iklan

February 25, 2012

Selamat Hari Lahir Farhan Al-Jitrawi

Last year lu wish gua dalam blog lu
so hari ni gua pulak nak wish lu dalam blog gua.
"sanah helwah ya akhi Paan"
entah betol salah gua eja
but yang penting niat tu dah ada

layan dulu video ni



Nama dia Mohamad Farhan bin Shamsur
berasal dari Jitra Kedah
Ni blog dia Tinta Penaku
muka ensem boleh tahan (^^!)
gadis-gadis nano sila la follow blog dia
peramah orang nya

Kenapa gua buat entry pasal dia
sebab dia adalah sebahagian dari diri gua
sebab kebanyakan perilaku kami adalah sama
tabiat, perangai, perasaan, marah, semua sama
macam mana tahu sama.
huhu.. nak ke gua citer satu-satu..
geng-geng BCR pasti tahu

Nak wish ni.... Semoga adik (gua menaik menaip dengan kedaan loya nak muntah) sentiasa bahagia di samping mummy daddy terchinta.. semoga lulus ijazah, idop tanak taching2 kay, semoga adik dapat jodoh kawin dulu dari abang.. semoga tak kena tepung malam ni, semoga hari tua adik tahun ni lagi best dari last year.. nak claim hadiah tunggu abang gaji... (jap nak gi sinki muntah) 

jap yer aku google gambo kau

Muka cam da kawen walaupun dia masih lagi anak dara sunti.. ekekeke

ni jer aku mampo bagi kau..
walau tak seberapa



ok lah enjoy your meal



Multi Human Skill ( Ya Itu Gua )

Hye Bloggy

Ada yang tanya gua, kenapa tak bagi salam jer.
asik hye bloggy, hye bloggy
kita kan islam, wajib bagi salam..

Dik.... meh sini gua jawab soklan yang dah lama terbuka terbuku di hati kau tu, blog ni universal, ntah cina, matsaleh, bangla mana yang baca, takan la dorang nak jawab salam kot, lain lah kau bagi dorang hidayah.. yer dak...??? yes, gua admit follower gua tak sampai pun sepetanak nasik, tapi doesn't mean gua takde reader.. kadang blogger yang ramai follower belom tentu blog dia ada orang baca.. tiru jer amalan hidup gua, biar sedikit, biar tak populer, biar takder komen, janji hasil tulisan kau ada orang nak baca... Bukan nak belagak, dan gua bukan seorang blogger yang sombomg.. dalam kamus idop gua, takpenah wujud istilah "i follow you, u follow i pulak" mintak maaf yer memey takder.. Gua hanya follow blog yang boleh bagi gua hiburan, manfaat, info, yang penting isi yang nak di sampaikan.. so that why la gua tanak follow blog kau walau kau merayu dan cakap gua sombong.. Gua takan baca blog yang kosong walaupun follower dia 8978654 juta orang...

so pada adik hidayah, harap kau faham yer erti salam dalam blog gua...and million of thanx sebab gigih kau hantar email,

OK. balik ke tajuk asal
jauh pulak gua menyasar ke dasar laut
haisssh.. nak jer gua siku-siku buah pinggang sebelah kanan hadek hidayah tu
Korang paham ape tu multi human skill..???
dalam bahasa gua
seorang manusia yang boleh buat pelbagai kerja@ benda
magic tak..?
magic tak...???
kalo korang rasa bosan nak habiskan baca ni
mohon tekan (X) dengan izin 

tak ramai orang di anugerahkan dengan bakat cenggitu
antara contoh yang gua kenal (AMAR)
meh gua kenalkan dia

Dengar lah sendiri

Kalau kita tak banggakan diri kita sendiri sape lagi nak puji kan..?
gua bangga gua ada multi human skill
anugerah dari allah
tapi jangan kita salah guna untuk menunjuk-nunjuk
berbangga-bangga
itu manusia riak..

Bagi gua selagi gua boleh buat sendiri
gua takan menyusahkan orang lain
ape yang gua ada..?
hahaha....
malas la nak cerita



ok. la. gua nak sidai baju jap.

