iklan

January 15, 2013

Gemok Salah Kurus Pun Salah

tetibe perempuan tu datang tepuk bahu aku dari belakang.
"wei........... serious wei kau dah kurus sekarang"

Aku lantas terkejut, lalu mengencilkan anak mata sambil tenung batang hidung dia dendalam.
kau ni kenapakah..? lain kali bagi la salam ok, kata islam kan..? Aku ceramah dia gaya Ustaz Don Danial.



"wei... serious wei kau kurus sekarang, bukan dulu kau gemuk ke..?"
"kau putus cinta ehh..?"
"eeeiiiii.... like seriously tak ehsem ok kau kurus"
"dulu perut kau macam peti ais 3 pintu"
"eeeiiii.... kurus sangat ok, takyah nak diet sangat lah.."

perempuan ni punya jalan penceritaan agak panjang gaya itik baru pandai bertelor semalam.
itulah orang, kalau gemuk kemain lagi kau carut aku perut berlipat bagai, dah kurus lagi cakap tak ehsem la, keding sangat lah.

"wei... aku rasa kau dulu lagi better kot dari yang sekarang"

kadang aku tak faham sangat dengan perempuan ni.. dalam hati nak jer aku tanya dia cenggini..

"Wei, kau suka aku ehh...?

pastu ada member yang tak seberapa nak sebulu tanya aku, kau ni makin kurus aku tengok. kau main dadah ke..?

pastu manager aku tanya semalam, kau ni makin kurus abang tengok, kau sakit ke..? cerita lah kat abang kalau kau sakit, try la wat medical check up, mana tahu ada HIV ke.. katanya....

Aku sedih sangat bila orang mula tuduh aku main dadah bagai, aku balik kerja aku  cerita dekat cik jelita, marah betul cik jelita bila dia dengar, takpe lah mulut orang nak buat macam mana, ape pun berserah sahaja pada tuhan,


karang aku gemok, cakap pulak aku ni obes, makan duit haram la, kerja makan tido la.

mulut orang biasa lah, orang macam ni elok jerang minyak panas simbah atas muka. kenapa orang suka peduli sangat perihal hidup aku tak tahu, lupakan mereka sebentar.

1 comment :

[k]o{q}i[n] said...

sabo je la is... kalo nk pk sgt apa org ckp, mati la....

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...