tak edit.

"Mama terima kasih kerana sentiasa menjadi lampu dalam hidup abang, sentiasa menyinar setiap kali masalah datang, Dan abang akan jaga mama dengan deddy sampailah kehujung nyawa abang, ini janji abang pada Deddy dan  Mama"


6 comments :

Hazrina Sallehuddin said...

Setiap orang ada masalah kan..tp selalunya yang bg kita sinaran ialah keluarga dan semestinya ibu ^_^

Sky Boy said...

yup.... betul tu hazrina. dan saya takut sangat kalau saya terderhaka pada mak dan ayah.

Hazrina Sallehuddin said...

InsyaAllah tidak.. Kuatkan lah iman..

Hazrina Sallehuddin said...

InsyaAllah tidak.. Sentiasa kuatkan iman ye ^_^

AishaMyra said...

baca entry ni buat sy teringat kat arwah mama pulak . jagalah & hargailah org tua kita selagi mereka masih ada . mcm sy ni hanya boleh rindu setiap kenangan dan hanya mampu menitipkn doa setiap hari utk arwah mama . tapi baba ada lagi :) dia la pelindung & penyokong paling kuat dalam hidup sy .

and setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . betul la ckp mama awak . just be strong ok !

katawe said...

sweet sangat baca post ni.

jaga ibu anda baik2 taw,,

sabar je..diam je.sampai masa dorg da bosan dorg berhenti la kan.. kena kuat ckit la kot.. =)

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...