iklan

April 11, 2014

Mudah.My Menipu

hye salam manis beserta madu...

selamat malam chuolls.....
ada sehat...? dah dinner..? 
huih... peramahnya malam ni uncle sky.
ha ha ha ha....


kali ni uncle nak share satu cerita yang gila tak patut,
mana tak gila, lain yang di iklan lain pulak yang dijual.


tadi uncle ada lah google dekat mudah.my cari blackberry, ingat nak gantikan blackberry yang lama tu. terjumpa satu iklan brother ni... Husain JET nama dia.... kemain dia tayang blackberry nak jual, uncle pun capai enset dan mesej dia..

"salam... bro nak tanya, blackberry yang bro iklan tu ada lagi tak..? berapa harga dia, boleh COD tak..?
kemain uncle susun ayat agar nampak suci dan sopan bila berdepan dengan orang. har har har..
kau nak tahu dia jawab apa...

"blackberry takde, condom, pil tunjuk langit, dildo, rubber vagina, pil estrogen ada. nak COD kat mana..?"

ini lah benda blackberry yang uncle nak beli tu.


fuh.............. mengucap panjang uncle... terus urut dada dan berzikir....
orang macam ni pun ada, gila betul dunia ini.
ikutkan hati nak jer aku carut-carut dia, tapi bila fikir balik maybe ni orang gila, kalau uncle melayan dengan uncle sekali jadi gila.... nak jual ubat beromen laki bini tak salah, cuma jangan letak icon iklan yang tak de kaitan dengan barang yang kau nak jual tu.. huhu condom pun orang beli online dah sekarang, hahaha.. mahalnya kote kau,

uncle tak tahu lah seramai mana dah orang lain dah call/ mesej dia tanya harga....yang uncle boleh cakap kat sini jangan buat iklan kalau takde kaitan dengan barang.

then yang ni satu lagi benda lucu.... uncle jumpa satu iklan iphone 5s. uncle bukak inbox type number dia then nak tanya pasal harga, tetibe naik suggestion nama kawan uncle si HAKIM kat enset... jadah tulis number orang lain keluar suggestion nama hakim. then uncle mesej dia sepatah tanya harga..

nak tahu dia reply apa..???
"wei isaac, mana kau tahu aku nak jual enset, tayah la menyindir sampai hantar mesej tanya harga nak COD bagai"

ni sekor lagi pelik, dah kau letak iklan kat mudah.my tu jadah apa, pastu tanya aku balik mana tahu.
main dengan diorang ni nak tercirit aku gelak. kah kah kah..



ok la wei. dah lewat malam ni. karang lewat pulak uncle bagun esok. nak mengilinjit ke bandar cari makwe barang sorang dua.

April 9, 2014

Rezeki Itu Milik Allah

hye salam manis beserta madu buat semua...

sape rindu uncle angkat tangan...!!!!

kakakaka... celaka jer intro kau

erm.............. cemana uncle nak mula cerita ni yer.
ok 1st nak bersyukur sangat pada allah sebab di kurniakan kesihatan yang tidak ternilai harganya ni dan di dekatkan dengan friend-friend yang gila happening and always sporting...
diam tak sedar dah masuk tahun baru yer dak..? hahahaha.... open your eyes la uncle ni dah nak masuk bulan 5 dah ni.. well biasa lah orang tua.... gitchew kau...

and sekali lagi nak memohon jutaan maaf kat my bff sebab selalu skip dan mengelat nak keluar dengan dia... like seriously uncle bizi sesangat... bizi sesangat... sebab hari rabu jer uncle free hari lain uncle sibuk berniaga. dorang pulak hari jumaat cuti..  then rasa bersalah menyelinap kedalam jiwa. hahahaha...

dont worry la genk... ada masa nanti kita jumpa yer, bukan uncle dok oversea, 
business sekarang ni ok lah, bertambah maju, cuma element-element jahat tu sentiasa ada kalau kita senang ni, dari yang zahir sampai ke element mistik aku kena hadapi... tepis kiri tepis kanan sifat iri hati orang tu tetap jua uncle kena telan.... gluuurrrrppppp................

ada 1 lagi benda yang menjadi tanda tanya dalam diri uncle..
uncle ni apa pada mereka.... ya mereka...
takpe uncle tanak mention, just let's this save in my heart.
githew kau cakap omputeh.........

