iklan

August 18, 2010

Memekak Jer

tetau je la kan masok jer bulan puasa stock mercun mesti besepah kat kedai runcit.... kalo korang nak bakar mercun skali pom jangan la mengadap ke rumah aku.. mana aku tak marah, hamster aku ngah mengawan dah 3x terbabas akibat dentuman mercun yang bertalu2..jiran sebelah nak ringan2 dengan laki dia pom tak senang..tau la korang banyak duet, stakat mercun papan barang sekotak dua tak jadik hal kan.. bayangkan kalo ada anak kecik, tak kesian ke kat dia, nasib la time tu aku ngah basahkan lidah aku ngan ayat2 suci..kalo tak memang nak jer aku turun maki..
SABAR..!


p/s: Geng gua dah ada stock untuk raya ni..Tunggu Ainon datang hantar jer kat umah..Tak sabar nak menggila ngan korang, bakar mercun Telor dalam botol kicap, lari jauh2 kasik tengok dia bersepai.. geerrrrr.. mabeles. Paling aku taleh lupa korang baling mercun Botol Lam laman umah Hj Shafie dah la org tua tu ada sakit jantong, Besok dapat tau dia meninggal.. seinggat aku 3 hari korang menggigil takot nak kuar umah..Nasib la org tua tu meninggal sebelom korang bakar mercun tue.. Cuak Gileer Babie dowh. Boleh anggap kes membunuh tanpa niat.

August 17, 2010

Missing My Beloved Michael

Aku sampai kat umah pagi sabtu, di tangan aku tergengam 3kg freskies yg Michael slalo makan.. tiba2 terlepas dari tangan ku, jiwa aku sebak, hati aku tersentap, mata aku berkaca-kaca, niat aku balik untuk bertemu michael bagai kaca di hempas ke batu, ibarat buah pinang di pijak lori..bila mummy bagitahu michael dah tak balik 2 hari, aku kedapur, ternyata ini bukan mimpi, bekas yang selalo michael guna untuk makan tak terusik lagi, freskies yang dua hari lalo ternyata tak terusik pom. mmg benar michael tak balik, dalam hati aku terdetik kenapa michael sangup melakukan sebegini kepada aku, aku hanya tinggal kan dia 3bulan sahaja, bukan nya aku tanak balik jumpa michael, aku bizi ngan keja..mungkin michael tak faham..ataupom michael kena culik, kucing seberat 5KG + bulu berkilau-kilau amat menarik minat peminat2 haiwan ekzotix.
aku bagai orang gila, aku mahu menangis, namun kilau kilau air mata tetap tanak kuar. cuti aku terus bertukar menjadi mimpi ngeri, michael yang aku sayang selama ini telah tiada, sebelom michael hilang aku dapat tahu dari jiran sebelah yang michael ada bergaduh dengan Bobo, Petang itu Seman pom turut masuk campur, mungkin Bobo takut kehilangan Bella, namun bella tetap dengan pendirian degilnya hanya mahukan teman sekacak Mirmo sebagai teman hidop. Mungkin Michael bukan pilihan bella, Mungkin juga michael lari kerana mahu mencari teman hidop..
Namun perbuatan Michael tu amat mengguris jiwa aku, aku hanya mahukan pelukan dari michael, tidur dengan michael, mandikan michael, bagi makan Michael..
sudah 3 hari mummy ngan daddy aku mencari michael di serata kampong, ternyata usaha kami gagal, masok hari ni dah 4hari michael hilang, ntah makan ntah tidak.kepada sesiapa yang menjumpai michael sila lah kembalikan michael ke pangkuan aku, aku harap pada sesiapa yang mengambil michael tolonglah bagi kucing aku makan dengan kenyang, aku tak sanggup tengok michael kelaparan,
pagi dia makan whiskas,
tengahari dia makan frieskes,
malam dia makan ikan bakar sahaja,
late nite dia makan lagi whiskas.
tolong lah pada sesiapa yang mengenali aku secara langsung or suam2 kuku jer, tolong kembalikan michael kepada aku, aku boleh jadi gileer kehilangan dia.. aku bela dia dari baby sampai besar,sesenang bapak ko je nak curi dia..
aku teringin melihat michael menunggu ku di depan pintu di pagi raya

August 6, 2010

Ni Member Auntie Jugak Ker.?

