iklan

March 13, 2013

Jangan Jadi Gila Talak Lah Abang

Minggu ni teruk betul musibah yang menimpa.
macam-macam berlaku kat diri gua,
ingat sekali rasa giveup nak teruskan hidup
hahahah, felling dia cam orang baru putus chenta gittew kekdah dia.



Ceritanya bermula Seminggu lepas,
masa tu kami keluar ramai-ramai dekat Uptown The Mines
Time tu gua tak tahu si Ika ni secret admire si Hafiz
time tu gua tengah cari cassing Galaxy note 2
lepas tu si Ika datang sememeh dengan gua,
gua layan je lah dah dia datang
pastu siap pegang-pegang gua
pastu siap mintak blootooh lagu lagi
gua layan je sebab bebudak lagi lapanbelastahun
tetibe si hafiz sentap dengan gua pastu main lap-lap air mata
what the....???
korang ni gila ke ape..? nak si Ika tu ambik la wei
tak hadap aku nak merenyeh dengan perempuan cam tu
FYI dia yang datang sememeh dengan gua, bukan gua yang kacau dia

Tadi gua pergi kedai Western sebab nak pass duit sale dekat Wani
gua tak perasan balak dia ada dekat situ
lepas gua sembang pung-pang sepatah dua gua belah
tetibe Wani call gua, lepas ni kau jangan cakap lagi dengan aku
kau jangan lagi tegur aku,
aku benci kau talam dua muka...
What the....? wei korang ni giler ke ape..?
aku bukan romen comolot Wani tu tadi,
aku nak pass duit je wei...

Azue Dengan Aznim
dorang ni memang kawan dah lama
ibarat merpati dua sejoli
her..her..her..
pada satu hari (ehh cam cerita sang kancil plak)
gua lepak dengan Azue, Masria, Epol dekat Mall
pastu kita orang singgah satu kedai tilam ni
pastu gua snap satu pic dengan Azue upload facebook
tetibe si Aznim ni taching ..
lagipun tu open place lah
snap pulak ramai2
kenapa awak perlu jelous dengan saya...?
What the....? korang ni giler ke ape
saya tak pernah pun ada hati pada Azue tu
kalau suka boleh la ambik dia..

Wahida dengan Didie
As we know Wahida ni jenis peramah
Didie ni pulak Admire si Wahida
tetiap hari dorang bercinta
tapi satu hari gua duduk semeja dengan Wahida
sambil sembang minom teh segelas dua
tetibe Didie nampak, pastu terus dia hangin
then gua tegur dia, nak mengamuk macam orang gila,
sedangkan tu open place,
tempat orang lalu lalang,
dan kita orang lepas as a friend je
sedangkan Wahida lepak dengan laki lain didie tak pernah pun marah
What the....? korang ni gileer ke ape..?
mentang pun awek takan la nak sembang sikit tak boleh..


Dan gua terus termenung... termenung dan terus termenung
mengenangkan kenapa orang nak jelous dengan gua
sedangkan gua tak buat ape-ape pun..
Gua bukan ensem
harta lagilah takde
gua dressup pun kolot
tak pandai grooming
tapi kenapa korang nak jelous bila gua bercakap dengan awek korang..?
awek korang lepak dengan laki lain takde pulak nak sentap
bila dengan gua je, mesti ada yang taching
ape yang korang dengki sangat dengan gua pun tak tahu
please la wei jangan buat gua macam ni
kalau macam tu gua tak boleh la nak tegur semua perempuan kat atas dunia ni

kalau sayang jaga lah elok-elok
tak perlu nak cemburu membabi buta kerana gua
sebab gua takde pape.. yes takde pape..

Maaflah kalau salah sorang dari korang yang baca... ini semua realiti..

"Andai aku si perentas masa, tak ingin aku lalui saat-saat dimana segelintir manusia ingin memusuhi dan terus membenci, Dan sikit pun dihati ini tak ingin untuk mengenali manusia yang bakal aku sakiti"


March 7, 2013

7 March | Awak Pergi Buat Selamanya

Hari tu aku dengan dia cukup rapat, cukup baik, cukup mesra, rasa macam dunia ni kami yang punya, semuanya kami lakukan bersama, dan sampai satu hari iaitu bertarikh sama macam hari ini aku terpaksa melepaskan dia.