selfie itu petanda sakit mental

mental tak mental. aku pedulu haper.
yaa.... uncle memang jenis yang tak kisah sebenarnya... kadang orang buat apa pun uncle cakap takpe, sebab uncle cuba belajar untuk bersabar... orang yang rapat dengan uncle especially my bff tahu yang uncle ni garang... level mana garang dia hanya orang yang pernah kerja dengan uncle jer tahu.. hanya member yang tinggal serumah dengan uncle jer tahu... sebab dalam bersabar tu uncle cuba jadi happy go lucky person, sebab tanak stress....  uncle memang susah nak marah orang, but jangan bagi uncle marah... sebab aku seorang orang yang akan bertindak ikut kata hati bila marah.. hahhahahaha.... 

macam karangan jer kan... 

boleh buat sinopsis untuk bahasa melayu tingkatan tiga ni..
layan kan jer lah uncle ni kemaruk sebenarnya dah lama tak menulis...
itu yang gigih nak cerita semua.... 

uncle niatnya this year nak beli kereta sendiri...
but apakan daya tak tercapai jugak hasratnya...
impian tu jauh kelangit....
nak tukar screen blackberry yang rosak tu pun tak tertukar lagi..
dah la kat kota bharu ni susah cari kedai blackberry.
rindu nak macam dulu-dulu bawak 5 bijik phone sekali dalam bag
tapi gunanya satu jer. empat lagi jarang guna.
kah kah kah....

tak mengapalah bukan rezeki lagi, orang lain ada 1 enset jer dah syukur.
tunggu nak pow duit gaji adik lah nak suruh dia beli leather wallet nanti
kat kota bharu ni susah cari yyang cantik...

ok lah... lain kali cerita, boss dah mesej tu suruh datang kedai buat kek. alhamdulillah this week banyak sangat tempahan kek... semoga allah melimpahkan lagi rezeki aku dan boss.

nah... saje nak tayang.... sebab uncle baru jer dapat biss card ni.
sendiri design, biarlah tak chantek asal sendiri buat. weerrrk.......
kah kah kah


ibu saya mengajar saya supaya hidup dalam bersederhana, buangkan sikap riak bila bercakap dengan orang, jangan sesekali terlintas didalam hati untuk mengkritik hasil kerja orang, kerana belum tentu hasil kerja kita adalah yang terbaik. setiap orang telah tertulis rezeki mereka sebanyak mana, jika kita mahu lebih kita kenalah berusaha, bukannya cuba untuk menjatuhkan orang lain disebabkan kita iri hati pada mereka. saya juga tidak terlepas dari dosa. jadi sama-samalah kita bermuhasabah diri dan dekatkan hati kita dengan illahi...... insyallah...

December 24, 2013

Christmas | Aku Dan 3 Sahabat

Dear bloggy....

Bersawang blog uncle..
Rasanya memang lama gila tak menulis.
Tak ada masa kaedahnya.

Besok dah christmas dah.
This year tak buat pape pun for Christmas
Dan tadi ada seorang budak text uncle at wechat. Dia cakap...

Abang nak tanya sikit boleh.
Abang ni Christian ke islam.
Sebab saya baca moment abang pasal christmas tadi.
Sorry sebab tanya.

So aku nak jawab apa.
Hahahaha.... senyum je kat budak tu.
Bukan dia tak pernah baca uncle bagi salam dalam moment wechat tu.

Tahun ni uncle terlupa nak hantar
Surat kat pakcik santa.
Mesti takde hadiah best tahun ni.
Dear santa I wish u read my blog.
Kakakakakakakaka...

Minggu ni last uncle kat terengganu.
So after this when back to KL and continue my life as usual... waah kemain cakap omputes uncle.
Biasalah khen dah nak habis study.
Tapi rindu tu tetap ada.
Yang paling terasa bila kena berpisah dengan hadek-hadek uncle yang paling uncle sayang...
Hope panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.



Lagi 6 hari je lagi dibumi pantai timur ni
Lepasni tak tahu bila lagi akan jumpa.
harap korang semua akan berjaya.
Ok lah.. malas nak menaip panjang
Sebab nak gi beli barang dapur ni
Esok kan christmas.  So nak kena masak.
Cari ayam belanda tak ada.
Mak ayam pun jadi lah. Asalakan besar banyak isi... her her her..