Aku kalo balik kg mmg taksah kalo tak jumpe ngan Auntie aku yg sporting lagik giler meraban tue.. mmg spoiled mo0d balik kg aku kalo tak jumpe dia.. dia ni keja jadik cikgu wat lesen kat akademi memandu (Yakin Pandu) nak pomot la sket..coz aku pom wat ngan auntie aku ni.. Opkos la cikgu kan, gi memana jer mesti ada org Hon kat keta dia,(bekas student dia yg dah lulus lesen) gileer glamour lah kalah syaripah Ainon..part yg paling best naik keta ngan dia dalam 15min mesti ada member hon, da macam puaka dah..kekadang dia yg Hon org.. satu hari kami lalu lah 1 jalan kG nak shortcut ke kG sebelah, punya la sempit jalan, tepi sawah lak tue. tetibe ada keta kancil lalu dia hon makcik aku.aku tanya lah sape dia..? kata makcik aku member..pastu lalu sebuah moto handa wave, dia hon makcik aku,aku tanya lg sape tue..? member tempat kerja, sampai kat selekoh makcik aku tetiba Hon 3x Pon,Pon,Pon sebab ada yang melintas..
sape dia tue.? ni kawan makcik gak ker..?
haram punya anak sedara..(kata makcik aku dalam hati) ntah,sepanjang aku naik keta ngan makcik aku, ni 1st time makcik aku hon kat haiwan ni,jadik otometik la aku tanya..hahahahaa..
Agak2 raya aji ni leh dapat tak haiwan ni, aku nak yg ni, yg makcik aku hon ni.mesti sodap gileer kan kan kan...!

July 31, 2010

BALIK KAMPONG

  1. Arini ntah tetiba jer otak aku sawan mengendownload lagu raya..padahal puasa pon belom lg..masok lam ipod dengar sowang2..senyum sowang2..tetibe mo0d balik kampong membuak2..felling cam aku kat 0bersea jer..sedangkan jauh arr gak ngan mummy and dady..alahai tiket Flight ta beli lagi..gilak babik, tiket abis beraya la aku sesowang kat sini, makan biskot kering cicah air kosong..gua rela memandu basikal dekat lebuh Raya Senai Johor dari tompang lori AYAM..haha persetan towl..
  2. Bulan puasa teringat lak kat bazar ramadhan..dedulu time aku muda remaja, aku pegi la bazar Ramadhan dengan member skandel comolot suam2 kuku aku..niat nak membeli juadah berbuka bertukar menjadi dosa-dosa ringan disebabkan kelancancang mulut aku mentarbiahkan sorang mak datin yg datang bazar ramadhan dengan skirt pendek paras lutut, pakai plak baju jarang cam kain langsir yg jual kat kamdar yg harga rm1.50 semeter tu..cantik ke..? ko ingat ko HAWT ke..? Azwan Ali lagik sopan dari ko nyah..bulan2 puasa org nak wat amal jariah dia datang tayang tetek yg sebesar buah kelapa tua tu merata2.tipu la kalo aku sorang jer yg tengok kan.! mesti pakcik2 yg jual air soya serta air tebu pom tompang tengok skaki kan..? sure punyer..
  3. Nak tau aku cakap pe..? "sambil wat muka yg tak reti bahasa dengan selamba kumbang aku cakap" weh..! weh..! ko tengok ada menda pelik.. mana..? mana..? jawab member aku sambil terkebil kebil mata mencari..Tu hah ada badut sarkas kepala dongga..dah la mekap tua, belengas sebijik cam luntung..tengok baju dia,dah la atas besar bawah kecik sebijik cam DUGONG BUNTING..
  4. Mak Datin tu dengar sebenarnya, tapi nak cover malu dia pura2 cakap cam orang puteh gitew..nasib la  makcik yg jual putu mayam tu teror berbahasa inggeris serta sepanyol.hahahaaa..(cemana nak wat icon gelak terguling guling..?) lepas membeli dia teros blah..aku dari jauh dok perati kan dia keta apa datin ni bawak ntah-ntah Fairlady ke.? Ferary ke.? wat penat jer aku usha dia naik kancil kaler pepel dahh..dengan anak patung beruang bergayot kat cermin..abis bergaya la toh..
  5. Dari pahala bawak ke dosa aku hari tue..Tp org kat situ mmg gelak tahap gaban lah bila dengar aku mergeluarkan kata2 yg agak kesat..lebih kesat dari sembelit kot.Ape Kes..?  
  6. Tanpa membuang masa aku balik la dari tempat sesak semak tu dengan berbekalkan ayam percik madu,serta buah melaka,serta air laici kang, serta murtabak,serta pulut panggang,serta roti john serta lain2 lagik..bapak giler membeli mengikot nafsu..bukan makan dah tapi melantak..huhuhu..
  7. Lalu jalan biasa nak balik..jumpa keta Mak Datin berlagak tu dia parking depan umah Syapik Ajik (beliau adalah seorang manusia) rupanya sedara dia,patot la jakun sangat pakaian..mmg suku sakat kaum keturunan dia suka pakai pakaian yg pepelik, mungkin kain tutup saji yg lawa pon dia akan jadikan skirt..MUNGKIN..
  8. Aku nak citer pasal balik kampong dah terbabas sampai ke citer bulan poser taun lepas..haha..baca leklok jgn salah paham..ni citer bulan poser tahun lepas bukan tahun ni..sekian HARAP MAKLONG..



