iklan

April 6, 2015

kisah 20 Sen

Hai korang semua.. harap sihat lah hendaknya.. ni merupakan 1st entry untuk tahun 2015 setelah sekian lama uncle tinggalkan dunia blogging ni.. actually takde masa sebenarnya nak menulis. Hihihi.

Ok back to the tittle
semua orang kenal kan dengan duit 20sen.
bentuk bulat, nilai pun kecik kan.
kalau jatuh celah kusyen kereta tentunya tak kutip kan. Tapi kalau kena kat parking bermeter mesti kita korek balik cari 20sen tadi.. walaupun nilai dia kecik. Sampai masa 20sen tu tetap besar nilainya.

20 sen

Ceritanya macam ni. Dulu uncle dapat PLKN dekat Gunung Semanggol Perak. uncle dapat kem jiwa murni.. masa 1st dapat tahu kena pergi PLKN tu rasa macam nak gantung diri je sebab memang tak suka PLKN. Hahahaha...

so uncle pendek kan cerita. 1 malam tu uncle pergi beli burger. Faiq kawan uncle kirim suruh beli. Sebab dia dah penat kawad so tak larat nak ikut. Gerai burger tu kat cafe dalam kem tu jugak. So dia bagi la rm2 untuk beli burger. Burger tu rm1.80sen jer. Dah siap tapau ape semua terus balik dorm delta makan burger dengan Faiq. But i forgot to gave him back ballance 20sen tu. Memang tak ingat langsung.

So di pendekkan cerita lagi. Lepas peristiwa beli burger tu. My mom call cakap dapat tawaran sambung belajar n kena lapor diri immediately. So my mom fax kan surat tawaran tu ke kem jiwa murni dan uncle dapat pelepasan dari cikgu untuk balik awal dan terima sijil tamat latihan. See that untung kan uncle that time ada lagi balance sebulan tapi boleh balik awal.

And masa syok kemas barang-barang nak balik. Uncle lupa nak pulangkan balance duit faiq tu. Sampailah hari nak balik uncle cari dia nak bagi balance tapi semua group dia kena buat jungle tracking outside kem. So dengan perasaan berat hati uncle pun balik sampai kampung. Tiba je hari minggu uncle call aYie sebab faiq takde enset time tu nak call dia sendiri... hari minggu kami dapat enset tau. Uncle nak cakap dengan faiq pasal duit dia. Tapi faiq keluar pergi makan. So uncle minta jasa baik Ayie mintak alamat rumah faiq n number talifon. Tapi entah macam Mana masing-masing lupa. Dan uncle pendek kan lagi cerita sampai sekarang uncle tak dapat cari faiq tu.

Tadi uncle pegang duit 20sen tetiba rasa tak sedap hati. Rupanya duit balance faiq 20sen yang 9 tahun dulu uncle tak dapat pulangkan lagi. Duit tu masih uncle simpan sampai sekarang. Uncle tak tahu macam mana cara nak cari faiq ni. walaupun nanti dia akan cakap alah 20sen tu aku halal je. Atlease keluar dari mulut dia kan.

So uncle harap sangat dapat jumpa dengan
Mohd Faiq Mahfuz Bin Zakria
asal kota bharu kelantan
bekas pelatih PLKN kem jiwa murni
company DELTA.

Mana tahu kalau dia tergoogle nama sendiri dan baca entry uncle ni boleh tak bagi alamat or number phone supaya uncle boleh contact dia. Sebelum uncle balik dia ada conteng buku nota uncle macam-macam dia tulis ucapan tapi dia tak letak pun alamat or anything else that i can find him back after camp.. walaupun 20sen tu nilai dia kecik. Walau bagi balik dia tak akan jadi millionaire tapi kita kena jujur. 20sen tu hak dia bukan duit kita.


Zaman dulu ini lah instagram
inilah facebook
inilah twitter
kerana kenangan itu kita boleh rasa dengan setiap pancaindera kita.. walaupun jauh ketinggalan zaman tapi inilah yang sebenarnya kenangan.

So uncle harap sangat allah beri peluang untuk jumpa dengan dia. Dan bagi balik balance beli burger ni.. uncle sangat sangat berharap boleh jumpa dia.

Ingatlah
"Hutang itu wajib dibayar walaupun tidak dituntut"


No comments :

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...