"Sahabat itu tidak semestinya yang sentiasa ada didepan mata kita. Tapi mereka yang tetap setia di hati kita"

November 6, 2013

Adik Umur 18 Tahun Ke..?

dear bloggy....

hye salam manis beserta madu buat semua reader uncle... korang sihat tak ni...?
agak lama jugak la uncle tak hapdate blog kan.... rasanya ada la jugak 2 bulan uncle tak menulis...
bukan takde masa, cuma takde idea nak menaip..
kadang tulis, kadang delete..
hehehehe...



hari ni uncle terasa nak menulis.....
sedar tak tido tak lama lagi uncle nak habis dah belajar kart sini.
dengar rasa nak habis tu memanglah terasa macam nak meloncat-loncat empat puloh kali,
tapi bila teringatkan kita jugak akan berpisah dengan member yang baru uncle uncle kenal beberapa sems kat sini rasa sedih jugak....

tapi hidup kena diteruskan jugak kan walaupun kita tak suka....
sebab kat dunia luar sekarang ni semakin kejam kan...
kejam ke... kakaka.. kau rasa.....?



beberapa minggu lagi uncle nak kawen..
ehh, kazen uncle nak kawen
so terpaksalah uncle mengelinjit jadi fotographer dia..
dah lama tak main camera ni...
jangan aku nak shoot pengantin
pergi shoot menda lain lak...

ni nak share menda lucu sikit....
semalam uncle ada pergi sekolah lama uncle.
sebab kena pickup kazen uncle balik kelas tambahan..
masa tu uncle tunggu la dia depan kedai makcik jual cendol tu..
pastu makcik tu tanya uncle..
kau tak gi sekolah ke...? semua orang ada kelas tambahan.

uncle syak makcik ni dah rabun ke apa..
uncle yang dah berusia ni dia kacak   cakap budak sekolah.
nampak gayanya muda lagi la uncle tiga tahun dari usia sebenar.. kakakakaka
cam celaka tak cerita dia..?
nak muda jer kerja dia,...


acaner.. ada gaya umur lapan belas tahun tak..?


sorry la blog ni agak bosan dah sikit.
nanti lah uncle ada cerita best uncle share ngan korang...
sebenarnya banyak dalam draff..
malas nak publish....

memaafkan orang tidak bermakna kita mengalah dan kita salah, tetapi kerana kita layak untuk mendapatkan ketenangan dari kita terus memikirkan dia... 

k bye.......


September 23, 2013

Sebulan Tanpa Suara

dear bloggy.............

hye salam manis berserta madu buat semua...
korang rundu rindoo uncle tak....?
huhuhu... genap sebulan uncle tak sentoh blog ni...
bukan tanak bukak sebab takde masa nak menaip...
sekarang ada la masa sikit... sebab skip kelas petang ni..

dah lama tak menaip ni cam keras pulak jari jemari kakak nak menaip. haiish...
sebulan dua ni memacam yang berlaku pada uncle
nak cerita sakit hati tu banyak lah,
biasa lah cerita bab hati ni bukan senang
uncle sorang nak kena jaga 1000 hati member uncle
tapi korang ada nak jaga hati aku..?
hahahahaha....

tak lama lagi dah nak raya haji,
korang buat ape raya ni..?
huhuhu.. awal sangat uncle tanya pasal raya ni....
uncle memang agak bizi raya ni..
belom balik lagi dah dapat tempahan macam-macam benda
tapi rasa cam malas nak amik sebab cuti pun tak lama..

so pada yang gigih nak menempah tu mintak mahap lah
takde masa noks nak amik oder
uncle pun tak menang tangan raya ni
then pada yang biat buat majlis kawen tu
insyallah uncle kalau takde aral yang melintang pukang..
gittew kau. uncle datang hokay...

then perancangan selepas tamat belajar ni
ingat uncle nak ke Bandung bercuti
kalau bajet nipis mungkin ke Lego Land aja.
lepas tu terpaksa kena praktikal selama 3 bulan
habis tu barulah boleh ikut haluan memasing

memandangkan pihak penaja dah janji nak payung modal
uncle ingat nak continue dalam bidang F&B ni
dok ushar jugak kedai kosong area KL
tapi perancang tu lama lagi, by now sattlekan dulu masalah kat sini
insyallah.. kekorang doakan uncle berjaya ya..





sekarang ni musim lagu sandiwara cinta by republic
dalam kelas bebudak ni dok menyanyi lagu ni jer
so dengan uncle sekali turut menyanyi
sape yang tak pernah dengar tu boleh la google dengar ya..

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...