7 March 2013  > 7 March 20**

Awak petang ni Hawa ada latihan taekwando, Hawa pergi dengan Fasihah, kitaorang ingat nak naik basikal je, sebab lama tak naik basikal. Aku yang mendengarnya memang agak pelik, sebab selama ni tak pernah-pernah dia nak naik basikal kalau ada latihan petang kat sekolah, selalunya Tok ki yang hantarkan.

6 March 20** 
Sehari sebelum tarikh tersebut aku ada jumpa Hawa, Perangai dia lain sangat, Dia tanya aku kat rumah awak ada lagi tak jeruk buah Celagi. (boleh google kalau tak tahu). Ada lagi kenapa..? awak nak makan ke..? sekejap saya balik ambil. Aku start motor pulang kerumah dan cedok jeruk asam celagi kedalam Tupperware.. Nah makan lah. Ini yang last kat rumah sebab balance Abah dah letak dalam plastik buat aiskrim.

6 March 20** | 6.45pm
Awak, jeruk yang last ni sedap sangat, kalau saya dah tak ada lagi besok saya tak menyesal sebab dah dapat makan ni, Awak merepek apebenda ni Hawa, awak nak pindah sekolah ke..? hahahahaha kenapa tak pindah rumah terus..? Wajah Hawa merah sebab nak marahkan aku yang naturally suka buat lawak bodoh nak kasi dia bengang. Besok kalau awak tak dapat jumpa saya lagi jangan menyesal tau..! Tapi awak nak pergi mana..? kenapa last minit baru cakap..! Entah la awak Hawa rasa hati hawa nak pergi jauh.

6 March 20** | 7.15pm
Awak sebelum Hawa balik ni, Hawa nak pesan kalau suatu hari Hawa dah takde awak jangan giveup ya, teruskan pelajaran awak, jangan kecewa sebab Hawa, dan kalau awak dah jumpa pengganti saya jangan pula awak lupakan saya. Selama ni Hawa dah ambil hati awak, nah sekarang Hawa bagi balik hati awak supaya orang lain pula boleh jaga. "Awak ni dah nak mati ke cakap macam ni" aku tinggikan sedikit suara. Dia senyum je.... Satu je Hawa respect pada diri awak, walaupun kita dah lama couple sekali pun awak tak pernah sentuh kulit saya, sebab awak cakap nak tunggu kita jadi yang halal kan, awak memang seorang lelaki yang baik.Kalau boleh dengan gadis lain pun harap awak boleh baik macam ni juga. (bola mata aku berkaca seketika mendengar ucapan terakhir dari dia).. Jom lah balik dah maghrib ni.. karang bising pulak En.Adnan tu kat rumah.

7 March 20** | 10.45am
Waktu rehat kat sekolah, aku tunggu dia. langsung tak jumpa, tanya Hazirah mana Hawa, katanya kat library, takpe lah tunggu dia balik sekolah, tapi sandwich ni sape nak makan sebab sengaja bawak lebih yang mama buat pagi tadi ingat nak makan dengan dia, Jadi aku kongsi je dengan Mizan member semeja aku.

7 March 20** | 2.45pm
Tunggu dia dekat garaj motor, Hawa dari jauh aku panggil, sini jap mana pergi rehat tadi saya tunggu takde pun, kata Hazirah awak kat library. Dia datang sambil betulkan anak tudung lalu tersenyum lebar pada aku. Awak hensem lah hari ini saya nak tengok mata awak lama-lama boleh tak..? Tebiat ehh...? macam tak pernah tengok je.. Awak petang ni Hawa ada latihan Taekwando Hawa nak naik basikal je nak pergi dengan Fasihah. Errm ye lah hati-hati tau. Aku start motor pulang kerumah.

