Gua pasti ramai gadis-gadis nano yang menunggu saat ini kan,
saat dimana boyfie kengkorang datang dengan sejambak bunga dan cakap
"Happy Valentine Sayang"
Suwet giler babi
Pada yang takde kerja tu, cuba korang call mak ayah korang dan cakap,
"happy valentine mummy dan daddy"
terima kasih sebab telah membesarkan saya menjadi seorang manusia yang berakhlak.
gittew baru orang panggil anak.
gua nak tanya berapa ramai diantara korang yang call mak ayah paling rare pun sekali dalam seminggu tanya khabar dia..?
Gua pasti tentunya reader-reader gua ni adalah anak yang soleh/solehah gitu dak..?
gua call mummy @ daddy gua setiap hari sebelum pergi kerja,
Kadang kalau tak sempat gua akan text diorang sebelum masuk kerja.
tapi dengan mummy lah gua selalo gayot lama siket sebab orang perempuan ni ada je cerita dia.
dulu gua jarang tanya tanya khabar orang tua gua,
pada satu hari gua sedang sembang dengan kak Lieza tetibe kami cerita pasal kedua orang tua kami.
dan kata kak Lieza maka berdosalah seorang anak kalau mak @ ayah dia tetibe berkata
"Apa lah anak aku ni buat kat sana, tanya khabar pun tidak, inikan pula nak balik kampung tengok kita"
dan gua tak mau jadi seorang anak yang derhaka,
mungkin ada reader lelaki yang baca ni akan cakap malunya nak call mak@ayah sebab tak tahu nak cerita apa. biar malu dari satu hari kamu berkata, kalau lah mak ngan abah masih ada aku pasti akan jaga dia, aku pasti akan call dia tanya khabar, aku pasti nak dengar suara dia setiap hari.
kalau korang nak tahu, mak ayah kita ni walau sedang sakit, bila dengar jer suara anak dia secara automatik dia akan sihat semula. korang tanak percaya tak apa.
Gua bahagia masih ada mummy dengan daddy,
walau hidup kami tak kaya
kami tak ada harta
tapi alhamdulillah kami bahagia
Pada member yang mana family dia dah berpisah,
mak ayah dia sosial
keluarga asyik bergaduh je,
inilah masa korang nak ambil berat pasal diorang.
orang lain tak akan boleh mengubah kita
jika kita sendiri tak mahu mengubahnya.
"Dunia Selalu Berputar Dan Hari Terus Berganti, Keadaan yang sama tidak akan berlaku selamannya, Dan jika kita inginkan yang terbaik berusahalah, Dan allah sentiasa berada dengan kita disetiap saat kita memerlukannya.. Jadi kenapa bersedih.....?"