iklan

August 21, 2011

Felling Hebat Merokok

Tadi member gua kuarkan statement tak berasas
Kata dia orang yang merokok ni orang kaya jer
orang yang tak merokok tu sebenarnya takder duit
sebab kalo ada duit mesti dia merokok

Gua sebagai penasihat kelab ibu-ibu mentetet badan
agak sentap dengan statement beliau..
Hello dik ahkak tak merokok bukan sebab tadak duit
bukan sebab ahkak kederk..
bukan sebab ahkak tak kaya
No no no no

Gaji ahkak pesen selisih dengan perdana menteri hokay
stakat Rokok Benson tu ahkak wat tabur lumpur depan umah jer
bukan tak mampo
bagi gua wat per nak membazir bakar duit
sedangkan bersederhana itu mulia amalannya

Lu nak isap rokok sampai kembang peparu pun tak ngaper
nak isap rokok sampai koma pun tak ngaper
tapi jangan kuar statement tak berasas
tak isap rokok sebab tak berduit

Gua bela 4 bijik enset
topup tak pernah kurang dari rm15
Gua tak berlagak pun cakap
orang pakai enset satu ni sebenarnya tak berduit
gua pakai 4 bijik kau hado..?
tak hado kan....???????
Kalau gua nak isap rokok tayah suruh
da lama gua isap
tapi nak tanya kaya sangat ke orang yang isap rokok ni..?
sehari kau bantai 2 kotak rm20
baik aku bantai pizza sampai boyot perut

Pastu time tadak duit mengelupor cari rokok
mula la nak meroyan sana sini
buat itu ini sumer tak kena
time tu gua nak gelak jer
hai orang kaya mana pegy duit juta-juta tu..???
alahai kesian pak kadok
yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran.
La la la la la la la la la la la la la

August 20, 2011

Gua Jumpe Enset Sony Dalam Toilet

Tadi lepas makan perut ni gila meroyan nak masok tandas
memula gua masok pintu num 2
air dia memancut selow-selow
so gua decide tukar tandas yang air dia memancut laju
baru best felling nak berak ye dak..?

Masa tengah baik parking dalam toilet
tetibe ada satu benda halus berdering
ingatkan blackberry gua berdering
ghuper-ghuper nye sebuah enset sony W910i
pesen baru beli 2 hari
tinted pun baik lagi

Dalam hati setan berbisik
ko amik jer, nanti jual
ko takde duit sekarang
kalo jual mahu laku rm500 paling bodoh

Malaikat cuba menepis godaan itu
hahah pesen banyak tengok katun gua ni..
tapi dalam hati kecik ni
takde la gua niat nak rembat pun
niat nak kasi balik jer agar budak tu happy

Gua godek-godek sket enset dia
cari num yang last dia contet
gua call num tu, bagi tau
gua jumpe enset tu cicir dalam toilet
tak sampai limaminit dia datang


Gua dengan nada SUPERHERO
nah budak enset ko.. (sambil idong kembang-kembang)
Gua tegok happy giler budak tu.
masa tu jugak tuhan lapangkan hati gua dari segala masalah
setiap kali kita tolong orang
tanpa meminta sedikit pun balasan
tuhan akan janjikan kita dengan kemanisan senyuman..

nah budak enset ko... len kali jangan letak merata-rata, sebab bukan semua orang yang jumpe akan bagi balik, dan gua pun bukan nak riak tolong orang. just nak share benda baik yang pernah kita lakukan.. Tak salah kan...?

August 19, 2011

Taip Delete, Taip Delete

Bangun pagi-pagi morning
pesen kemain gigih nak menaip entry
set alarm kupul pukul 9am
tengok alarm melalak-lalak dekat pukul 11am
haish.... tadi pesen mamai ke ape kunci alarm


Bangun gua dengan gigih
bukak lappy
nak hapdate entry
acu tulis delete
acu tulis delete
felling cam ada tenggiling dalam kepala ngah pusing-pusing
terus terlupa nak taip apa
tu la kalo terbanyak makan semut


Tetibe member comolot text gua
"woi arini bukak poser makan ape"
pesen nak kena lahar budak ni
pesen panggil gua hooi..hooi..
gua reply dengan jawapan paling halus
nah amik kau 
jawapan gua = @

Dia tanya ape tu..?
gua jawab
ni la simbol = @ tenggiling lapar


Gua syak mesti dia da bunuh diri
terjun dari tingkat 4 KLCC
arini gua nak menabung lah
besok nak beli harakah
komperm punye cerita dia masok harakah muka depan.

August 16, 2011

Felling Nak Raya

Hye..

Dear bloggy :-

Sedar tak sedar dah limabelashari kita puasa, cam kejap jer tak rasa dah nak dekat raya. Raya tahun ni tatau lagi aper cer.. seluar, baju dalam, bra, songkok sumer tak berbeli lagi.. mebey save bajet kot pakai jer yng last year.. Tapi kalau gua memang tak lah pakai yang last year.. har har har har...