7 March 20** | 8.10pm
Isaac...Isaac... Ridhuan datang dengan motor honda bulat, Hawa Eksident tadi masa balik dari sekolah, Rumah Ridhuan ni depan Klinik Kesihatan jadi papehal dia mesti tahu dulu. Aku tukar seluar naik motor dengan Ridhuan pergi ketempat kejadian, tapi mangsa dah dihantar ke Hospital Besar. Hati aku bagaikan kaca dihempas kebatu, yang butirnya bertaburan di atas pasir yang berderai dan mungkin tidak akan sembuh lagi.

7 March 20** | 10.45pm
Aku kerumahnya, melihat semua keluarga ada, tapi En.Adnan dekat Hospital lagi menunggu Hawa. Aku lihat ibunya hanya duduk dikerusi diluar rumah. Aku mendekati Puan Azlina, Makcik sabar ya, jom kita sama-sama doa agar Hawa takde apa-apa. 11.35pm talifon rumah berbunyi.. "mama anak kita Hawa dah tak ada" suara dari dalam talifon jelas kedengaran oleh kerana suasana dalam rumah agak sunyi. Makcik tak sedih..? Makcik tak menangis pun aku menegur.. Allah dah pinjamkan Hawa kepada makcik sudah cukup besar anugerahnya, jadi sekarang makcik kena serahkan Hawa balik kepada penciptanya..Makcik sedih tapi makcik kena redha. Paun Azlina memang seorang wanita yang cukup kuat semangat, Dia pesan kalau kita hilang orang yang kita sayang tidak bermakna allah mahu kita terus bersedih kerana allah bagi kita peluang untuk membuka tangan dan menerima yang baru.


Al-Fatihah buat arwah Hawa.
*maaf nama sebenar terpaksa saya rahsiakan*

"kehidupan mengajar kita untuk lebih menghargai dan menyayangi apa yang kita miliki sekarang, kerana bila sesuatu yang kita sayang sudah tiada dari pandangan kita menyesal sekali pun ianya sudah menjadi suatu kenangan"

February 14, 2013

14 February | Valentine | Cara Kita Berbeza

Gua pasti ramai gadis-gadis nano yang menunggu saat ini kan,
saat dimana boyfie kengkorang datang dengan sejambak bunga dan cakap
"Happy Valentine Sayang"
Suwet giler babi

Pada yang takde kerja tu, cuba korang call mak ayah korang dan cakap, 
"happy valentine mummy dan daddy"
terima kasih sebab telah membesarkan saya menjadi seorang manusia yang berakhlak.
gittew baru orang panggil anak.

gua nak tanya berapa ramai diantara korang yang call mak ayah paling rare pun sekali dalam seminggu tanya khabar dia..?
Gua pasti tentunya reader-reader gua ni adalah anak yang soleh/solehah gitu dak..?
gua call mummy @ daddy gua setiap hari sebelum pergi kerja, 
Kadang kalau tak sempat gua akan text diorang sebelum masuk kerja.
tapi dengan mummy lah gua selalo gayot lama siket sebab orang perempuan ni ada je cerita dia.
dulu gua jarang tanya tanya khabar orang tua gua,
pada satu hari gua sedang sembang dengan kak Lieza tetibe kami cerita pasal kedua orang tua kami.
dan kata kak Lieza maka berdosalah seorang anak kalau mak @ ayah dia tetibe berkata
"Apa lah anak aku ni buat kat sana, tanya khabar pun tidak, inikan pula nak balik kampung tengok kita"

dan gua tak mau jadi seorang anak yang derhaka,
 mungkin ada reader lelaki yang baca ni akan cakap malunya nak call mak@ayah sebab tak tahu nak cerita apa. biar malu dari satu hari kamu berkata, kalau lah mak ngan abah masih ada aku pasti akan jaga dia, aku pasti akan call dia tanya khabar, aku pasti nak dengar suara dia setiap hari.
kalau korang nak tahu, mak ayah kita ni walau sedang sakit, bila dengar jer suara anak dia secara automatik dia akan sihat semula. korang tanak percaya tak apa.

