iklan

May 20, 2011

If I Can Turn The Times Back

hye all.. just call me Sky..!

Dear Bloggy :-

Jika gua diberi pilihan untuk berputar kemasa lalu sebenarnya banyak benda gua nak betolkan semula.. Dari gua kecik sampailah gua besar kalo bleh sumer gua nak betolkan semula..tapi tak mudah kita nak putarkan masa dan perbetulkan semua..kalo gua berjaya putarkan masa mebey gua dah tak kenal sape korang semua.. sebab hidop gua dah perfect.. gua takan buang masa tak tido sambil on9 depan lappy..mebey time ni gua tengah kira duit jer. sebab gua dah jadi kaya raya..

Gua mebey takan kenal rakan bloger sebab segalanya gua dah perbetolkan di masa lalu.. gua juga mebey tak kan berada di putrajaya ni dan kenal semua member-member gua.. sebab segalanya telah gua ubah semasa gua kembali kemasa silam..

Lepas ni gua dah tanak berangan lagi dengan fantasi di mana gua mahu putarkan semula masa.. kerana setiap kejadian yang tuhan bagi kita harungi merupakan kenangan manis yang tak semua manusia dapat rasa.. kerana setiap pengalaman manusia berbeza-beza.. so gua rasa tayah la nak dikesalkan dengan ape yang kita dah ada sekarang.. adakan sedikit ruang di minda untok panjatkan syukur pada yang maha esa sebab jadikan kita berbeza-beza..ketemukan kita dengan kawan yang pelbagai macam.. cuba ambil sedikit dari kemanisan pengalama itu sebagai tapak untuk kita mengukuhkan lagi kehidupan kita..

Gagal hari ini tidak bermakna kita gagal selama-lamanya.. bukan semua orang yang berjaya kat kuar sana berjaya dengan senang, pelbagai onak dan duri dah mereka tempuhi.. mebey mereka juga pernah berfikir seperti gua "if i can turn the times back" tapi sampai bila kita hanya nak perbetulkan kesilapan semalam sedangkan kesilapan hari ini pun kita tak mampu nak perbetulkan untuk hari esok..

Tuhan tak kejam nak menghukum semua umatnya.. tuhan bagi kita banyak jalan untuk berjaya.. cuma terpulang pada kita untuk memilih jalan mana.. Tuhan bagi kita jalan yang susah supaya kelak kita tersenyum merasa kemanisan kesusahan tatkala kita dah senang..

Gua berdoa biarlah mummy dan daddy mati dulu sebelom gua. sebab gua nak mereka menikmati kesenangan.. andai gua yang pergi dulu, sape nak bagi mummy dan daddy kesenangan, sape yang nak balas jasa mummy dan daddy besarkan gua..? tatkala mereka tua tangan mana yang sudi untuk basuh berak kencing mereka..? biarlah gua yang sudi..  
"anty sama uncle gua ingat ya." 

"seorang ibu mampu menjaga sepuluh anaknya sehingga besar dan berjaya, namun 10 orang anak itu tiada satu pun mampu nak jaga seorang ibu tua sehingga akhir nyawanya.."

korang mebey berjaya di dunia.tapi di akhirat nanti kita nak hidop lama.
Korang pikir lah..

more story

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...