10min later


tapi gua dah tekan butang publish
sebenarnya nak tekan save..

February 24, 2012

Bertemu Wild Boar Di Putrajaya

Hye Bloggy.........

tengok tajuk nak panas jer kan..?
harus sumer gigih clik nak baca
yer betol gua jumpe babi,
mungkin sepasang gua rasa
nak kata sesat pun iyer juger.....

Citernya gua dengan my kazen amin nak lepak mamak stall
lepas senak berkaroke,
teringin nak manjakan anak tekak dengan jus segelas dua
ajak bonboi  boboy chubby lepak sekali
naik kereta si ikan kata ahkak geli
mohon yer kak guna istilah kau

tengah eksaited drive ni
tetibe boboy chubby berhenti
what der............ kejadah dia berhenti
tetibe dia jerit,
weii...weii..weii... aku nampak babi
aku nampak babi....
seronok boboy chubby dapat bertemu babi
yer la, 1time jumpe eksaited tak terkira

kami dua beranak kat belakang ni biasa-biasa ajer
maklong lah kau orang kaya
selalo tengok astro
chanel Nat Geo
selalu tayang pasal babi..

yang buat kami lagi eksaited tu,
tetengah bandar raya Putrayaja
tempat pulak dekat dengan komplek kerajaan
mungkin babi kerajaan gua tak pasti
kalo tak paham ape tu babi kerajaan
sila la buka google translator...
gua sure anda pasti terujer...

dok cakap sajer tak share dengan korang reader tak best juga
nak sini gua upload video babi
si gedik amin siap cakap babi tu cute lagi
nasib la besar..
kalo kecik nak jer gua bela dalam sangkar hamster...

jangan la taching sampai keluar air mata yer

kalao kalau korang teringin nak jumpe jugak
sila email kan harapan anda ke
Digitie.minimie@gmail.com
gua bagi GPS area code yg eklusif

itu saje gua nak share kali ni..

February 23, 2012

Please Jangan Bagi Gua Sentap

Hye bloggy..

Tahun ni gua pindah tempat kerja
Bak kata orang nak menambah pengalaman yang cetek ni
selagi hidop dan mampo belajar benda baru
why not we take it as a big opportunity 
that teacher dont teach you at school..
wah kau tetibe gua nak speking
yer lah semenjak kerja dalam aircond ni
lidah pun kemain nak felling cam orang puteh gittew..

OK, refer pada tajuk puhlis...................
semenjak dua menjak ni gua cuba berbaik semula dengan kekasih hati
dia call gua layan
dia mesej gua reply
konon la nak jadi pasangan bahagia
orang puteh kata
saling give and take each other
to make it love come real........
kotang  korang tak paham pakai la google translator..

tapi kadang dia tak faham...
ke, gua ni tak pandai nak bergurau dengan dia
kejadian nye cenggini,
gua gi mancing
haruslah tinggal enset at rumah
gigih bawah enset dalam sungai
kalao water prove takpe la...
perempuan tu pulak meroyan dok call
bukan nye gua tak alert sebelom keluar

"makcik, i tak bawak enset ni, so tapayah la text or call, nak gi mancing dengan alip"

lepas gua balik rumah, tengok ada 13x misscall..
gua text dia cakap

"Banyak nye makcik buat panggilan rindo" (misscall)

nak tahu dia text ape..???

"ehh jantan siyal, kau ingat aku hadap nak rindo-rindo kau, pegy mati la.. baling jer phone dalam sungai tu bagi makan buaya.. "

perempuan ni nak gua translate pakai bahasa korea gamaknya..

gua membidas

"ehh makcik, sory la tadi silap sent.. maklong la banyak sangat number betina dalam phone. tersalah pulak hantar mesej. biasalah manusia kadang buat silap tu perkara biasa.. ni alang-alang salah sent, i nak ajak u datang kenduri, i tunang next week, dengan pilihan mummy.. tapayah sesusah bawak hadiah bagai, i tengok muka u datang pun dah cukup puas hati tengok u makan hati...!!"