Gua bahagia masih ada mummy dengan daddy,
walau hidup kami tak kaya
kami tak ada harta
tapi alhamdulillah kami bahagia

Pada member yang mana family dia dah berpisah,
mak ayah dia sosial
keluarga asyik bergaduh je,  
inilah masa korang nak ambil berat pasal diorang.
orang lain tak akan boleh mengubah kita 
jika kita sendiri tak mahu mengubahnya.

 
"Dunia Selalu Berputar Dan Hari Terus Berganti, Keadaan yang sama tidak akan berlaku selamannya, Dan jika kita inginkan yang terbaik berusahalah, Dan allah sentiasa berada dengan kita disetiap saat kita memerlukannya.. Jadi kenapa bersedih.....?"


February 12, 2013

Mama Kenapa Orang Selalu Jahat Pada Abang.

aku text dengan mama tadi

Abang: Mama abang rasa bulan ni last abang kerja
Mama: Kenapa, abang bergaduh ke..?
Abang: Tak lah, cuma dah bosan kena fitnah
Mama: Sape yang fitnah abang..?
Abang: Adalah diorang dekat tempat kerja tu.
Mama: Diorang cakap ape..?
Abang: Macam-macam la Ma, kadang bila abang dengar jadi sakit hati. baik abang berhenti.
Mama: Cuba cerita diorang cakap apa.
Abang: Cakap abang ambik duit cashier lah, suka mengular lah, suka keluar kedai lah.
Mama: Jadi abang ada buat ke semua tu..? Mama rasa tak kan..?
Abang: Memang lah takde Ma, Abang selalu ingat pesan mama kalau ada dekat tempat orang.

Mama: Jadi apa reason abang nak berhenti..? Mama tak suka anak mama selalu lari dari masalah, Mama tak ajar anak mama lari dari kenyataan, kenapa abang nak takut kalau abang tak buat..? abang kena ingat yang kita kena takut hanya pada allah bukan pada orang, kita jadi malaikat sekali pun orang tetap nak cari salah kita. sebab itu hidup kita allah datangkan dengan ujian.

Abang: Tapi abang sakit hati Ma, bila dengar orang cakap sale takde sebab abang jaga cashier. Niat abang datang sini nak kerja bukan nak cari gaduh, kadang abang tak kacau orang pun, orang lain masih nak kacau abang.

Mama: Sebab orang lain tu jealous hidup abang senang, Enset abang jer ada 4 mana orang tak tanya mana dapat duit.

Abang: Mama tau kan abang beli pun sebab kumpul duit gaji, mama tau kan sebelum beli apa-apa abang akan minta restu mama dulu, kalau mama kata jangan beli memang abang tak beli kan.

Mama: Ye, ma tahu abang tak nak derhaka dengan Ma, biarlah orang nak kata apa, asalkan abang kerja dengan jujur tak ambil barang orang, tak menipu orang buat apa nak takut. Walaupun mama kat sini tak nampak apa yang abang buat, tapi allah sentiasa melihat abang dari pihak mama.

Abang: :-(

Mama: Dah tak payah nak wat muka sedih. cuma nasihat mama, bersabarlah dulu, ini semua ujian allah, kalau abang lari bermakna abang gagal jadi manusia yang sentiasa redha dengan jalan allah. kalau abang tak buat kenapa nak takut, kalau semua orang dalam dunia ni tak percaya pada abang, mama lah satunya manusia yang percayakan abang.

Abang: Thank Ma, rasa lega sikit sekarang. Tapi kalau dah tak tahan dapat gaji nanti abang berhenti je boleh..?

Mama: Ma tak kisah, kedai Kak Tie pun nak pakai orang, boleh kerja kat sana, Tapi kalau boleh cubalah hadapi setiap masalah tu sebagai anak lelaki. Sebab anak mama ni kan kuat :)

Abang: Ye lah ma, abang ingat tu pesan mama, ehh.. sory pagi tadi lupa nak call sebab gi kerja tumpang epol, sampai kedai baru ingat, ni pun text mama curi-curi je sambil takde costumer.