2 - Last week kemain bangkit awal dengan encik roomate gigih mencari tiket bus.. Dan nasib amat menyebelahi kami sebab sumer tiket 28hb dah KEJADAHNYA SOLD HOUT.... Time tu felling dia cam semut-semut jer dalam hati, nak lahar ahkak jual tiket pom taleh gak sebab dorang saje sorok tiket nak jual last minit dengan harga mahal bak membeli biawak sekandang.. So balik umah gigih cari on9, konon la nak felling nak ikot perkembangan teknoloji.. So gua dah dapat tiket dah  nak balik

Tadaaaaaaaaaaa... ahkak posing ala-ala gaya ITIK gittew

Haruslah kan terasa bangga dapat tiket balik kampong.. yu'oll yang tadak tiket tu selamat menjalani ibadah raya kat bandor lah yep.. takpe berkorban sekali sekala..... har har har.. nak tolong gelak ke nak tolong kesian.. 



3 - Tahun ni gua fikir nak bagi kad raya kat kengkorang sumer yang mana bertuah lah, tapi cam malas jer nak nulis kad-kad bagai ni.. kalo pesen lappy tu jadi mesen taip gua taip jer.. tapi kan kalo raya takde kad ibarat lemang gantikan pizza di pagi raya.. Aneh dia lain macam sahaja.. 



Ni last year punye stail.. tahoon ni rasa nak ubah sket

4 - Harap tahon ni merasa lagi lah makan rendang yang arwah nenek belah papa selalo buatkan untok gua, Walaupon arwah atok baru sahaje meninggalkan gua, harap nenek belah mama masih gigih menyediakan juadah raya seperti tahun sebelomnya.. ok siyes cam pelik jer keterangan gua.. haha namun ape gua nak pedulikan.. 



5 - Menu raya peberet gua tahun ni gua nak umumkan adalah Lemang dengan kuzi ayam, Roti jala dengan kari ala mamak style, lapanbelas jenis biskut raya hasil air tangan sendiri (haha gelak kecewa sebab tak menyempat nak buat kot) Fruit koktail asamboi, fruit flant cake, softcholate ice-cream cake, dan lain-lain lagi yang sewaktu dengan nye kalo gua sempat nak buat.. (ingat kowang pompuan jer tau masak hah...??? ) selebet punyer statement..

6 - Kalao nak merasa semua ni jempot la datang ke kampong gua yang berada di kota Bharu Kelantan Dekat pekan Ketereh.. Besop nak 3G ngan papa suh carik kan buloh wat pasang pelita sepanjang raya.. haha hokay tak idea gua....? 




August 14, 2011

Jaga Hati Manusia Jaga Biawak Sekandang Lagi Senang..!!

Dear Bloggy

Idop ni kekadang cam celaka pun ada, kenapa gua cakap cam celaka..? Sebab kekadang tu apa yang kita buat semua serba tak kena, ibarat diluah mati mak di telan mati bapak..

This week atok gua MENINGGAL dan gua sorang jer antara cucu dia yang tak dapat balik kampung jumpe arwah sebelom dikebumikan.. Gua nak sesalkan tak guna gak..

Tapi ape yang gua kesalkan sikap segelintir manusia yang selalo tak puas hati dengan gua, Kenapa perlu canang hal peribadi gua kat orang lain..? supaya si pendengar akan anggap gua la manusia yang paling looser dan jahat dimata orang. mana perginya human sensitivity korang..


Orang yang suka mencanang hal orang lain kepada orang lain boleh diibaratkan seperti bercermin dengan diri sendiri, kerana setiap pantulan cermin tak boleh menipu, ape yang di ungkap akan terpantul kepada diri sendiri, kenapa perlu mencanang hal periuk nasi orang lain sedangkan periuk nasi sendiri nasinya mentah pun kita tak perasan..

Jangan kera dihutan kita nak susukan sedangkan anak sendiri dirumah mati kelaparan.. Sekarang ni gua terasa geram giler. Geram dengan kerenah manusia yang tak pernah puas dengan hasil kekayaan yang sedia ada dan berlagak kaya sedangkan dia tak punya ape-ape.. ingatlah sahabat walaupun sekaya mana pun manusia kalo hubungan dengan manusia dia tak mampu nak jalinkan dengan mesra ibarat pakai kasut tak bertali,

Gua just nak tanya satu jer soklan dekat mereka yang selalo mencanang perihal hidop gua.. JAHAT SANGAT KE GUA NI....? sila la jawab kalau anda baca blog gua..

Setiap manusia tak boleh lari dari realiti kehidupan, Tak mampo nak hadapi gelora rintangan berseorangan.. Ada kawan korang sisihkan, ada saudara korang pinggirkan, pasni kalo dah takde sesape mula la nak tacing cakap orang benci kau lah, orang tak suka kau lah, orang mandrem kau lah.. tapi hakikatnya bermula dari diri kita sendiri.. kita yang menghasilkan ilusi itu dan hidup didalamnya..


Bulan puasa ni cukop-cukop la yer.. kurangkan dosa tingkatkan pahala.. Walau kita pakai tudung labuh meleret ke tanah, pakai kopiah tak pernah bukak, kalau mulot kita terhadap orang sama seperti hanjeng yang menyalak bukit baik bertaubatlah sebelom terlambat..

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...