iklan

March 7, 2013

7 March | Awak Pergi Buat Selamanya

Hari tu aku dengan dia cukup rapat, cukup baik, cukup mesra, rasa macam dunia ni kami yang punya, semuanya kami lakukan bersama, dan sampai satu hari iaitu bertarikh sama macam hari ini aku terpaksa melepaskan dia.

7 March 2013  > 7 March 20**

Awak petang ni Hawa ada latihan taekwando, Hawa pergi dengan Fasihah, kitaorang ingat nak naik basikal je, sebab lama tak naik basikal. Aku yang mendengarnya memang agak pelik, sebab selama ni tak pernah-pernah dia nak naik basikal kalau ada latihan petang kat sekolah, selalunya Tok ki yang hantarkan.

6 March 20** 
Sehari sebelum tarikh tersebut aku ada jumpa Hawa, Perangai dia lain sangat, Dia tanya aku kat rumah awak ada lagi tak jeruk buah Celagi. (boleh google kalau tak tahu). Ada lagi kenapa..? awak nak makan ke..? sekejap saya balik ambil. Aku start motor pulang kerumah dan cedok jeruk asam celagi kedalam Tupperware.. Nah makan lah. Ini yang last kat rumah sebab balance Abah dah letak dalam plastik buat aiskrim.

6 March 20** | 6.45pm
Awak, jeruk yang last ni sedap sangat, kalau saya dah tak ada lagi besok saya tak menyesal sebab dah dapat makan ni, Awak merepek apebenda ni Hawa, awak nak pindah sekolah ke..? hahahahaha kenapa tak pindah rumah terus..? Wajah Hawa merah sebab nak marahkan aku yang naturally suka buat lawak bodoh nak kasi dia bengang. Besok kalau awak tak dapat jumpa saya lagi jangan menyesal tau..! Tapi awak nak pergi mana..? kenapa last minit baru cakap..! Entah la awak Hawa rasa hati hawa nak pergi jauh.

6 March 20** | 7.15pm
Awak sebelum Hawa balik ni, Hawa nak pesan kalau suatu hari Hawa dah takde awak jangan giveup ya, teruskan pelajaran awak, jangan kecewa sebab Hawa, dan kalau awak dah jumpa pengganti saya jangan pula awak lupakan saya. Selama ni Hawa dah ambil hati awak, nah sekarang Hawa bagi balik hati awak supaya orang lain pula boleh jaga. "Awak ni dah nak mati ke cakap macam ni" aku tinggikan sedikit suara. Dia senyum je.... Satu je Hawa respect pada diri awak, walaupun kita dah lama couple sekali pun awak tak pernah sentuh kulit saya, sebab awak cakap nak tunggu kita jadi yang halal kan, awak memang seorang lelaki yang baik.Kalau boleh dengan gadis lain pun harap awak boleh baik macam ni juga. (bola mata aku berkaca seketika mendengar ucapan terakhir dari dia).. Jom lah balik dah maghrib ni.. karang bising pulak En.Adnan tu kat rumah.

7 March 20** | 10.45am
Waktu rehat kat sekolah, aku tunggu dia. langsung tak jumpa, tanya Hazirah mana Hawa, katanya kat library, takpe lah tunggu dia balik sekolah, tapi sandwich ni sape nak makan sebab sengaja bawak lebih yang mama buat pagi tadi ingat nak makan dengan dia, Jadi aku kongsi je dengan Mizan member semeja aku.

7 March 20** | 2.45pm
Tunggu dia dekat garaj motor, Hawa dari jauh aku panggil, sini jap mana pergi rehat tadi saya tunggu takde pun, kata Hazirah awak kat library. Dia datang sambil betulkan anak tudung lalu tersenyum lebar pada aku. Awak hensem lah hari ini saya nak tengok mata awak lama-lama boleh tak..? Tebiat ehh...? macam tak pernah tengok je.. Awak petang ni Hawa ada latihan Taekwando Hawa nak naik basikal je nak pergi dengan Fasihah. Errm ye lah hati-hati tau. Aku start motor pulang kerumah.

7 March 20** | 8.10pm
Isaac...Isaac... Ridhuan datang dengan motor honda bulat, Hawa Eksident tadi masa balik dari sekolah, Rumah Ridhuan ni depan Klinik Kesihatan jadi papehal dia mesti tahu dulu. Aku tukar seluar naik motor dengan Ridhuan pergi ketempat kejadian, tapi mangsa dah dihantar ke Hospital Besar. Hati aku bagaikan kaca dihempas kebatu, yang butirnya bertaburan di atas pasir yang berderai dan mungkin tidak akan sembuh lagi.

7 March 20** | 10.45pm
Aku kerumahnya, melihat semua keluarga ada, tapi En.Adnan dekat Hospital lagi menunggu Hawa. Aku lihat ibunya hanya duduk dikerusi diluar rumah. Aku mendekati Puan Azlina, Makcik sabar ya, jom kita sama-sama doa agar Hawa takde apa-apa. 11.35pm talifon rumah berbunyi.. "mama anak kita Hawa dah tak ada" suara dari dalam talifon jelas kedengaran oleh kerana suasana dalam rumah agak sunyi. Makcik tak sedih..? Makcik tak menangis pun aku menegur.. Allah dah pinjamkan Hawa kepada makcik sudah cukup besar anugerahnya, jadi sekarang makcik kena serahkan Hawa balik kepada penciptanya..Makcik sedih tapi makcik kena redha. Paun Azlina memang seorang wanita yang cukup kuat semangat, Dia pesan kalau kita hilang orang yang kita sayang tidak bermakna allah mahu kita terus bersedih kerana allah bagi kita peluang untuk membuka tangan dan menerima yang baru.


Al-Fatihah buat arwah Hawa.
*maaf nama sebenar terpaksa saya rahsiakan*

"kehidupan mengajar kita untuk lebih menghargai dan menyayangi apa yang kita miliki sekarang, kerana bila sesuatu yang kita sayang sudah tiada dari pandangan kita menyesal sekali pun ianya sudah menjadi suatu kenangan"

2 comments :

Jambu Batu said...

sedihnye..

acikbuCUk... said...

kisah lama kan..sedih..aku tak rapat sangat dengan arwah tapi aku tahu gak sedikit sebanyak tentang dia..al fatihah buat arwah..

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...