Mama: Kerja elok-elok, nanti kalau balik kerja awal, call lah mama tak tido lagi sebab teman daddy tengok TV.

Abang: Ok mama, muuahh... assalamualaikum.
Mama: Wassalam.

Ni text dengan My Mom, sikit pun aku tak edit.

"Mama terima kasih kerana sentiasa menjadi lampu dalam hidup abang, sentiasa menyinar setiap kali masalah datang, Dan abang akan jaga mama dengan deddy sampailah kehujung nyawa abang, ini janji abang pada Deddy dan  Mama"


February 11, 2013

Aku Ni Garang Ke..?

Saya ingat abang ni garang sindir budak Baskin Robin,

Dan perkataan garang ni sering sangat dikaitkan dengan gua.
gua tak garang sebenarnya,
kalau kengkorang tak kenal gua memang akan cakap gua ni nampak garang.

Semalam gua sapa budak Watson
"Dik lewat balik kerja"
dan tetibe dorang macam terkejut gua tegur dia,
dan tadi masa gua ke Watson beli barang siket budak yang gua tegur semalam tegur gua balik
"sory lah abang, saya ingat abang ni garang, kalau nampak abang lalu kat area sini macam nak tegur, tapi takut abang tak layan jer"
gua mana ada garang, herherher (gelak pesen Ida Claypot)

 Ni lah kak Ida Clay Pot.

Gua tanya balik kenapa cakap gua garang..?
Mana tak garangnya, abang kalau jalan straight jer manjang sambil dok scroll blackberry kat tangan, muka memang tak senyum dah, sebab susah nak nampak abang senyum.. so kita orang ingat abang ni tak peramah, sekali kenal baru tahu sebenarnya abang ni peramah.

Dengan bekas awek gua dulu.
Sebelom kami kenal dia selalu usha gua balik sekolah, masa lepak kat kedai makan, rumah dia sebelah kedai makan tu, Memula kenal dia juga cakap gua ni nampak garang, orang dok lepak semeja sembang pung pang pung pang, awak jer diam, senyum pun susah, tapi bila saya mula kenal awak,
Lahai.. banyak cakap juga awak ni, dah la suka buat lawak bagi orang gelak sampai nak mampos..
"Gua masih ingat lagi ayat ni masa memula gua ngorat fatin dulu."

Roomate Gua masa study.
pergh... memula kau pijak kaki dalam bilik kita ni isaac, punya lah poyo nak mampos kau yer.. kadang aku tegur pun kau jawab hurmm............ jer........
masa tu aku nak pinjam potong kuku kau, fikir 3x nak mintak, muka bapak ganster kau, poyo jer wat muka ketat kau.. tapi seminggu kenal kau, tak berenti aku gelak kau tau tak.. kau ni mat bunga rupanya, muka bajet ganster
"ni lah ayat roomate gua dulu"

kau memang celaka Bukhari

Gua ni macam lalang, kadang mood gua ok, kadang mood gua down. sebab memang gua jenis pattern macam ni.. like seriously gua susah nak marah orang, kalau gua moody tu sebab gua malas nak layan kerenah orang yang buat gua marah, paling lama 3 hari jer. Gua memang cepat naik darah. kadang bila emosi tak leh kawal, terasa macam darah tu bergerak dalam badan, korang pernah tak rasa cam ni..? herherher (gelak pesen Ida Claypot) 
tapi gua tak pernah pun pukul orang, jangan risau, orang jer suka cari pasal dengan gua. harap perangai cenggini jangan la terbawak sampai ketua, karang anak cucu kita pula jadi ikutan.

Gua sebenarnya tak garang, gua jenis happy go lucky, kalau tak kenal memang lah cakap gua ni macam-macam, dah kenal nanti pasti sayang, kahkahkah gila tak patot puji diri sendiri.. 

"Kenikmatan dunia hanyalah fatamorgana. Penderitaan dan musibah adalah penghapus dosa. Kemarahan adalah api yang menghanguskan. Waktu kosong adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan"

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...