July 29, 2010

Pesan Seorang Teman

Selang 2,3 hari ni gua asik demam jer memanjang.. ntah ape yg ta kena.. irini baik, besok demam balik.. rasa da tanak idop je kaedahnya..baring kiri sakit, baring kanan sakit.. tatau la cemana rasanya arwah nenek dulu masa dia sakit taleh bangun 4tahun..Dulu masa aku study kat sungai buloh aku ada kenal sorang kakak ni nama dia Nur Masyitah.. sedap je nama dia..gua panggil dia kak mas..dalam kelas gua selalo sembang ngan dia.. 1 hari gua ngadu kat dia kenapalah gua ni selalu je majal..selalo kena musibah, selalu sakit..tngok orang lain takde lak yg sakit cam aku..
kata KaK Mas
(sambil berlatarkan lagu kitaro-caravansary- dari ensetnya)
dik jgn cakap cam tu..setiap dugaan yg ALLAH bagi pada kita mesti ada sebabnya..kita pun jangan lah cepat mengeluh..Sebenarnya ALLAh rindu pada adik, ALLAH rindu nak dengar suara adik..

-Gua-
tak faham la kak..???

kata Kak Mas
sebenarnya ALLAH rindu nak tengok kita solat, sebabtu dia datangkan musibah yg kecil sebagai tanda memperingati kita supaya jgn lupakannya, ALLAH rindu nak dengar suara kita sebab dia da lama tak dengar kita berdoa padanya..bila kita dah sihat kita sering terlupa untuk mengucapkan syukur padanya..
satu lagi pesanan kak Mas yg gua taleh lupa sampai skang
"SEDANG KITA BERSENANG,
TIBA-TIBA ALLAH SEMBUNYIKAN KITA MATAHARI,
ALLAH  DATANGKAN PULA DENGAN HUJAN DAN PETIR,
KITA MENANGIS MENCARI MATAHARI,
SEBENARNYA TANPA KITA SEDARI,
YANG ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI"
Thanx a lot kak Mas, u always be in my heart.. u were my strength when i was weak, u were my voice when i couldn't speak.. u were my eyes when i couldn't see.. u saw the best there was in me..



more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...