iklan

April 24, 2012

Tuhan Berilah Aku Peluang Untuk Bekerja Semula

hye bloggy...
korang rindoo tak kat uncle sky..?

seminggu dua ni uncle takde mood sangat nak menaip blog
tambah-tambah lepas medical checkup tadi,
dokter cakap uncle kena berehat jangka masa yang agak lama
sebabnya patah tulang bahu,
mungkin sebulan, dua bulan, enam bulan
setakat gerak siket-siket boleh la
nak kerja angkat beberat dokter ta bagi la
sebab tulang tu baru nak bercantum..
dan uncle risau kalau makan masa yang lama

bukan ape,
uncle pikir pasal orang tua uncle tu
walaupun dedua kerja
ada duit sendiri
tapi uncle sebagai anak rasa bertanggungjawab
bagi mummy dan daddy nafkah belanja
walaupun uncle tak bagi sebanyak gaji dorang
uncle dah syukur sebab dapat berbakti pada orang tua...
dalam dunia ni kita ada dua je orang tua
selagi diaorang masih bernafas
biarlah tangan uncle ini membalas jasa dorang
walaupun tak banyak....
asalkan duit uncle cari tu halal
uncle dah cukop bersyukur



lepas dokter cakap uncle tak boleh lerja kerja berat sebulan dua ni
uncle sedih, raya dah nak dekat
uncle teringin belikan dorang baju raya
asalkan diorang nampak cantik dipagi raya..
dengan keadaan uncle cenggini cemana uncle nak kerja..

walaupun uncle ni tak baik sangat
tak alim sangat
uncle sentiasa berdoa agar cecepat sembuh
supaya uncle dapat kerja lagi
macam orang biasa...

uncle syukur sebab uncle ada sorang mama yang sangat penyayang
sanggup suapkan uncle nasi hari-hari
jerangkan air panas setiap pagi
kupaskan buah dalam peti
urutkan badan uncle setiap hari
jasa mama tak mungkin uncle lupakan
mama mana sanggup tengok anak dia menderita
sanggup tengok anak dia sakit merana
sambil menakung air mata di bawah kelopaknyA



uncle pun tanak tunjuk yang uncle sedang sakit
kadang uncle tipu mama yang uncle sakit
tapi mata ibu tak boleh tipu
sebab dia tahu anak dia menipu
tangan tua itu terus memicit bahu anak dia
sampai anak dia terlena dibahu ibunya
dan sanggup tunggu ditepi katil anaknya
bimbang takut anak dia sakit tersedar

kadang memikirkan kesihatan mummy dan daddy
uncle menitiskan air mata
sebab disaat mummy dan daddy sakit dirumah
uncle pula ditempat kerja
siapa pula nak jengok kan mereka...
uncle selalu berdoa agar tuhan ambil nyawa mereka dulu sebelom nyawa uncle
sebab uncle nak jaga dan tatap wajah mereka sampailah kehujung nyawa..

"Kasih Ayah Tiada Nilainya, Kasih Ibu Membawa keSyurga"


P/S: Uncle nak pesan dekat adik-adik di luar sana hidup kita jangan derhaka pada kedua orang tua.. Hargailah mereka selagi dia masih ada.. mereka tak mengharapkan duit kita mereka hanya mahu kita mengigati dan menjaga dia sampailah mereka menutup mata..

5 comments :

Awan Nano said...

tetiba rindu gan mak :'(

Iena Eliena said...

salam..
singgah follow sini :)
jom follow cik iena jugak(^_~)
www.ienaeliena.com

Anonymous said...

Proyek-proyek saya terletak di sini :
http://zippic.info/?new-ce.html
http://xaijo.com/?new-my.html

http://retweetherbal.com/?new-je.html
http://aed280e5.allanalpass.com
http://blog.erolove.in/?new-qx.html
http://blog.erolove.in/land?browse-hk.html
http://amateur.erolove.in/pageng.html
http://shop.xaijo.com/?new-ii.html
http://intimcity.org/in.htm?profile-ky&wm=2020890811
http://search.erolove.in/?new-dh.html

dRopPuc!noo™ said...

Sangat nak menjaga orang tua dan bekerja mengurangkan beban dua ibubapa, nak diorang rasa bangga juga punya aku sebagai anak.. Moga sempat membalas serba secebis apa yang mereka dah korbankan..

Takziah.. Moga cepat sembuh bahu tu..

=o) said...

thanx pada korang yang sudi masuk baca.........

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...