gua syak mesti perempuan tu dah bunuh diri, 

perempuan ni kadang tak faham perasaan kita orang jantan
asik dia jer nak menang
asik kita jer kena mengalah
bagi dia menang
tak salah nak ukir kasih sayang
tapi jangan la sampai berlebih lebihan..
pastu siap tulis dekat FB 
semua lelaki adalah sial..bangsat..
cenggitu ke dik layan boyfie korang

ntah la gua tak faham...
lepasni, jangan harapla gua nak terima dia balik
cukup la 5x gua bagi peluang
kadang gua rasa takde guna kita kenal.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Mungkin buat macam ni baru kau nak faham yer dak....??

gua malas dah nak tulis... takde idea...
nanti kalau mood gua datang balik gua sambung update..

besok start kerja.. 
kulpul kumpul duit nak beli ferari..
hahaha

February 21, 2012

Kakak AM bank Yang Takde Bahasa

Hye bloggy...

tadi gua sedikit sentap
pegi AM bank nak cash-out kan chek
kalo tak gua terpaksa transfer ikot 3rd party
ingat nak cepat terus amik que dekat kaunter

Sampai que gua,
gua bangun, pergi menghampiri kaunter 3
gua hulor chek bernilai Rm****
kak saya nak cash out boleh tak..?

Jap chek.....
tit..tit..tit..tit
(jari dia menekan keyboard dengan kejam)
tak boleh la, katanya

kenapa kak..??
hairan juga ya..

Haritu kau reg account semasa ni kat mana..?
BUKA buku chek ni kat mana..?
(gua dengan nada sopan santun dan lemah lembut)
seremban kak, sebab kedai saya kat sana..
dah tu kau tahu kat seremban, kenapa datang kat bank sini
(nada masih lagi berlembut)
saya datang nak tanya jer kak, boleh cashout tak ni.
kalau tak saya clear chek macam biasa la 3 hari..

kau tunggu jer la 3 hari, kat sini takleh buat.
gua masih lagi bernada sopan.
kesian saya kak, urgent nak pakai duit ni,
jauh la nak kena balik seremban dulu..

hah........padan la ngan muka kau..
sape suruh kau buat kat sana..

hati gua yang lembut seperti sailormoon tadi terus berubah..
gua angkat tangan, tepuk front-desk tu..
ehh... aku tak gila nak datang kalau aku tahu dari awal tak leh cashout
kau dah lama ke kerja sini..?
tak teringin nak berenti..?
kau jangan layan orang cam tapak kasut kau jer
mana manner kau sebagai pegawai bank,
cam ni kau layan kastemer.
memang la aku ni budak
tapi aku ni bukan takde otak..

dia diam sekejap...
dan terus membidas.
kau nak marah2 orang dah kenapa..???

gua menyapa semula..
dah kau kurang hajar...
stakat kerja bank dok dalam aircond,
dah rasa bagus lah..??
gaji kau berapa sen jer nak berlagak dengan orang..
dah la tak lawa, bahasa pun takde.. sian jantan mana jadi laki kau..

Amir kawan gua terus menarik tangan gua keluar dari bank..  
kalo dibiar harus ada yang makan hati berulam air mata
masa nak keluar tu, sempat gua baling pamplet bank yang berada atas meja pakguard tu..
bertaburan dijalanan..
kebetulan time tu nak dekat lunch,
orang dah tak ramai..
lagipun AM bank mana ada orang..

sebab tak puas hati,
gua masok balik dalam bank, dan mintak name card pompuan tu dengan pegawai bank lelaki..
pompuan tu dah nampak cuak,..
sebelom keluar gua bagi Middle Finger dekat dia..

nah ini dia makan kau perempuan..

Lu nak main cicah celop dengan kastemer lain silalah
bukan dengan aku yer..
mintak maaf lah, salah orang kak
besok lusa kalo naik nama kau dekat HQ pegi mati la kakak..
dah submit 2 email dah..
just wait and see jer lah..

Idop ni, kita layan dan hormat orang cara elok,
orang pun hormat kat kita balik,
ni baru jadi kerani bank dah nak belagak bagai..

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...